Wednesday, July 29, 2009

KENSER TULANG





DERITA KENSER TULANG

MAIMUNAH MEMOHON

IHSAN ORANG RAMAI


Kuala Lumpur, Selasa - Maimunah binti Muhamad, 46 tahun, janda, sedang menderita sakit kenser payu dara dan kenser tulang merayu belas kasihan orang ramai untuk mmendapatkan wang bagi menampung kos perubatan dan belanja hidup serta belanja sekolah anak perempuannya berusia 10 tahun..

Dia telah bercerai dengan suaminya, Lokman, pada 18 Feberuari 2009.

Setelah bercerai, bekas suaminya meninggal dunia pada 8 Mac 2009.

Maimunah mula diserang kenser payu dara pada Februari 2004. Telah menjalani rawatan – komo trapi dan radio trapi. Dengan kehendak Allah kensernya telah sembuh sepenuhnya. Malangnya, pada Jun 2009, dia disahkan mengamail bon cancer (kencer tulang).

Untuk menjalani rawatan, dia dibantu oleh adik beradiknya yang masaing – masing berpendapatan kecil.

Anak perempuannya, Nur Sarah binti Lokman, 10 tahun, sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang, Shamlin Perkasa, Kuala Lumpur.

Dengan nama Allah, saya memohon bantuan dari semua insan. Moga – moga dengan bantuan ikhlas dari para dermawan dapatlah meringankan beban yang saya tanggung, iaitu untuk kos rawatan dan ubat, makan minum dan belanja anak saya bersekolah,” pohon Maimunan yang sebulat kepalanya tidak berambut walaupun seurat.


Hanya Allah Yang Maha Pemurah akan dapat membalas pertolongan dan derma para dermawan sekalian,” katanya.

Mudah - mudahan dengan doa tuan dan puan sekalian Allah akan menyembuhkan penyakit yang sedang mendera diri saya ini,” tambahnya.

Sesiapa yang dianugerahkan oleh Allah murah hati; hendak menghulurkan bantuan kepadanya, bolehlah menghubunginya di alamat: CD – 4 – 5 Gladden Court, Jalan Wawasan Ampang 1/10, Bandar Baru Ampang, 6800 Ampang, Selangor. No. akaun, May Bank: Maimunah binti Ahmad 1621 7962 1740.

No comments: