Saturday, May 8, 2010

QURAN DAN HADIS


UMAT YANG DIMUSNAKAN

Sesungguhnya Kami telah memusnahkan umat – umat yang terdahulu daripada kalian semasa mereka melakukan kezaliman, pada hal telah dating kepada mereka para Rasul mereka membawa kegterangan – keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah kami (bertindak) balas kepada kaum yang melakukan kesalahan.

Kemudian Kami jadikan kalian (umat Muhammad) khalifah di muka bumi menggantikan mereka yang tekah dimusnahkan itu, agar Kami melihat, apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kalian akan lakukan.

– Yunus: 13,14.


HADIS

DOSA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Semua dosa ditanggukan Allah pelaksanaannya, iaitu mana sahaja yang dikehendaki nanti di hari akhirat, kecuali dosa kerana derhaka terhadap dua ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa dipercepatkan Allah (balasannya) di dunia dan setelah mati.

– Perawi: Thabrani

No comments: