Sunday, June 26, 2011
MAKSUD AYAT QURAN
Friday, June 24, 2011
MAKSDUD AYAT QURAN
Tidakkah anda (Muhammad s.a.w.) perhatikan orang – orang yang keluar dari rumah masing – masing, beribu – ribu banyaknya, kerana takutkan mati, lalu Allah berkata kepada mereka: ...matilah kalian! – maka mereka itu mati – (Demikian umat manusia yang tidak mahu berjuang menegakkan agama Allah dan membela umat Islam, di matikan Allah, seperti telah berlaku pada zaman silam pada umat Baji Israel dan lain). Kemudian mereka itu dihidupkan Allah semula. Sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap umat manusia, tetapi kebanyakan dari umat manusia tidak tahu berterima kasih.
– al Baqarah:243
Wednesday, June 22, 2011
MENGENANG MASA SIALAM
Buah bedara(bidara), sejenis buah lebih kacil dari buah mata kucing. Rasanya manis. Orang-orang kampungku membuat serawa atau pengat dan makan dengan pulut atau roti. Pokoknya seperti pokok dan daunnya seperti pokok dan daun rambutan. Pokok bedara terdapat banyak dalam rimba atas banjaran Gunung Bintng Hijau, di belakang kampungku dan sekitgar timba banat di Negeri Perak.
Aku telah pulang ke kampungku kerana sekolahku bercuti. Pada satu hari, kawan-kawanku - ada yang lebih tua daripadaku -, telah mengajak aku pergi mencari madu lebah dan buah bidaya dalam rimba tersebut.
Aku telah bergi memanjat gunung dan meredah rimba pada waktu subuh bersama Hassanuddin, Din Molek, Din Teluk, Mat Teridi, Mat Tok Pek, Semaun, Sharif Juling dan Mat Belet.Di sana kami telah mengambil madu lebah dari dua buah sarangnya yang bergayut pada pokok-pokok atas gunung itu. Madu itu kami isikan dalam dua biji tin minyak tanah.
GUNI KAIN
Pada sebelah tengahari kami telah menebang dua pokok bedara untuk mengambil buah-buahnya yang sedang masak. Setelah buah-buahnya kami kutip dan mengisikannya dalam beberapa guni kain atau guni tepung gandum, maka sebaik-baik selesai sembahyang Zohor, di tepi sungai di sana, kami telah mula bergerak untuk pulang ke kampung kami.
Kira-kira setengah perjalanan pulang dalam rimba itu, hari telah lewat petang. Kami telah tersesat jalan. Lebih setengah jam kami sesat di sana. Aku telah teringat akan petua seorang pemburu haiwan, Alang Ismail atau Alang Belet; jika tersesat dalam rimba, hendaklah telanjang bogel.Aku telah memberitahu kawan-kawanku supaya kami semua telanjang. Kemudian kami telah telanjang. Semua pakaian yang membungkus tubuh kami, telah tanggal dari tubuh kami dan kami memasukkannya ke dalam guni buah bidara milik masing-masing.
Kami telah berjalan dalam keadaan bogel sambil memikul guni berisi buah bidara dan empat orang mengusung tin berisi madu lebah. Kami telah ketawa terbahak-bahak kerana melihat keadaan diri masing-masing. Kira-kira setengah jam kemudian, kami telah mendapat jalan keluar dari rimba itu.
BUAH VAGINA
Tiga hari kemudian aku pulang semula ke Teluk Anson. Aku telah membawa buah-buah bedara itu kepada kawan-kawanku dan Halen. Aku telah menerangkan kepada Halen, mengapa buah itu dinamakan ’bedara’. Kemudian Halen telah menyebut buah itu sebagai ’buah vagina’ Malaya.
Kira-kira sebulan kemudian, aku telah diserang demam yang kuat. Kerana tidak ada orang yang merawat dan menjagaku, maka rakanku Ali bin Haji Hussein telah menghantar aku balik ke kampungku.
Kira-kira sebulan setelah aku pulih dari demam, aku telah kembali semula ke Teluk Anson. Tetapi keadaan Madrasah Ihsaniyah tidak seperti pada bulan-bulan yang lalu. Ramai murid-murid telah pulang ke kampung masing-masing atau telah berpindah ke sekolah-sekolah lain. Jawatankuasa sekolah itu tidak mampunya wang untuk membayar gaji dua orang guru sekolah itu, iaitu Mudir, Ustaz Sulaiman Najib dan penolongnya, Ustaz Haji Daud.
BELALANG KUNYIT
Setelah aku memaklumkan kepda bapaku, maka bapaku telah datang dengan abang saudaraku, Yeop Hasnan. Dia telah membawa kira-kira seratus ekor belalang kunyit yang telah digoreng oleh ibuku dengan garam dan cili. Menurut bapaku, ibuku meminta aku makan belalang goreng itu untuk memulihkan semula tenagaku setelah lama demam dan supaya aku tidak menjadi pelupa. Aku memang gemar makan belalang kunyit goreng.
Bapaku telah membawa aku pulang ke kampung kami sementara aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama di tempat lain. Bapaku telah mengemukakan cadangannya kepadaku, iaitu supaya aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah setuju dengan cadangan bapaku itu.
Selama beberapa hari aku tinggal di kampungku, aku telah menulis surat kepada Helen. Dalam surat itu aku telah memberitahu kepadanya yang aku tidak akan datang ke Tuluk Anson lagi. Aku juga telah memberitahu kepadanya, jikan diizinkan oleh Allah, aku akan melanjutkan akan pelajaran ke Indonesia. Seperti suratnya kepadaku sebelumnya, aku juga telah menyelit dalam suratku itu akan bisikan hatiku, yang aku juga mencintai dirinya. Oleh kerana aku akan melanjutkan pelajaran, maka aku berharap kepadanya agar cinta kami itu dapat ditukarkan kepada ’cinta antara adik dengan kakak angkat’ sahaja.
MENYERU MANUSIA
Aku juga telah memberi pandanganku kepda Helen agar hajatnya untuk memeluk agama Islam dapat diteruskan. Aku telah menulis, ”...atheisme dan agama-agama lain dari Islam tidak mengajar penganut-penganutnya menyembah Tuhan yang satu . Tidak menyeru manusia mengadakan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, seperti termaktub dalam Quran, ’ Ditimpa kehinaan ke atas mereka dimana sahaja mereka berada, kecuali orang-orang yang menjagi hubnungan dengan Allah dan hubungaan dengan manusia.’
Sebelum aku menamatkan kandungan surakuku itu, aku telah menulis sebuah sajak karya sasterawan Angkatan 45, Indonesia, Khairil Anuar yang berjudul ’doa’:
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut nama-Mu
Biar susah sungguh,
Mengingat-Kau penuh seluruh
cahaya- Mu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintu-Mu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling.
Helen telah menjawab suratku. Dia telah bersedia menunaikan harapanku. Dia juga memberitahu aku, yang dia memang mempunyai hajat yang kuat untuk memeluk agama Islam. Dijelaskannya juga kepadaku, iaitu semenjak dia mendengar penjelasanku tentang Allah mengharamkan makan daging babi, dia telah tidak memakan daging haiwan itu lagi.
” I loved you Mok, I love you, tidak lama lagi I dan keluarga I akan berpindah ke Kuala Lumpur. Di sana nanti I akan menulis surat kepada you, sayang.”
Perhubungan aku dengan Helen telah terputus kerana aku telah sibuk dengan pelajaran dan berbagai pekerjaan yang aku telah lakukan, terutama menulis artikel, cerpen dan buku-buku cerita romen.
Itulah di antara pengalaman-pengalamanku di Teluk Anson yang telah menjadi ingatanku hingga kini. Aku dan Helen telah menjadi sepasang kekasih yang tidak bertujuan untuk berkahwin atau berumahtangga.
Aku bersukkur kepada Allah, kerana aku telah berjaya mendakwah Helen dan kemudiannya dia telah memeluk agama Islam.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).
TITIK - TITIK SEJARAH
Apabila kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, pada tengah malam 31 Ogos 1957, nama Kepala Batas tercatat dalam sejarah kemerdekaan bangsa Melayu dan semua warga bumi semenanjung ini. Tetapi tidak ramai orang yang mengetahui akan kisah bumi bertuah itu.
Pada tahun 1955, iaitu dua tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah diadakan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. UMNO (Perikatan) telah mencalonkan seorang ahli perniagaan, Haji Hashim Awang ari Tasik Gelugur dan dia telah menang dengan tidak penentangnya.
Pilihan raya Umum tahun 1959, calon UMNO (Periktan), Haji Ahmad Said dan dia telah mendapat kemenangan dengan 8,211 undi dan pilihan raya 1964, dia telah menang dengan 11,211 undi. Manakala pilihan raya tahun 1969, dia memperoleh undi sebanyak 2,353.
PARTI POLITIK
Bekas orang kuat Parti Buruh, Mohamad Sopiee Sheih Ibrahim telah bertanding atas tiket UMNO (Barisan Nasional) dalam kawasan tersebut dan dia telah menang tidak bertanding.
Cucu sulung kepada Sheikh Abdullah Fahim dan anak kepada Haji Ahmad Badawi, Abdullah Haji Ahmad Badawi bekas pegawai tinggi Kerajaan Malaysia yang tidak pernah diduga menyertai parti politik dan bakal pemimpin negara, telah bertanding dalam kawasan Parlimen (Kepala Batas) pada pilihan raya 1978. Beliau telah menang dengan 5,029 undi.
Pada pilihan raya umum 1982, Abdullah Ahmad Badawi telah menang dengan 12,644 undi. Pilihan raya 1986 beliau menang dengan 8,622 undi. Beliau telah menang dengan 9,851 undi pad pilihan raya umum pada tahun 1990.
MENCAPAI KEMENANGAN
Nama Abdullah Ahmad Badawi telah terjuang sebagai pemimpin negara, maka pada pilihan raya umum 1995 beliau menang dengan 17,834 undi. dan pada pilihan raya 1999 beliau telah mencapai kemenangan dengan 11,175 undi.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi menduduki kerusi Perdana Menteri dan pemimpin rakyat negara ini, beliau telah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum 2004 dengan 19,985 undi. Calon PAS,Abdul Khalid Rashid mendapat 8,810 undi. Majoriti 11,175 undi.
Pada hari-hari Abdullah Ahmad Badawi melangkah ke puncak, beliau sentiasa dalam doa dan restu ibunya , Allahyarhamah Datin Hajah Kailan binti Haji Hassan. Ibu berjasa ini telah meninggal dunia pada 2 Februari 2004.
RANSANGAN SEMANGAT
‘Sesungguhnya Allah itu menetahui segala sesuatu.’ Sepanjang kempen pilihan raya 2004, pada hari mengundi dan hari kemenangan Abdullah Ahmd Badawi, beliau telah mendapat rangsangan semangat, ketabahan hati dan jiwa , dipeluk dan di sayangi sepenuh hati dan jiwa raga oleh isteri beliau, Allahyarhamah Datin Endon Mahmood. Ina lillahi wa inna ilaihi rajiun, wanita pertama itu telah meninggal dunia di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Putrajaya, pada jam 7.55 pagi 20 Oktober 2005. Jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan umat Islam di sana.
Kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu: Dewan Undangan Negeri Bertam, Dewan Undangan Negeri Penaga dan Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal.
Di sinilah,
Suara ulama melaung umat,
Sheikh Abdullah Fahim,
Menyergah maya;
“ Melayu bangsa bermaruah.
Bebaskan dari penjajah.”
Di sinilah,
Pemuda garang waja tauhidnya,
Haji Ahmad Badawi,
“Pemuda berani mati,
Demi agama, bangsa dan pertiwi.”
Di sinilah,
Waris titisan darah mereka,
Abdulah Ahmad Badawi,
Menerima amanah perjuangan,
Tegak teguhkan Islam,
Pimpin dan bela,
Bangs Melayu,
rakyat Malaysia.
Abdullah Ahmad Badawi yang telah memegang jawatan Perdana Menteri yang kelima - Pulau Pinang.
Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad - Kedah.
Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein bin Dato’ Onn – Johor..
Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein - Pahang.
Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman - Kedah.
Mungkin ramai orang dapat menerima harapan saya, Kepala Batas ini telah menjadi bumi bertuah; tempat suburnya agama Islam, tempat kebangkitan bangsa Melayu untuk merdeka, tempat ‘terbuang’ pemimpin pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, tempat penentuan tarikh keramat kemerdekaan negara dan tempat lahir pemimpin kelima bagi negara kita. Maka, eloklah difikirkan oleh semua, agar di sini dibina sebuah universiti untuk mengenang sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air dari penjajah. – Mokhtar Petah
MAKSUD AYAT QURAN
MENOLONG ALLAH
Wahai orang – orang yang beriman, kalau kalian menolonbg – membela – (agama) Allah nescaya Allah menolong – membela – kalain (untuk mencapai menernangan) dan meneguhkan tapak ( kehidupan dan pernjuangan) kalian.
Dan (sebaliknya) orang – orang kafir – tidak percayakan Allah, menyengutukan Allah - , maka, kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia – siakan - tidak menilai – amalan – amalan mereka.
-Muhammad:7, 8.
Tuesday, June 21, 2011
MAKSUD QURAN DAN HADIS
ORANG DALAM
Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kalian mengambil injdividu – indiviu yang bukan dari kalangan kalian untuk mejadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti – henti berusaha mendatangkan bencana kepada kalian. Mereka suka akan sesuatu yang menyusahkan kalian. Telah nyata – tanda - kebencian pada pertuturan mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami – Allah – telah menjelaskan kepada kalian keterangan – keterangan tersebut jika kalian - mahu – memahaminya.
- Ali ’Imran: 118
NOTA:
Jika anda menajdi pemimpin atau ketua negara dan sebagainya, ambillah orang – orang dari kaum keraba kalin, kerana mereka boleh dipercayaai dan kluat amanah mereka kepada anda. Tetapi jika anda mengambil orang luar, maka anda akan menerima akibat buruk dari perbuatannya.
HADIS
MENYAKITI HATI JIRAN
Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia tidak boleh – jangan – menyakiti hari jirannya.
– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.
NOTA:
iran adalah orang – orang yang berada dalam bilangan 40 buah rumah dengan rumah kita.
------------------------------------
BERNIAGA TIDAK UNTUNG
Ada orang bertanya kepada saya, mengapa orang - orang Melayu berniaga, terutama berniaga pasar malam, gerai makanan dan sebagainya tidak mendapat untung dan tidak enang hidup. Saya tidak menjawab.
Kemudian saya yakin orang - orang Melayu adalah orang - orang Islam. Mereka mengucap dua kalimah syahadah. Ertinya mereka bersumpah akan taat atau mengerjakan segala yang disuruh atau perintah oleh Allah dan meninggalkan atau menolak segala yang dilarang oleh Allah.
Di antara yang dirusuh oleh Allah, menjual beli dengan ikhlas, akad jual beli, bersiah dan ihsan.
Di antara yang dilarang, ialah menipu, mengamalkan riba dan laba atau untung yang berganda - ganda.
Kebanyakan peniaga Melayu meminjam wang dari bank, ceti atau Ah Long. Mereka tahu pinjaman itu ada riba, tetapi mereka lakukan juga.
Mereka mengenaka harga yang berlipat ganda atau melampau.
Mereka tidak menjaga kebersiahan dengan sempuna.
Saya pernah makan mee rebus di sebuah wsarung tepi jalan, harganya RM4.00 sepinggan. Mee di dalamnya kira - kira lima kali suap sahaja.
Di sebuah warong dalam bandar Kuala Lumpur, cawan, gelas dan piring terdapat kalat - kalan hitam tidak bersih.
Saya percaya, perbuatan - perbuatan demikian menyebab kan mereka melanggar pengakuan mereka ke pada Allah dalam ucapan dua kalimah syahadah.
Saturday, June 18, 2011
SAJAK
Di mana – mana majlis ilmu,
Ada ayah intelektual,
Bersamanya anak gadisnya,
Yang ditakdirkan cacat anggota.
Aya syukur,
Puterinya syukur jua,
Mereka dua insan menanti reda Allah,
Mereka dua insan disayang Allah,
Bapa dan anak prihatin janji Maha Esa.
Puteri milik ijazah,
Dirinya cendekiawan bangsa Melayu,
Anak ayah penyayang bangsanya,
Bapa dan anak milik bangsa mulia.
“Sayang, hanya pengetahuan,
dalam dirimu,
bukan emas dan harta,
... ayah tinggalkan,
jadilah dirimu manusia di hadapan Allah!”
Ayah,
Menyurung puterinya,
Dua beranak itu pamit kepada laut,
Mereka menuju distinasi,
Dengan pengetahuan dalam dada,
Kasih sayang ayah dan puterinya.
Batu Peringgi, P. Pinang ......Mokhtar Petah
MAKSUD AYAT QURAN
– al Baqarah: 42
Mengapa kalian menyuruh orang – orang lain mengerjakan kebajikan –kebaikan - , dan kalian lupa akan diri kalian sendiri? Dan kalian membaca Kita – Quran - , apakan kalian tidak mengerti?
– al Baqarah: 44
Friday, June 17, 2011
PILIHAN RAYA MASJID PULAU PINANG
DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Tengku Mizan Zainal Abidin, sebagai Raja Pemerintah negara ini, tidak menasabah mendengar dan menerima pandangan pihak UMNO Pulau Pinang berhubungan dengan rancangan memilih ahli jawatan kuasa Masjid Negeri tersebut.
Baginda patut dan menasab berkanan akan hasrat kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai Pakataran Rakyat – DAP, Pakatan Rakyat dan PAS – di bawah Yang Dipertuan Agong, yang mahu ajk masjid tersebut dipilih menerusi pilihan raya.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (bekas orang kuatn UMNO negeri tersebut), Datuk Seri Mohd. Yussof Latif yang mengetuai mesyuarat khas Persatuan kariah – kariah masjid Pulau Pinang mahukan jawatan kuasa Masjid Negeri dipilih mengikut cara lama; yang memungkinkan orang – orang UMNO menguasai Masjid Negeri tersebut.
Semua jemaah Masjid Negeri adalah dari umat Islam yang tidak menajdi ahli bedaftar Masjid Negeri (memang masjid tersebut tiak ada persatuan dan ahli), maka, pemilihan ajk masjid terswebut amat baik dipilih secara pilihan raya.
Amalan demikian – pilihan raya - telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada masa memilih orang – orang yang memikul tanggungjawab Masjid Nabawi Madinah.
Pengerusi Jawatsan Kuasa Agama dan Perdagangan Dalam Negeri, Abdul Malik Abdul Kassim dan Majlis Agama Islam Negeri Puolau Pinang mestilah brtegas uantuk meneruskan pilihan raya agar tidak menimbulkan keadaan yang memecah belahkan umat Islam disebabkan orang – orang UMNO menguasai masjid tersebut.
Piliah orang PAS, orang UMNO dan orang dari mana parti politik yang beragama Islam dan badan – badan Islam, asalkan tidak membawa ‘politik nasionalis, kapitalis dan sosialis’ ke dalam masjid tersebut.
Mengenai masalah tersebut, saya kita Yang Dipertuan Agong tidak perlua mendengar dan ambil kira pandangan persatuan – persatuan kebajikan, tetapi elok dan adil mengambil kira fi pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri tersebut.
Jika Yang Dipertuan Agong menimbang dengan cara yang saya kemukan itu, maka, Masjid Negeri Pulau Pinang akan dapat dielakakan dari berlaku krisis yang akan merunsingkan Baginda sebagai Ketuan JK Agama Islam negeri terseebut. – Mokhtar Petah , Pulau Pinang.
MASAKAN HARINI
Kulat* sisir renanga pedas dengan terlur kambing jantan.
Setengan kilo kulat sisir dan dua biji telur kambing jantan (dibelah tiga tiap sebiji).
Ramuan: Lengkuas, serai, bawang merah, halia, cabai burung, isi kunyi, garam (secukup rasa). Dirumbuk lumat.
Daun kunyit 2/3 helai, dihiris halus.Kerisik kelapa.
Gaulakan telur kambing jantan, kulat dengan ramuan, daun kunyit, kerisik dan masukkan santan kelapa yang agak pekat.Masukkan tiga biji ciloi besar hijau dibela dua.
Sedaaaaap!
MAKSUD AYAT QURAN
Hai orang – orang yang beriman, mengapa kalian berkata apa – sesuatu – yang kalia tidak lakukan?
Sangat dibenci Allah, kalian tidak melakukan apa – sesuatu – yang kalian katakan.
Sesunguhnya Allah menyayangi orang – orang yang berperang di jalan Allah – kersana pertahankan agama Islam dan umat Islsm, dalam barisan peperangn yang teratur – berdisiplin - , laksana tembok yang teguh kukuh.
– Asy Syaf:2,3,4.
Kita, orang Melayu umat Islam di Nusantara – Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, empat wilayah Thailand – sentiasa bercakap tentang agama Islam dan beriman kepada Allah da Rasul-Nya, tetapi kita tidak mengikut Allah dan RsulNya dengan sempurna.
Kita mengamalakan agama Islam sekadar beribadat dan perkara – perkara yang berhubungan dngan mal – sivil - , nikah dan cerai, rumah tangga, harta pesaka, dan peribadatan sahaja, tetapi kita tidak mahu memnina negara seperti negara Rasul Allah Muhammad s.a.w. yang berdasarkan Quran.
Maka, kita ada orang – orang yang bercakap atau berkata mengenai Islam, tetapi kita tidak melakukan dengan sempurna.
Sekarang, orang Melayu dan umat Islam di Malaysia berkedaan rendah diri dan takut kepada golongan – golongan manusia yang beragama lain dari agama Islam.
Thursday, June 16, 2011
JEJAK - JEJAKPOLITIK
MASAKAN HARINI
MAKSUD AYAT QURAN
... perjuangan antara mereka amat hebat,anda (Muhammad s.a.w.) mengira mereka itu bersatu – tidak -, sedang hati mereka berpecah belah – peperpecahan antara mereka sendiri kerana tidak berpegang pada dasar Islam - , demikian disebabkan mereka itu kaum yang tidak berpengetahuan – yang disediakan Allah dalam Quran - .
Serupa dengan orang – orang sebelum mereka – Arab Jahiliyah – telah mengalami akibat buruk dari perbuatan mereka sendiri dan mereka telah ditimpa siksaan yang pedih.
Seumpaman syaitan pada ketika berkata (memujuk) manusia: Sangkallah Allah - iaitu jadi kafir - , setelah manusia itu menyangkal Allah atau kafir, - syaitan – berkata: Aku berlepas tangan – tidak bertanggungjawab – terhadap kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemimimpin semesta alam.
Kesudahnya, kedua – dua – syaitan dan manusia - , bersama dalam neraka, tetap tinggal di sana; itulah balasan bagi orang – orang yang zalim - bersalah.
– Al Hasyr: 14 - 17
Wednesday, June 15, 2011
MENGENANG MASA SILAM
Mungkin ada orang yang dapat mengakui, bahawa setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah wujud perbedaan menerima kemerdekaan itu di kalangan orang Melayu. Orang Melayu golongan kanan, iaitu memihak di sebelah UMNO telah menganggap kemerdekaan yang telah dicapai itu sebagai satu ’nikmat’ yang tidak ada mudaratnya. Manakala golongan kiri telah berpendapat, kemerdekaan akan menjadi batas waktu merosotnya nilai bangsa Melayu, kehakisan daulat Raja-Raja Melayu dan orang Melayu akan hanya berjaya seperti penyabung ayam, ’ memang sorak kampung tergadai’.
Tetapi kerana Tunku Abdul Rahman bersama golongannya dengan kekuatan dan kekuasaan, telah mewujudkan berbagai-bagai ’nikmat baru’, maka golongan kiri menjadi tersisih dan pendapat mereka tidak berguna lagi.
Tunku Abdul Rahman dan golongannya, secara terang menyifat dan menuduh orang Melayu golongan Kiri, sebagai ’makhluk perosak’ kepada kerajaan dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian dinamakan Malaysia.
KETURUNAN PENDATANG
Contoh–contoh yang nyatakan, Tunku Abdul Rahman telah membelakangi pejuang-pejuang Melayu seperti Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam dan ramai lagi, sebaliknya dia telah menerima pendapat golongan keturunan pendatang – mereka golongan kapitalis -, sebagai rakan membina negara baru, Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).
Manakala cita-cita dan perjuangan orang Melayu yang tidak menyebelahi Tunku Abdul Rahman, telah dianggap oleh orang-orang keturunan pendatang sebagai chauvinist (orang yang telalu mencintai tanahair) yang mesti dikuburkan.
’Biar saya akui, bahawa dalam masyarakat berbilang – bangsa- keturunan di Malaysia juga terdaspat bahaya kemusnahannya sendiri. Kalau dibawah tekanan luar konfrantasi Indonesia, pemimpin-pemimpin bagi berbagai-bagai kaum di Malaysia menyahut seruan bukan dengan sifatnya sebagai bangsa Malaysia, tetapi sebagai sekian ramai orang-orang Melayu, Cina, India dan lain-lain, maka akhirnya mestilah berlaku perpecahan. Misalnya, kalau pucuk pimpinan di Malaysia yang berhadapan dengan seruan-seruan Indonesia supaya berpegang kepada fahaman chauvinis(orang yang terlampau cintakan tanahair) Melayu cuba menandingi atau membenci orang-orang Indonesia itu, maka tekanan akan dikenakan yang akan membahagikan bangsa kepada bandar dengan luar bandar, kepada orang-orang dagang dengan kanak-kanak Bumiputera, antara orang-orang yang maju ekonominya dengan orang-orang yang mundur ekonominya.
Bahaya yang sebenarnya ialah kelemahan dalam negeri Malaysia sendiri. Iaitu tindakan-tindakan subversiv Indonesia yang ditujukan untuk memikat orang-orang Melayu dalam Malaysia. Kalau pemimpin-pemimpin Malaysia menyahut dengan sekian ramai orang-orang Melayu, Cina dan India dan lain-lain, dan tidak sebagai bangsa Malaysia, maka timbul kerumitan. Kerana semakin kuat pucuk pimpinan Melayu di Malaysia menyuarakan faham kebangsaan Melayu, akan semakin bertambah kuat pula orang-orang bukan Melayu di Malaysia meragukan masa depan mereka. Apa akan terjadi bila perpecahan berlaku terlampau buruk benar untuk difikirkan. Cukuplah dengan mengatakan bahawa dari segi theory ada tiga kemungkinan: pertama. Malaysia akan disedut atau ditaklukkan oleh sebuah kuasa yang ketiga, kedua, satu kaum menguasai kaum-kaum yang lain di Malaysia, dan ketiga, satu pengaliran ke arah pengasingan kaum-kaum akhirnya pembelahan-bahagi Malaysia. Ketiga-tiganya mempunyai pengertian yang mengerikan.
Pada masa itulah, di mana-mana sahaja, terdengar bisikan di kalangan orang-orang Melayu, bahawa Tunku Abdul Rahman ’lembut telinga’ dengan orang-orang golongan tersebut. Manakala kalangan ahli-ahli UMNO yang kuat berpegang kepada cita-cita nasionalis Melayu dan agama Islam, telah memandang serong kepada Tunku Abdul Rahman, lebih-lebih lagi setelah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan gagasan Malaysia dalam jamuan makan tengahari anjuran wartawan-wartawan Tenggara Asia, di Adelphi hotel Singapura. Tunku tidak berundinng lebih dahulu dengan Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahli parlimen serta kabinet sebelumnya.
INSTITUSI ISTANA
Tidak ramai orang yang mengetahui, bahawa kerana hendak melembutkan hati orang-orang UMNO dan orang-orang dari keturunan pendatang, Tunku Abdul Rahman telah mewujudkan satu gelaran besar kebesaran, iaitu Tan Sri. Gelaran itu tidak ada dalam ’Institusi Istana’ orang Melayu. Yang telah wujud dalam’Institusi Istana’ Melayu ialah, gelaran ’Tun’, iaitu gelaran yang paling tinggi.
Setelah gelaran ’Tan Sri’ diwujudkan oleh Tunku Abdul Rahaman, aku telah bertanya kepadanya. Jawapannya mudah dan melucukan, katanaya, ”...depa duk nak minta gelaran Tun, ...mana ada banyak, yang duk nak ghamai.”
”...apa salahnya, kita ambik Tan dari nama Tan Cheng Lock, ambil pulak Sri dari nama Sri V.T. Sambanthan, ...Tan Sri...,” kata Tunku sambil ketawa.
Aku mendapati pada sekitar Persekutuan Tanah Melayu di ambang kemerdekaan, kalangan keturunan pendatang di Singapura dan terdapat juga di Semenanjung, mempunyai rancangan yang tidak terfikir oleh semua orang Melayu, iaitu mahu menjadikan Singapura sebuah kerajaan yang tidak diperintah oleh orang Melayu. Usaha mengenepikan para politikus dan pemimpin Melayu pada masa itu telah menjadi ’bisik penjajah bentuk baru’ di Singapura.
(Disunting dari manuskrip buku,Memoir,Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)
BERTITIK - TITIK AIR MATA
Baru beberapa hari, saya singgah di pasar tepi tebing, Bandar Diraja Kuala Kangsar. Isteri belia lesung batu ‘dara dan teruna’, di warung kraf tangan orang Sayong dan makan dua biji durian.
Sambil isteri saya makan durian (dia tidak suka telan biji), saya bercakap – cakap dengan penjual durian – orang Bendang Kering – usia 70 tahun, anak 12 dan isterinya telah lama dikrimkan ke alam akhirat.
Dia berittahu, kawan – kawan mika padsa tahun 1960- an, ialah oghang Kuala Konsor, ramai dah mati.
Sultan Yusuf, Sultan Idris, Temenggong Wan Hamaruddin, Toh Tan Ramli, Raja Razam (bapa angkat saya) anaknya Raja Amir – adikong Sultan Idris, Raja Perempuan Kalthum (ibu kepada Sultan Idris), Tengku Adlan Adil, Wak Tamor, Zulkifli Muhammad, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Zubir, Pak Tihin, Haji Azmir, Sanator Said kantin dan Said Rambai Tujuh – tukang jahit di Kuala Kangsar.
Bekasa wakil Rakyat, Ustaz Kassim Haji din, Haji Fathid Khalid (wartawan), Yahaya Arif – saudagar toko buku dan menantu Sheikh Tahir Jalaluddin, Dato Haji Abdullah Abdul Rauf, Ustaz Khalid Abas, Shaifie Mat Saman (3 iotu wakil rakyat) dan Ustaz Abdul Rauf Kota Lama Kanan.
Raja Zainab Iskandar, Raja Suraya Iskandar, Raja Putih Maryam Iskandar, Raja Ismail Iskandar dan Raja Tam Iskandar.
Rsamai lagi orang KualaKangsar, rakan – rakan saya telah mati.
Saya berusia 77 tahun belum mati.
Rakan – rakan ibaran awan di dada langit,
Datang dan pergi,
Menangislah saya,
bertitik - titik air mata sedih,
Ibrat ari hujan dari langit.
-mp
MAKSUD AYAT QURAN
Hai orang – orang yang beriman, nafkahkan – belanjakan - sebahagtian yang baik dari hasil usaha kalian dan hasil – hasil yang Kami keluarkan dari bumi untuk kalian - , jangan kalian pilih yang buruk – buruk daripadanya – harta - , anda belanjakan; sedangkan kalian sendiri tidak mahu mengambilnya – kalau diberi kepada kalian - , melainkan dengan memincingkan mata. Dan ketahuilah Allah cukup kaya dan terpuji.Syaitan menjadikan kemiskinan kepada kalian dan menyuruh kalian melakukan perbuatan keji. Dan – seabliknya - Allah menjanjikan keampunan dan kurniakan kepada kalian dan Allah itu cukup anugerahanNya dan Maha tahu.- al Baqarah: 267, 268.
Monday, June 13, 2011
MAKSUD AYAT QURAN
...maka, kahwinlah dengan wanita – wanita lain yang anda sukai = berkenan dan cinta - , dua orang, tiga orang dan empat orang – masukan isteri - isteri. Kemudian, jika anda khuatir tidak dapat belaku adil – seperti pakaian, maka dan minum, giliran dan lain - , maka, kahwinlah seorang wanita sahaja ...
–An Nisa: 3
Posmotem diri sendiri. Ayat Quran tidak menunjukkan Allah memerintah atau mefardukan lelaki mukmin berkahwin lebih dari seorang wanita atau memadukan isterinya, tetapi, ayat tersebut memberatkan kepada lelaki yang seperti berikut supaya berkahwin, bagi mengelakkan diri dari melakukan zina – kerana tidak cukup seorang isteri -, jadi panas baran atau marah – marah, didera sakit darah tinggi atau dalam keadaan kecawa, dukacita, lalu malas sembahyang dan beribadat, maka, anda lelaki ada seperti di wajibkan Allah.
Jika anda seorang yang tubuh badan siahat dan kuat tenaga batin, ada pelajaran yang boleh anda jadi orang adil (sekadar upaya), fikiran baik dan hasrat atau minat kahwin lebih dari satu ada, maka, anda tidak kahwin kerana takutkan isteri pertama dan isteri lain anda, maka, adalah lelaki dayus. Menurut Nabi Muhammad .a.w., lelaki yang dayus tidak akan masuk syurga. Bagaimana?
Jika anda tidak mengikut ketentuan Allah, maka, anda juga tidak akan masuk syurga, jika, ditanya oleh wakil Allah – Malaikat, “mengapa anda tidak kahwin lebih dasri seorangb perempuan? Mengapa anda tidak ikut sunnah Nabi Muhammad?anda tidak? Anda tidak dapat menjawab.
Anda seorang lelaki Islam, kena tahu erti ayat Quran. Jika ditanya malaikat seperti di atas, jawablah, “...in khiftuan an la ta’diluu fa wahidah ...”.
Kalau benar jawapan anda, maka, anda akan masuk syurga dan mendapat syefaat Nabi Muhammad. – mp.
Masalah ini, saya ada bertanya kepada seorang Orang Besar Negeri Selangor. Mulanya dia takut, tetapi setelah diterangkan, dia senyum dan jadi berani. - mp
Sunday, June 12, 2011
KISAH DARI NOVEL
MADU LEBAH
Kira-kira jam 11.00 pagi, Azmi sedang bekerja dalam kebunnya. Cikgu Zainab dan suaminya datang menziarahinya. Perempuan itu datang menggonggong hati yang terselit tujuan seperti peribahasa Melayu, ’ ada udang di sebalik batu’ atau ’kalau tidak ada berada masakan tempua bersarang rendah’.
Haji Adnan dan Azmi bersalaman. Pada ketika berjabat tangan, Haji Adnan mencuit hujung telunjuknya kepada tapak tangan Azmi. Tujuan Haji Adan melakukan demikian supaya Azmi ’cakap siang tengok-tengok’ dengan isterinya. Sebelum itu telah menerima beberapa perkara sulit dari Azmi.
Cikgu Zainab melabuhkan punggungnya atas pangkin yang tersedia di bawah pokok dekat bangsal dalam kebun itu. Dua biji matanya berputar ke seluruh kebun itu memerhatikan pokok-pokok herba yang menghijau dan peti-peti sarang lebah.
”...cikgu tak tau pula, Azmi ni lepasan universiti...,”kata Cikgu Zainab menunjukkan dan merenung wajah Azmi.
”Eh, mana pula, Cikgu, ...saya sekolah rendah saja…, mana pula saya lepasan universiti,”sahut Azmi selamba.
IKUT TELUNJUK
Wajah Haji Adnan kelat. Perasaan malunya kepada Azmi menebal. Tetapi apa hendak dikatakan, telah nasibnya; dia terpaksa bernaung di bawah bendera kain batik. Ikut telunjuk bini. Takutkan bini. Dia seorang suami yang dayus.
”Cikgu ialah, ...bekas guru, saya ni apalah Cikgu, ...menumpang tanah orang, rumah orang...,”kata Azmi merendah diri.
”...eee ngapa Azmi kata begitu, ...sedih Cikgu,”kata Cikgu Zainab.
”Tak apa Cikgu,”sahut Azmi.
”...Yun yang beritahu kami, ...Azmi lepasan universiti...,”kata Haji Adnan.
Azmi senyum.
”Dia melawak, kut,”kata Azmi.
”Melawak apanya..., tanya Pak Adnan ni ha,”kata Cikgu Zainab.
Pada ketika itu, Cikgu Zainab sedar dirinya telah bersalah. Perkataannya kepada Azmi tempoh hari berpulas-pulas dalam otaknya. Perasaan dan sikapnya terhadap pemuda itu pada masa lalu telah mengejeknya pula.
Ceku Zainab bangun dari pangkin dan merenung suaminya, kemudian renungannya singgah pada wajah Azmi. Senyumnya lebar menjadikan bedak kering pada pipinya kelihatan mereka kerana warna bedak dengan kulitnya jauh bezanya.
”Azmi...,” seru Cikgu Zainab.
”Apa Cikgu?”Azmi bertanya.
”...macam ni, ...kami ada lagi tanah di darat sana tu, lima ekar, ...hutan, ...tak berjaga...,” kata Cikgu Zainab.
”Mengapa Cikgu?”Azmi bertanya lagi.
”...kami beri Azmi guna tanah tu, buat kebun..., tak payah sewa...,”kata Cikgu Zainab.
”Ia, Azmi, ...gunalah tanah tu, ...tak jauh dari sini...,”kata Haji Adnan pula.
Azmi merenung wajah Cikgu Zainab dan wajah suaminya.
”Terima kasih sajalah , Cikgu,...Pak aji, ....tetapi,”kata Azim.
”Apa tapi, tapi pula...,”kata Cikgu Zainya.
Azim senyum memanjang.
“Bagus tanah ta…,”kata Azmi.
“Apa tak bagusnya, macam tanah nila…,”sambut Cikgu Zainab.
”…saya minta maaf Cikgu, saya ni tak lama di sini,”kata Azmi.
“Ha, nak ke mana pula…?” suara Cikgu Zainab dan isterinya menjadi satu.
“Saya nak pindah…,”kata Azmi.
“Pindah ke manaaa…?” suara mereka padu lagi.
“....ke Ulu Yam, Cikgu,”jawab Azmi.
“Ulu Yaaam?”Tanya Cikgu Zainab.
“Ia, Cikgu, saya dah beli tanah di sana,”jawab Azmi.
”Eh, ...dah beli tanah, luas ke? Tanya Cikgu Zainab lagi.
”Ia, tak luas, Cikgu, lima ekar saja,”jawab Azmi.
“…di mana Ulu Am tu, abang?” Cikgu Zainab bertanya kepada suaminya.
“ …di Selangor…, dekat jalan nak ke Genting Highland…”jawab Haji Adnan.
LUBANG PEKAKA
Wajah Cikgu Zainab seperti kulit ayam togel kesejukan. Dua biji matanya terbeliak, banyak putih dari hitam .Mulut Haji Adnan melopong seperti lubang pekaka layaknya.
”Dah tu, tak berkebun di sini lagi ke...?’Tanya Haji Adnan.
”…begitulah, pak aji, ....di sini sementara saja, ...saya buat kebun di sini kerana nak dapatkan baka lebah saja,”jawab Azmi.
”Di sana tu nak buat kebun lebah jugake?”Tanya Cikgu Zainab.
”Ia, Cikgu, ...kebun madu lebah, herba macam kebun nilah, …kalau ada rezeki saya nak adakan kilang kecil untuk proses herba di sana…,”jawab Azmi.
Cikgu Zainab tunduk. Degup jantungnya kencang.Hatinya seperti hati pendatang asing yang akan di hantar pula ke negaranya
”Banyak duit tu , kebun..., kilang..,” kata Haji Adnan..
”Taklah banyak sangat, ...perusahaan kecil, Pak Aji,”sahut Azmi.
“…nampaknya, terbiar lagilah tanah kita ni, abang,”kata Cekgu Zainab kepada suaminya.
“Ialah…,”sahut suaminya.
Cekgu Zainab merenung wajah Azmi. Hajatnya memanjat hatinya seperti ulat bulu memanjat batang bayam; alangkah baiknya kalau Mahyun menjadi isteri pemuda itu.Kalau Azmi menjadi suami anaknya, lega dan cerahlah masa depan anaknya.
”Ni, lepas Zohor datang makan ke rumah kami...,”Cekgu Zainab menjemput Azmi..
”Ai, khendurike?”Azmi bertanya.
”Taaak, ...makan-makan anak beranak aje, ...ajak Long sekali, ya,” kata Cegu Zainab.
”Insya Allah,”sahut Azmi.
Long sedang memangku seberkas bayam merah dan berjalan bangsal. Sambil senyum kepada sepasang suami isteri itu, Long meletakkan bayam itu atas pelantar di hadapan Haji Adnan dan Cekgu Zainab.
”...ni bayam, Encik, ...saya ambil, boleh buat sayur..., ambillah,”kata Long.
”Aaa, terima kasiiih,”ucap Cekgu Zainab.
”sama-sama,”jawab Long.
”...lepas Zohor datang dengan Azmi ke rumah kami, ada makan-makan...,” Cekgu Zainab mengajak Long.
”Ialah,”sahut Long.
Cekgu Zainab merenung lengan Long yang sasa.Hatinya membanding lengan Long dengan lengan suaminya.Lengan Haji Adnan lembut. Isinya tidak sepejal isi lengan Long.
”Sedapnya rebus bayam…,”kata Cekgu Zainab.
Dua biji mata Cekgu Zainab masih tersangkut pada tubuh Long. Lelaki duda itu tunduk. Malu. Hatinya memohon perlindungan dari Allah ‘dari syaitan yang kerna rejam’.
Cekgu Zainab mengambil bayam seikat itu.Batang-batang bayam merah itu segar dan subur.Belum.
”...eee, gemoknya, bayam ni,”kata Cekgu Zainab.
”Ia, Cekgu, ...saya guna baja tanah bakar,Cekgu,”sahut Azmi.
”...begitu,”kata Cekgu Zainab sambil merenung daun-daun bayam itu.
TEA TARIK
Azmi merenung wajah suami Haji Adnan.Wajah lelaki pencen itu dibaca dengan firasyatnya. Dengan hatinya. Pesara itu sedang mengalami tekanan jiwa. Wajahnya lebih tua dari usianya. Macam penagih tea tarik kedai mamak.Pucat dan ada cahaya kuning. Tidak bermaya, seperti wajah orang Islam tidak pernah sembahyang.
”...orang tua ni, ...biar aku brain wash dia, ....takut binilah ni,”hati Azmi bersuara.
”Biasanya, kalau suami atau mandul, atau isteri mandul, ... macam nilah, jiwa tertekan, hidup tak gembira, …macam semalu tepi jalan…,”hati Azmi bersuara lagi.
”Pak Long, ambil sebotol madu tu, ...nak beri kepada Pak cek ni,”Azmi meminta kepada Long.
”Ia, Encik,”sahut Long seraya masuk ke dalam bilik bangsal itu.
Long keluar membawa sebotol madu lebah. Sebagai kebanyakan Orang Asli, hormatkan tetamu, Long membongkok sedikit tubuhnya dan menyerahkan botol madu itu kepada Haji Adnan..
”Terima kasih, Long,”ucap Haji Adnan.
”Sama –sama,”sahut Long lalu pergi.
”...madu yang Azmi beri dulu tu pun ada lagi, ...baru ni Long beri lagi,”kata Haji Adnan.
”...ia, tapi madu lebah ni dah saya adunkan dengan herba,” kata Azmi.
”Ia, bagus tu...,”sahut Cekgu Zainab sambi memegang botol madu di tangan suaminya.
”Ia, bagus,”sahut Azmi.
”Elok abang minum...,”sambut Cekgu Zainab.
”...saya tak pernah minum madu lebah campur herba,”kata Haj Adnan..
”Madu campur herba ni lebih khasiatnya, Pakcek,”kata Azmi.
”Iake, ...eh, bagus tu...,” kata Haji Adnan..
”Ia..., insya Allah...,”sahut Azmi.
” ... kalau saya minum, elok tak? ” Tanya Cekgu Zainab..
”Ia, ...elok, ...buang angin, elokkan kulit muka, ...macam-macam,”sahut Azmi.
”Macam mana minumnya?”Tanya Haji Adnan.
”…minum macam madu biasa, ...ada rasa pahit siki,”jawab Azmi.
”Jangan-jangan makan madu campur ni…,”kata Haji Adnan.Ketawa.
Azmi merenung puntung-puntung gigi Haji Adnan yang kuning berkarat.
”Eh, ...apa abang kata tadi?”Tanya Cekgu Zainab.
”Tak apa, ...minum madu campur ni panas…,”jawab Haji Adnan.
“Ingat kot abang nak kawin lagi...,”kata Cekgu Zainab.Dua biji matanya terbelia macam perempuan cemburu disaaru iblis.
Azmi menahan tawanya.
Keinginan Haji Adnan untuk berkahwin lagi cambah dan tumbuh seperti biji-biji durian dan jering dalam semak.Keinginan seperti keinginan lelaki yang soleh.
Azmi mencoba untuk menyuntik fikirannya kepada hati lelaki yang terkekang di luar penjara itu.Kalau dia amalkan minum madu campur herba, dia akan menjadi lelaki cerdas otak. Tenaga zahir batinnya kuat.Azmi berpendapat, lelaki yang cerdas otak tidak akan ikut telunjuk isteri.
”…saya pun nak minum juga, badan ni selalu sengal-sengal,”kata Cekgu Zainab.
”…bagus tu,Cekgu,”sambutAzmi.
“Tak payah, awak minum madu saja cukuplah…,”kata Haji Adnan.
“…ngapa, abang takut saya cari laki lain…?,” kata Cekgu Zainab. Biadab.
“Astaghafirullah, Allah kutuk perempuan menduakan suami,” suara Azmi tersangkut pada anak lidahnya.
“Awak ni, mulut macam gillette…,”kata Haji Adnan kepada isterinya.
“…taak, saya usik aje ...,”kata Cekgu Zainab.
Azmi senyum sambil merenung wajah mereka.
Pada ketika itu, Azmi berkeadaan seperti penjual ubat. Kegunaan dan khasiat beberapa jenis herba diterangkan kepada pasangan suami isteri itu. Amat besar harapannya, agar Haji Adnan tidak moyok macam ayam dimakan tungau dan isterinya tidak panas baran dan stress lagi.
“Ya Allah, Ampuni dosaku, Mudah-mudahan dengan kuasa dan kehendak-Mu, yang Allah, perempuan tua ini akan mendapat anak…,”hati Azmi berdoa kepada Tuhan.
“… dengan kuasa-Mu, ya Allah, Kautelah kurniakan kepada Siti Sara, isteri Nabi Ibrahim yang terlalu tua,” hati Azmi berdoa.
Hati Azmi lantas teringat akan jerkah Siti Hajar ‘…isterinya datang dan menampar muka, menjerkah, perempuan tua yang mandul.’
Pada ketika Haji Adnan dan isterinya berjalan keluar meninggalkan bangsar itu, Azmi yakin, suami isteri itu sedang mengalami krisis dalaman. Krisis itu akan pulih, jika si suami tegas dan berani mengubah sikap isterinya. (Disaring dari manoskrip novel, Madu Dan Cinta, oleh: Mokhtar Petah).
PAYUDARA
MENGUBAT KENSER PAYU DARA
Para wanita – tua dan muda – yang mengesyaki atau disahkan oleh doktor yang mereka telah diserang barah atau kanser payu dara, boleh mencuba mengubat sendiri dengan menggunakan ayat Quran.
Ayat Quran adalah kalam Allah dan mukjizat. Dengan Izin Allah jampi menggunakan ayat Quran, penyakit kanser itu akan sembuh.
Setiap orang yang hendak mengubat kanser dengan menggunakan ayat Quran, hendaklah tawakal dan yakin, kukuh iman kepada Allah dan kepada Quran, di samping kuat iman kepada para rasul, para malaikat dan hari akhirat.
Firman Allah:
Berdoa (minta)lah kepada Aku,nescaya Aku perkenankan.
(Al Mukmin: 60).
Bahan-bahan sampingan:
1- Madu lebah rimba atau batu.
2- Pucuk delima yang merah.
3- Pucuk akar seruntun atau patawali.
4- Madu lebah dibancuh dengan pucuk delima dan pucuk akar
5- Seruntun yang telah ditumbuk lumat.
Cara mengubat:
Sembahyang hajat pada waktu tengah malam, meminta kepada Tuhan agar menyembuhkan penyakit kanser. Pada tiap-tiap kali sujud minta dalam hati kepada Tuhan, kira-kira begini: “Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, sembuhkanlah sakit kanser saya ini. Kamulah Maha Penyembuh segala penyakit.”
Sebaik-baik sahaja lepas sembahyang hajat, baca lafaz tobat tiga kali. Baca seperti berikut:
1) Al Fatihah lima atau tiga kali, diikuti dengan,
2) Baca bismilah, diikuti dengan,
3) Baca ayat Quran: wa Iza maridhtu fa Hua Yasyfini – Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.(asyu Syu’ra:80), dikuti dengan,
4) Baca: La haula wala quwwata illa billhil Azim (tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatanku, melainkan dengan Allah Maha Tinggi dan Maha Agung, dikuti dengan
5) Selawat kepada Nabi Muhammad: Allahumma salli ala Muhamad.
Setiap kali lepas membaca hembuskan kepada ubat ramuan itu. Kemudian sapu pada ke seluruh payu dara sambil membaca lagi, no. 1 – 4. Tiap kali habis membaca, hembuskan kepada payu dara.
Amalkan selama tiga hingga tujuh malam. Insya Allah sembuh.- mokhtar petah