Sunday, March 22, 2009

HAJI ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS

Abdul Hadi bin Awang
Haji Abdul Hadi Awang

[Pada 10 Disember 1992, Dato Haji Abdul Hadi Awang
(masih Timbalan Presiden PAS), ahli Dewan Rakyat
(Marang), telah berucap dalam Dewan Rakyat
menyokong usul yang dibawa oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tun Ghafar Baba untuk menghapuskan
immunity (kekebalan) Raja Melayu, telah berkata, "
Saya mengalu - alukan titah ucapan Sultan Kelantan
yang menegaskan bahawa Etika Raja - Raja mestilah
mengikut Al Quran dan As Sunnah. Kita perlu mema-
hami apabila Merah Silu, Raja Pasai menerima Islam,
namanya bertukar menjadi Malikul Saleh dan pera -
ngainya pun bertukar menjadi adil dan baik.'
Berikut ini kami menyiarkan semula ucapan beliau
yang kami rafakkan dari buku, Kerajaan Mansuh
Kekabalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah.
Editor, Petah Shahrir Aidid].
Peluang yang diberi untuk saya membahaskan usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhomat Timbalan Perdana Menteri, marilah kita jadikan sebagai satu peluang untuk memberi keinsafan kepada kita bagi menyedari kelemahan - kelemahan yang ada di dalam Perlembagaan Negara, dasar negara dan undang - undang negara.
Seterusnya ia perlu memberi kesedaran kepada kita untuk membuat pindaan, apa yang perlu dipinda dan bukan sebagai satu peluang untuk menngecam sesiapa dan mana - mana pihak.
Sebagai mewakili parti yang memperjuangkan Islam, maka saya suka menyatakan tentang pandangan Islam berhubung dengan isu yang dikemukakan secara menyeluruh.
Seterusnya marilah kita mengambil pengiktibaran untuk membuat perubahan - perubahan yang benar - benar berani, bukan kerana satu kes yang berlaku, bahkan kepada perkara - perkara yang banyak telah berlaku dan mungkin kalau diabiarkan, banyak lagi akan berlaku.
Islam meletakkan Ketua Negara termasuk yang bergelar Raja - Raja sebagai pemegang amanah untuk memerintah dan memimipin manusia. Mereka tidak mempunyai kuasa (kekebalan) mutlak dan tidak boleh dipersucikan seperti Tuhan kerana mereka tetap mempunyai sifat - sifat kelemahan manusia. Maka peranan amanah merupakan suatu peranan yang dititik - beratkan dan difahami dengan sedalam - dalamnya sehingga Allah SWT telah menetapkan perkara ini dalam Al Quranul Karim sebagai garis panduan kepada manusia, iaitu firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah membentangkan amanah ...
Di antara amanah yang besar itu ialah amanah pemerintahan negara. Di antaranya, menjadi Raja dan menjadi pemimnpin. Kami telah membentang amanah menunjukkan betapa beratnya amanah itu kepada langit, bumi, bukit bukau dan gunung ganang supaya mereka memikulnya. Tetapi mereka gerun tidak mahu memikulnya dan manusia memikulnya. Sesungguh manusia itu ialah maha zalim dan maha jahil.
Yang maha zalim dan maha jahil ini ialah yang memikulnya dengan secara sewnang - wenang bukan mengikut syarat - syaratnya yang betul untuk menegakkan keadilan yang diwajibkan oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, maka Islam telah menetapkan beberapa syarat yang ketat supaya mengelakkan perkara yang tidak diingini itu berlaku setelah ianya dilantik. Maka syarat yang ketat itu hendaklah diambil kira sebelum ianya dilantik.
Salah satu syarat wajib kepada kelayakan menjadi pemimpin dan Raja ialah adil.Yang dimaksudkan dengan adil di sini ialah tidak melakukan dosa besar, tidak terus menerus kerap melakukan dosa kecil dan tidak melakukan perkara - peraka yang menjatuhkan maruah.
Kadang - kadang kita terlalu longgar di dalam syarfagt - syarat ini, yang jahil, yang zalim, yang dapat dilihat tanda - tandanya kerana meletakkan kepentingan - kepentingan duniawi. Orang - orang yang tidak memenuhi syarat - syarat yang wajib ini dilantik menjadi pemimpin dan Raja.
Yang kedua, bagi menjamin keadilan - keadilan itu berlaku dan hubungan baik di antara Raja dengan rakyat berlaku dengan cara yang tepat. Islam telah meletakkan ketaatan kepada pemerintah (termasuk Raja) ini tidak mutlak. Dengan sebab itu disebut di dalam Al Quranul Karim ayat yang bermaksud:
Hai orng - orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah,
taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri ...
Pemerintah (Ulil Amri) di kalangan kamu termasuk mereka yang dinamakan Raja - Raja, di mana kepada tempat Ulil Amri tidak dikaitkan dengan athi'u (taat) menunjukkan bahawa ketaatan ini adalah tidak mutlak, tertakluk sejauh mana pemerintah yang kemukakan itu tepat dengan prinsip - perinsip keadilan.
Yang ketiga, Ketua Negara termasuk negara kita tidak boleh bertindak sewengang - wenang. Seterusnya, kita perlu mengetahui bahawa keadilan itu yang dinyatakan oleh Islam adalah keadilan universal yang perlu ditegakkan kepada semua orang, semua makhluk untuk menegakkan keadilan dan mencegah kerzaliman tanpa mengira pangkat, kedudukan, agama, kaum dan warna kulit.
Hak - hak manusia mestilah dijaga dan dipelihara dan tidak boleh diganggu - gugat sama ada kebebasan beragama, nyawa dan harta benda. Kebebasan beragama tidak booleh diuganggu sewenang - wenang walaupun Islam menegaskan Islam yang benar tetapai tidak ada paksaan di dalam perkara agama. Nyawa manusia tidak boleh diambil, tidak boloeh dibunuh dengan sewenang - wenang; mestilah mengikut undang - undang dan mengikut hukum - hukum yang diizinkan oleh syarak dan prinsip keadilan yang sebenarnya. Bukan sahaja nyawa, maruah hendak dijaga, tidak boleh memalukan orang sewenang - wenang. Kehormatan herta - benda juga hendaklah dipelihara, tidak boleh dirampas dan mengmabil harta benda orang sewenang - wenang.
Lima hari sebelum wafat Rasulullah s.a.w. dalam keadaan uzur, Baginda keluar ke masjid, telah memberi satu amanat yang penting, yang menjadi pengajaran dan petunjuk kepada seluruh Raja dan seluruh Ketua Negara. Dalam amanat yang penting itu, Baginda menegaskan yang bermaksud:
Maka sesiapa di kalangan kamu yang aku pernah memukul belakangnya,
maka inilah belakangku, silalah balas dan barang siapa yang aku ambil
hartanya secara zalim, maka inilah hartaku, maka silalah ambil sebagai
bayaran dan barang siapa yang aku makikan sehingga memalukan dia,
maka inilah maruahku, silalah balas daripadanya.
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa Ketua Negara termasuk Raja tidak boleh dikecualikan daripada undang - undang sama ada undang - undang qisas , undang - undang yang melibatkan kecederaan kepada orang ramai, undang - undang yang melibatkan harta - benda, tidak membayar hutang orang, ini termasuk juga di dalam hukum, dan menjatuhkan maruah orang lain; Ketua Negara termasuk Raja tidak dapat menegakkan keadilan sekiranya dia sendiri tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain.
Dia sendiri mestilah menunjukkan keadilan. Para ulama berkata yang bermaksud, "Rakyat mengikut agama Raja - Raja mereka."
Sekiranya Raja - Raja dalam keadaan yang baik, maka menjadi contoh dan teladan baik kepada rakyat. Sekiranya Raja menjadi contoh yang tidak baik, maka rakayat akan menajdi tidakabaik kerana mengambil contoh dan teladan daripada Raja yang tidak baik.
Saidina Umar ibnu Al Khattab r.a. telah menjatuhkan hukuman qisas kepada anak gebanor Masir yang memukul seorang Qibti - seorang Kristian Orthodox koptis, bukan Islam, kerana kalah dalam perlumbaan kuda - dalam sukan.
(Bersambung pada Ahad depan).

No comments: