Wednesday, July 15, 2009

MENGENANG MASA SILAM

NEGARA ISLAM MALAYSIA

(Ulangan)
Semenjak tahun 1930-an hinggalah kepada zaman Dato Seri Najib Tun Razak memimpin negara Malaysia, sebilangan besar dari umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu ini telah berjuang untuk menegakkan sebuah negara Islam. Sebuah negara perlembagaan yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah. Mereka yang berjuang pada zaman silam telah kembali ke rahmatullah dan dan dari masa ke masa silih berganti dengan angkatan demi angkatan umat Islam – Melayu yang baru.
Pada tahun 1946 hingga 1948 Parti Hizbul Muslimin , pimpinan Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Gunung Semanggul, Perak, telah berjuang untuk menegakkan sebuah negara Islam yang merdeka.
Perjuangan itu telah disambung oleh para ulama dalam JawatanKuasa Tetap Agama Islam dalam UMNO yang ditubuhkan pada 16 Julai 1949. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Sheikh Abdullah Fahim. Di antara alim ulama dalam UMNO pada masa itu, di antaranya, Haji Abdul Rahman Merbuk(Kedah), Haji Hussein Che Dol(Kedah), Sheikh Abdul Jalil Hassan(Johor), Ustaz Salleh Osman(Perlis), Haji Mohamad bin Haji Hitam(Negeri Sembilan), Haji Ahmad Mahir(Kelantan), Haji Abdul Aziz Abdul Salam (Perak), Haji Mohamad Sidin(Selangor) dan Haji Ahmad Fuad bin Hassan (Terangganu).
NEGARA ISLAM
Pada tahun 1951, beberapa orang ahli JawatanKuasa Tetap Agama Islam dalam UMNO, di antaranya, pimpinan Haji Ahmad Fuad bin Hassan telah keluar dari parti itu dan menubuhkan Parti Islam Setanah Melayu (PAS). Semenjak tahun itu PAS telah berjuang untuk menegakkan negara Islam. Pada masa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Abdullah Badawi, muncul kelompok-kelompok dari ahli-ahlinya dan mereka diluar mana-mana parti politik telah berusaha atau berjuang untuk mewujudkan negara Islam.
Aku telah memilih jalan di luar parti politik, iaitu aku berharap akan wujud kerjasama Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri masing-masing dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Adullah Badawi untuk mengalih corak negara Malaysia kepada corak negara Islam. Negara yang menggunakan al Quran dan as Sunah sebagai panduan utama.
MASA SILAM
Pendapatku, mudah sahaja, semua rakyat Malaysia yang terdiri dari bukan Islam – keturunan pendatang yang telah menerima dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang penjajah Inggeris yang bersifat kapitalis pada masa silam-, akan sedia menerima negara Islam di bumi bertuah ini.
Maka pada 11 Mei 2000 aku telah menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai isu tersebut. Di bawah ini ialah kandungan-kandungan surat itu ialah:

Mengadap ke bawah,
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Johor Darul Takzim.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Pahang Darul Makmur.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Pemangku Sultan Selangor Darul Ehsan.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Terengganu Darul Iman.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Sultan Kelantan Darul Naim.
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Raja Perlis Indera Kayangan.
DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dan ke hadapan Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu (Setiausaha Majlis Raja-Raja Melayu).

Ampun Tuanku,
Assalamu alaikum wa rahmatul lahi wa barakatu.
Sesungguhnya, patik adalah wartawanan pengarang Melayu, rakyat Malaysia dari negeri Perak Darul Ridzuan. Patik telah menceburkan diri dalam bidang persuratan, politik, kemasyarakatan dan bersama institusi istana semenjak tahun 1951, iaitu pada tahun patik menuntut di sekolah agama lagi hingga pada masa ini.

Atas nama Allah, sesungguhnya, sebagai hamba Allah yang beragama Islam – beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat, patik melihat Tuanku dan kita orang-orang Melayu atau umat Islam sedang berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, iaitu perpecahan di antara orang-orang Melayu atau umat Islam di negeri-negeri di seluruh negara Malaysia ini.

Perpecahan ini menjadi bebanan yanhg amat besar ke atas Tuanku sebagai Raja Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu, para ulama dan semua orang Melayu untuk mencari ikhtiar bagi mengatasi perpecahan tersebut atau untuk menyatukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam di bawah kalkimatullahil ulya’, supaya menjadi satu bangsa atau ’umat pertengahan’ dan diredai Allah atau umat yang menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran seperti firman Allah berikut ini:

Adakah diantara kamu umat yang mengajak kebaikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang melakukan yang salah.
Al Quran: Ali Imran:104

Kamu adalah umat yang paling baik yang di lahirkan dan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang membuat yang salah serta beriman kepada Allah.
Al Quran: Ali Imran:110

Sesungguhnya, adapun perpecahan di kalangan orang-orang Melayu atau umat Islam amat membahayakan kepada kedudukan dan kedaulatan Raja- Raja Melayu dan orang-orang Melayu atau umat Islam. Sekali gus akibat perpecahan itu akan memberi ruang atau peluang kepada orang-orang lain (bukan Islam) untuk menguasai Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu atau umat Islam di Malaysia ini dalam semua bidang – politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial atau kemasyarakatan dan hal-hal yang lain.

Hal-hal lain termasuklah pengedaran dan penyalahanguna dadah, perlakuan seks secara haram dan homoseksual dan sebagainya. Akibat daripada penguasaan mereka (orang-orang bukan Islam) itu nanti, pada suatu masa yang terdekat akan wujud di kalangan orang-orang Melayu atau umat Islam seperti berikut:
( 1 ) Orang Melayu tidak beragama Islam atau menganut atheisme atau fahaman tidak ada-Allah.
( 2 ) Orang Melayu sekuler, iaitu berpegang kepada ajaran Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.
( 3 ) Orang Melayu memusuhi Allah, agama Allah, kitab-kitab Allah termasuk al Quran, tidak berakhlak dan suka kepada amalan jenayah, maksiat atau kemungkaran.

Siapakah yang patut atau wajib memikul tanggungjawab untuk mengatasi atau menolak bahaya-bahaya di atas ini dan untuk menyatupadukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam?

Ampun Tuanku,

Mereka itu ialah: Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia, Duli-Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Raja-Raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik yang terdiri daripada orang-orang Melayu, para ulama dan orang-orang Melayu sendiri.

Ampun Tuanku,

Patik telah mngikuti peristiwa demi persitiwa mengenai Raja-Raja Melayu dan perjuangan orang-orang Melayu semenjak tahun 1946 hingga pada masa ini, maka dengan rasa rendah diri pati mengakui diri patik bertanggungjawab untuk merafakkan warkah tidak sepertinya ini ke bawah Duli Tuanku yang memikul tanggungjawab sebagai Raja Melayu dan Ketua Agama Islam di negara dan negeri Tuanku. Patik berharap, moga-moga dengan warkah yang tidak berharga ini, sekurang-kurangnya Tuanku di atas takhta kerajaan dan patik di bawah cerpu Tuanku akan dapat berkongsi pengalaman dan mencari ikhtiar untuk menyatu-padukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam kepada satu ikatan ’umatan wahidah’- umat yang satu-, dan umat yang diredhai Allah serta dapat mempertahankan agama Islam yang mulia ini dari termusnah akibat kealpaan dan kelemahan kita sendiri.

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya Tuanku dan patik telah banyak belajar dari sejarah bangsa kita sendiri. Semenjak zaman berzaman lagi negeri-negeri Melayu mengguna pakai undang- undang syariyah atau Islam – atau mengamalkan dan mengguna-pakai semua undang-undang Islam dalam semua bidang kehidupan umat Islam. Di antara negeri-negeri Melayu itu, ialah negeri Pahang Darul Makmur mula mengguna-pakai undang-undang Islam pada zaman pemerintahan al Marhum Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah (1592-1616M), negeri Terengganu Darul Iman telah mengguna-pakai undang-undang Islam pada zaman kerajaan Sultan Zainal Abidin III (1818-1881), negeri Perak Darul Ridzuan telah mengguna-pakai undang-undang Islam, iaitu ’Undang-Undang 99’ atau Papers On Malay Subject yang diambil dari Kerajaan Khalifah Harun al Rashid di Baghdad (786-809M) dan negeri Kedah Darul Aman telah mengguna-pakai undang-undang Islam pada zaman al Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abdidin Mu’azzam Shah (1174-1760M).

Ampun Tuanku,

Apabila Britrish menjajah dan memerintah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini, walaupun polisi ’pecah-pecah perintah’ – divides and rules dijalankan dan berjalan lancar, tetapi ia tetap menghormati Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu. Penghormatan itu kerana mereka mengakui yang negeri-negeri Melayu ini adalah milik orang-orang Melayu dan setiap orang Melayu menganut agama Islam. Maka hingga hari ini dalam Prlembagaan Malaysia wujud tafsiran ’Orang Melayu adalah orang Islam’. Rakyat negara ini tidak boleh bergelar Melayu selagi tidak beragama Islam. Di sini patik menafsirkan; dalam apa jua keadaan pun Raja-Raja Melayu mempunyai ikatan yang kuat dan erat dengan orang-orang Melayu atau umat Islam negeri-negeri di Malaysia ini. Ampunkan patik.

Patik akui keeratan Raja-Raja Melayu dengan orang-orang Melayu atau umat Islam di negeri dan di negara ini seperti isi dengan kuku atau seperti aur dengan tebing – rebak tebing robohlah aur daan roboh aur rebaklah tebing’. Ertinya hilang bangsa Melayu hilanglah kedaulatan Raja-Raja, dan hilang kedaulatan Raja-Raja Melayu maka hancurlah bangsa Melayu.
Hal sedih atau tragedi keruntuhan atau penghapusan bangsa Melayu telah berlaku di Republik Filipina dan Republik Singapura.

Ampun Tuanku,

Patik mengaku, bahawa malang bagi Raja-raja Melayu, iaitu apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit terlihat Raja-Raja Melayu tidak berperanan atau tidak ada tanggungjawab kepada orang-orang Melayu atau umat Islam dan begitu juga kepada agama Islam di negeri-negeri Melayu ini walaupun mereka mempunyai hak sebagai Ketua Agama Islam di negeri mereka sendiri.

Raja-Raja Melayu telah berada pada jarak jauh dari rakyat jelata, iaitu daripada orang-orang Melayu dan umat Islam yang bergelar rakyat jelata. Yang tinggal dalam bandar dan luar bandar, di kampung-kampung dan dusun-dusun. Tetapi yang rapat dengan Raja-Raja Melayu, ialah golongan elit Melayu dan orang-orang bukan Melayu yang berkedudukan dan golongan hartawan dan jutawan. Oleh yang demikian orang-orang Melayu dan umat Islam yang bergelar rakyat jelata terasa mereka disisihkan dari Raja-Raja Melayu.

Ampun Tuanku,

Patik amat khuatri keadaan itu akan mengakibatkan seperti ucapan Tan Sri Raja Azlan (Hakim), iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah seperti yang termuat dalam buku karangan patik ’Kerajaan Mansukh Kekebalan Raja Melayu’ (1993), iaitu:

”Sejarah telah menunjukkan bahawa di setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini – pada dekad kelapan abad kedua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.”
”Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni budaya.”

Ampun Tuanku,

Hal yang menyedihkan itu (kerenggangan Raja-Raja Melayu dengan rakyat jelata) telah berlaku disebabkan negara dan negeri Tuanku membelakangi hukum atau undang-undang syariyah atau Islam. Sebaliknya mengambil hukum atau undang-undang sekular, iaitu diambil dari Inggeris atau dari Kerajaan Rom tua menggantikan hukum atau undang-undang dari Allah. Hukum atau undang-undang tersebut dilihat dalam ilmu sains politik (political sceince) dinamakan ’undang-undang ciptaan manusia’. Kita mengguna-pakai hukum atau undang-undang dari Allah seperti yang telah ditunjukkan oleh Allah dalam al Quran dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis-hadisnya.

Perpecahan orang-orang Melayu atau umat Islam yang Tuanku lihat hari ini, bukan kerana agama Islam atau tidak juga kerana hukum-hukum Islam atau syariyah, tetapi kerana hukum atau undang-undang sekular diterap dan diguna-pakai di kalangan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara dan di negeri ini.

Orang-orang Melayu dan umat Islam; terutama para mufti dan ulama serta orang-orang yang berpengetahuan agama Islam amat faham, bahawa hukum atau undang-undang sekular faham menjadi musuh kepada agama Islam, seperti racun yang ditaburkan ke atas tanaman atau makanan. Yang demikian itu mengakibatkan umat Islam menjadi lemah dan tidak dapat mencari arah; kepada siapa tempat mereka bergantung. Kepada Raja-Raja mereka yang menjadi Ketua Agama Islam di negeri masing-msing, tetapi nampaknya, sama ada dengan kehendak pihak yang memerintah iaitu parti politik atau kerana kehendak Raja-Raja Melayu sendiri, iaitu menyerahkan bulat-bulat urusan dan pentadabiran agama Islam kepada para pegawai yang berhubungan dengan Islam di negeri mereka. Dengan yang demikian rakyat tidak dapat melihat peranan Raja-Raja mereka sebagai Ketua Agama Islam seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat – Menteri Besar Kelantan berkata: ”Amalan sistem beraja di negara ini dicedok dari barat berdasarkan fahaman Greek tua yang menganggap Tuhan dan Raja mereka sebagai simbol.”

”Islam mengamalkan sistem raja bermasyuarat (syura) dan bukan Perlembagaan kerana Islam meletakkan syarat seseorang pemerintah itu perlu adil, berilmu, bertaqwa, zuhud dan warak.”

Pendapat ulama tersebut termaktub dalam buku karangan patik ’Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu’ (1993).
Patik berpendapat, Tuanku dan Raja-Raja Melayu atau Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai tanggungjawab untuk mencari jalan atau ikhtiar bagi menyatukan semula orang-orang Melayu atau umat Islam di negara ini. Tetapi bukanlah dengan cara bermuzakarah, berdebat di khalayak ramai, melakukan publisiti dalam media cetak dan elektronik. Patut diadakan dengan cara berunding ’dari hati ke hati’ dan cara rahsia sesama kita umat Islam yang sesuai dengan firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, taatkan Allah dan taatkan rasul dan orang-orang yang memerintah di antara kamu. Dan jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, kembalilah kepada Allah (Al Quran) dan rasul; jika kamu beriman kepaada Allah dan hari akhirat, itu yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.
Al Quran, An Nisa: 59

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya, dalam Al Quran Allah telah menjelaskan, bahawa Allah menegah orang mukmin atau umat Islam mengamal atau mengguna- pakai
hukum atau undang-undang yang lain dari yang telah diturun atau diciptakan oleh-Nya. Tegahan itu dapat Tuanku perhatikan firman-firman Allah Taala di bawah ini:

Barang siapa yang tidak menghukum (memerintah) menurut yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.
Al Quran, Al Maidah:44

Barang siapa yang tidak menghukum menurut yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim.
Al Quran, Al Maidah:45

Barang siapa yang tidak menghukum menurut yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik (Jahat)
Al Quran, Al Maidah:47

Adakah hukum (undang-undang) jahiliyah (ciptaan orang-orang Rom atau manusia) yang mereka tuntut? Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada hukum Allah bagai kaum yang yakin?
Al Quran, Al Maidah:50

Ampun Tuanku,

Kerana Tuanku Raja Melayu, Ketua Agama Islam di negara ini dan di negeri-negeri Tuanku, maka tuanku boleh menjalankan kewajipan (tidak melibatkan dengan urusan politik), iaitu memanggil para pemimpin Melayu dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam satu perundingan dan muafaakat bersama Tuanku Raja-Raja Melayu dalam satu majlis tertutup dari media dan sebagainya. Adakan rundingan dari hati ke hati ke hati sebagai orang-orang Islam yang menjunjung dan beriman kepada Allah dan kitab Allah, iaitu Al Quran. Jangan mengikut sentimen, jangan terikat pada undang-undang sekular atau takut kepda sesuatu kuasa. Dalam perundingan itu, segala keputusan yang bersandarkan Al Quran adalah muktamad. Dalam pertemuan itu nanti Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu atau umat Islam mengambil keputusan untuk menukarkan corak kerajaan sekarang yang bersifat sekular kepada kerajaan Islam yang duduk di bawah Daulatul Islamiyah seperti yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah al Munawwarah dari tahun 1 Hijrah hingga ke 10 Hijrah dan kemudian disambung oleh para sahabat, para khlifah dan para tabiin – yang sambung menyambung kepada kerajaan-kerajaan Islam di negeri-negeri di Nusantara pada zaman silam.

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya, jika negeri-negeri Melayu dan Malaysia bertukar kepada negeri-negeri dan negara Islam, maka orang-orang Melayu atau umat Islam mempunyai kuasa yang penuh atau mutlak, kerana:
a – Orang-orang bukan Islam (kafir) rakyat Malaysia tidak boleh menjadi pemimpin,menteri dan ahli Dewan Parlimen, Dewan Negara dan Dewan Negeri
b - Orang-orang bukan Islam (kafir) tidak boleh berpolitik dan tidak boleh menubuhkan parti-parti politik, bahkan parti politik mereka yang telah wujud dihapuskan.
c – Orang-orang bukan Islam (kafir) rakyat Malaysia bertaraf kafir zimmi (jinak atau setia) dan mereka hidup sebagai rakyat biasa yang boleh bergiat dalam bidang ekonomi, sosial dan selain dari politik.

Amalan ini berdasarkan tegahan dalam Al Quran seperti berikut:

Jangan mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, bukan orang yang beriman, siapa yang melakukan begitu tidak ada hubungan sedikit pun dengan Allah.
Al Quran, Ali Imran:28.

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya demokrasi yang popular dan sedang kita amalkan sekarang ini adalah dari ajaran kaum Yahudi yang berpandukan kepada ajaran dari Protokol Yahudi atau Zionis yang bertujuan untuk menghancurkan semua bangsa dan agama. Di bawah ini adalah di antara garisan-garisan perjuangan Yahudi atau Zionis:

1 - Menghancurkan perbagai bangsa dan menguasai negara bukan Yahudi.
2 - Mewujudkan negara Yahudi di negara-negara antarabangsa untuk menguasai seluruh dunia.
3 - Memasukkan faham atau ajaran Yahudi (bukan Islam) ke dalam politik, ekonomi, kebudayaan dan masyarakat bukan Yahudi di seluruh dunia.

Dalam ayat yang ke 10 Protokol Yahudi mencatatkan:

Untuk memprolehi hasil yang kita kehendaki, kita memilih beberapa orang pemimpin yang pernah dibongkar tipu muslihat mereka atau pernah bergabung dalam gerakan yang disangsikan. Pemim­pin-pemimpin seperti ini boleh melakukan lang­kah-langkah kita, sebab dia takut terbongkar rah­sianya kepada orang ramai dan khuatir kedudukannya dan mencari ikhtiar baru dalam politik, kita mesti mengiring mereka ke dunia hiburan, seperti berjudi, aneka jenis hiburan, pesta seks (termasuk homoseksual), rumah urut...dengan adanya beraneka hiburan, mereka akan hilang penumpuan kepada menentang ajaran kita, lama kelamaan mereka menjadi lemah.

Ampun Tuanku,

Dengan nama Allah patik mengaku dan yakin, iaitu apabila negara dan negeri-negeri Tuanku telah bertukar kepada sebuah negera Islam - ­mengguna-pakai perlembagaan dan perundangan Islam, maka krisis politik akan tidak ada lagi dan perpecahan antara orang-orang Melayu atau umat Islam tidak wujud, kerana kita sama-sama duduk atau bemaung di bawah hukum atau undang-undang ciptaan Allah.

Dalam ajaran Islam melarang rakyat menentang Raja Pemerintah selagi Raja Pemerintah itu beragama Islam dan beriman kepada Allah. Maka dalam negara Islam kedudukan Raja-Raja Melayu terselamat dan berdaulat

Ampun Tuanku,

Jika perkara yang serius ini diambil berat oleh Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu serta para ulama, maka patik yakin, bahawa Tuanku dan semua pemimpin Melayu serta para ulama masih belum terlambat untuk mencari ikhtiar untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu atau umat Islam. Tetapi apabila langkah-langkah bertanggungjawab tidak diambil, maka patik khuatir; apabila nasi telah menjadi bubur atau orang yang tenggelam telah meminum air dengan hidung, maka pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Ampun Tuanku,

Atas nama pengarang Melayu dan rakyat negara ini, patik menunggu langkah-langkah berdaulat dan Tuanku untuk memimpin orang-orang Melayu dan umat Islam kepada perpaduan sesuai dengan firman Allah:

Kamu adalah umat yang, paling baik yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, me­nyuruh mengerjakan yang benar (baik) dan larang melakukan yang salah.
Al Quran, Ali lmran: 110


Ampun Tuanku,

Warkah ini sekadar suatu suara seorang fakyat di bawah cerpu Tuanku. Yang berkuasa Tuanku; ke hilir kata Raja, ke hilirlah diikut rakyat, ke baruh kata raja, kebaruh pulalah rakyat mengikut dengan taat setia.

Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum berdasar di kitab Allah.

Ampun Tuanku sembah patik harap diampun.

Kepada Allah patik memohon taufik dan hidayah.

Sekianlah sahaja, adanya.

Yang benar,

tt.
(Mokhtar Petah)

Walaupun warkahku itu mendapat jawapan dari Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Mekayu, tetapi aku kira warkah aku itu adalah secebis dari sebidang layar buruk sejarah hidupuku juga. Mahu tidak mahu negara terpaksa menerimanya sebagai bahan sejarah, walaupun sifatnya kecil cuma.
Pada bulan Jun 2000, aku telah pergi ke pejabat Majlis Raja-Raja Melayu, di Bukit Petaling, Kuala Lumpur kerana satu urusan. Salah seorang pegawai di pejabat itu telah menyebut kepadaku tentang suratku itu yang telah tiba di pejabat Yang Dipertuan Agong.
Pada bulan Oktober 2001, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah mengistiharkan dalam Dewan Rakyat, bahawa Malaysia telah bertukar dari sebuah negara sekular aliran barat kepada sebuah negara baru, iaitu negara Islam.
RAJA MELAYU
Semua ahli Dewan Rakyat dari kalangan parti-parti komponan Barisan Nasional telah menyokong perisytiharan Malaysia sebuah ’Negara Islam’ itu. Pengisytiharanku itu telah menggembirakan aku. Walaupun (mungkin?) Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tidak pernah membaca warkahku kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu para 11 Mei 2000 itu, tetapi doaku dan doa umat Islah telah dimakmbulkan oleh Allah, hati Yang dipertuang Agong dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah dibukan oleh Allah akan tirainya.
Hingga pada waktu aku menulis buku ini, telah hampir lima tahun Malaysia bernama negara Islam dan ada undang-undang di negeri-negeri telah diselaraskan dengan hukum Islam (walaupun ada keganjilan), tetapi boleh disanjung kerana keupayaan mewujudkan perundangan Islam sekadar sedikit demi sedikit itu telah dilaksanakan.
Masalah sekarang yang kita hadapi, walaupun rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya telah dewasa dengan kemerdekaan, tetapi masih wujud semangat ’bermusuhan’ di kalangan orang Islam dalam parti politik Melayu, di negara ini terhadap Parti Islam yang bercita-cita dan berjuang untuk mengamalkan perundangan Islam atau melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini.
Mudah-mudahan, sikap permusuhan antara umat Islam di negara ini akan beransur hilang sesuai dengan konsep Perdana Menteri, Abdullah Badawi, iaitu berpegang kepada al Quran dan as Sunnah.
(Sedutan dari buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. - Editor, Petah Shahrir Aidid).

No comments: