Saturday, May 16, 2009

HADI AWANG PRESIDEN PAS





Abdul Hadi bin Awang

Abdul Hadi Awan

Allah memerintahkan supaya kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa selepas perintah-Nya supaya kita mengabdikan diri kepada - Nya. Perintah ini bukan sahaja kepada umat Muhammad s.a.w. tetapi kepada umat - umat yang terdahulu.

Apabila (kita) tidak mengenang kedua budi ibu bapa, menjadikan ibu bapa sebagai orang yang boleh diperlakukan sewenang – wenang sehingga boleh diabdikan dan boleh dijadikan khadam. Setelah ibu bapa itu berkhidmat kepadanya (anak) dan menjaganya pada ketika dia masih kecil, tiba - tiba setelah dia besar, dia membiarkan kedua ibu bapanya dalam keadaan keuzuran, tidak diberi perhatian dan pertolongan kepadanya. Ini adalah kecuaian yang sangat besar daripada menunaikan kewajipan; bukan sahaja kecuaian terhadap ibu bapa itu, bahka (kecuaian melaksanakan) kewajipan kepada Allah.

Adapun dalam perkara yang tidak bercanggah dengan perintah Allah Subhanahu wa Taala, yang tidak ada di dalamnya perkara suruhan, iaitu sekadar kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, maka seseorang itu hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya walaupun keduanya menganut agama kafir (bukan Islam).

Ini menunjukkan betapa besarnya kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapa menurut ajaran Islam dan betapa Islam memberi perhatian kepada kedua ibu bapa serta memerintahkan penganutnya sepaya tidak mengabaikan kewajipan (kepda dua ibu bapa) itu.

Kita melihat pada masa akhir - akhir ini ramai di kalangan orang kita memandang ringan perkara - perkara yang seperti itu (menjaga ibu bapa), oleh kerana terlalu sibuk dengan hal - hal duniawi dan urusan - urusan harian, maka lupa menunaikan kewajipan kepada kedua ibu bapa yang telah diamanahkan kepadanya setelah keduanya menunaikan amanah memelihara anak mereka.


*** ***


MOKHTAR PETAH


NOH OMAR

JIHADNYA

BELA RAKYAT JELATA


***


SAJAK


GURUKU

(Aku murid guru, isteriku guru, anak -anak

dan cucu - cucuku mahasiswa guru. Aku

bangga turut menyambut Hari Guru)


1941, guruku,

Basikal berkarat kenderaannya,

saban hari sepasang kakinya ligat,

menggatih basikal dengan betis besinya,

di sekolah, wajahku direnung selalu,

darinya aku raub ilmu.


Kini ajarannya mutiaraku,

Ular mematuk, kambing mengebik,

ayam jantan berkokok,

kera dihutan disusui,

dalam buaian anak dahaga hampir mati,

dik bapa berbudi pedagang lalu.”


1946, guruku,

Tumpang lori saban pagi,

kadang teksi larinya semput,

di sekolah Melayu kampungku,

tumpahkan ilmu semua muridnya,

Saya hamba,bangsa kita hamba,

kita mesti merdeka.,” madahnya.



Pesan amanahnya:“Kamu baca,

banyak membaca,

tulis apa saja,

namamu masyhur di bumi kita,

kau bukan guru di meja,

tapi guru dunia.”


1951, guruku,

cakapnya laksana helilintar,

anti penjajah di bumi kita,

jerkahnya politik,

bumi ini milik kita,

bangsa kita bangsa bermaruah.”


Orang India datang ke sini,

jadi kuli, ladang getah, keretapi,

jual tuak sepanjang jalan,

mereka juga penagihnya,

Pepetah orang kita berhikmat,

macam Keling mabuk.”


Kata guruku,

Cina datang mencari makan,

hormatkan Melayu bukan kepalang,

setelah bercangkung di bumi ini,

kelentong mereka di mana – mana,

Malaya jadi pajak judi.”


2009 aku terpacak di bumi ini,

madah para guruku jadi azimat,

orang pendatang naik tocang,

bangsaku dihina agamaku diterajang,

penjajah bentuk baru nama mereka,

dik Inggeris pedaya pemimpin Melayu.


Apa ada pada bangsaku,

Tanah sekangkang kera milik orang ,

air sesungai serah alir ke seberang,

hidup melata di bumi sendiri,

suara naga jalan semut,

cakar mencakar sesama sendiri.



Pada hari guru ini,

Ruh para guruku mejelma lagi,

pesan mereka terbukti sudah,

aku berdiri dengan fikir dan pena,

langit cerah dan bumi bertuah,

di hadapanku manusia Melayu,

kepala sama berbulu, degil bersatu.


Kuala Terengganu …....................Mokhtar Petah


*** ***


Mokhtar Petah dan Editor, Petah Shahrir Aidid

dengan hati yang tulus ikhlas mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Guru 2009

Hari Guru 2009

Keikhlasanmu Guru

Inginku Selami Hatimu Guru
Mengenal Keperibadian Murnimu
Betapa Dirimu Dalam Ketabahan
Gigih Menggenggam Tanggungjawab

Tiada Kedengaran Bosan Dibibir

Ingin Sekali Aku Menjadi Sepertimu Guru
Tiada kelihatan Jemu Rautmu
Tak Pernah Kenal Erti Penat
Tidak Meminta Puji Dan Puja
Memancarkan Sinar Ilmumu Sepenuh Rela

Kini Telah Aku Buktikan
Betapa Aku Adalah Sepertimu
Ingin Berjasa Di Medan Ilmu
Mangajar Dan Mendidik Anak Bangsa

Cekal Dan Tabah Menempuh Dugaan

Kini Bersamalah Kita
Mengharungi Dugaan Dan Cabaran
Jujur Dan Ikhlas Kita Berbakti
Bersama Menadah Tangan Dengan Doa Restu
Kepada Tuhan Menjanjikan Pembalasan

(Jasamu Dihargai)
Selamat Hari Guru

(Dari laman media maya Kementerian Pelajaran Malaysia)

*** ***


noor iskandar


ANWAR IBRAHIM

DALAM

SEJARAH ALAM MELAYU











No comments: