Friday, March 27, 2009

ABDULLAH BADAWI DN NAJIB TUN RAZAK



Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak


“Keputusan (saya) ini muktamad dan saya buat ini semua untuk UMNO dan Barisan Nasional kerana saya sayangkan kedua - dua parti itu. Tempoh saya sebagai Presiden UMNO akan tamat pada Mac 2009.

Oleh itu saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung akan datang. Saya tidak mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional berpecah belah. Sudah tiba masanya untuk pemimpin genarasia baru mengambil alih.

UMNO dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global supaya kita berjaya menjadi negara maju dan menjamin kesejahteraan dan adil untuk semua.

Walaupun prestasi negara membanggakan, (tetapi) ia masih berada di persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan dan mempercepatkan evolousi serta proses kematangan.

Jika kita gagal membuat perubahan itu, segala pencapaian selama 50 tahun mungkin tergadai. Oleh itu dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

Saya tidak rasa menyesal dengan apa yang saya lakukan dan apa juga maklum balas yang saya terima daripada perbagai pihak. Itu adalah hak individu.” - ( Bercakap kepada para wartawan pada 8 Oktober 2008).


Najib Tun Razak

"(Saya) kita akui bahawa bukan semua orang Melayu adalah ahli UMNO. Dari itu, percayalah UMNO akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas - luasnya kepada orang Melayu dan UMNO terus mnejadi parti yang mewakili aspirasi mereka. UMNO juga menjdi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahlinya. UMNO akan lebih kukuh jika ahli UMNO berhenyi mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara mgelalui UMNO.

Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh, imej serta tanggapan pimpin UMNO elit dan terasing dari dakapan rakyat.Pemimpin UMNO mestilah cekapo menafsir apakah hasrat dan apa yang sebenar sedang berlaku di kalangan masyarakat.

Janganlah kita seperti kaduk naiki junjung seraya lupa bahawa UMNO itu adalah parti akar umbi, lupakan hakikat UMNO itu parti yang lahiur dari semangat membara rakyat kebanyakan.

Insaflah, di jembala UMNO terjunjung amanah membela uantung nasib rakyat.

...berubah atau rebah” (Ucapan merasmi sidang agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Putri UMNO pada 24 Mac 2009).

No comments: