Wednesday, March 23, 2011

FIKIRSE TAPAK

CAKAP YANG MEMBODOHKAN ORANG

Pada zaman permulaan bangkit Nabi Muhammad s.a.w., golongan orang – orang kafir Quraisy dan Yahudi mengeluarkan perkataan, bahkan melaung kepada orang ramai, bahawa mereka sahajalah boleh menolong dan mampu memberi kemakmuran kepada orang ramai dan Muhammad s.a.w. tidak akan boleh malakukan apa – apa, selain dari janji kosong.
Mereka berkata dan menhina Muhammad dengan kata – kata:
1 – Muhammad pembohong.
2 – Muhammad orang miskin tidak boleh buat apa – apa.
3 – Muhammad gembala kambing cuma , jangan ikut dia.
4 – Muhammad mesti dihalau dari Makah kerana berdusta
dan membawa ajaran salah dan memecah belahkan.
5 - Muhammad mesti dibunuh kerana bahaya kepada
masyarakat Arab dan Yahudi.
Kemudian propaganda atau kata – kata buruk itu turun kepada beberapa kerajaan atau pemeriuntah di seluruh dunia. Sampai kepada Maharaja Iran, Shah Redha Pahlkwawi; melaungkan dengan garang, bahawa pemimpin – pemimpin umat Islam Iran khianat, terutama Ayatullah Khumaini, tidak boleh dipercayai. Kalau mereka memerintah negara, rakyat Iran akan hidup dalam kebuluran dan papa kedana.
Sejak Tanah Melayu – berkongsi dengan Cina dan India – merdeka, kata – kata propagand atau suara buruk itu menjadi amalan orang – orang UMNO dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan.
Kata – kata seperti ini sering dilaungkan kepada orang ramai:
1 – Kalau parti pembangkang, terutama PAS memerintah rakyat
akan papa dan kelaparan.
2 - Orang – orang parti pembangkang berjanji dalam pilihan raya
sahaja, tetapi mereka tidak menunaikan janji.
3 - Parti pembangkang, kalau menang pun mereka tidak boleh buat
apa – apa kerana mereka tidak ada duit.
4 - Parti pembangkang pengkhianat negara dan rakyat.
5 - Parti pembangkan musuh rakyat yang mesti ditentang.
Semua rakyat yang bodoh politik dan pengetahuan am, tentulah menelan bulat – bulat akan kata – kata dari orang – orang UMNO itu. Tetapi bagi rakyat yang berpelajaran dan bijak, tentulah menyifatkan kata- kata orang UMNO itu, hanya untuk membodohkan rakyat jelata.
Mereka tahu, Perlembagaan menerima dan mengesahkanb parti – parti pembangkang seperti menerima dan mengesahkan UMNO dan parti – parti politik dalam Barisan Nasional juga. Ertinya semua parti pembangkang bukan musuh rakyat dan bukan pengkhianat negara. Sah di bawa kuasa Yang Dipertuang Agong.
Fikir setapak dan fikir setapak lagi! Jika parti pembangkang menang dalam pilihan raya dan dapat menerajui kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri – negeri, maka parti itu boleh melakukan pemerintahan seperti yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dan mungkin lembik baik lagi.
Dalam parti – parti pembangkang ramai orang pandai, berpengetahuan tinggi, bijak dan ada yang melebihi orang – orang UMNO dan BN.
Kita misalkan UMNO adalah suami kepada seorang perempuan cantik. Suami melaungkan, kalau lelaki yang cintakan isterinya itu kahwin dengan isterinya, nescaya bekas isterinya hidup menderita dan menjadi mangsa dera lelaki tersebut.
Lalu si suami menceraikan isterinya. Tidak lama kemudian lelaki berkenaan berkahwin dengan jandanya. Rumah tangga mereka aman damai dan bahagia. Bekas isteri lelaki itu lebih cantik daripada masa hidup bersama suaminya yanbg lalu.
Demikian contoh. Dan contoh ini memberi kesedaran kepada orang – orang politik – politikus - , agar bercakap mengikut pengetahuan, fikir sebelum bercakap dan jangan menggunakan kata – kata untuk membodohkan orang ramai.
Perbuatan itu tidak baik. Kalau menang pun Allah tidak reda, kerana dalamn kata – kata itu ada:
1 – Takbur dan ria,
2 – Memburuk atau menghina orang lain yang juga hamba Allah,
3 – Menggunakan kata – kata untuk memperdaya orang ramai,
4 – Mengguna kata – kata untuk menambah bodoh orang – orang yang bodoh,
5 – Ada makna tersirat seperti tidak yakin kepada kuasa Allah.
Atas nama Allah, elok kita fikir setapak dan beberapa tapak, agar kita dia tidak berdosa dan orang ramai tidak menjadi bodoh.

No comments: