Sunday, March 20, 2011

KISAH DARI NOVEL



KEBUN PESAKA


Aku tinggal bersama ibuku selama tiga hari. Selama itu aku dapat mengetahui akan punca-punca yang menyebabkan ayah dan ibuku bercerai. Punca utama dari orang yang hendak
merebut jawatan ketua kampung dari bapakku. Orang itu pendatang yang menumpang di kampung itu.
Tiga tahun yang lalu orang itu berhijrah bersama isteri ke kampung kami. Mereka orang susah yang mencari tempat baru untuk melarikan diri mereka dari kesusahan. Bapaku telah menolong dia dan isterinya. Mereka telah ditolong mendapatkan rumah tempat tinggal dan mendapatkan habuan-habuan bersama orang-orang kampung kami. Setelah orang itu menjadi orang yang hidup senang, dia hendak menjadi ketua kampung itu pula.
BERKAHWIN DENGAN
SEORANG DUDU
Dua tiga orang perempuan di kampungku tidak suka melihat ibuku berbaik-baik dengan madunya, Makcik Mahani. Mereka takut suami mereka mengikut jejak ayahku dan ada di antara perempuan-perempuan di kampung itu akan mengikut ‘rela’ ibuku bermadu dengan mak cik Mahani.
Mereka bertepuk tangan kerana ayah dan ibuku bercerai. Mereka mencari ikhtiar supaya kedua-dua orang tuaku itu tidak rujuk semula. Jalan yang mudah bagi mereka, sebaik-baik sahaja ibuku habis edah, mereka memujuk kakak ibuku supaya memaksa ibuku berkahwin dengan seorang duda yang datang menumpang di kampung itu. Duda itu bekerja menoreh getah di kebun kepunyaan salah seorang dari perempuan-perempuan tersebut.
Aku tidak dimaklumkan oleh ibu akan hal dia telah menikah dengan duda itu. Tiga bulan setelah dia bersuami baru, aku telah pulang ke kampungku. Pada waktu itulah baru aku mengetahui ibuku telah berkahwin.
“Emak tak dapat buat apa-apa, emak terpaksa nikah, kerana Mak Ngahmu paksa emak,”ibuku memberitahuku setelah aku bertanya kepadanya.


“Ialah, saya tak larang emak nikah, tapi taklah dengan kaki judi tu,”aku berkata.
Ibuku diam.
“Apa boleh buat, emak,…saya tak dapat kata apa-apa lagi,”kataku.
MEMEGANG KDUA – DUA
PUNTUNG TANGAN
Pada sebelah malamnya, aku sedang membaca sebuah buku di anjung rumah. Ibuku datang membawa beberapa helai surat dan dia duduk di hadapanku. Pada wajahnya ada warna sedih. Hatinya terpekasam oleh duka.
“…emak susah hati, kerana nile, Lamin,” kata ibuku.
Ibuku mengunjukkan beberapa helai surat kepadaku.
“Apa ni,emak?”Aku bertanya. Hairan.
“…Pakcikmu dah gadai kebun getah kita,”jawab ibuku.
“Haaa, dia gadai kebun getah emak?” Akuk bertanya.
“Ia, tengok surat tu, dah lebih sebulan,”jawab ibuku.
“Gadai kepada siapa, emak?”Aku bertanya.
“ …Haji Dali,…tiga ribu ringgit,”jawab ibuku.
Air mata berladung dalam dua telaga mata ibuku. Dia terlalu sedih kerana khuatir kebun itu tidak dapat ditebus.
“Surat pejanjian ni emak yang tanda tangan,”kataku.
“Ngapa emak beri dia gadai, …jual janji kebun ni?”aku bertanya.
“Emak terpaksa,”jawab biuku.
“Ia,emak terpaksa,kalau emak tak tanda tangan dia nak cekik emak,nak bunuh emak,”jawab biuku dalam tangisannya.
“Dia buat apa duit tu,emak?”Aku bertanya.
“Emak tak tau,”jawab biuku.
Dia menangis lagi. Aku memegang bahu biuku dan meminta dia bersabar.
“Mana pak cik, emak?”Aku bertanya.
“Dalam jail, dia kena tangkap, …dia main judi,”jawab biuku.
“Ya Allah, …aku tak sangka suami biuku kaki judi,”aku bersungut seperti pemandu teksi tidak dapat penumpang.
Aku melibat semula surat-surat itu dan aku masukkan ke dalam sampulnya. Aku memegang kedua-dua puntung tangan ibuku – dua puntung tangan lembut itulah telah membeli aku pada masa aku masih bayi.
“…sabarlah, …emak, tak apalah ,…esok Lamin tebus,”aku memujuk biuku.
“Adake duit nak tebus…?”Biuku bertanya.
“… ada,emak,”aku menjawab.
“Emak syukur kepada Allah, …kebun tu pesaka dari tukmu, Lamin...,”jelas biuku.
“Ia,emak,…tanah pusaka nak dijaga, walaupun tak sebanyak mana harganya, tapi sensitif, ada kesan dalam jiwa, kalau jadi milik orang lain, emak,”aku berkata.
“Ia,lamin, sebab tulah emak susah hati,”kata biuku.
UNTUK MENEBUS
KEBUN GETAH
Pada keesokan harinya,akuk bersama biuku telah pergi ke rumah Haji Dali untuk menebus kebun getah tersebut. Dia seorang petualang atau lintah darat yang menghisap darah orang-orang kampung. Berpuluh-puluh hektar tanah – kebun getah, tanah kampung dan sawah padi milik orang-orang kampung telah berpindah menjadi miliknya.
Haji Dali memberi pinjam wangnya kepada orang-orang kampung dengan cara menerima ‘jual janji’ tanah-tanah mereka. Kalau tuan tanah lima ekar kerana meminjam wangnya sebanyak lima ratus ringgit dalam tempoh lima bulan, dengan perjanjian yang disertakan borang tukar milik tanah dari pejabat tanah yang ditanda tangan oleh peminjam wang itu, jika cukup tempohnya tanah itu tidak ditebus, maka semua tanah itu menjadi miliknya.
CAGAR TANAH
LIMA EKAR
Aku telah menebus tanah biuku itu dengan jumlah wang tiga ribu lima ratus ringgit. Wang pokok tiga ribu ringgit dan wang lama ratus ringgit untuk sewa atau bunga untuk tempoh sepuluh bulan mengikut perjanjian, walaupun tempoh pinjaman itu baru dua bulan.
“Pak Aji ni pandai berniaga,”aku menyindir Haji Dali sebaik-baik sahaja aku selesai menebus kebun getah ibuku itu.
“He, he, he,…saya ni tolong orang kampung yang susah,”sahut Haji Dali.
“Eloklah, tapi Pak Aji ni lebih dahsyat dari ceti...,”aku berkata.
“…ngapa kata Pak Aji macam tu” Haji Dali bertanya.
“Apa tidak, dengan alasan jual janji, Pak Aji peras orang kampung,”jawabku.
Haji Dali diam.
“ ... pinjam seribu ringgit, cagar tanah lima ekar ...,lambat tebus, semua tanah tu Pak Aji ngap..., rampas...,”aku berkata sambil senyum.
“Aku berniaga, akuk nak untung,”katanya.
Wajah Haji Dali merah.
“Berniaga, cari untung, tak salah,”aku berkata.
“...habis?”Dia bertanya.
“Pak Aji pemeras ... , hisap darah...,”jawabku.
Haji Dali diam. Tunduk.
“Ceti beri pinjam, terima gadai tanah, kalau tak dapat tebus, dia lelong tanah tu, dia ambil wang pokok dengan bunga saja, wang bakinya diserahkan kepada tuan tanah, ... tapi Pak Aji terus rampas tanah tu,”aku berkata.
“Tak salah, aku berniaga,”katanya dengan dua biji matanya terbeliak.
“Pak aji kata tak salah?”Aku bertanya.
“...ia, tak salah,”jawabnya.
“...Pak Aji makan haram, hasil peras orang..., Islam larang memeras manusia...,”aku berkata.
Haji Dali gelisah.
“Pak Aji orang Islam, dah ke Mekeh...,Islam larang makan haram, rampat harta orang, laba berlebihan, duit bunga, makan riba...,”aku meluahkan kata-kataku kepada Haji Dali.
Haji Dali diam. Dua bibirnya bergerak-gerak. Tiada perkataan yang terluah dari mulutnya.
Aku meninggalkan Haji Dali di anjung rumahnya. Ibukuku mengikuti aku sambil bersungut kerana aku telah berkasar dengan orang tua lintah darat itu.
“…ni semua salah emak, “kata ibuku sebaik-baik sahaja kami tiba di rumah.
“Tak baik kata begitu, emak,”kataku.
Bapa tiriku telah menjalani hukuman penjaja tiga bulan. Dari pintu penjara dia melangkahkan kakinya entah ke mana. Dia tidak pulang ke rumah biuku. Orang orang memberitahu dia telah pergi ke selatan Thailand.
Lebih tiga bulan kemudian, dengan berbekalkan sijil nikah ibukuku, aku telah membantunya menuntut cerai taklik dari suaminya, di pejabat kadi. Kadi telah meluluskan perceraian ibuku dengan bapa tiriku.
(Disunting dari novel ‘Kasih Ibuku’, oleh: Mpkhtar Petah)

No comments: