Thursday, October 16, 2008

SAINS POLITIK

POLITIKIK KEBENDAAN HAPUSKAN MELAYU

Oleh: Mokhtar Petah

Umah Islam - Melayu di negara ini telah lebih 40 tahun telah merdeka dari belenggu penjajah Inggeris, tetapi tidak berani mengmalkan politik dan melaksanakan perundangan Islam dan masih mengamal dan mengguna pakai politik dan perudangan Rom kuno atau perundangan dari Great Britain.
Hal ini berlaku kerana umat Islam - Melayu tidak merdeka fikiran, jiwa dan tidak yakin kepada polaitik Islam.Lebih percaya kepada perundangan dan politik yang diugunakan di Rom pada zaman silam dan Great Britain yang menggunakan perundangan Rom juga.
UMNO yang pada peringkat awal hingga kepada tahun 2003, dipimpin tokoh-tokoh politik yang berpendidkkan Barat dan lepasan; Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein dan Tun Hussein Onn. Lepasan Universiti, Malays, Singapura, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Maka politik dan perundangan Islam ditolak, dianggap tidak sesuai dan dipandang seperti sesuatu yang menakutkan.
Politik dan perundangan Rom dianggap kuno oleh Islam. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. membawa mukjizat Allah, iaitu agama Islam, maka politik Rom dan perundangannya dianggap dipandang aciptan manusia kafir taghut.
Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w.:
Apakah mereka hendakkan agama lain dari
Addin (agama yang membawa sistem kehidu-
pan di dunia dan cara menuju akhirat) Allah?
sedangkan apa yang dilangit dan di bumi patuh
kepada Tuhan - sukarela atau terpaksa. Dan
kepada-N ya meeka akan dikembalikan. - Ali
Imran: 83.
Dan siapa yang mencari agama selain dari Addin
(agama yang memberi sistem kehidupan di dunia
dan cara menuju akhirat) Islam, maka tidak di-
terima (oleh Allah) daripadanya, dan dia pada hari
akhirat termasuk mereka yang menerima keru-
gian. - Ali Imran:85'
Hai orang-orang yang beriman (iman kepada
Allah, malikat, kitab-kitab Allah dan Quran dan
hari akhirat), kalau kamu turut sebahagian dari orang-
orang yang keturunan kita (Yahudi dan Kristian) -
termasuk politik dan perundangan, nescaya mereka
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah beriman.-
Ali Imran:100.
Sesiapa yang menjalankan hukuman atau pemerintahan menggunakan perundangan tersebut, iaitu bukan ciptaan Allah, dikira kafir, zalim dan fasik (sangat jahat).
1) Sesiapa yang tidaka menghukum menurut apa(perundangan)
yang diturunkan Allah (Quran), itulah orang-orang kafir.
2) Sesiapa yang tidak mengh ukum menurut apa (perundangan)
yang diturunkan Allah (Quran), itulah orang-orang zalim.
3) Sesiapa yang tidak menguhukum menurut apa (perundangan)
yang diturunkan Allah (Quran), itulah orang-orang fasik
(sangat jahat) - Quran; al Maidah: 44,45 dan 47.
Tidak hanya orang Melayu - Malaysia - , menjalankan hukum atau perundangan dari Allah, tetapi beberapa negara umat Islam di dunia ini setelah ketiadaan kerajaan Khalifah dan setelah dijajah oleh orang-orang Kristian, telah menggunakan politik dan perundangan Rom tua dan Inggeris atau yang dicpitakan oleh manusia beragama Kristian, Yahudi atau tidak bertuhan dan atheis.
Pada pandangan ulama Islam, di antaranya Muhammad Abduh, Syed Qutb, Jamaluddin Al Afghani dan lain (dari parti Ikhwanus Muslimin, Masir), Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Fuad dan ramai ulama di Malaysia, bahawa orang-orang Islam dalam negara yang merdeka, tetapi masih mengamal politik atau mengguna pakai pernudangban ciptaan manusia, sesungguhnya mereka tidak merdeka jiwa, semangat dan fikiran. Mereka masih dijajah.
Samuel A. Johnson, Ph.D., bekas perofesor ilmu sejarah dan sain politik Universiti Washintong dan Universiti St. Louis, dalam buku Essentials of Political Science, mencatatkan kira-kira:
Perudangan Islam yang berdasarkan Quran menjadi
sistem perundangan di negara-negaraIslam. Pada
zaman awal pengadil telah mengambil ayat-ayat
Quran menjadi undang-undang.Setelah negara-negara
itu menjadi moden (alaBarat), Quran masih digunakan
sebagai sampingan bagi perundangan moden. Hari ini
semuanegara Umat Islam telah meminjam yang diguna
pakai sistem perundangan Rom (kuno).
Poliitik dan perundangan Rom kuno dan digunapakai di Great Britain adalah politik dan perudangan cipataan manusia yang beragama Kristian. Politik dan perundangan itu berdasarkan kebendaan dan bersifat kapitalisan monarki atau raja pemerintah. Raja pemerintah berkedudukan seperti Tuhan, iaitu di atas undang dan mengampun orang-orang yang melakukan jenaya seperti mem-
bunuh orang.
Kerana Malaysia mengambil dan menerima pakai politik dan perundangan pusaka dari Rom yang dipindahkan kepada Inggeris, maka negara kita mengamalkan konsep kapitalis dan monarki.Menerima dan mengguna agama Islam sebagai amalan ibadat dan kebajikan biasa sahaja. Tidak mengamalkan perundangan Islam(keculai mal dan rumah tangga Islam, itu ada yang tidak sesuai dengan agama Islam, seperti peraturan nikah, kesalahan khalwat).
Berikut ini dapat kita perhatikan akan perbezaan antara politik (termasuk perundangan) ciptaan manusia dengan politik dalam addin yang diturunkan oleh Allah:
Politik kapitalis (kapitalisme): Adalah ciptaan manusia beragamaYahudi dan Kristian.Menerima agama dan Tuhan (Allah), tetapi lebih mementingkan kebendaan (laba, keuntungan dan kakayaan) dari Allah. Misalnya segala yang haram dihalalkan jika mendatangkan keuntungan, seperti Riba, Zina dan segala yang hampir dengan zina, termasuk hadil dedah dada dan paha wanita, judi termasuk lotri dan membunuh sesama manusia dan menakluk negara manusia lain.
Politik kapitalis (kapitalisme) dipakai dalam negara republik seperti Amerika Syarikat negara-negara lain.
Arab Saudi nampak sebagai sebuah negara Islam, tetapi pada ahakikatnya negara kapitalis monarki (Ada Raja dan Raja berkuasa). Menggunakan beberapa hukium dalam Islam sebagai amalan negara.Tetapi tidak mengelak mengalalkan sesuatu yang ditegah Allah asalkan ada keuntungan atau mendatangkan lapa.
Kerana Kerajaan Arab Saudi menguasai dua bandar Islam - Makah dan Madinah, maka kebanyakan umat Islam menyangka negara Haramain - dua tanah haram itu, Negara Islam.
Biasanya negara kapitalis monarki tidak kekal.Selagi rakyat tidak cerdek dan tidak merdeka fikiran, maka kerajaan atau negara itu kekal. Tetapi kalau rakyat telah merdeka, seperti rakyat Republik Islam Iran, contohnya, maka kerajaan atau tumbang dan Raja terpaksa turun dari takahta.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada masa berjawatan Ketua Hamim Negara telah berkata dalam satu ucapannya: "Jika kehendak rakyat itu dimakbulkan Allah, maka berpindah takhta dari istana ke muzium swni dan buaya."
Malaysia adalah sebuah negara kapitalis dan menerima Islam sebagai agama rasmi negara.Tetapi menolak mengguna pakai dan mengamalkan perundangan Islam dalam bidang jenayah atau hudud.
Seperti negara-negara kapitalis lain, kadang-kadang yang haram menjadi halal. Misalnya, judi termasuk lotri, riba, hasil dari wanita, seperti mendedahkan tubuh, hampir zina dan sebagainya.
Terdapat pula para pemimpin negara-negara kapitalis secara tidak langsung menjalan polisi aotokrasi atau mengekang orang bawahan mereka dan rakyat jelata.
Pada masa Tun Dr. Mahathir Mohamad memerinta negara ini (paqling lama di antara semua Perdana Menteri) ternampak ada sebagai cengkaman, tekanan atau aotokarasi ke atas orang-orang bawahannya.
Sosialis (sosialisme): Politik dan perundangan sistem ini hampir sama dengan komunis (komunisme). Walaupun mengutamakan keadilan dan persamaan hidup rakyat seperfti yang dilaung-laungkan sosio-demokrasi, tetapi pada hakikatnya tidak mengakui wujud dan kuasa Tuhan, semua makhluk dianggap semula jadi. Menhalalkan yang diharamkan oleh Allah. Memnentang dan menghapuskan sistem japitalis dan monarki dan negaranaya adalah negara tanpa Raja dan bercorak republik otokrasi. Pemerintah tanpa Raja berkuasa. Tidak ada bangsa anak watan dan tidak sebarang agama termasuk agama Islam.
Di Malaysia amalan sosio- demokrasi diamalkan oleh DAP, pada peringkat awalnya oleh GERAKAN dan kini kelihatan diamalkan dalam Parti Keadilan Rakyat di bawah nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komunis (komunisme): Politik dan perundangan tanpa Allah. Anti Tuhan. Tanpa agama. Pemerintah otokrasi atau diktator.
Dalam negara komunis, rakyat menjadi alat atau buruh negara dan milik negara. Rakyat jelata tidak boleh memiliki harta kekayaan.Semua kepetingan rakyatg termasuk pelajaran ditanggung oleh pemerintah.
Negara yang dipoerintah dengan sistem kapitalisme, sosialisme, komunisme dan segala sistem ciptaan manusia, tidak mendapat keredaan Allah. Tidak selama dan berkeadaan seperti telur di hujung tanduk.
Islam (Islaimisme): Politik dan perundangannya berdasrkan Quran, Sunnah dan Hadis, pendapat kumpulan orang alim dalam bidang masiang-masing (ijmak ulama) yang sesuai dengan agama Islam, tgerutama dalam bidang ilmu fiqh.
Contohnya, dalam Quran hanya babi ada hukum tegah memakannya, tetapi haiwan-haiwan lain tidak ada hukumnya. Maka, untuk menentukan halal atau haram, dirujukkan kepada ijmak ulamayangf ahli-ahli doktor biologi, saintis dan sebagainya. Jika di dapati haiwan, unggas atau seranggan jenis beracun, ada kuman (jenis makan bangkai), maka hukumnya haram.
Pendekanya politik dan perundangan Islam memerlukan individu yang mengetuai kerajaan atau pemerintah, presiden, perdana menteri dan menteri-menteri, terdiri dari yang diri mereka seperti berikut.
* Kenal akan diri sendiri sebagai manusia berkemanusiaan.
* Kenal akan Allah sebagai pencipta tunggal alam ini.
* Beriman kepada Allah Taala - mematuhi perintah dan meninggalkan
larangan-Nya.
* Ihsan, iaitu mentaati dan beribadat kepada Allah seolah melihat Allah
danAllah melihatnya, iaitu penuh takwa.
Dan ihsan sesama manusia.
* Amanah kepada diri sendiri, negara dan orang ramai.
* Akhlak mulia, iaitu tidak melakukan rasuah, sekndal termasuk liwat, tidak
takut kepada manusia, hanya kepada Allah, adil dan mentaati undang-undang
dan tata susila.
Kesimpulannya, Negara Islam, tidak boleh menerima sebarang orang yang menganut fahaman yang berlawanan dengan Islam atau orang kafir menjadi pemimpin dan memerintah. Begitu juga semua parti politik yang berideologikan lain dari Islamisme tidak boleh memerintah Negara Islam.
Malaysia telah diakui sebgai sebuah negara Islam.Negsra kita telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam, demikian bekas Ketua Usaha Negara dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Ahmad Sarji abdul Hamid,dalam bukunya, Sekadar Berpendapat, (IKIM 2005).
(selesai)

No comments: