Sunday, April 4, 2010

QURAN DAN HADIS

JATUH BERAHI

Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya mengoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (Yusuf) kepdanya (Zulaikha) dan menutup semua pintu seraya berkata: ”Mari ke sini.” Hyusuf berkata: Saya berlindung kepada Allah , tuanku telah memperlakukan saya dengan baik”. Sesungguhnya orang – orang yang zalim tidak akan beruntung.

wanita (Zulaikha) itu berahi kepadanya) Yusuf dan dia (Yusuf) juga berahi dengan wanita (Zulaikha) itu, jika dia (Yusuf) tidak melihat tanda (diri) Penguasa (Allah) nya . Demikianlah agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungg



HADIS


MALAIKAT


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesunguhnya para maliakt tidak akan memasuki rumah yang ada gambar (patung), anjing dan orang berjunub (berzina).

– Perawi: -Abu Daud dan An Nasae.

Saturday, April 3, 2010

PERISTIWA DAN KITA

CATATAN



Mokhtar Petah

--------------------- Kita Fikir Bersama --------------------

MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAN

Pada 23 Mac lalu, saya telah memberi ucapan 'Abdullah Fahim Pelopor Perjuangan Umat Islam Menuntut Kemerdekaan (di Tanah ', anjuran Institut Kefahaman Islam - IKIM -, di Dewan Besar IKIM, Jalan Duat Kuala Lumpur.
Dalam ucapan saya tersebut, saya telah menekankan, bahawa Malaysia adalah masih bertaraf ' Negara umat Islam' dan bukan ' Negara Islam'. Malaysia bertaraf sama dengan negara - negara Arab, termasuk Arab Saudi, iaitu 'Negara Umat Islam'. Kerana negara ayang bertaraf negara Islam, iaitu yang mengguna - pakai
Perlembaga Islam, iaitu yang bedasar Quran dan Sunnah.
Saya katakan, pada masa saya di Makah dan Madinah dan dalam masjaid Rigen't London, para ulama Arab berkata kepda saya, "
Balduka, yaani, Darul kufur" - Negeri anda, negara kufur (iaitu tidak menggunakan Perlembagaan berdasrkaqn Islam).
Negara Islam yang wujud di dunia pada masa ini, ialah Somalia dan Repubhlik Islam Iran.
Republik Islam Afghanistan yang dibina oleh Toliban, telah dijatuhkan oleh Amerika Syarikat dengan kerjasama golongan nasionalis - kapitalis Afghanistan.

Seorang ulama terkenal yang hadir dalam seminar itu telah menyanggah dan katanya, Malaysiqsebuah negara Islam dan diperintah oleh orang Islam.

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang duduk di barisan hadapan dalam majlis tersebut, tidak berkata apa- apa. Hanya senyum.
Sebelum itu, pada ketika merasmi pembukaan seminar tersebut, beliau menegaskan, bahawa bangsa Melayu tidak boleh berasing dari Islam dan mereka tidak akan bersatu paduk jika tidak menggunakan Islam sebagai pendekatan.

BUKU ULAMA REFORMASI

Mungkin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM -, Institut Kefahamnan Islan Malaysia dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia - YADIM, boleh melapangkan waktu sejenak untuk berfikir, iaitu untuk menyusun sebuah buku biografi atau encyclopedia para ulama yang menyebar dan mengajar pengetahuan Islam dan melakukan reformasi atau menuntut kemerdek Tanah Melayu.
YADIM, selama ini telah membelanjakan wang yang terlalu banyak, seperti 'pelanduk meniru gajah berak besar', eloklah dengan adaanya pengerusi baru dan di bawah menteri yang berjiwa Islam dan ketenteraan, dapat memikirkan projek seperti di atas.
Kita tidak usah memikir untung, tetapi faedahnya untuk bangsa Melayu dan umat Islam.

LAUK TENGHARI INI


PINDANG IKAN SUNGAI


1 kilogram ikan loma/ terbul/pucuk pisang/ hangus ekor/lampam/ sebarau/ hangus ekor/ kelabau/ tengalan/tengah dan ikan sejib bersisik:
1 - 2 - 3 tombak Serai,
2 - Lengkuas kira dua ketul 1 tahil.
4 - Bawang merah.
5 - Cili api secukup rasa.
Tumbuk hingga luma dan gaulkan dengan ikan tersebut. Dua tiga kerikan itu balut dengan daun nenia (ara dara atau ara hijau yang terdapat dalam semak.
Cara Memasak: Sebuah periuk alaskan dalamnya dengan pelepas pisang kira - kira empat batang. Letakkan punjut ikan tersebut dalam peruk. Masukkan air kira - kira punjut itu tenggal 3/4. Rebus dengan api kayu atau arang kira - kira 2 hingga 4 jam. Iaitu hingga semua tulang ikan itu lembut.
Daun senia boleh dimakan bersama ikan tersebut.

Disyorkan untuk jadi hidangan di restoran - restoran Melayu.

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

mp

MELAYU WAJIB BERSATU


PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

SAJAK



KEMERDEKAAN

Merdeka! Merdeka!! Merdeka !!!
Laung Ustaz Abu Bakar Al Baqir,
Parti Islam Hizbul Muslimin,
Dr. Burhanuddin Helmid dan Ishak Haji Muhammad.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

Satu bangsa; bangsa Melayu,
Satu negara; negara Melayu,
Satu bahasa; bahasa Melayu,
Islam; agama negara Melayu.
Cita dan nekad bangsa kita.

Hidup Melayu!
Laung Dato’ Onn Jaafar,
Dari Kampung Baru ke puncak Titiwangsa,
Menguak ombak Selat Melaka,
Merentang angin di Langkawi.
“Tangkap semua!!!” pekik Dato’ Onn Jaafar,
Polis orang putih bertindak,
Tangkap Abu Bakar Al Baqir, Ishak Haji Muhammad,
Semua pejuang tanah air ditahan,
Dalam khemah tahanan di merata-rata.

“Merdeheka ! Merdeheka!! Merdeheka !!!
Laung Tunku Abdul Rahman,
Pada bulan, pada bintang di dada langit.

Bisik British,
Bisik syaitan penjajah,
“Malays stop, no power stop,
jv country and jv indendence”.

Bangsa Melayu layu,
Jadi kaum dalam dua bangsa baru,
Jiwa Melayu terjajah,
Bercakar sama sendiri,
Melaung sampi ke bulan,
Tahi celah gelegar jua.

“Penjajah bentuk baru!” pekek soekarno,
Ombak terhenti di Selat Melaka,
Angin patah di gunung Jerai,
Semangat Melayu rebah di Kota Melaka.

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
Laung guru dan semua murid,
Tanah sekangkang kera entah ke mana,
Bahasa melayu bak pegaga layu di huma,
Pandai anak Melayu jadi hamba,
Kera di hutan kenyang, ketawa,
Bayi Melayu dalam buayan, lapar,
Susu ibu dihisap kera,
Puting ibu dimamah barah payu dara.

Sayup-sayup suara Pak Pandir,
Megah dek tanjak kampung tergadai,
Badan merempat di bumi sendiri,
Yang berjuang kurang jujurnya,
Suara naga berjalan semut.

Kata ulama,
“Islam agama Allah,
Pegang sungguh-sungguh,
Jihad dan teguh iman,
Melayu akan bangun semula,
Satu bangsa direda Allah.”

Pulau Sabang, Aceh. Mokhtar Petah

BENGKEL PENULISAN
ANJURAN
MINGUANSIASAH
DAN
AKADEMI PENULIS PUTRAJAYA

Putrajaya – 1 April 2010. Akedemi Penulis Putrajaya dan Mingguan SIASAH, akan menganjurkan bengkel penulis umum – berita dan artikel, dua hari, pada 24 April mendatang, demikian Setiausaha Akademi Penuli Putrajaya, En. Sallehuddin Deraman memberitahu.
Menurutnya, rancangan ini telah dibuat bersama antara Akademi Penulis Putrajaya dan Penerbit dan Ketua Editor Mingguan Siasah, En. Mohd. Sayuti Omar.
Bengkela selama dua hari itu akan diadakan di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.
Para peminat dalam bidang kewartawanan dan penulisan di seluruh Malaysia di pelawa untuk menyertai bengkel tersebut.
Menurut Salehuddin Derama lagi, bahawa bengkel penulisan umum itu, selain dari mengasah bakat,memberi ilmu dalambidang penulisan, kesedasran sebagai penulis dalamn dunia yang bergelora dngan susana politik ini, mereka juga akan diterapkan dengan etika kewartan penulisan berdasar ajaran Islam – Quran dan Sunnah.
Bengkel itu akan di rasmaikan oleh seorang tokoh penting di negara ini dan ucaptama oleh Timbalan Ketua Gabungan Persatuan Penulis Malaysia – GAPENA, Dato’Prof. Dr Abdul Latif Bakar.
Beberapa penulis akan membnimbing para peserta bengkel tersebut. Di antara mereka, En. Mohd. Sayuti Omar, Fasilitator Akademi Penulis Putrajaya dan Encik Rospa dari Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Mereka yang berhasrat menyertai begkel tersebut, boleh berhubungan dengan En. Salehuddin Deraman (Din Deraman) Akademi Penulis Putrajaya dan En. Mohd. Sayuti Omat, Mingguan SIASAH.

QURAN, HADIS DAN PETUA



MENJAYAKAN KEDUDUKAN

Merekayang beriman dan mengerjakan amalan soleh serta beriman kepada Al Quran (mengikut, mengamal dan melaksanakan hukum – hukum di dalamnya) yang diturunkan kepada Muhammad Rasul s.a.w.), Allah mengampunkan dosa – dosa mereka dan menjayakan kedudukan mereka ( di dunia dan akhirat).
– Muhammad:2



KEMUNGKARAN

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa di antara kalian ( orang Islam) mengetahui ada kemumgkaran(sama ada dalam masyarfakat, negeri, ekonomo, politik dan sebagainya), maka henhdaklah mengubah dengan tangannya, jika dia tidak mampu, maka, unbah dengan lidahnya, jika dia tidak mapu juga(dengan lidahnya), maka mengubah dengan hatinya.
– Perawi: Perawi: Ibnu Majah, Imam Muslim,Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.


PETUA

ORANG ALIM

Jika anda melihat seseorang alim itu menyeleweng dari ajaran Islam disebabkan dia telah mendapat kemakmuran atau kedudukan tinggi, tegurlah dia dengan perkataan atau dengan tulisan, jika dia tidak mehu berubat, maka berpalinglah daripadanya, kerana Qarun saudara pupu kepada Nabi Musa alaihis salam seorang yanbg alim, tetapi setelah dia mejadi orang kaya raya, dia menderhaka kepada Allah dan takbur.
Ertinya anda tidak boleh fanatik kepada seseorang yang alim.



TAHUKAH

UCAPAN YANG SALAH


Pada hari ini ramai rakyat Malaysia telah melakukan kesalahan yang mereika tidak sedari, iaitu mereka sering menyeru dalam percakap dan ucapan di tengah khalayak agar orang ramai menentang kerajaan atau menjatuhkan kerajaan, perbuatan dan perkataan mereka itu salah di segi undang – undang – jenayah - dan boleh dihukum.
Tetapi tidak menjdi salah, kalau berkata, kita menegur kerajaan, kritik kerajaan dan ” kita jatuhkan parti politik yang menerajui kerajaan”.

Friday, April 2, 2010

BERITA

PKR ada kelebihan di Hulu Selangor kerana jadi kerajaan
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 April: Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, meskipun Parlimen itu sudah menjadi kawasan tradisi Umno BN, namun PR harus menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangi hati pengundi.

"BN ada kekuatan di Hulu Selangor sebab itu kita kalah di tiga Dewan Undangan Negeri dalam PRU lepas. Itu kawasan tradisi Umno jadi kita tidak hairan kalau pun BN boleh menang tapi sudah tentu kita punya kelebihan kerana kita sekarang ini menjadi Kerajaan di Selangor dan kelebihan ini harus digunakan oleh PR kerana kita sudah pun hampir dua tahun berjaya menjalinkan hubungan di akar umbi.

"Jentera harus digemblengkan bagi memastikan maklumat yang luas mengenai kejayaan kerajaan Selangor diperoleh rakyat di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.

Menyentuh mengenai persiapan PR khususnya PAS dalam menghadapi peilihanraya kecil kali ini, Mahfuz berkata, PAS telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat bagi memabnatu PKR yang akan bertanding nanti.

Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagi Pengarah Jentera Pilihan raya kali ini.

"Kita telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi membantu PKR untuk menjayakan misi kemenangan di Hulu Selangor.

"Kita serah kepada Ustaz Nasharuddin untuk kemukakan cadangan balas kepada lajnah politik atau dewan harian dalam masa terdekat ini untuk menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PAS bersama PKR juga, ujarnya akan menggariskan beberapa isu penting yang dijangkakan akan digunakan sepanjang kempen nanti.

"PAS bekerjasama dengan PKR atas nama Pakatan untuk membariskan isu-isu yang penting bagi memastikan kemenangan di pihak kita," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.

Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3).

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik SPR sebagai Pegawai Pengurus manakala Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.

---------------------

Tawar MB: Zambry cuba alih isu krisis Umno Perak

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 April: Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12 hanyalah satu pembohongan dan usaha mengalihkan perhatian umum terhadap krisis dalaman Umno negeri itu.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, 'pendedahan' itu juga merupakan cara Zambry menggambarkan kepada umum bahawa beliau merupakan calon paling layak memegang jawatan Menteri Besar.

"Ini satu daripada taktik pembohongan Zambry. Kami sendiri telah mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), memang tidak betul. Kalau ada sekali pun, ramai lagi calon yang lebih hebat dan lebih layak daripada beliau.

"Umno Perak ada krisis dalaman dan ramai yang tidak bersetuju dengan Zambry. Jadi dia sebut perkara itu sekaligus mahu menunjukkan seolah-olah beliaulah calon yang paling baik sekali untuk menduduki jawatan Menteri Besar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang juga berkata, tindakan Zambry itu juga hanyalah sandiwaranya untuk menutup kegagalan beliau serta Speaker Dun, S. Ganesan yang gagal mengendalikan sidang Dun dengan baik meskipun mendapat bantuan daripada pelbagai pihak khususnya kawalan ketat polis.

"Itu adalah cara dia untuk alihkan krisis di Perak semalam yang mana dia sebagai MB yang diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan, speaker-speaker mereka, polis ada dalam dewan dan di luar dewan tapi masih tidak boleh mengendalikan sidang Dun. Jadi ini menunjukkan satu sikap pengecut Zambry,” ujarnya.

Zambry mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan sidang Dun Perak, Rabu lepas.

Mengulas lanjut mengenai sidang Dun yang berlangsung dua hari lepas, Nizar berkata, sidang Dun itu dijadikan sebagai alat untuk Umno/BN menunjukkan kuasa mereka sedangkan tiada apa yang dapat dicapai daripada persidangan tidak sampai lima jam itu.

"Persidangan bukan dua hari. Hari pertama perasmian, habis perasmian balik. Hari kedua pukul 10 selepas bacaan doa, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming bangun membacakan beberapa perkara 3, 4 dan 6 dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri.

"Tapi Ganesan tidak langsung beri hak untuk beliau bangun bahkan Ganesan terus berleter bahkan mikrofon kami semuanya dipadam. Suara kami tidak dapat didengar, dewan tidak dapat dimasuki oleh mana-mana media kecuali media Umno bahkan media alternatif dihantar ke galeri bersama polis. Orang awam tidak boleh masuk, yang ramai cumalah polis. Anggota polis dalam dewan pakai baju biasa yang di luar pakai uniform," ceritanya.

Tegasnya, itulah sebab kenapa semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selain mereka tidak diberi peluang untuk berbahas.

"Kenapa kami keluar dewan? Pertamanya perintah tetap telah diketepikan, tidak dipatuhi dan tidak dihormati. Yang kedua dalam agenda semalam tidak dinyatakan agenda untuk membahaskan titah ucapan Tuanku.

"Kita tanya adakah perbahasan hendak diadakan tapi Ganesan dan Zambry tidak jawab. Jadi ini satu perkara yang mesti dijelaskan. Kalau ada perbahasan kita akan sediakan dan memang kita sediakan.

"Yang ketiga kami mahu persidangan ini dilanjutkan sampai lima hari. Oleh kerana belum pernah lagi sejak rampasan kuasa di Perak, persidangan berlanjutan cuma yang ada sebelum ini pun tidak sampai dua tiga jam. Jadi kita minta supaya lebih adil dan kami boleh bersuara berkenaan tuntutan rakyat. Tapi ini pun tidak dijawab mereka.

(Berita ini diambil Harakah Daily online, 2 April 2010)





MENGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Pada pagi itu juga kami telah pergi ke kaki Gunung Jerai dengan menumpang kereta sewa. Salim Fardi yang telah biasa mendaki gunung itu telah memandu kami meredah rimba dan mendaki gunung itu. Kami telah tiba di suatu tempat dalam kawasan batu-batu besar di bawah pohon jerai yang besar dan rendang – tempat orang bertapa. Kawasan itu tidak tinggi, sekadar sesuku dari ketinggian gunung itu sahaja. Kami tiba di sana pada waktu telah hampir senja.

Setibanya ditempat pertapaan itu, aku telah melihat dalam cahaya senja dan kelam rimba itu, seorang lelaki sedang duduk bersila dalam akar-akar pokok jerai sebesar tiang telefon dan panjang dari batangnya dan menojah bumi. Akar-akar itu jadi berserigangan kerana banyak cabang-cabangnya yang berliar.

Petapa itu berpakaian warna hitam dengan semuntal warna hitam juga. Dia sedang beratib atau berwirid kalimat-kalimat yang aku dapat mendengarnya, “Subhanallahu wala ilaha illallahuallahu Akbar” dan “Ya Zul Jalali wal Ikram”.

Tujuan kami ke sana kerana hendak meminta ilmu- ilmu dari petapa itu. Di antara ilmu-ilmu itu, ialah, ilmu terang hati, ilmu dikasihi manusia, ilmu manusia suka mendengar percakapan kami, ilmu melembutkan hati orang yang marah kepada kami, ilmu membuka hati orang jahat menjadi baik dan ilmu mendamai dan mententeramkan hati manusia.

MENCAPAI TUJUAN

Kami telah bersalaman dengan petapa itu. Salim Fardi telah bercakap dengannya dengan bahasa yang aku tidak dapat memahaminya. Kami telah disuruh membaca Al Fatihah, Subhanallahu wala ilaha illallahu wallahu Akbar dan ”Lailaha illal Lah, Muhammadur Rasulullah” sebanyak mungkin pada sepanjang masa kami bertapa di situ.

Petapa itu telah berpesan (nasihat) kepada kami, bahawa kami tidak boleh takut, hilang yakin diri dan mesti berserahkan kepada Allah jika apa jua yang datang pada waktu bertapa itu. Kami juga tidak boleh memberitahu antara satu sama lain apa jua dugaan yang telah datang pada waktu-waktu kami bertapa. Kalau tidak mengikut pesanannya, maka kami tidak akan berhasil mencapai tujuan kami.

Dengan dipandukan oleh Salim Fardi, kami telah mengambil air sembayang dengan air yang mengalir keluar dari lubang pada batu besar. Air itu terlalu dingin. Kami telah sembahyang fardhu maghrib. Salim Fardi telah menjadi imam. Tetapi kami entah menghadap ke kiblat atau tidak, kerana kami tidak mengetahui arah hala ke Kiblat, disebabkan kami tidak membawa kompas.

Kami telah makan setengah ketul biskul lutut kering dengan air yang mengalir ke dalam parit itu. Makanan itulah yang kami telah mengisi usus kami selama kami di atas gunung itu. Lepas sembahyang fardhu Isyak, kami berpecah mengambil tempat masing-masing dalam hutan tebal itu, yang jaraknya antara satu dengan lain kira-kira dua puluh meter.

MENGAMALKAN RATIB

Aku telah duduk dan berwirid dekat batu besar yang berlubang besar seperti pintu gua. Dengan menumpangkan cahaya bulan sabit aku nampak lubang gua itu besar dan gelap. Pada ketika itu aku tidak tahu apa yang ada di situ. Dan aku hanya berserah kepada Allah, kalau apa jua makhluk Allah yang datang.

Kami hanyadapat bertemu pada ketika sembahyang tiap-tiap waktu sahaja. Lepas itu kami telah mengambil tempat dan mengamalkan ratib atau wirid di tempat masing-masing dalam rimba itu.

Sesiapa pun boleh membayangkan, jika berada dalam rimba pada waktu malam; berbagai-bagai bunyi ada di sana, bunyi haiwan, unggas dan seranggan, bunyi angin yang bertiup lembut atau kencang, bunyi air mengalir atau terjun dalam sungai atau terjun atas batu batan, bunyi pepohon dan reranting tumpang dan patah, bunyi akar-akar dan dedaun kayu bergisiran, jatuh atau luruh, bunyi buah-buah atau biji-biji pokok yang pecah dan luruh dan bunyi bisikan-bisikan, tawa dan hilai, jerit dan raung dan jerit makhluk-makhluk rimba.

Aku berpendapat, sesiapa yang mempunyai ilmu taauhid atau akidah yang menebal, mahu mencari ketengangan diri, mencari Allah dan merelakan diri menjadi sang zuhud, maka eloklah tinggal beribadat dalam rimba raya. Di sana ada berjuta-juta bukti akan ’maha bijaksana’, ’kuasa’ dan ’kehendak’ Allah.

DIGANGGU - GUGAT

Selama tiga malam kami bertapa - berwirid atau beratib - , aku telah diduga atau diganggu-gugat oleh makhluk-makhluk yang dalam rimba di sana. Tetapi aku tidak mengetahui apakah dugaan kepada Salim Fardi dan Munawwir Abdul Aziz.

Pada malam pertama, aku telah diduga oleh dua ujian:

( 1 ) Seekor ular bermata merah, hitam berkilat, panjang dan besar kira-kira 24 inci lilit badannya. Ular itu telah keluar dari lubang batu besar di belakangku dan menjalar melingkari tubuhku kira-kira tiga minit, kemudian ia masuk semula ke dalam lubang batu itu.

( 2 ) Setelah ular itu hilang dalam lubang batu itu, tiba-tiba hujan turun amat lebat, disertai ribut dan petir sabung menyabung kira-kira setengah jam lamanya. Setelah hujan, ribut dan petir itu berhenti, aku telah mendapati tidak seluruh tubuhku dan pakaianku tidak basah. Sebenarnya pada malam itu tiada hujan di situ.

Pada malam yang kedua, kira-kira jam 12.00 malam, telah berlaku dua ujian:

( 1 ) Beratus-ratus ekor kala jengking merayap pada seluruh tubuhku selama kira-kira dua puluh minit. Aku menahan diri dengan berwirid. Kemudian kala jengking itu menghilang.

( 2 ) Sebaik-baik sahaja serangga-serangga berbisa itu menghilang, tiba-tiba seorang perempuan cantik, berpakaian putih dan rambut panjang mengurai sampai ke tumitnya, telah berdiri sejenak di hadapanku, kemudian dia bejalan mengelilingiku sambil mulutnya kumat kamit seperti orang sedang menyanyi, tetapi aku tidak mendengar kata-kata dalam nyanyiannya.

Pada malam akhir telah berlaku satu ujian:

( 3 ) Seorang lelaki tua, berpakaian buruk, compang camping, berbau busuk, telah datang dan duduk bercangkung di hdapaku sambil dua biji matanya yang tajam merenung kepadaku kira-kira lima minit. Aku tidak menghiraukannya dan aku terus wirid. Lelaki itu telah bangun dan menyergahku serta dengan dua puntung tangannya menumbuk bertubi-tubi ke arah muka dan dadaku, tetapi aku tidak terasa semua tumbukkannya. Setelah melihat aku tidak melawan, dia telah berubah menjadi seorang lelaki yang berpakaian serba putih, seperti jubah, berserban putih dan duduk di hadapanku seperti orang membaca tahayyat awal. Dengan suaranya yang parau basah, dia telah membaca basmalah dan diikuti dengan membaca ayat-ayat Quran dalam surat a’ Hasr, dari ayat 21 hingga ayat 24 (akhir) yang ertinya:

‘Kalau Quran ini Kami turunkan ke atas sebuah gunung, sudah tentu kamu melihat gunung itu tunduk dan belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk manusia, supaya mereka dapat memikirkan.

Dialah Allah, tiada Tuhan selain daripada-Nya. Maha Tahu perkara yang tersembunyi dan yang nyata. Dia Pemurah dan Penyayang.

Dialah Allah, tiada Tuhan selain daripada-Nya, Pemerintah, Maha Suci, Pembawa keselamatan, Pemelihara keamanan, Penjaga segala sesuatu, Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Mulia Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dialah Allah, Pencipta, Yang Mengadakan, Pembentuk rupa, Dia mempunyai nama-nama (sifat-sifat) yang baik. Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuliakan-Nya, dan Dia Maha Kuasa dan Bijaksana.’

Setelah membaca ayat-ayat itu, lelaki itu berpesan kepadaku agar aku selalu membaca ayat-ayat itu dalam apa jua keadaan, seperti dalam kesukaran, bahaya, menghadapi orang sakit dan sebagainya. Kemudian dia telah ghaib dalam gelap malam di hadapanku.

MELAKUKAN KORBAN

Salim Fardi dan Munawwir Abdul Aziz telah diduga dan diganggu gugat juga selama tiga malam kami berwirid atau beratib di atas Gunug Jerai itu. Kerana pantang larang oleh sang guru petapa, maka kami tidak dapat memberitahu kejadian-kejadian itu kepada sesama kami.

Pada pagi kami akan meninggalkan petapa itu, dia membenarkan kami mengamalkan ilmu yang di ajarnya dan ilmu yang kami dapati pada masa bertapa. Dia telah memberitahu kami akan beberapa pantang larang yang kami mesti patuhi, iaitu: Tidak boleh mensyirikkan Allah, tidak boleh melakukan kemungkaran seperti meninggalkan sembahayang dan puasa, membunuh orang, minum arak dan berzina. Kami mesti berani serta sentiasa percayakan diri sendiri.

Kami dikehendaki melakukan korban sebagai ‘pengkeras’, iaitu kami mesti menyembelih seekor kambing jantan dalam tempoh 12 jam selepas kami tamat beramal. Kami dikehendaki melakukan seperti kehendaknya, iaitu:

(1) Pada ketika hendak menyembelih kambing itu membaca basmalah dengan diikuti tiga kali membaca al Fatihah.

(2) Setelah leher kambing itu disembelih, mengucap tiga kali “Allahu Akbar”.

(3) Kami dikehendaki membakar daging kambing itu tetapi tidak boleh dibasuh lebih dahulu dan kami memakannya tanpa garam, cili dan sebagainya.

(4) Daging yang kambing yang berbaki boleh diberi kepada orang-orang Islam sahaja.

(5) Darah, tulang, kulit dan bulu kambing itu mesti ditanam supaya tidak dimakan oleh anjing dan babi.

Sebaik-baik sahaja kami tiba dalam kampung, di kaki Gunung Jerai itu, kami telah membeli seekor kambing jantan masih muda berhara $12.00 dari satu keluarga orang Melayu di kampung itu. Kambing itu kami telah sembelih telah melakukan seperti yang diamanahkan oleh sang petapa. Daging kambing tanpa kepala dan tulang yang berbaki itu, kami bahagikan kepada penduduk – penduduk kampung tersebut..

(Disaring dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongksatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah shahrqur Aidid).

PERISTIWA DAN KITA


CATATAN



Mokhtar Petah

--------------------- ---kita fikir bersama ------------------------------------------------

WANITA

Ramai individu dari kaum wanita Islam yang tidak sarat dengan pengetahuan agama Islam - petunjuk dari Quran dan Sunnah, mahu menjadi penguasa yang maha kuasa ke atas kaum lelaki.
Mereka sedang mencari jalan pintas, bagaimana wanita dapat menduduki kerusi perdana menteri atau sekurang - kurangnya dapat mempengaruhi perdana menteri agar mnengikut telunjuk mereka.
Mereka mahu mengiku jejak Emilda Marcos, Filipina, yang telah menguasai suamnya, Presiden Marcos. .

BANGSA MELAYU DAN ISLAM

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapanhnya di Seminar 'Kebangkitan Gerakan Islah Di alam Melayu, di Dewan Besar, bangunan Institut Kefahaman Islam baru - baru ini, telah berkata: "Bangsa Melayu tidak akan menjadi kuat, jika mereka tidak bersatu dan membelakangkan agama Islam.



Abdullah dan Mokhtar Petah

Beliau menyeru semua orang Melayu agar bersatu dan menerima Islam sebagai peraturan hidup rumah tangga dan negara.

PILIHAN RAYA ULU SELANGOR

Sebilangan besar orang Melayu yang celik politik, menaruh keyakinan, bahawa dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Rakayat (Ulu Selangor), calon dari Pakatan Rakyat - sama ada dari PAS mahpun Parti Keadilan Rakyat akan mendapat kemenangan.

RASUAH

Amalan rasuah di kalangan para pega2wai kerajaan yang mengendalikan tender dan urus niaga dengan para pembekal telah beransur kurang tetapi masih menyukarkan para pemborong Bumiputera, demikian beberapa pemborong Bumiputera memberitahu.

YAHUDI

Falsafah dan ajaran untuk satu satu bangsa, terutama Yahudi dan para penyokongnya menguasai sesebuah negara dan menghapuskan bangsa asal atau Bumputera di negara tersebut dengan mengadakan gagasan atau dasar seperti 'Satu Yahudi'.
Negara pertama, bangsa asal atau Bumputera terhapus taraf mereka, ialah Negero di Amnerika Syarikat.Gagasan Yahudi menjadikan negara itu hanya satu bangsa - di satukan bangsa asal atau Bumniputera dengan para pendatang dari berbagai bangsa.
Negara kedua, ialah Australia. Bangsa asal atau Bumiputera terhapus dan hanya terkenal sebagtai kaumn asli sahaja.

UMNO KECUNDANG

Para cendekiawan dan penganalis politik berpendapat, bahawa krisis di kalangan Parti Keadilan Rakyat hingga beberapa orang ahli Dewasn Rakyat melompat kekuar, tidak merugikan parti tersebut, tetapi, jika tidak berhati - hati, UMNO akan mecundang dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Alasa mereka, perbuatan melompat oleh para ahli Parti Keadilan Rakyat itu, ibarat monyet - monyet mamakan buah - buahan dalam dusun pada siang hari. Manakalan pada waktu malam haiwan bernama kera duku keluar memakan buah - buahan itu. Para pemilik dusun marahkan monyet - monyetr, tetapi nereka tidak tahu kera dukum yang lebuh dahsyat dari monyet.

PERGI KE MAKAH

Seorang lelaki Melayu yang baru pulang dari melakukan ibadat Umah dan Ziarah di Makah dan Madinah, memberitahu, bahawa dia melakukan ibadat tersebut, semata - mata memohon kepada Allah agar pihak kerajaan meuluskian projek yang dia telah minta, menelan biaya lebih RM300 juta.

KHUTBAH JUMAAT MASJID PUTRA DAN MASJID BESI, PUTRAJAYA



TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN MEMBAYAR CUKAI

(2 April 2010 / 17 Rabiulakhir 1431H)

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan di atas masjid yang suci ini, saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: Tanggungjawab dan Kewajipan Membayar Cukai.

Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai sumber kekayaannya sendiri seperti bijih timah, petroleum, perhutanan, pertanian dan sebagainya bagi membiayai pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Pada tahun 2010 bajet yang diperuntukan untuk pembangunan negara dan rakyat berjumlah RM191.5 bilion. Menurut Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji pungutan zakat pada tahun 2009 pula ialah sebanyak RM1.1 bilion. Menurut hukum Islam dan selari dengan prinsip siasah syariyyah, sesebuah negara mempunyai hak mewujudkan dasar cukai tertentu bagi menampung keperluan negara dan maslahah rakyat. Bagaimana pun dasar cukai itu hendaklah tidak membebankan rakyat jelata. Imam Abu Yusuf seorang ulama yang mahir dalam selok belok percukaian Islam menyatakan sesebuah negara boleh menaik atau menurunkan kadar cukai mengikut kemampuan rakyat. Pandangan Imam Abu Yusuf ini amat tepat kerana untuk mewujudkan dasar percukaian baru perlu dibuat kajian teliti supaya tidak membebankan rakyat dan pengguna terutama golongan dhaif dan miskin.

Allah Subhanau wa Taala:

Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta, orang yang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan kesakitan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar; dan mereka itulah juga orang yang bertakwa.(Al Baqarah:177).

Salah satu cukai yang diwajibkan pemerintah kepada rakyat jelata ialah cukai tanah samada tanah yang menjadi tapak rumah kita atau tanah yang menjadi sumber pendapatan kita. Berdasarkan laporan Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan sehingga November 2009, negara mengalami tunggakan bayaran cukai tanah sebanyak RM 1.022 bilion.

Pendedahan ini sewajarnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita mengenai pengurusan hal ehwal perbelanjaan keluarga kita. Apa yang merisaukan kita juga kadangkala timbunan hutang piutang telah menyekat peluang kita membayar zakat sebagai usaha membersihkan harta kita.

Tunggakan hutang ini akan terus meningkat jika mereka yang terlibat berterusan menangguhkan membayar hutang. Bayangkan berapa banyak kerajaan kehilangan pendapatan akibat daripada budaya melengah-lengahkan bayaran cukai.

Kesan buruknya banyak projek pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Sekiranya cukai dijelaskan, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk menyedia pelbagai keperluan asas kepada seluruh warganegara. Selain itu, hasil cukai juga boleh membantu golongan yang ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah Subhanahu wa Taala.

Adalah menjadi tanggungjawab semua warganegara berusaha membayar zakat dan cukai bagi membantu meningkatkan kesejahteraan negara dan masyarakat. Ketahuilah bahawa tidak membayar zakat dan cukai adalah satu bentuk hutang dan yang mesti dijelaskan. Sikap suka berhutang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan Kerajaan. Rakyat akan merana dan negara akan hancur disebabkan golongan yang cuai membayar hutang. Mereka yang berhutang tidak diampuni dosanya oleh Allah SWT Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan:

Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.

Pada dasarnya isu hutang berkait rapat dengan sikap amanah dan kebijaksanaan kita menguruskan perbelanjaan. Sifat amanah dilihat sebagai satu kontrak yang membuktikan semangat tolong menolong, kasih sayang dan ketinggian iman seseorang membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.

(Al Baqwarah:283)

Oleh itu, Islam telah menetapkan bahawa setiap individu muslim wajib melaksanakan amanah, bersifat jujur dan bijak dalam menguruskan perbelanjaan keluarga agar kita berkeupayaan menunaikan tanggungjawab seperti berzakat dan membayar hutang. Kebijaksanaan kita menunaikan tanggungjawab ini adalah sifat terpuji, mulia dan simbul orang yang beriman.

Selari dengan tanggungjawab ulama, maka mimbar menyeru semua pihak, marilah kita mengubah gaya hidup dengan bersegera membayar apa jua bentuk hutang-puitang termasuk cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya kerana dengan ini kita dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negara.

Mengakhiri khutbah, mimbar berpesan marilah sama-sama kita merebut peluang meningkatkan ketakwaan dengan menunaikan zakat dan bebaskan diri kita dengan bebenan timbunan hutang dengan bersegera membayar hutang mudaha-mudahan kehidupan kita mencapai nikmat ketenangan serta keredhaan Allah SWT Selagi hutang tidak dibayar samada yang berkaitan hak Allah dan hak manusia, maka kehidupan anak-anak dan keluarga kita juga turut mengalami tekanan hidup yang berterusan.

Dan orang yang bakhil dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta ia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesusahan dan kesengsaraan.

( Al-Lail:8-10)

Khutbah Jumaat ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (Jaskim).