Saturday, March 21, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ

PIKUL AMANAH UMMAH

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]
Nik Aziz
Dalam masyarakat Islam kini, tidak ramai lagi orang
yang seperti Saidina Ali, sebaliknya mereka seperti
telah dihinggapi penyakit suka bergantung kepada
orang lain. Masalah yang dihdapi oleh umat Islam
kini, bukan sekadar orang miskin saja yang sering
mengharap bantuan pihak lain, sebaliknya orang
kaya juga masiuh ada yang bergantung dengan pihak
lain. (Tazkirah Jiwa dan Nafsu, oleh: Nik Aziz (1994)
Di Malaysia sukar mendapat di kalanhgan ulama seorang mualim seperti Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz, Musyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan. Kini, walaupun pun beliau seperti sehidup semati dengan PAS, tetapi beliau tidaklah boleh berfikir yang perjuanganya hanya untuk mereka dalam parti Islam itu sahaja. Beliau memikul tanggungjawab dan amanah ummah - umat Islam bagi menrungkai kekusutan hidup mereka; yang kaya masih berharapkan orang lain dan yang miskin kehakisan yakin diri.
Nik Aziz hendak menjadi the Ali man - orang Saidina Allah. Ertinhya,k jihad atau perjuangannya mestilah untuk semua orang Melayu atau ummah.
Saidina Ali tidak berjihad untuk bangsa Arab sahaja. Untuk Arab Quraish semata, tetapi untuk semua bangsa dan kaum pada zamannya.
Pada saya di London, dalam Masjid Reganc, saya ditanya oleh salah seorang dari para jemaah: Adakah tuan fikir Nik Abdul Aziz seorang nualim besar dan siapakah antara ulama dunia boleh disamakan beliau.
Saya nenjawab dengan tidak lama berfikir: ... Raisul wajazara ... - Menteri Besar Kelantan itu mungkin boleh dikatakan hampir sama dengan Ibnud Khaldun, Syed Qutb, Muhammad Abduh, Hassan Al Bana dan Jamaluddin Al Afghani.
Setelah saya pulang ke bilik hotel, saya berfikir; Nik Aziz mualim besar yang sama dengan para ulama besar di negara kita.Maka beliau memikul amanah berat dari orang Melayu dan ummah yang berjuanga, yang bercita - cita dan bertawakal untuk menegakkan Negara Islam di bumi pesaka datuk nenek orang Melayu ini.
Presiden PAS, Allahyarham Haji Yusof Rawa, dalam Ucapan Dasar Muktamar Tahun Ke - 33 PAS yang bertajuk, Ke Arah Tajdid Hadhari (sama dengan Islam Hadhari), pada 10 April 1987, telah berkata:
"
Perjauangan Parti Islam Se Malaysia (PAS) ialoah perjuangan
untuk mengubah waqi
atau realiti masyarakat manusia yang
yang ada sekarang ini terkongkong di dalam jaringan dan
terkongong dalam arahan peradaban jahiliah.
Waqi atau realiti yang ada sekarang ini menentukan perubahan
supaya masyarakat manusia dibebaskan daripavdsa jaringan itu
sebagai membolehkan kita menuju ke arah peradaban Islam atau
hadharah Rabbani ..."

Nik Aziz adalah hulu balang ummah bagi mneneruskan perjuangan iitu untuk membebaskan orang Melayu atau ummah dari jaringan jahiliah moden. (mokhtar petah)
(Bersambung pada hari Ishin)

No comments: