Tuesday, April 12, 2011






TIDAK BERSYUKUR


Apabila Kami – Allah – mengurniakan nikmat – kekayaan, kedudukan dan kekuasaan – kepada manusia, berpalinglah dia dan menjauhkan diri – dari bersyukur dan mengikut hukum Allah - , dan apabila dia ditimpa kesusahan – jatuh miskin, hilang kedudukan, kekuasaan dan penderitaan - , maka, dia berdoa – memohon kepada Allah dengan panjang lebar.
Muhammad s.a.w., katakan: Telah nampakkan keadaan baik anda jika Quran ini - yang diturunkan Allah – kemudian kalian mengingkarinya? Saiapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran
– Fussilat: 51, 52


NOTA:

Kita, bangsa Melayu yang beragama Islam sentiasa lupakan nikmagt Allah, lalu kita menolak hukum – hukumnya dan kita mengguna – pakai dan taksub dengan hukum – hukum ciptaan manusia.
Setelah kita mempunyai kemewahan, kedudukan dan kuasa, kita adakan segala yang ditegah Allah, di antara mefitnaha orang – orang Islam, melakujkan rasuah dan sebagainya.
Mungkin orang – orang yang memfitnah orang Islam dan makan suap atau rasuah belum terlambat, iaitu belum jadi miskin dan papa kedana, belum tersuangkur dari kekuasaan atau belum mati, maka, sedarlah, elakkan atau berhentilah dari melakukan perbuatan yang ditegah Allah. Bertaubatlah.


HADIS

SOLAT TIDAK SEMPURNA

Dari Aishah binti abu Bakar As Siddiq radhiallahu ‘anha, ujarnya:
Saya mendengar Rasulullan s.a.w. – suaminya – bersabda: Tidak sempurna solat seseorang – lelaki dan perempuan – di muka – di hdapannya – makanan dan tidak juga sempurna solatnya pada waktu dia menahan dua macam kotoran, iaitu mahu bung air kecil atau buang air besar dan melepaskan angin dari dubur – ketut - .
– Perawi: Imam Muslim.

No comments: