Friday, July 24, 2009

QURAN dan HADIS

MANUSIA KAFIR

Manusia (yang kafir) berkata:"Apa, apabila aku telah mati, adakah aku akan dibangkitkan, hidup semula?"
Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang dia pada masa itu belum ada apa - apapun?
Oleh itu, demi Tuhan anda (Muhammad s.a.w.), sesaungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka yang kafir itu berana syaitan - syaitan di Padang Mahsyar,kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling neraka Jahannam. - Maryam:66 - 68.


HADIS

PUASA

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu langit, dibuka pintu semua syurga, dkunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.
- Perawi: Abu Hurairah dan Imam Bukahari.


PETUA

RAKYAT DAN PEMIMPIN

Jika kalian menjadi rakyat, jangan menjadi seperti kambing, kerana kambing makan rumput dan dedaun. Jika anda menjadi pemimpin, jangan jadi seperti harimau,kerana harimau makan daging haiwan yang telah jadi bangkai.


TAHUKAH?


ANGKA 13

Mereka yang tidak beriman kepada Allah atau percaya kepada sesuatu yang karut marut,sweperti punsui (kepoercayaan orang Cina) percaya angka 13 adalah sial.Tetapi Tun Abdullah Ahmad Badawi paling suka menggunakan angka itu pada semua keretanya.Beliau tidak pernah menagih untuk menjadi wakil rakyaat. Beliau diminta dan didesak oleh para penduduk Kepala Batang, Pulau Pinang akan menerima harapoan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas.Allah Maha Kuasa; memilih dan mengangkat mana - mana hamba - Nya yang Ia perkenan. Tun Abdullah Badawi telah diangkat ke puncak kuasa negara. Beliau turun tidak dengan kehinaan.

ISTERI

Kebanyakan isteri yang menderita sakit barah atau kenser payu dara adalah terdiri dari mereka yang menderhaka kepada suami mereka. Derhaka itu sama ada berat mahupun ringan. Berat: Mereka mengusai dan memerintah suami atatu menduakan suami. Ringan:
Menolah kehendak suami untuk bersetubuh, sedangkan mereka tidak uzur.

KAPITALIS

Menurut orang - orang yang berfikiran waras,bahawa semua angkara bom di Bali dan Jakarta,Indonesia, bukan dilakukan oleh Jemaah Islamiah, tetapi oleh rakyat Indonesia yang marahkan pemimpin mereka mengubah semangat revolusi dan ajaran Presiden Soekarno, iaitu semua rakyat Indonesia dari Sabang sampai ke Maroke hindup dalam sama rata. Tetapi setelah Soekarno disingkirkan, Presiden Suharto dan para presiden berikutnya menjadikan negara Indonesia sebuah negara kapitalis dan kaum kapitalis dari luar negara dan dalam negara dilindungi pemerintah, di bawah kuasa presiden, sedangkan sebahagian besar rakyat Indensia menderita dan terpaksa menjadi buruh di negara - negara lain.

MUFTI

Semua mufti dalam mana - mana negara makan gaji dan patuh kepada pemerintah. Mereka mengeluar fatwa mengikut selera pemereintah, walaupun mereka tahu fatwa itu tidak sesuai dengan agama Islam. - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Bahrum.

No comments: