Friday, May 7, 2010

PERISTIWA DAN KITA


CATATAN

Mokhtar Petah


-----kita sama - sama fikir ----


ORANG ISLAM PENGGANAS?

Jika kita mempelajari sejarah dan masyarakat majmuk Amerika Syarikat secara mendalam, maka kita mendapati yang bergelar Amerika dan beragama Kristian itu ibarat, rumpun tebu dengan teberau. Hutan teberau ialah orang-orang Yahudi. Hampir semua Presiden Amerika Syarikat mendapat sokongan kaum Yahudi. Politik, Ekonomi, masyarakat bahkan fikiran orang-orang Amerika dipengaruhi Yahudi.
Contoh yang paling ketara ialah, seperti Singapura kini; sebuah negara Melayu dan wilayah Nusantara atau kepulauan Melayu. Orang Melayu seperti ‘tebu dalam hutan teberau’. Kuasa politik, ekonomi, masyarakat dan segala-galanya di tangan orang Cina.
Apabila berlaku peristiwa 11 September 2001, walaupun ramai orang Amerika mengatakan dilakukan oleh orang-orang Yahudi, tetapi Presiden J.W. Bush dan pemerintah Amerika Syarikat terpaksa berkata; dilakukan oleh pengganas-pengganas Islam – Al Qaedah dan diketuai oleh Osama Laden .
BUMI PALSETIN
Jika dalam drama, dialog orang Yahudi “perang umat Islam”, maka Presiden Bush pun berlakon; serang Afghanistan dan Iraq.
Kata orang Yahudi, “ Rakyat Palestin yang menentang orang Yahudi menakluki bumi Palestin dan membunuh orang-orang Yahudi, Pengganas”.
Kata Pemerintah Amerika Syarikat, yaaa!”.
Kata orang Yahudi, “Kami menakluki bumi Palestin dan membunuh umat Arab yang menentang kami, pengganas, orang Islam pengganas.”
“Yaaa!” sambut Presiden Bush.
Pada waktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke 59 di New York pada 27 September 2004, Abdullah Badawi telah membuka mata para wakil dari negara-negara anggota pertubuhan itu dengan berkata:
“Proses multilateral dan sistem antarabangsa dalam dunia ini, secara keseluruhannya seajarnya perlu diubah. Bagaimanapun, ia harus dilaksanakan tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang tidak dapat diubah seperti kesaksamaan yang berdaulat, tidak campur tangan dalam isu domestik sesebuah negara, penyelesaian konflik secara aman sera menghormati undang-undang antarabangsa itu apa yang kita lakukan pada perhimpunan agung ke -59 ini adalah mustahak.
KEGANASAN ANTARABANGSA
Proses reformasi PBB adalah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh pertubuhan NAM dan OIC. Kedua-duanya bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden PBB begitu juga dengan negara-negara anggota pertubuhan ini dan setiausaha agungnya.
Paling penting dan segera, kita mencari jalan untuk membolehkan PBB menjalankan tanggungjawabnya dalam menangani masalah keganasan antarabangsa. Malaysia yakin, usaha untuk membanteras keganasan tidak boleh berjaya dengan mengharapkan pihak keselamatan sahaja. Bagi menjayakan usaha tersebut, kita perlu memperlihatkan usaha yang murni dan berpegang kepada kepercayaan yang baik dalam menangani isu keganasan hingga ke akar umbi.
Salah satu sebab jelas yang menggagalkan usaha tersebut ialah masih ada lagi golongan yang berjuang untuk kemerdekaan demi mendapatkan sebuah negara yang berdaulat. Bagi mendapatkan jawapannya kita perlu meningkatkan dialog dan mengelak daripada bersikap prejudis dana pemikiran cetek yang bersandarkan kepada peristiwa 11 September 2001.
ANTI ISLAM
Para ilmuwan dan cendekiawan, di United Kingdom yang selama ini telah terpengaruh dengan beberapa golongan masyarakat dunia yang anti Islam telah di 'brain wash' dan diberi kefahaman tentang Islam oleh Abdullah Badawi dalam ucapan beliau, di Oxford Centre of Islamic Studies, Magdallen College, Universiti Oxford, London , pada 2 Oktober 2004.
“Saya telah memberi gambaran keadaan malang yang membelenggu
dunia Islam. Inilah realiti dan lebih daripada realiti tersebut iala
untuk mengkritik diri sendiri tetapi ia juga perlu melibatkan apa
yang saya rasakan sebagai penafian kepada penghormatan manusia,
keadilan, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa
yang telah memberi kesan langsung kepada dunia Islam.
Ya, kita patut menyalahkan diri sendiri tetapi ia tidak bermakna
politik yang menindas, menghapus dan menghina berjuta-juta
umat Islam di seluruh dunia boleh diterima.
Terdapat berbagai bentuk penindasan, bagai mana pun yang
paling jelas dan menjadi perbincangan semua umat Islam
yang secara tepat disifatkan sebagai satu janji oleh sebuah
negara untuk memberikan satu bangsa sebuah negara yang
dimiliki oleh bangsa lain.
Seperti yang digambarkan pada setiap resolusi Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, majoriti dari negara
di dunia ini percaya rakyat Palestin perlu dibantu dan diberi sokongan.
Israel perlu keluar dari sempadan yang telah ditetapkan pada 1976.
Bagaimanapun semua itu, semua isu diputarbelitkan bagi memihak
kepada Israel.
Abdullah Badawi adalah individu yang kedua dari lima Perdana Menteri Malaysia yang mengalami perjalanan yang sukar untuk mendaki tangga menuju ke tahap seorang pemimpin negara, iaitu Perdana Menteri. Individu yang pertama, ialah Tunku Abdul Rahman Putara Al Haj.
Pemimpin ini adalah individu yang kedua dari pegawai ‘pentadbir’ kerajaan yang memimpin negara. Individu yang pertama, invidu yang kedua, ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Beliau juga adalah Perdana Menteri yang pertama dari keturunan ulama. Orang kebanyakan – orang kampung yang menjalani kehidupan secara serderhana.
(Sedutan dari manuskrip buku biografi, Abdulllah Badawi Pemimpin Tahan Diuji oleh: Mokhtar Petah).


RM20 JUTA TAWAN PUTRAJAYA
Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.(Harakah).

PERITAH SULTAN


Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menguatkuasakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengingkari dan mempertikai perintah Sultan Selangor. (Sinar Harian)


No comments: