Thursday, October 16, 2008

RAKYAT INGAT ATAU TAK INGAT

Kuala Lumpu - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuktikan kejujuran beliau dengan tidak memikirkan atau mengambil berat, sama ada rakya takan ingat atau tidak ingat kepada beliau setelah beliau meletakkan jawatannya pada Mac tahun hadapan.
"Saya tidak fikir saya perlu bercakap mengenai apa rakyat ingat kepada saya, jika mereka mahu ingatkan saya, mereka akan ingatkan saya, jika mereka mereka tidak mehu ingat, mereka tidak ingat saya,"katanya.
"Saya hanya tahu apa yang saya lakukan (menunaikan tanggungjawab) saja, apa sahaja yang saya hendak buat adalah kerja dan tanggungjawab saya,"katanya lagi.
Abdullaah telah menjawab pertanyaan para wartawan setelah beliau mrasmikan Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS), di sini semalam.

BUKU SEJARAH

Kuala Lumpur - Para pegawai tinggi kerajaan yang telah bersara telah menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, agar para pegawai tinggi kerajaan yang telah bersara menulis buku biografi mereka supaya dibaca oleh orang ramai terutama genarasi baru.
Mereka menyifatkan saranan Abdullah itu amat baik, kerana segala kerja, pengalaman dan dediksi mereka sepanjang masa mereka berkhidmat dengan kerajaan dapat dirakam dan diteliti serta dikaji oleh para pegawai muda kerajaan.
Menurut mereka, masalah yang menghalang mereka tidak dapat mengadakan buku-buku demikian kerana faktor pengarang yang akan menulis, kewangan dan pasaran.
"Kebanyakan dari kami tak boleh menulis buku biografi atau memoir kami, yang boleh menulis, ialah pengarang yang berkebolehan dalam bidang itu,"kata seorang bekas Ketua Setiasuaha Kerajaan yang tidk mahu dinyataka namanya.
"Pengarang tak dapat menulis buku-buku itu, kalau tidak ada pasaran,"katanya lagi.
"Yang penting kerajaan, misalnya Kementerian Kewangan, Kemterian yang bekaitan dengan kebudayaan, Dewan Bahsa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara mengdakan peruntukan atau gran kewangan kepada pengarang untuk menulis dan untuk menerbitkan buku-buku seperti itu," katanya lagi.
"Kerajaan sendiri, semua perpusatakaan kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan membeli buku-buku tersebut dan mengedarkannya kepada para pegawai dan kaki tangan masing-masing," tambahnya.



No comments: