Monday, March 23, 2009

BBPMM: UMNO ELAKKAN DARI ORANG RASUAH

MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ HARAPAN UMNO KAHWIN PUTERI RAJA DAN HADIAH PENYAPU DITOLAK

Khairy Jamaluddin


Khairy Jamaluddin


Nuhammad Taib - Muhyiddin - Ali Rusta

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPMM) mengingatkan UMNO, supaya menjaga maruah Islam dan adat istiadat Melayu
mengawal parti politik orang Melayu itu dan dua sayapnya, Pergerakan Wanita dan Pemuda, dengan bertindak tegas menolak individu yang telah didapati bersalah melakukan politiki wang - rasuah.
Presiden Barisan tersebut, Haji Osman Bakar memberitahu, bahawa Barisan Bertindak Perpaduan Melayu menganggap hanya UMNNO parti politiki terbesar tempat orang Melayu menggantungkan harapan, tetapi jika parti itu dua sayapnya dipimpin oleh inddividu yang disahkan oleh Lembaga Disiplin UMNO, dikhuarti akan mnemui kehancuran kerana dilaknat Allah.
"Nabi Muhammah telah memberi amaran dalam hadisnya, bahawa orang yang memnberi rasuah, menerima rasuah dan perunding (orang tengah) dilaknat Allah, maka kami takut disebabkan orang - orang berkenaan UMNO turut dilaknat Allah bersama orang Melayu, "katanya.
"Kami sanjung tinggi Lembaga Disiplin UMNO kerana mengambil tindakan tegas kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam kerana beliau didapati bersalah dan beliau ditegah bertanding ke jawatan Timbalan Presiden UMNO,"katanaya lagi.
Beilau berpedapat, Tan Sri Muhyiddin yang tidak pernah mendengar namanya terlibat dengan apa - apa yang berlawanan dengan agama Islam danh adat istiadat Melayu, adalah orang yang paling layak menjadi pemimpin nombor dua UMNO dan beliau berpelajaran tinggi dan luas pengalaman, beliau juga boleh bekerjasama dengan Najib Tun Razak dalam menemjukan negara ini.
"Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah dan dibolehkan bertanding, lebih baik menarik diri kerana kesalahan itu belum ada penghujungnya dan mungkin beliau akan disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, kalau berlaku dan beliau didapat bersalah olehmahkamah, apak akan jadi kepada Pergerakan Pemuda UMNO," tambahnya.
Menurutnya, kalau Khairy Jamaluddin bertanding juga, tidak sahaja ahli - ahli UMNO sedar yang beliau bersalah atas perbuatan politiki wang, tetapi akan memalukan bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa memerangi rasuah.
Osman Bakar melihat dengan serius, bahawa untuk menyelamatkan Pergerakan Pemuda UMNO, Dato Mukhriz Mahathir adalah orangnya yang boleh diharap.
Ditanya mengenai seorang calon lagi,Dato Seri Mohd. Khir Toyo, beliau berkata UMNO sepert Badan Bedrtindak Perpaduanh Melayu Malaysia, iaitu menjaga maruah agama Islam dan adat istiadat Melayu, maka Mohd.
Khir Toyo tidak loyak kerana perbuatan beliau pada masa Menteri Besar Selangor, telah menghadiahkan penyapu kepada orang Melayu beragama Islam dan pegawai kerajaan.
"Perbuatan itu tidak ada akhlak, melanggar adat istiadat melayu dan melanggar etika dalam Islam, iaitu akhla ...orang macam tu tak boleh menjadi pemimpin orang Islam,"jelasnya.
"Kami menyeru perwakil Pergerakan Pemuda UMNO, walau apapun, pilihlah Dato Mukhriz Mahathir jika henhdak menyelamatkan maruah pergerakan itu," serunya.
Mengenai bekas Mentgeri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib, Osman Bakar berkata, beliau tidak layak memimpin UMNO kerana rekodnya telah brkahwin dengan puteri Sultan Selangor dan telah berlaku clash dengan Al marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Haji Osman Bakar mengakui, bahawa rakyat Sultan yang bergisir dengan Sultannya bererti melanggar adat istiadat Melayu, maka dia tidak boleh menjadi pemimpin organisasi Melayu.
Beliau juga menyeru kepada individu yang akan bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, jika ada melakukukan rasuah atau pilitik wang lebih baiklah mengundurkan diri kerana perbuatan itu lebih baik dari menerima padah atau laknat Allah.

No comments: