Saturday, September 26, 2009

DETIK PERISITWA



RUMAH TERBUKA
MANTAN PM ABDULLAH BADAWI



Putrajaya - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan rumah terbuka sempana raya Aidil Fitri, di Dewan Endon, Puspanita, pada hari ini mulai jam 10 pagi hingga 5.00 petang.
Majlis rumah terbuka itu telah dihadiri oleh rakan seperjuangan Abdullah, para politikus, pesara kerajaan, guru, penulis dan dan rakan Abdullah.
Saya berasam siteri, Sitti Haishah Abdul Rahman,telah menghadiri rumah terbuka tersebut pada sebalah petang.
Pada ketika kami tiba, kelihatan dua bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali, bekas pengersui UDA, Dato Zihin, bekas pegawai khas Menteri Pertahanan, Dato Rosli dan beberapa orang kenamaan.
Mereka bemesar dengan Abdullah Badawi dan isterinya, Datin Seri Jean Abdullah.



Ramli, Raja Noora, Abdullah, Abdullah & Mokhtgar Petah bersama
Mokhtar Petah & Sitti Haishah rakan - rakan Abdullah Badawi



Abdullah dengan Gadis Abdullah & Mokhtar Petah Mokhtar Petah & Ramli




Rosli & Mokhtar Petah



Dua gadis Cina dari P. Pinang
bergambar dengan Mokhtar Petah
dan Sitti Hashah.

Abdullah telah bercakap- cakap dengan saya yang diserai oleh Ramli Ngah Talib, dan isteri beliau, Datin Seri Raja Noor Ashikin, Zihin dan beberapa orang lagi.
Jean Abdullah lebih banyak berjalan dari duduk kerana merai para tetamu yang terdiri dari orang Melayu, Cina, India dan beberapa orang dari luar negara.
Rumah terbuka tersebut telah membuktikan, bahawa beliau menjadi tokoh politik negara yang mesra dan mempunyai lebih ramai rakan yang menganut berbagai ideologi politik dari musuh yang menganut hanya satu ideologi politik.
Abdullah yang tidak memiliki hati resah berhadapan dengan kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak kelihatan sentiasa tersenyum, gembira dan mesra. (mp)

No comments: