Thursday, May 6, 2010

POLITIK

1 MALAYSIA DENGAN SEMUA PARTI POLITIK


1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan
satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan
tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai
satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan
menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang
menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita.
perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi
masa hadapan.
Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya
dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan
yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap
satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang,
dihormati, persahabatan dan saling memahami.
– Dato’ Seri Najib Tun Razak

Oleh: Mokhtar Petah


Setelah meneliti pendapat atau penjelasan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mengenai gagasan 1 Malaysia, maka saya yakin, jika Kerajaan Barisan Nasional ikhlas meneruskan pelaksanaannya dan semua rakyat ikhlas pula menerima dan mengembalikannya, maka negara kita akan berada dalam kedaan harmoni dan akan mencapai kemajuan yang mengkagumkan.
Saya mengakui 1 Malaysia baik untuk semua. Tetapi tidak semua rakyat negara ini mengakui gagasan itu baik, kerana rakyat berada dalam pelbagai fahaman, pandangan dan lebih – lebih lagi dalam berbagai parti politik.
Sejak gagasan 1 Malaysia diistiharkan, hingga saya menulis artikel ini, dapat dilihat kejayaan amalan 1 Malaysia, hanya ada pada Barisan Nasional, tetapi tidak ada pada parti – parti politik pembangkan – PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
SEMUA RAKYAT
Kerana parti – parti politiki menganu fahaman yang berbeza dari Barisan Nasional. Berbeza pandangan politik. Berbeza merangka masa hadapan, maka saya yakin gagasan 1 Malaysia sukar dijayakan secara menyeluruh atau diterima oleh semua rakyat.
Untuk menjadikan 1 Malaysia diterima oleh semua rakyat, Najib Tun Razak hendak berikhtiar mewujudkan perpaduan semua parti politik di negara ini. Wujudkan kerjasama, persefahaman dan kuatkan seia dan sekata.
Perpaduan UMNO dengan PAS amat penting, kerana kedua – dua buah parti itu dianggotai oleh orang Melayu dan umat Islam. Najib Tun Razak dan Dato’ Haji Abdul Hadi Awang adakan pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati. Capaikan perpmaufakatan kerana kepentingan perpaduan rakyat.
MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN
Lepasa itu adakan pertemua dengan Parti Keadilan Rakayat dan DAP. Sama- sama mencari jalan membuangkan yang keruh dan mengambil yang jernih. Teruskan kerjasama dan maufakat.
Jika UMNO – BN tidak bekerjasama dengan parti – parti pembangkang, tidak sahaja gagasan 1 Malaysia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, bahkan Kerajaan sukar melaksanakan pembangunan untuk rakyat secara menyeluruh.
Di antara kesukaran Kerajaan untuk membangun kemajua atau projek – projek untuk orang ramai di negeri – negeri, kerana ada negeri – negeri diperintah oleh parti – parti pembangkang. Kerajaan Barisan Nasional mahu laksanakan sesuatu projek, tetapi kerajaan – kerajaan negeri yang dikuasai parti – parti pembangkang tidak setuju atau menolaknya.
LUAR BANDAR
Di antara kesukaran yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Barisan Nasiaonal, ialah mengenai kawasan – kawasan tanah di negeri – negeri berkenaan yang akan dibina projek – projek. Hanya kawasan tanah yang dimiliki Kerajaan Barisan Nasional (Kerajaan Pusat), seperti tanah milik Kementerian Kerja Raja, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Koprasi dan lain sahaja yang dapat dibinakan projek – projek yang diperlukan.
Pada umumnya lebuh raya dan jalan raya di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang akan dibina di negeri – negeri diperintah parti – parti pembangkan memerlukan tanah negeri (state land) dan tanah milik orang ramai di bawah pejabat – pejabat tanah negeri, sukar didapat kerana tidak dibenarkan oleh kerajaan – kerajaan negeri tersebut.
RANCANGAN TERGENDALA
Kesukaran demikian tidak akan dapat keluar kepada jalan mudah, selagi UMNO – BN tidak bekerjasama dengan parti – parti pembangkang. Sampai bila pun projek – projek dan rancangan – rancangan tergendala.
Setiap kali pilihan raya UMNO – BN bagi pihak kerajaan berjanji akan mengadakan rancangan dan projek untuk rakyat, tetapi kebanyakan janji itu tinggal janji sahaja, kerana masalah – masalah yang tersebut di atas.
Misalnya,k sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan Dewan Rakayat Hulu Selangor baru – baru ini, UMNO – BN telah banyak berjanji kepada orang ramai di sana untuk melaksanakan banyak rancangan dan projek, tetapi janji – janji itu akan tinggal janji sahaja, di sebabkan masalah tanah milik kerajaan Negeri Selangor.
Semua parti politik diwujudkan untuk kepentingan negera dan orang ramai, maka, saya kira pihak UMNO – BN, PAS, Pasrti Keadilan Rakya dan DAP, eloklah bermahasabah diri dan berikhtiar untuk bersatu dan bekerjasama.(selesai)

No comments: