Sunday, September 27, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


 
MATAHARI

Kata Ibrahim: Sesungguhnya Allah telah menerbitkan matahari di timur, maka hendaklah engkau terbitkan matahari itu di barat. -lalu hairan dan terdiam orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Allah) telah membuka hari pagi (menjadi terang) dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk perhitungan; itulah takdir dari Allah yang maha kuasa dan maha tahu.
Dia (Allah) yang menjadikan matahari terang cemerlang dan bulan bercahaya gemilang.
Matahari diperintahkan melakukan kewajipan; semuanya mengikuti jalan menurut waktu yang ditentukan.
Dan Dia (Allah) menjadikan malam dan siang, matahari, bulan dan bintang bekerja (untuk kepentingan kalian) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya dalam hal itu menjadi bukti kebenaran bagi kaum yang berakal.
Tidakkah engkau perhatikan (kekuasaan) Allah, bagaimana Dia mengembangkan baying - bayang. Dan kalau dia mahu, dijadikan-Nya tetap (tidak berubah). Kemudian dijadikan matahari untuk menjadi petunjuk.
(Perhatian: Banyak lagi ayat-ayat yang menyebut matahari yang dapat pembaca meneliti pada waktu membaca buku ini).
Matahari yang letaknya atau jarak jauhnya dari bumi ialah kira-kira 149.6 juta km, iaitu di tengah solar sistem. Allah Taala menjadikan matahari untuk faedah bagi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam. Matahari yang ditunjukkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Quran telah mendorong manusia mempelajari dan diselidiki dengan mewujudkan sains teknologi. Manusia telah mengadakan teknologi bagi mendapatkan cahaya matahari untuk tujuan tertentu seperti untuk tanaman, mendapatkan kuasa solar dan elektrik dan sebagainya.
Dari semasa ke semasa manusia mengkaji matahari dan melakukan berbagai-bagai cara bagi memperolehi faedah dari padanya. Cahaya matahari amat penting bagi manusia dan cahayanya juga boleh memusnahkan manusia.
Begitulah kekuasaan Allah Taala mencipta matahari yang sentiasa mengikut perintahnya. Kalau Allah memerintahkan matahari memusnahkan sesebuah negara. Dan manusia, maka negara dan manusia akan kering kontang dan rentung oleh panasnya. (RDaQ.mp)

HADIS

JAGA LIDAH

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan dari kelebnihan hartanya.

PETUA

DUKACITA

Jika anda diselubungi duka cita, maka jangan diikut dukacita itu hingga menjadikan diri anda berada dalam penjaranya.Dukacita dapat diatasi dengan dua perkara, iaitu sedarkan diri anda yang anda adalah manusia yang ada akal dan fikiran serta kuatkan hati dan semangat anda. Hanya Allah tempat anda breasting dan beserah diri.

TAHUKAH

KURBAN

Semua haiwan ternakan yang dilepas bebas oleh penternaknya dan memakan tanaman orang dengan tidak keredaan tuannya, maka haiwan itu tidak baik dijadikan haiwan korban, kerana dagingnya dari hasil makanan haram,

No comments: