Friday, March 20, 2009

KHUTBAH JUMAAT


CEGAHAN JENAYAH JUVANA


ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيدغ جمعة يغ

دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت منيغكتكن كتقوائن كفد الله سبحانه وتعالى دغن فنوه كيقينن دان كإخلاصن دغن ملقسناكن سضالا فرينتهث دان منجاءوهي سضالا لارغنث. موده-مودهن كهيدوفن كيت دبركتي ددنيا دان داخيرة. فد هاري اين منبر اكن ممبينخغكن خطبه برتاجوك: فنخضهن جنايه جوؤان .

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jemaah yang dikasihi sekalian, marilah sama - sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melaksanakan segala perintah - Nya dan menjauhi segala larangan - Nya. Mudah - mudahan kehidupan kita di berkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini kutbah mimbar akan membincangkan tajuk Pencegahan Jenayah Juvana.

فركاتاءن جنايه دالم إسلام مغندوغي فغرتين يغ عام دان خصوص. سخارا عامث اي برارتي سسوات يغ تيدق باءيق دلاكوكن دان اي مليبتكن دوسا بسر. دري سضي فراونداغن اف سهاج يغ دلارغ دالم إسلام, جك دلاكوكن اي اداله ساتو دوسا دان دغن ايت بوليه دتعريفكن سباضاي جنايه دان

Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia melibatkan dosa besar. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditaskrifkan sebagai jenayah dan

ممفوثاءي كسن ترتنتو دري سضي حكومن.

mempunyai kesan tertentu dari segi hukum.

مسئله سوسيال دكالغن رماج دان فلاجر2 سكوله يغ ملندا مشاركت دان نضارا سماكين مرونخيغ. تمبهن فولا كيس2 جنايه جوؤان كيان منيغكت دنضارا كيت باثق مليبتكن فلاجر. جابتن سياستن جنايه فوليس دراج مليسيا (PDRM), بوكيت امان ملافوركن بهاوا فد تاهون 2008 سباثق 5,115 كيس جوؤان يغ مليبتكن سراماي 7,126 اورغ كانق2 دان رماج.

Masalah sosial di kalangan remaja dan perlajar - pelajar sekolah melanda masyarakat dan negara semakin meruncing tambahan pula kes - kes jenayah juvana kian meningkat di negara kita banyk melibatkan pelajar. Jabartan Siasatan jenanayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman melaporkan, bahawa pada tahun 2008 seebanyak 5,115 kes juvana melibatkan seramai 7,126 orang kanak - kanak dan remaja.

اف يغ مثديهكن, فورات عمور كيس2 جوؤان اين انتارا عمور 7 هيغض 18 تاهون اداله ساغت مودا بربنديغ دغن اوسيا جنايه يغ دلاكوكن. سهيغض اين كلومفوق عمور 16 هيغض 18 تاهون انتارا يغ ترتيغضي ياءيت5,146 اورغ دمان مليبتكن كيس خوري موتوسيكل, منخوري, فخه رومه, روضول, دان سامون.

Apa yang menyedihkan, purata kes - kes juvana ini antara usia 7 thaun hingga 18 tahun adalah sangat muda berbanding dengan usia jenayah yang dilakukan. Sehingga ini kelompok umur 16 hingga 18 tahun di antara yang tertinggi, iaitu 5,146 orang melibatkan kes curi motosikal, mencuri, pecah rumah, rogol dan samun.

برداسركن فنيغكتن كيس اين, فلباضاي فيهق انتاراث فارا فميمفين, اهلي2 اكاديميك, توكوه فنديديقن دان اكتيؤيس مشاركت تله مثواراكن فندغن ماسيغ2 تنتغ فكتور يغ مندوروغ ضولوغن فساله جوؤان اين ملاكوكن جنايه. انتارا فكتور جوؤان ترليبت جنايه اياله:

فرتام : ايبو باف كورغ كماهيرن دالم منديديق انق ,

كدوا : فرسكيترن هيدوف يغ د كليليغي اونسور2 فرضاءولن بيبس دان فنددهن

اونسور2 سيك س, دان

كتيض : كورغ ديديقن اضام.

Berdasarkan peningkatan kes ini, pelbagai pihak antaranya para pemimpin, ahli-ahli aka demik, tokoh pendidik dan aktivis masyaraka telah menyuarakan pandangan masing - masia\ng tentang faktor yang mendorong golongan pesalah juvana ini melakukan jenayah.Antara faktor juvana terlibat jenayah, ialah:

Pertama: Ibu bapa kurang mahir dalam mendidika anak.

Kedua: Persekitaran hidup yang dikelilingi unsur - unsur pergaulan

bebas dan pendedahan unsur - unsur seks, dan

Ketiga: Kurang didikan agama Islam.

ايبو باف ممفوثاءي تغضوغجواب يغ باثق يغ دأمانهكن اوليه الله سبحانه وتعالى انتاراث اياله منديديق مريك منجادي ماءنسي يغ برجاي ددنيا اين, تراوتاماث سكالي دالم سواسان مشاركت يغ ساغت ماتيرياليستيك. اين ممبري خابرن كفد ايبو باف كران الله سبحانه وتعالى ممفرتغضوغجوابكن مريك سوفايا منديديق انق2 منجادي مؤمن يغ برفرانن دالم إسلام دان سلامت دري سيقسا افي نراك.

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang banyak yang diamanahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala, antraranya, ialah mendidik mereka menajdi manusia yang berjaya di dunia ini, terutamanya sekali dalam suasana masyarakat yang sangat meterialistik. Ini memberi cabaran kepada ibu bapa kerana Allah Subhanahu wa Taala mempertanggungjawabkan mereka supaya medidik anak - anak menjadi mukmin yang berperanan dalam Islam dan selamat dari api neraka.

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة التحريم ايات 66:

مقصودث: واهي اورغ يغ برايمان ! فليهاراله ديري كامو دان كلوارض كامو افي نراك يغ باهن باكرنث ماءنسي دان باتو.

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Quran, surah at Tahrim:66, iaitu:

Wahai orang-orang yang berima, peliharalah diri kalian dan kelurga kalian (dari) api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu.

ايبو باف فرلو سدر بهاوا مريك سدغ مثدياكن ضينراسي بارو. ايبو باف فرلو سدر بهاوا انق دالم دوكوغن مريك كلق اكن منجادي انسان يغ ممفوثاءي تغضوغجواب, دان تاتا كلاكوان مريك اكن ممفوثاءي كسن ترهادف انسان لاءين.

Ibu bapa perlu sedar, bahawa mereka sedang menyediakan genarasi baru. Ibu bapa perlu sedar anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai tanggungjawab, dan tata kelakuakan mereka akan mempunyai kesan terhadak insan (uman manusia) lain.

سخارا لغسوغ, نيلاي دان ضاي هيدوف ايبو باف اكن ممفغاروهي تربية اتاو فنديديقن انق2. انق2 اكن ملاكوكن اف يغ مريك ليهت دان اكن مغيغتيث اونتوق دخونتوهي. اف يغ ثات, انق يغ مليهت ايبو بفاث منيفو تيدق اكن بلاجر منجادي اورغ يغ جوجور. انق يغ ممفوثاءي ايبو باف يغ ضانس دان لاسق, تيدق اكن ممبسر منجادي سأورغ يغ ممفوثاءي صفة كاسيه سايغ.

Secara langsung, nilai dan gaya hidup ib u bapa akan mempengaruhi tertib atau pendidikan anak-anak. anak - anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan mengingatinya untuk dicontohi. Apa yang nayata, anak yang melihat ibu bapanyamenipu tidak belajar menjadi orang yang jujur. anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak (fasik), tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.

مروجوع كفد قيصه2 تولادن رسول الله r, ميمغ تردافت باثق رواية مغناءي خارا رسول الله r منتدبير دان مغوروسكن رومهتغضاث. انتاراث:

1) ممفروموسيكن دان مغحياتي هيدوف براضام دالم رمهتغضا.

2) موجودكن فرسكيترن دان سواسان كلوارض يغ صيحة.

3) موجودكن صفة بلس كاسيهن, احسان, لمه لمبوت, دان كاسيه سايغ.

4) ممهامي تاهف2 كفرلوان انق2 مغيكوت فروسيس فمبسرانث.

Merujuk kepda kisah - kisah teladan Rasulullah Muhammads.a.w. memang terdapat banya riwayat mengenai cara Rasulullah mentadbir dan menguruskan, antaranya:

1) Mempromosikan dan men ghayati hidup beragama

dalam rumahttangga.

2) Mewujudkan persekitaran dan suasana keluarga

yang sihat.

3) Mewujud sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut

dan kasih sayang.

4) Memahami tahap - tahap keperluan anak-anak

mengikut proses pembesaran mereka.

حقيقتث فنخضهن كيس2 جوؤان دان ضجالا مورل لاءين برمولا درومه. والاو باضايمانافون كيت جاغن لوفا سومبغن فنتيغ فوليس دراج مليسيا (PDRM) يغ مماءينكن فرانن بسر دالم مغاول فنخضهن كيس2 جنايه دسلوروه مليسيا. سومبغن بسر فوليس دراج مليسيا (PDRM) دالم منجاض كسلامتن نضارا ممبوليهكن رعية هيدوف دالم كأداءن امان داماي.

Hakikatnya pencegahan kes - kes juvana dan gejala moral lain bermula dari rumah walau bagaimanapun kita jangan lupa sumbangan penting Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memainkan peranan besar dalam mengawal pencegahan kes - kes jenayah di seleuruh Malaysia. Sumbangan besar dan menjaga keselamatan negara membolehkan rakyat hidup dalam keadaana aman damai.

اوليه ايت, منبر مغيغتكن بهاوا كرجاسام اورغ راماي دان رعية سلوروهث امت فنتيغ دالم ممبنتو كبركسنن PDRM دالم ملقسناكن تغضوغجوابث. سمفنا فرايغتن هاري فوليس ك-202 فد 25 مخ 2009 اين, منبر مرقمكن تهنيئه دان تريما كاسيه داتس سومبغن ورض PDRM دالم منجاض كسلامتن دنضارا اين. سموض صفة امانه, اخلاص, اينتيضريتي, دان فغوربنن مريك دالم منجالنكن تغضوغجواب تروس ممفركوكوهكن ايميج PDRM دمات دنيا.

Oleh itu, mimbar mengingatkan, bahawa kerjasama orang ramai dan rakyat seluruhnya amat pemnting dalam membantu keberkesanan PDRM dalam melaksnakan tangungjawabnya. Sempena peringatan Hari Polis ke 202, pada 25 Mac 2009, mimbar merakamkan tahnia dan terima kasih atas suambangan warga PDRM dalam menajga keselkamatan negara ini.Semoga sifat amanah, ikhlas,intagriti dan pengorbanan warga PDRM dalam menjalankan tanggungjawab terus memperkukuhkan imes PDRM di mana dunia.

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الأحزاب ايات 21:

مقصودث: واهي اورغ يغ برايمان ! جاغنله كامو مغحيانتي (امانه) الله دان رسولث, دان (جاغنله) كامو مغحيانتي امانه2 كامو, سدغ كامو مغتاهوءي (سالهث).

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Quran, surah Al Ahzab, ayat:21:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kalian mengkhianati amanah - amanah kalian, sedangkan kalian mngetahui (salah).

· Khutbah ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) untuk semua masjid dalam wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Putrajaya dan Labuan.

No comments: