Sunday, October 19, 2008

BERITA













MAJLIS HARI RAYA

Oleh: Petah Shahrir Aidid.

Putrajaya - Jemaah surau Al Ittifaqiah dan ahi-ahli Persatuan Komuditi Persint 8, di sini, telah mnengadakan majalis menyambut Raya Fitrah, di surau tersebut pada malam tadi.
Lebih 700 orang telah menghadiri majlis yang mengadakan jamuan makan malam secara gotong royong itu.
Dalam ucapan beberapa arang wakil surau dan persatuan tersebut telah menyuarakan betapa pentingnya penduduk-penduduk di persint tersebut bersatu padu dengan mengenepikan pegangan politikimasaing-masing demi kepentingan umat Islam.
Beberapa orang yang hadir dalam majlis itu bersungut, kerana surau yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum pilihan raya umum lalu masih belum dibina.
Mereka berharap, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama Islam), Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat mngambil berat atas kelewatan kerajaan membina surau yang dijadualkan akan dapat memuatkan lebih 600 orang jemaah dan akan di bina dalam kawasan pada dalam parsint tersebut.
Pada masa ini penduduki-penduduk terpaksa berjamaah - sembayang lima waktu dalam sebuah rumah teres yang dipinjamkan oleh pihak Perbandanan Putrajaya.
Sementara itu, Dr. Ahmad Zabidi memberitahu, bahawa beliau akan mengambil tindakan untuk membina surau itu dengan segera.
GambarGambar sekitar majlis menyambut raya tersebut:

No comments: