Thursday, October 30, 2008

KERAJAAN TANGGUH BELI EUROCOPTER

KEJUJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DISANGSIKAN

Oleh: Mokhtar Petah

Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan tegas mengumumkan, bahawa kerajaan menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC-725 bernilai RM1,67 billion berikutan krisis kewangan global.
Keputusan itu dibuat oleh Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan oleh beliau sendiri pada 13 Oktober lalu.
"pada waktu ini keputusan yang diambil, Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan untuk membiayai projek lain dan langkah penjimatan amat penting buat masa ini.
"Ini bukan bermakna kita tidak akan membeli langsung, bila kedudukan kewangan membo- lehkan kita beli, kita akan beli,"katanya.
Sebelum pengumuman Abdullah itu, terdapat khabar, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah merenung dengan dua belah mata kepada Kementerian Pertahanan berhubung dengan rancangan membeli helikopter tersebut.
Jumlah wang RM1,67 billion itu akalau digunakan untuk kepentingan rakyat, boleh membuka beriubu hektar ladang makanan.
Barang-barang buatan Inggeris memang lebih mahal harganya dari yang dikeluarkan oleh negara lain, sepertui Rasia, Francis dan sebagainya.Ketahanan, kekkuatan dan kelasakan sama,tetapi kerana jenama dan buatan Inggeris.
Saya teringat pada masa dan di London lama dulu.Seorang pemimpin dari sebuah negara telah berkunjung ke sebuah pasar raya di sana.Selama sejam pemimpin itu berada dalam pasa raya itu, saya mendapati harga barangan - pakaian dan sebagai lebih sekali ganda dari harga pada waktu saya berkunjung ke situ petang semalam.
Demikian juga, menjadi amalan di Great Britain, apa bila seseorang Raja atau negarawan melawat ke mana-mana gedung beli belah, semua barang di dalamnya dinaikkan dari harga biasa.
Mungkkin harga helekopter yang hendak dibeli oleh Kementerian Malaysia itu seperti harga barangan dalam pasaraya atau gedung beli belah di London.
Penganalisa hal ehwal luar negara, John Gershman menulis dan lahir pada John@irc-online.org, antara lain: 'Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad telah melawat US tigta hari, di samping menemui Presiden J.W.Bush dalam rangka agenda untuk memerangi pengganas dan keganasan.Boeing juga dijangkakan akan mengumumkan pejualan beberapa senjata penggempur F/A-18 Super Hornet fighter/attack jet kepada Tetnera Udara Malaysia.'
'Menteri Pertahanan Malaysia Najib Razak sedang memodenkan pertahanan negara.' John Gershman menulis: 'The Shoping list includes battle tanks from Poland, Russian dan British surface-t-air missiles and mobile military bridges, Austrian Steyr assaulat riffles, and Pakistani anti-tank missles. Kuala Lumpur is also negotiating to buy several F/A-18s,three submarines from Fraanaac, and an unspecitied number of Russian Sukhoi Su-30 fighter aircraf.'
Apabila saya memerhatikan nilai wang yang begitu banyak untuk membeli senjata saya teringat kepada beberapa tahun lalu,seorang rakan saya, kontrator (mungkin pihak kontraktor lain) telah menemukan seorang pegawai dari Kementeri Pertahanan yang akan menolongnya memberikan kepoda syarikatnya melaksanakan satu porojek di bawah kemen- terian tersebut.
"Saya boleh tolong, tentu dapat punya ..., tapi tau-tau sajalah ..., saya cari makan juga ..., saya dengan kawan-kawan saya nak 2% dari harga projek itu,"katanya dan merenung ke dalam mata saya di scebalik kaca mata seorang penulis.
"... boleh naik kos projek tu dari kos yang sebenar ..., taulah kami buanya,"katanya lagi.
"Boleh buat begitu?" Saya beretanya.
"Boleh,"jawabnya.
Saya senyumn. Kawan saya itu nampak bernafsu benar hendakkan projek itu. Tetapi dia tidak akan menerimanya, jika saya katakan 'tidak'. Dia selalu bertanyakan hukum halal dan haram dalam perniagaan kepada saya.
Saya berkata dengan ikhlas kepda pegawai itu, " Pegawai yang meminta komisyen dari sesiapa yang mendapat projek dari Kementerian Pertahanan Encik, adalah rasuah atau makan suap."
Pegawai itu diam.
Saya berkata lagi, " Bukan saya kata, tapi Nabi Muhammad sabda, orang yang memberi rasua, yang menerima rasuah dan orang tengah dalam urusan rasuah, dilaknat oleh Allah."
"Orang yang dilaknat Allah, hidupnya menderita di dunia sebelum mati, anak-anaknya akan menjadi jahat, ketagih dada, pelacur dan sebagainya ..., mungkin isterinya menduakan suami,"kata saya lagi.
"Beginilah, Encik,kalau nak tolong, tolonglah, jangan rasuah,"tambah saya.
Pada malam itu menjadi titik atau noktah rakan saya itu tidak mendapat prohjek dari kementerian tersebut.
Lanjut dsricerita Kementerian Pertahanan, baru seminggu dua yang lalu, tiga orang ahli lembaga syarikat Bumiputera dari Pahang bersama bekas wakilk rakyat, telah datang menemui saya.Meekas memberitahu pihak Kementerian Pertahanan tidak mahu membayar wang atas projek kementerian itu yang telah siap lebih dua tahun lalu.
Menurut mereka,sengaja pihak kementerian itu menahan pembayaran, kerana mereka enggan memberi kepada pegawai tertentu RM1juta.
Menurut mereka, perkara itu telah mereka sampaikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah memberi catatan kepada pegawai di kementerian itu untuk membuat pembayaran, tetapi pegawai berkenaan enggan meluluskan kerana mereka tidak sanggup memberi RM1juta kepadanya.
Saya nasihatkan mereka supaya mengaduk kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Badan Pencegah Rasuah.
(Habis)

No comments: