Monday, May 31, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah dan Haji Hadi Awang

-----kita sama - sama fikir ----

SIDANG KHAS PARLIMEN

PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan berbincang segera dan mengutuskan surat kepad Perdana Menteri bagi mengadakan sidang tersebut.

"Masih sempat lagi jika surat dihantar esok (Selasa) untuk PM buat persidangan kas ini samada Khamis atau Jumaat," katanya ketika sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.
"Kita mahu kerajaan bertindak segera, dan paling awal perlu ada sidang khas untuk membincangkan apa tindakan yang perlu dibuat," katanya.
PAS juga katanya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini esok pada jam 12.00 tengahari.
Sementara itu, Mahfuz Omar pula mendesak Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan PBB menyerang Israel yang telah melanggar resolusi PBB ini.
Tindakan zalim Israel itu perlu diajar segera, dan tidak cukup hanya negara dunia mengutuk serangan tersebut sahaja, kata Mahfuz.
"Israel ini tidak pernah kenal undang-undang, mereka melanggar apa sahaja undang-undang atau ketetapan yang dibuat Majlis Keselamatan PBB
"Apa yang penting majlis keselamatan perlu membuktikan mereka bukan 'budak' kepada Israel, justeru serangan ke atas Israel adalah perlu bagi mengajar keangkuhan negara haram tersebut," katanya.
Beliau juga mahu Hamas dan Hezbullah segera bertindak mengajar kezaliman Isreal ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya mendapat maklumat bahawa salah seorang wakil PAS turut berada dalam kapal Mavi Marmara, Jamiluddin Elias yang mewakili Yayasan Amal Malaysia.
Selain itu dua wartawan Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya dilaporkan turut sama berada dalam kapal terbabit yang diserang tentera Israel.
Mahfuz setersunya mendoakan keselamatan semua peserta misi termasuk nasib dua wartawan Astro yang dikatakan masih belum diketahui hingga kini.
Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.
Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.
Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.(Harakah).

TIMBALAN PERDANA MENTERI II
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mengetahui mengenai janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan.

“Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada media selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi diminta mengulas janji terbaru Anwar itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata secara prinsipnya apa-apa keputusan akan dibuat melalui perbincangan dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh pemimpin Pas, DAP dan PKR.

Ditanya sama ada pakatan itu akan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum, Salahuddin berkata, ia belum diputuskan dan segalanya bergantung keputusan pilihan raya.

“Kita tidak bincang perkara itu secara spesifik dan khusus, tetapi mengikut semangat setiakawan dan persahabatan yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat, setakat ini semua program, dasar dan keputusan dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan.

“Begitulah amalan kita terhadap perkara yang berlaku pada masa akan datang, apa pun yang akan dilakukan diputuskan majlis tertinggi,” katanya. - Bernama



No comments: