Wednesday, May 5, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


---- kita sama - sama fikir ----


MEMBAZIR WANG RAKYAT Dewan Pemuda PAS Negeri Perak cukup bimbang dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai pembaziran wang rakyat.

Ini berhubung laporan PAC bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata pihaknya amat menyokong penuh pendedahan tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

“Pemuda PAS Perak tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS negeri, katanya difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Zambry.(Harakah)

FILEM PASIR SALAK

Kalangan penulis Negeri Perak meminta Menteri Besar, Dato' Dr. Zamby Abdul Kadir dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM, bertindak menyiasat lebih RM1 juta wang Yayasan Perak dikeluarkan untuk membiayai filem Pasir Salak oleh serniman Jins Shamsuddin, tetapi hingga kini filem itu tidak wujud.

Wang tersebut dikeluar pada masa Dato' Anuar Zaini menjadi Ketua Eksekutif yayasan tersebut dan di bawah Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib.








No comments: