Thursday, May 21, 2009

UMNO DAN PAS


KEPENTINGAN RAKYAT

UTAMAKAN PERPADUAN UMMAH

Oleh: Mokhtar Petah

Dalam tempo terdekat, sekiranya UMNO dan PAS tidak bersatu atau bekerjasama; parti kebangsaan itu akan pupus kerana ketidak jujur orang -orang dalam parti – parti sahabatnya dan PAS gagal dengan cita – cita negara Islamnya dan akan tenggelam dalam kerangka sosio – demokrasi yang diperjuangan oleh parti -parti kekasihnya.

UMNO akan pupus seperti parti politik pimpinan Mahatma Gandi di India dan parti pilitik pimpinan Ir.Soekarno di Indonesia. PAS akan tenggelam sebagai mana tenggelamnya pemerintahan Islam di Sepanyol dan pemerintahan para khalifah Islam.

Bagi mengatasia masalah besar itu dan yang ada hubung kait dengan nasib bangsa Melayu itu, Maka para pendukung UMNO (ahli – ahli dewasa,wanita, pemuda dan puteri) hendaklah berfikiran terbuka; melihat agama Islam yang bersifat Addin ( untuk kepentingan dunia dan akhirat) diambil sebagai panduan dan guna pakai dalam perjuangan dan pentadbiran negara.

Bagi mengatasi masalah besar dan yang berekait rapat dengan ummah, maka PAS (semua peringkat ahlinya) hendaklah menginsafi diri, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Yang telah gagala dalam perjanjian dengan orang – orang kafir Quris telah mengadakan maufakat dan mengikat perjanjian dengan golongan – golongan Yahudi Madinah yang terkenal dengan Sahifah Madinah atau Piagam Madinah.1

Apabila Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) hendak ditubuhkan, piagam itu telah dikaji dan kemdian dijadikan panduan bagi piagaam pertubuhan dunia tersebut.

Sebenarnya, pada masa ini, oleh sebab perpecahan antara orang Islam dalam UMNO (yang berkuasa) dengan orang Islam dalam PAS (berkusa di Kelantan dan tumpang kuasa di Selangor dan kedah), umat Islam di negara ini sedang menjerit dan melung, bahawa semua orang Melayu dalam dua parti politik itu tidak mengikut perintah Allah:


Dan perpegang teguh kalian dengan tali Allah (bersatu) dan jangan kalian berpecah belah. Dan ingatlah kurniaan Allah kapada kalian, pada ketika dulu kalian bermusuh – musuhan, lalu dipersekutukan hati kalian (dalam agamam Allah) sehingga dengan kurniaan Allah itu,kalian menjadi bersaudara. Dan kalian dahulu berada di tepi lubang neraka ( kekukufuran), maka dilepaskan daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan – keterangan – Nya kepada kalianm agar kalian menurut jalan yang benar.

Adakanlah antara kalian umat yang mengajak kepada kebaikan, mennuruh mengejrakan yang benar dan melarang melakukan perkara yang salah. Mereka itulah orang -orang yang beruntung (menang).

Dan janganlah kalian serupa dengan mereka yang telah berpecah – belah dan berselisihan sesuah datang kepada mereka bukti (pengajaran dan petunjuk) yang terang. Mereka akan mendapat azab yang besar.2

Saya tertarik dengan hasrat Najib Presiden UMNO dan Perdana MenteriTun Razak, bahawa beliau sedia berunding dengan parti pembangkang (PAS) kerana kepentingan rakyat dan ummah.

Mursyidul 'Am PAS dan Menteri besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz telah menyarankan dan saya kira menarik, iaitu:

Umno perlu menukar dasar perjuangan didukung parti itu dalam usaha menyatukan kembali rakyat di negara ini bagi mewujudkan sebuqah negara aman dan harmoni. Penawar itu

ini penawar,salah satu cara terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut meklanda negarapada masa ini.

Penawar yang saya maksudkan iaitu, UMNO kena tukar dasarnya dari dasar kebangsaan kepada Islam. Ini muktamad.

Kalau UMNO tukar dasar daripada dasar kebangsaan dengan persetujuan cawangan – cawangan dan negeri tukar daripada kebangsaan ke-ada Islam. Kalau UMNO tukar dasarnya kepada Islam tak payah diajak, saya sokong dia (UMNO), saya akan sokong. Semua orang Pas akan sokong. Takada sebab la kami nak lawan sesama Islam.

Kami lawan UMNO kerana dia bawa jalan sesat. Sesat ni kita ulang dalam sembahyang. Kita tsak mahu jalan sesat. Jalan sesat ini. Selain dari Islam semuanya sesaat.

Jika kitamengikut jalan sesat, matlamat juga akan sesat. Hujung kita takj sampai ke syurga, tetapi akan sampai ke neraka.

Kalau hendakakan perpaduan, tidak ada cara lain, melainkan UMNO ubah dasar dia daripada kebangsaan yang menimbulkan perbalahan di antara kaum kepada Islam. Kerana ini ajaran Nabi (Muhammad), bukan ajaran profesor dan bukan ajaran ahli sains.

Kalau tukar dasar lebih dari duduk semeja … saya mahu lagi.

Saya pelawa UMNO supaya nenyertai perjuangan dibawa PAS kerana dasar perjuangan PAS adalah Islam.”

PAS telah berkali – kali mengungkit, bahawa pada masa lalu PAS pernah bekerjasama dengan UMNO dalam PERIKATAN dan UMNO telah bertindak terhadap PAS sehingga parti Islam itu terpaksa meninggalkan UMNO.

Sebenarnya kalangan ahli PAS angkatan kini tidak banyak mengetahui, akan bagaimana PAS boleh bersama UMNO dan berlaku perkara yang terpaksa parti Islam itu merajuk.Perkara ini saya sebagai wartawan lama dan rapat dengan Presiden PAS, Dato Mohd. Asri bin Haji Muda, mengetahui perkara sebenar.Di antara ayang saya ketahui, ialah:

Dato Mohd. Asri bin Haji Muda telah berjumpa dengan Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman, menyatakan kepada Tunkuyang PAS akan bekerjasam dengan UMNO.Tunku telah menasihat Mohd. Asri agar tidak menyertai PERIKATAN, tetapi hanya bekerjasama dengan UMNO sahaja.Dan Tunku meminta Mohd. Asriberunjding dengan Timbalan Yang Dipertua UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Dato Abdul Razak bin Dato' Hussein untuk berbincang setgerusnya.
Tetapi setelah Mohd. Asri dan beberapa orang pengikutnya menemui Tun Abdul Razak m mereka tertarik hati dengan tawaran Tun Razak, iaitu jika mereka menyertai PERIKTAN mereka akan berpeluang memengan jawatan Menteri dan jawatan -jawatan lain di bawah menteri kabinet.Mereka mahukan jawatan – jawatan itu dan Mohd. Asri menarik PAS ke dalam PERIKATAN.Kerana tindakan Mohd.Asri itu, ramai ahli PAS menentang dan mereka meninggalkan parti Islam tersebut.

Apabila PAS berada dalam PERIKATAN, terutama Mohd. Asri sebagai Menteri Kabinet dan Ustaz Abu Bakar Hamzah Setiasuaha Parlimen, telah bertindak (beberapa perkara) menjadikan perkara itu sebagai duri dalam daging bagi UMNO dan PERIKATAN.

Perkara itu telah menarik perhatian Tun Abdul Razak untuk menyeklesaikannya, tetapi tidak mencapai jalan lurus, maka berlakukan perkara ' talak' antara PAS dengan UMNO – PERIKATAN.

Sekarang bukan zaman Dato Asri lagi; kini zaman Najib Tun Razak, Dato' Haji Abdul hadi Awang dan mereka yang berpengetahuan tinggi, termasuk ulama profesional, hendaknya tak usah diungkit – ungkit perkara lama seperti isteri dan suami jahil setelah bercerai ungkit mengungkit.Cari jalan dengana iman dan sabar untuk bersatu demi allah, kerana membela negara, ummah dan rakyat Malaysia.

Kalau UMNO gajah dan PASS pun gajah; dua hjaiwan ini berlaga, tentulah pelandu (rakyat) mati ( dalam keadaaan susah) di bawah tapak kaki mereka. Walau pun boleh diabarat2kan mereka itu gajah, tetapi mereka itu manusia, beragama Islam dan beriman kepada Allah, eloklah menolak segala prasangka antara keduanya dan bersma menuju kepada jalan yang disuruhkan oleh allah, iaitu bersatu.

Jika tidak bersatu, seperti yang saya telah sarankan di atas; UMNO akan pupus dan sebilangan ahlinya akan meninggalkannya dan PAS akan menjadi alat atau ' lembu Kedah' sosiao -demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bagi pandangan pemerhati yang inteletual dan khuatirkan perpecahan bangsa Melayu akan bertambah parah dean inginkan keadilan dan sama rata dalam kehidupan rakyat jelata, maka tidak ada erti 'berebut jawatan Menteri Besar Perak', jika perintah Allah diabaikan dan dua buat parti itu akan berkeadaan seperti yang saya telah sarankan itu.

Dalam masalah perpaduan ini, akan menjadi praktik sifatnya jika UMNO dan PAS berunding lebih dahulu. Setelah mencapai kata sepakat, maka masing-masing kembali kepada komponan yang ada. UMNO kepadaq Barisan Nasional - BN dan PAS kepada Pakatan Rakyat – PR.

Apabila semua keputusan telah dipesetujui antara kedua pihak, maka adakan perjanjian seperti Sahifah madinah atau Piagam Madinah,iaitu Piagam Malaysia – perpaduan rakyat Malaysia dari semuka keturunan dalam falsafah keadilan dan 1 Malaysia.

Saya mengesyurkan, dalam perundingan itu nanti akan mencapai kata pembentung, iaitu:

1 - UMNO mnyesuaikan dirinya dengan PAS, iaitu

memperjuangankan Islam sebagtai agama negara dan

menuju kepada sebuah negara yang mengamalkan

Perundangan Islam.

2 - Tidak pilhan raya pada masa akan datang dan sampai

bila – bila. Kerusi – kerusi Dewan Rakyat dan Dewan

Dewan Undangan Negeri kini yang dimiliki oleh

parti - parti dikekalkan.

3 - Jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana

Menteri, menteri kebinet, timbalan menteri

kebinet, menteri besar,timbalan menteri besar dan

speaker semua dewan – Dewan Rakyat dan Dewan –

Dewan Undangan Negeri diselaraskan mengikut

persetujuan bersama.

Mungkin sebilangan ahli UMNO dan PAS tidak sesuai dengan pendapat saya ini, tetapi saya hanya sebagai menolong orang memasak kari, kalau susah mencari rempah, jintan dan sebagainya, maka lengkuas, serai, ciki dan bawang saya bawakan.Kalau tidak dapat membuat kari ala mamak, buat gulai lemak ala Melayu Perak.

(Selesai)


1 Lihat buku: Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah.

2 Mungkin azab yang besar itu UMNO akan pupus dan ahli-ahlinya meninggalkannya dan PAS menjadi alat atau 'lembu kedah' sosio – demokrsi. Ali Imran: 103 – 106.


*** ***



MOKHTAR PETAH


NOH OMAR

JIHADNYA

BELA RAKYAT JELATA



*** ***


JANTAN MANGSA BETINA

Walau bagaimana gagah atau kuatnya jantan - haiwan -, dia menjadi mangsa betina. Serengga jenis cengkadah; jenisjantannya, hanya sekali sepanjang hidup melakukan hubungan kelamin. Pada waktu mengadakan hubungan kelamin, iaitu setelah benihnya masuk ke dalam rahim betina, maka jantan itu dimakan oleh betina hingga tidak bersisa.

Orang bijak pandai Arab berkata, Ar rajulu matbuttun baina fakhizaiha. Maknanya, lelaki terbelenggu antara celah pahanya (perempuan). Ertinya sepandai mana,m segagah mana dan semasyhur mana lelaki, dia terikat kepada pengaruh perempuan.



No comments: