Saturday, March 28, 2009

Kejutan menjelang berakhir Perhimpunan Agung UMNO


Pada jam 11.25 pagi Sabtu ketika seluruh perhatian Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka,PWTC sedang bertumpu kepada ucapan pengulongan Timbalan Presiden UMNO yang baru,Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terdengar deraian tepukan. Ramai dalam dewan yang terpinga-pinga apa halnya.Ini diikuti oleh tepukan semakin gemuruh apabila disedari kelibat yang sedang menuju ke tempat duduk bahagian pemerhati kenamaan ialah Tun Dr Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Ini memang satu kejutan kerana tiada siapa yang sangka bekas Perdana Menteri itu akan muncul.Baru kelmarin Dr Mahathir tulis dalam laman blognya Che Det bahawa beliau tidak hadir ke majlis perasmian perhimpunan itu kerana Pemuda UMNO secara langsung merestui rasuah.Ini dipercayai merujuk kepada kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO.Melihat kehadiran Dr Mahathir itu,Muhyiddin terus berkata," kehadiran Tun amat dinantikan ...dan saya percaya Tun akan masuk UMNO secara rasminya hari ini...kehadiran Tun adalah satu endorsement kepada kepimpinan Datuk Seri Najib."Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diawal ucapannya selepas itu turut mengalu-alukan kehadiran Dr Mahathir. - 28/3/2009 - LAGI GAMBAR KEHADIRAN TUN DR MAHATHIR DALAM BERITA PENUH

Pak Lah mengadap YDP Agong 2 April...

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 2 April ini bagi mendapatkan perkenaan melaksanakan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau memberitahu demikian semasa mengulong perbahasan di Perhimpunan Agong UMNO Sabtu. - 28/3/2009

Pemilihan serentak UMNO seluruh negara...

UMNO akan meminda perlembagaan bagi membolehkan pemilihan jawatan tertinggi parti dijalankan serentak di 191 Bahagian UMNO seluruh negara.Mengumumkan perkara itu, Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, ini bagi membolehkan lebih 60,000 perwakilan UMNO dari Cawangan ke Bahagian membuat pemilihan.

Guru akan kembali aktif kukuhkan UMNO

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan mencadangkan kepada kerajaan agar golongan guru daripada Kumpulan A dibenarkan berpolitik agar kepakaran mereka dapat digembelengkan untuk menguatkan lagi UMNO. Beliau berkata, sejak sebelum Merdeka, guru sentiasa berada di barisan depan dalam pembangunan politik di negara ini sejak sebelum Merdeka tetapi kebelakangan ini golongan ini semakin dipinggirkan.

Peralihan kuasa signifikan kepada perjuangan Pemuda...Puteri tidak akan jadi penyeri dan hiasan parti

Peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan implikasi politik yang besar kerana ia merupakan terjemahan kepada peralihan generasi kepimpinan tertinggi negara. - Khairy Jamaluddin

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid berkata, Pergerakan Puteri akan terus bersemangat bagi menyegarkan perjuangan parti dan tidak mahu dianggap penyeri atau hiasan parti dalam mendepani parti yang

berdepancabaran getir.(Agenda Daily 28 Maca 2009).

No comments: