Tuesday, September 29, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



CINTA NABI YUSUF

KISAH Nabi Allah Yusuf AS di dalam Al Quran terdapat seperti cerita dalam sebuah novel percintaan yang menarik. Di dalamnya dijelaskan oleh Allah Taala bahawa dalam zaman Nabi Yusuf masih kanak-kanak, Baginda telah dibuang oleh pengembara-pengembara dan diserahkan (dijual) kepada hartawan Mesir. Siti Zalekha isteri hartawan itu jatuh cinta kepada Nabi Yusuf dan Baginda juga mencintai perempuan itu, tetapi Nabi Yusuf sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala, maka Baginda tidak melakukan skandal dengan perempuan tersebut.

Kisah itu terus menerus dengan berbagai-bagai kisah sedih yang membelit Nabi Yusuf AS kemudiannya Baginda menjadi pegawai tinggi perbendaharaan Mesir.

Kami menceritakan kepada engkau (Muhammad) cerita yang paling bagus, dengan wahyu kami kepada engkau (Muhammad) dalam Quran ini, dan sesungguhnya engkau (Muhammad) sebelum (Kami wahyukan)nya ada­lah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.

Memanglah kisah Nabi Yusuf AS sangat menarik. Sesiapa yang membacanya dengan pengetahuan sastera akan terasa cerita itu hidup dan para pelakunya seolah-olah bergerak dihadapan kita.

Nabi Yusuf tinggal sebagai pekerja di rumah pembesar Mesir, namanya Potifat (Khiftir) yang telah membeli Nabi Yusuf. Isteri Potifar bernama Siti Zulaikha – seorang perempuan yang jelita.

Dari seorang kanak-kanak Nabi Yusuf tinggal di rumah pembesar itu sebagai budak suruhan hinggalah dirinya menjadi seorang pemuda yang kacak. Baginda sentiasa dalam bimbingan dan taufiq Allah Taala.

Dan setelah dia (Yusuf) meningkat dewasa, Kami kurniakan kepadanya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Begitulah balasan kami kurniakan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.

Zulaikha telah jatuh cinta kepada Nabi Yusuf. Cintanya berdasarkan nafsu berahi seorang perempuan yang kehausan seks. Dia mencuba untuk menawan hati Nabi Yusuf AS. Demikianlah perempuan, kalau nafsu berahi atau seksnya memuncak, dia tidak rasa malu dan silu lagi.

Dan perempuan (Zulaikha) yang di rumah tempa tinggalnya (Yusuf) itu mencuba menggodanya (Yusuf) supaya menurut kesukaan (keberahian)nya, dan oleh perempuan (Zulaikha) ditutupnya pintu-pintu dan berkata: "Mari kemari!" (Dia Yusuf) menyahut: "Aku! berlindung kepada Allah, sesungguhnya Tuhanku mengurniakan tempat yang baik kepadaku, sudah tentulah tidak beruntung orang yang bersalah.

Dan sesungguhnya wanita (Zulaikha) telah bermaksud (melakukan hubungan seks) dengannya (Yusuf) dan Yusuf juga bermaksud (melakukan hubungan seks) dengannya (Zulaikha). Andainya dia (Yusuf) tidak melihat dalil (petunjuk) Tuhannya. Kebanyakan ahli tafsir berpendapat, bahawa Nabi Yusuf tidak mempunyai keinginan yang buruk terhadap wanita (Zulaikha) itu, akan tetapi kerana godaan Zulaikha terlalu mengghairahkan, sehingga andainya Nabi Yusuf tidak mempunyai iman yang kuat, tentulah Baginda terjerumus ke dalam kemaksiatan). Demikian agar kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejaman. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang terpilih.

Dan kedua-duanya berlumba menuju pintu dan wanita itu menarik baju (gamis) Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya terserempak dengan suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu bertanya: "Apakah balasan terhadap orang yang bermaksud berlaku curang dengan isterimu, selain dipenjarakan ala (dihukum) dengan azab dan pedih?

(Yusuf) berkata: Dialah yang mencuba menggoda saya supaya menurut kemahuan (seks)nya. Dan seorang saksi dari keluarga wanita (Zulaikha) itu memberikan keterangan: Kalau baju gamisnya (Yusuf) koyak di hadapan, maka wanita (Zulaikha) itulah yang bena1., dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang dusta.

Dan kalau baju gamisnya (Yusuf) koyak di bahagian belakang, wanita itu yang dusta, dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang benar.

Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang, dia berkata: Sesungguhnya (kejadian) itu di antara tipu daya kamu. Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.

(Suami Zulaikha berkata) Hai Yusuf, berpaling dari ini (maksudnya, rahsiakan kejadian itu) dan (kamu isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana kamu sesungguhnya daripada orang-orang yang berbuat salah.

Kemudian peristiwa itu diketahui oleh wanita-wanita di kota. Mereka bercakap tentang isteri pembesar itu menggoda orang suruhannya. Keadaan demikian berlaku di kalangan kaum wanita hingga kepada zaman ini, iaitu suka membuat gosip atau memfitnah orang lain. Akhirnya gosip dan percakapan wanita-wanita kota tiba ke pengetahuan Zulaikha.

Dan wanita-wanita di kota berkata: Isteri al Aziz (sebutan bagi pembesar Mesir) menggoda budak suruhannya untuk menundukkan diri kepadanya (supaya mengikut kemahuan seksnya). Sesungguhnya cintanya (Zulaikha) kepada budak suruhannya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami melihatnya dalam kesesatan yang nyata.

Maka tatkala wanita , itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu (ke rumahnya) dan disediakannya bagi mereka tempat jamuan dan diberi kepada setiap mereka itu sebilah pisau (untuk memotong buah-buahan dan makanan-makanan yang dijamu), kemudian dia (Zulaikha) berkata kepada Yusuf: "Keluarlah kepada mereka itu berjalan di tengah majlis itu)". Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya (Yusuf), mereka kagum kepada (kekac­aknya, dan mereka (tidak sedar) yang mereka terpotong (terhiris jari) mereka dan berkata; "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain (dan tidak bukan) melainkan malaikat yang mulia. "

Setelah Zulaikha melihat jari para tetamunya itu terpotong dan berdarah, maka dengan perasaan yang bangga dia berkata seperti firman Allah berikut ini:

Zulaikha berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya ,aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina.

Nabi Yusuf yang mendengar perkataan tuannya (Zulaikha) akan mengambil tindakan kepadanya, maka hatinya bertambah tabah untuk menolak perbuatan maksiat dan Baginda berdoa kepada Allah SWT:

Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakkan (godaan) mereka kepadaku. Dan jika engkau tidak hindarkan daripada tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (mengikut memenuhi keinginan nafsu mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.

Doa Nabi Yusuf telah diterima oleh Allah Taala. Allah mendorongkan Nabi Yusuf kepada jalan yang diredhaiNya.

Maka Allah memperkenankan permohonan Yusuf. Dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sesiapa sahaja yang berkuasa dan kerajaan mana jua kalau tidak berpegang kepada hukum-hukum Allah Taala, nescaya akan mengambil tindakan kepada yang lemah, walaupun yang lemah itu benar sedangkan mereka ternyata salah. Demikian jugalah Zulaikha dan suaminya yang berkuasa dengan sewenang-wenangnya menghukum Nabi Yusuf dengan alasan Nabi Yusuf tidak mematuhi mereka.

Kemudian timbul fikiran mereka (pihak Zulaikha), setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Nabi Yusuf), bahawa mereka mesti memenjarakannya sampai pada waktu tertentu (dengan tujuan supaya orang ramai menganggap Nabi Yusuf bersalah dan Zulaikha tetap benar. Dengan tindakan demikian orang ramai tidak lagi membicarakan tentang Zulaikha tergila-gilakan Nabi Yusuf.

Kejadian seperti Nabi Yusuf dan Zulaikha itu sering berlaku dalam masyarakat manusia hari ini. Kalau yang berkuasa melakukan kesalahan dengan sendirinya kesa­lahan itu dianggap benar, tetapi kalau yang lemah melakukan kebenaran, maka yang berkuasa boleh menganggap salah dan lalu menjatuhkan hukuman.

Dalam kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha ini dapat kita mengambil pengertian, bahawa apabila nafsu seks menguasai fikiran seseorang insan, maka perasaan malu, sikap menjaga maruah diri dan kedudukan telah diabaikan.

Yang demikian itu sering berlaku di kalangan orang-orang yang berkedudukan - yang menjadi menteri, menteri besar, pegawai tinggi dan sebagainya, kebanyakan mereka menurut kehendak nafsu seks dan sanggup melakukan kejahatan walaupun dengan kanak-kanak dan akibatnya kekuasaan pada diri hilang dan yang paling buruk negara menjadi hancur.(RdaQ.Mp)

HADIS

DUA GOLONGAN

Zaid bin Thabit r.a. memberitahu: Pada ketika Nabi Muhammad s.a.w. pergi (brperang) ke Uhud (gunung Uhud), sebahgian orang (mreka yang munafik) kembali (ke kota Madinah). Satu dari rombongan telah berkata: “Kita bunuh mereka.”

Golongan yang lain telah berkata: “Jangan! Jangan bunuh mjereka.”

Maka turunlah ayat Quran yang bermasud: Mengangapa kalian menjadi dua golongan – golongan mukmin yang membela orang – orang munafik dan golongan orang mukmin yang memusuhi orang – orang munafik -, lalu Nabi Muhammad bersbda: “Sesungguhnya Kita Madinah mengeluarkan orang – orang (jangat) sebagai mana apimembersihkan karat dri besi.”

Imam Bukhari

PETUA

PENGEMIS

Jika anda didatangi atau tertemu dengan pengemis meminta wang dari anda, berilah kepadanya sekadar yang anda reda. Jangan mengelak dri membari sedekah kepadanya. Permberian anda kepada pengemis itu akan digandakan rezeki anda oleh Allah.

TAHUKAH?

TARIAN

Semua jenis tarian kelasih dan moden oleh lelaki dan perempuan di seleuruh dunia, termasuk di Malaysia, adalah berasal dari tarian memuja berhala pada zaman Firaun, Namrud dan hingga ke zamah Hindu.

Oleh kerana para budayawan Melayu pada zaman silam fanatik kepada agama Hindu, pemujaan berhala dan budaya kunu, maka mereka menerapkan tarian ke dalam masyarakat Melayu.Seamua tarian adalah bertentangan dengan Islam.

No comments: