Wednesday, October 22, 2008

QURAN

PATUH

Dan siapa yang mentaati rasul (Muhammad s.a.w.), sesungguhnya
mentaati Allah, dn siapa yang melawan (tdak taat), Maka Kami ti-
dak mengutus kamu (Muhammad s.a.w.) untuk menjadi penjaga
mereka.
Dan mereka itu mengatakan: "(kami) Taat". Tetapi apabila mereka
pergi daripada kamu, sebahagian dari mereka mengambil keputusan
pada malam hari itu satu rancangan yang lain dripada (pengakuan
taat) yang mereka telah ikrar (kepada kamu). Allah (perintahkan
malaikat) menulis akan apa yang mereka rancangkan itu. M a k a
berpalinglah (hai Muhammad) daripada mereka (jangan hiraukan
apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada A l l a h;
kerana cukuplah Allah menjadi Pembela(yang memelihara kamu dari
angkara mereka) - An Nisa: 80,81.


HADIS

KEDUDUKAN YANG BAIK

Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hamba-Nya
dikurniakan kedudukan yang baik. Seorang sahabat bertanya ke-
pada Rasulullah s.a.w.:Bagai mana caranya mengurniakan kedu-
dukan itu? Rasulullah bersabda (menjawab) : Dikurniakan petunjuk
ke arah perbuatan (amalan) yang baik sebelum mati, dan setelah itu
dicabutkan nyawanya.
Peraw: Imam Ahmad, Iman Turmuzi, Imam ibn Habban dan
Imam Al Hakim.


PETUA

ALASAN

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu jujur atau tidak kepada
kita, perhatikan cara dia bercakap dengan kita, keligatan dan sinaran
matanya serta dia sering berpaling ke kiri dan kanan pada ketika dia
bercakap dengan kita.

.

No comments: