Monday, May 3, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


---- kita sama - sama fikir ----

PM KESAL Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, pada ketika bercakap, di Sibu, semalam, kesal dengan asien yang menyebabkan kematian remaja, Aminulrasyid Amzah, kerana terkena tembakan polis di Shah Alam pada 26 April lalu.

Beliau mahu kes tersebut disiasat secara terbuka, telus dan tidak melindungi sesiapa yang didapati bersalah.

PERBUATAN DEERHAKA

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara. (Harakah)

BERSIKAP ADIL

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,memberitahu para wartawan, di Cameron Highland, beliau mahu rakyat bersikap lebih adil terhadap polis dan tidak membuat tuduhan melulu terhadap pasukan yang bertanggungjawab dengan keamanan negara itu.

Beliau berkata, isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, pada Isnin lalu tidak boleh diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap polis.

No comments: