Wednesday, October 15, 2008

ISHAK TADIN

PENYELAMAT KERETAPI TANAH MELAY

Putrajaya - Pegawai Tinggi Kerajaan Malaysia, mendapat nama jolokan 'Razak boy', Tan Sri Ishak Tadin, 78, adalah seorang pegawai tinggi kerajaan yang dedikasi dan berjaya menyelamatkan Keretapi Tanah Melayu dari lumpuh disebabkan kecurangan sebilangan pemikul amanah kerajaan.
Beliau telah bersara dan kini tinggal bersama keluarganya, di Kuala Lumpur.
Ishak Tadin berasal dari kampung Juasi, Kuala Pilah,Negeri Sembilan, lepasan Universiti Malaya,Singapura dan berkhdiamta sebagai pegawai MCS.
Ishak Tadin mula bekerja sebagai Penolong Pegawai Daedrah, di Kuantan, Temerloh dan Pegawai Daerah Kuantan, sebelum betukar memegang jawatan Penolong Setiausaha di Kementgerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Pada masa di kementerian itulah beliau mendapat nama "Razak boy' kerana beliau bekerja gigih dan berdisiplin menyertai Tun Razak melaksanakan rancangan pembangunan luar bandar.
Beliau telah bekerja dalam pasukan bersama Allahyarham Pengerusi FELDA, Tan Sri Taib Andak, Raja Alaias, Tengku Raja Shahriamn dan beberapa orang pegawai tinggi lagi.
Kemudian beliau berpindah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MARA. Pada masa negeri Perak dalam krisis politik - antara UMNO dengan Sultan Perak, Sultan Idris Shah, dengan kehendak Tun Razak, beliau tukar ke Perak dan memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri tersebut dan menyelesaikan krisis berkenaan.
Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Perak, Ishak ?Tadin telah melemah dan mematahkan kegiatan pengganas komunis di negeri itu.
Beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu,.Pada masa itu KTM hampir lumpuh kerana kecurangan sebilangan pegawaidan kaki tangannya.Beliau telah berjaya memulihkan semula perkhidmatan KTM dan mengadakan keretapi Ekspres Rakyat.
Kemudian Ishak Tadin memegang jawatan Ketua Setiasuaha di Kementerian Pengangkutan. Di kementerian itu, beliau telah mengadakan pembaharuan dan memulihkan beberapa kelemahan dalam kementerian tersebut.
Sebelum bersara belia dilantik oleh Yang Dipertuan Agong memegang jawtan Ketua Audit Negara. Pada masa dijabatan itulah beliau telah membongkar beberapa kecurangan akaun dan penyalah penggunaan wang Kerajaan Pusat oleh kerajaan-kerajaan dan badan-badan berkanun termasuk Bank Negara Malaysia.
Pada masa itu, Ishak Tadin bersama Dato Hassan Ibrahim adalah dua tokoh kerajaan yang terkenal di seluruh negara dan mereka telah menjadi topik perbincangan dalam Dewan Rakyat yang dibaah oleh beberapa orang ahli dewan tersebut, di antara mereka itu, Haji Ikhwan Nasir (Johor) dan Mohd. Ali Sharif (Pahang).
Sebagai mengenang jasanya kepda negarfa dan orang ramai, sebuah uku biografi Ishak Tadin ditulis oleh Mokhat Petah akan diterbit oleh sebuah badan kebajikan, di Kuala Lumpur.

No comments: