Friday, October 17, 2008

MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

PERTAHAN HAK ISLAM DAN MELAYU

Oleh: Petah Shariri Aidid

Kuala Terengganu - Mesyuarat berdaulat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke - 215, di Istana Maziah, di sini, semalam, mengingatkan rakyat bukan Melayu negara ini agar tidak mengungkit dan mempertikaikan hak agama Islam dan orang Melayu, kerana hak itu telah termaktub dalam Perlembagaan Negara ini.
Dalam kenyataan khas Diraja yang dikeluarkan, menjelaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak mereka mengikut Perlembagaan.
Kenyataan khas itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayyu, Engku Tan Sri Ibahim Engku Ngah menerusi Bernama.
Raja-Raja sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu berharap, dengan penegasan dalam kenyataan itu akan dapat menghapuskan kekeliruan di kalangan kaum bukan Melayu.
Kenyataan itu seperti berikut:
* Raja-Raja Melayu mempunyai peranan Perlembagaan untuk
melindungi keistinmewaan, kedudukan, kemuliaan dan ke-
besaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum
lain di Malaysia.
* Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan
perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara
Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan
menimbulkan kegusaran dan keresahan rakyat.
* Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin
Melayu, sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubu-
bukan kerajaan dan orang perseorangan menyuarakan
rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membu-
at knyatan dan laporan serta menganjurkan forum berkenaan.
* Antara sebab dikenali berlaku perkara ini ialah kedangkalan
pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah,
mengapa peruntukan itu dimaktubkan dan dalam Perlembaga-
an Persekutuan dan pengaruh prinsip kesaksamaan dan ke-
adilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan
latar belakang sejarah dan keadan sosial negara ini. Kepentingan
politik sempit juga penyebab berlaku perkara ini.
* Gejala ini tidak ditangani boleh menyebabkan negara terjebak
dalam kancah perpecahan dan persengketaan kaum yang boleh
menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini mem-
bawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
* Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan pemper-
ingatkan semua pihak mengenai peruntukan Perlembagaan di-
samping memberi penekanan jaminan perlindungan hak sah kaum
lain.
* Perlu ditegaskan, setiap peruntukan dalam Perlembagaan Perse-
kutuan sudah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsul-
tasi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya
bagi apa yang diperjuang, dipebincang, dipertimbang dan diman-
faatkan serta dipersetujui semua pihak terbabit, sehingga wujud
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali seba-
gai kontrak sosial.
* Kontrak sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan, lebih-
lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia asas utama pem-
bentukan Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu memperingatkan
supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji
dan dicabar.
* Sesungguhnya, angkatan pemimpin pada era kemerdekaan berfi-
kiran dalam dan berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu dibawa
bersama ketika rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi
Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam
Perlembagaan Malaysia Merdeka.
* Institusi Raja diberi kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan,
Ketua Negara dan Ketua Negeri. Laksana payung pelindung,
menjamin berlaku kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja
berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk me-
rungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
* Majlis Raja-Raja Melayu juga meminta orang Melayu supaya bersa-
tu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemu-
liaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindung agama Islam,
bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekeutuan.
* Penekanan perlu dibuat bahawa agenda itu lebih penting dan
utama daripada kepentingan politik atau kelompok.
* Kaum bukan Melayu tidak perlu khuatir dan bimbang mengenai
hak sah mereka kerana dijamin mengikut Perlembagaan Perse-
kutuan dan peruntukan yang terkandung dalam Undang-Undang
Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam perkara
153 Perlembagaan Persekutuan.
* Diharapkan, dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung
perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana
harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati rakyat terus
diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.





No comments: