Orang – orang yang menuduh – memfitnah dan mengistiharkan – melakukan zina kepada perempuan yang memelihara kehormatan – faraj –nya, kemudian mereka tidak dapat mengadakan empat (4) saksi - yang tidak fasik - , maka sebatlah mereka lapan pulu – 80 – kali sebatan; dan jangan kalian menerima persaksian mereka itu selama – lamanya – sepanjang hayat mereka - , kerana mereka itu adalah orang – orang yang fasik.
– An Nur: 4
NOTA:
Hukuman demikian dikenakan juga ke atasa orang – orang
yang menuduh – memfitnah dan mengistiharkan – yang
seseorang itu melakukan zina dan liwat.
Orang – orang yang melakukan tuduhan demikian, jika dia gagal
mengadakan empat saksi dan tidak dihukum, jika dia menjadi
pemimpin negara, bukan sahaja dia dia dilaknat Allah,
bahkah rakyat dan negaranya akan musnah.
HADIS
HUKUMAN IKUT ISLAM
Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman – mengikut hukuman Islam, iaitu Quran , lalu dia berjihad dan kemudian benar , iaitu sesuai dengan kehendak agama Islam dan hukium Allah, maka dia mendapat pahala, jika dia menjatuhkan hukum dan berjihad, tetapi hukumannya itu salah, maka dia mendapat satu pahala.
– Perawi: Semua ahli Hadis sepakat.
No comments:
Post a Comment