Tuesday, May 4, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


---- kita sama - sama fikir ----

PAS NAFI

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

“Untuk jatuhkan seseorang, bukanlah agenda PAS, tapi nak jatuhkan kerajaan (Umno/BN) jelas menjadi agenda PAS dan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, Islam yang diperjuangkan oleh PAS umumnya menentang dasar perkauman dan kezaliman yang di bawa oleh parti Umno dan BN.

Maka, sekiranya PAS hanya menentang peribadi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, menurut beliau, pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan agenda parti yang ditinggalkan oleh Abdullah.

“Dalam Islam, kita (PAS) menentang dasar parti pemerintah. Kalau Pak Lah jatuh, yang naik Najib, semacam sahaja kedua-dua mereka sebab dari parti yang sama,” jelasnya.

Disebabkan itu, PAS, menurut beliau, konsisten menggunakan pilihan raya dan sistem demokrasi untuk menggantikan Umno/BN, sejak PAS mula ditubuhkan 1951 lagi.(Harakah)

PROJEK SAKIT

Kementerian Kerja Raya akan tetap memastikan memastikan semua ‘projek sakit’ di seluruh negara diberi keutamaan untuk disiapkan walaupun jumlahnya hanya satu peratus sahaja.

:Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, projek yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ itu membabitkan satu peratus daripada keseluruhan 1,673 projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang kini masih dalam pembinaan.
“Dalam RMK-9, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan 3,737 buah projek. Antara faktor masalah projek itu menjadi terbengkalai kerana kelemahan kontraktor, masalah bahan binaan, masalah skop teknikal dan cuaca,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga di sini, semalam.(Sinar Harian)

Komen: Nampaknya menteri ini tidak dapat menyelesaikan masalah projek lebuh raya Macang - Kota Bharu, yang dikatakan tergendala, kerana kerajaan Kelantan tidak membenarkan pengambilan tanah kerajaan dan tanah orang rasmai, di sepanjang lebuh raya tersebut.







No comments: