Wednesday, November 18, 2009

CATATAN SEJARAH




PERDANA MENTRI BARU

Oleh: Mokhtar Petah


Penulis bersama Samad Ismail

Setelah Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan menyusun kabinet barunya selepas pilihan raya 2004, ahli Dewan Rakyat dari Negeri Perak, Mohd.Nazri Aziz telah dilantik semula memegang jawatan menteri.

Sebaik-baik sahaja Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, secara terus terang dua orang tokoh UMNO di Kelantan berkata kepada saya yang mereka tidak menyokong Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mereka mahu Dato’ Najib Tun Razak memegang jawatan penting itu.

Seorang tokoh UMNO Negeri Pahang memberitahu saya, “kami macam nak ghak baca Yasin supaya Allah angkat Dato’ Najib Jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi apa nak dikatakan, Allah hendakkan Pak Lah, kami terima dengan ikhlas…,”katanya.

Dalam temu bual Abdullah Badawi bersama TV3 di Putrajaya pada 6 Januari 2004, beliau telah telah menjelaskan mengenai kerjasama beliau dengan timbalannya, Najib Tun Razak:

Soalah: Dalam UMNO kalau pelantikan baru menimbulkan perebutan kuasa yang merugikan parti, apakah pelantikan Dato’ Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan masalah yang sama?

PM: Tiada masalah, daripada awal tiada masalah, Alhamdulillah.

Soalan: Bagaimana Datuk Seri melihat kerjasama?

PM: Tak ada masalah, kita bekerjasama, saya tidak menemui apa-apa masalah.

Soalan:Adakah pihak yang cuba menonjolkan isu?

PM: Mungkin ada, saya ada dengar pada peringkat awal tapi setelah beberapa kali Dato’ Seri Najib sendiri membuat kenyataan-kenyataan tentang dia dengan saya boleh bekerja, dia taat setia kepada saya, maka kalau ada sesiapa nak cocok dan taka boleh cucuk lagi dah. Kecewalah mereka.

Sebagai seorang yang ber‘daging darah politik’, ber‘jiwa besar’ dan ‘yakin diri’, pada hari-hari sebelum Dr. Mahathir Mohamad melantik Abdullah Badawi menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Najib Tun Razak tentulah ada ‘hajat’ untuk menduduki kerusi tersebut. Tetapi sebagai bapanya, Tun Razak yang sentiasa setia kepada ketua dan pemimpin, Najib Tun Razak dengan senang hati dan reda dengan pelantikan Dr. Mahathir Mohamad ke atas Abdullah Badawi.

Memanglah, sebagai manusia yang beragama, beriman kepada Allah atas segala iradah dan kudrah dan kesetiaan kepada pemimpin dan cintakan partinya, maka Najib Tun Razak menerima Abdullah Badawi dengan hatinya yang tulus.

Pada masa Abdullah Badawi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menduduki kerusi Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang berjawatan Menteri Pelajaran dan kemudian Menteri Pertahanan telah memberi kerjasama yang amat baik kepada Abdullah Badawi.

Mungkin ada orang-orang yang telah ‘cocok’ atau ‘ hasut’ Najib Tun Razak supaya ‘menikam dari belakang’ atau ‘ hipokrit’ terhadap Abdullah Badawi.Tetapi Najib Tun Razak telah dapat menilai akan ‘baik buruk’ akan cucukan atau ‘hasutan’ itu dan lebih-lebih lagi untuk bersikap hipokrit. Beliau menjaga maruahnya dan tidak akan menjadi manusia ‘hypocritical’.

‘Di samping mengukuhkan kedudukan politik Abdullah, UMNO, BN dan negara, pelantikan Naib itu menurut sebilangan penganalisis politik, akan mengelakkan sebarang perubutan kuasa – sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini – di dalam UMNO seperti yang pernah terjadi pada pemilihan UMNO 1987 dan 1993. Pada pemilihan 1987 semua jawatan utama dipertandingkan oleh dua kumpulan yang bersaingan kuasa dalam parti – Team A dan Team B. Pada pemilihan 1993 pula, Anwar Ibrahim menggunakan kekuatannya untuk menewaskan musuh-musuh politiknya dengan menunggang Tam Wawasan. Kedua-dua peristiwa itu menjejaskan perpaduan dan kesetabilan UMNO. Menurut pemerhati politik perebutan kuasa yang sengit di dalam UMNO mungkin berlaku lagi sekiranya Timbalan Perdana Menteri yang dilantik oleh Abdullah bukan Najib.

Ini kerana para pemerhati politik mencongak sekiranya ada satu-satu tokoh UMNO yang boleh melemahkan kedudukan Abdullah, tokoh itu ialah Najib. Menurut mereka, ini boleh berlaku sekiranya Najib enggan menerima keputusan melantik lain selain beliau, katakan Muhyiddin, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut perhitungan pandangan ini – yang belum tentu betul – Najib, atau setidak-tidaknya penyokong beliau akan memberontak andainya Najib dinafikan sekali lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, kali ini oleh Abdullah, kali pertama oleh Dr. Mahathir pada tahun 1999.’[1]

Saya mengulangi lagi; Dr. Mahathir Mohamad memilih Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kelangsungan memilih beliau sebagai penggantinya adalah tepat. Kalau beliau menolak pendapat ini, maka dia adalah seperti seseorang mencintai kekasihnya; dalam benci ada sayang, marah ada kasih dan jauh terasa dekat.

Mungkin pendapat ini boleh kita jadikan pelajaran atau mengakuinya; sesiapa pun menjadi Perdana Menteri akan ada ‘memainkan peranan mengkreatkan politik dan pentadbirannya’ untuk kepentingan parti politik, kerajaan dan rakyatnya.

Some Prime Minister do indeed seek to create an administration consisting entirly of political clones of themselves. In addition, thouth, Prime Minister face the need to provide representation for the various ideological strand in their parties, partly in order to achieve an equitable, partly to keep certain troublesome nuisance quit.Anyone who wishes to qualify for the letter category should manage a nice compromise between being taroublesome enough but not too troublesom.[2]

Tidak ramai orang yang mengetahuinya ‘kisah krisis’ pada masa Dr. Mahathir Mohamad belum dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hessein. Atas perhatian dan keyakinan akan kebijaksanaan dan kewibawaan ahli Dewan Rakyat (Pahang) dan bekas Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie, maka Hussein Onn telah memberitahu kepada King Gaz itu yang beliau akan melantiknya untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kerana Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan yang kuat dari orang-orang Pergerakan Pemuda UMNO (termasuk Megat Junid) dan satu force ke atas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu dilakukan. Maka Hussein Onn terpaksa berada dalam ‘rela dalam paksaan’ dan membatalkan hasratnya dan melantik Dr. Mahathir Mohamad.[3]

Sekarang Abdullah Badawi telah di gugat dan di provokasikan oleh orang yang telah memberi kepercayaan kepadanya dulu dan mereka yang dipandang oleh pihak keamanan sebagai kumpulan G7.

Abdullah Badawi amat mengenang budi dan menyanjung jasa Dr. Mahathir Mohamad yang telah memimpin negara ini lebih 22 tahun. Dalam ucapan beliau pada ketika membentang ‘Usul Ucapan Terima KASIH Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad’ dalam Dewan Rakyat pada 3 November 2003, berliau berkata:

“Izinkan saya bangun membawa usul khas dalam Persidangan Dewan kali ini yang berbunyi: Bahawa Dewan ini, menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat sejak 16 Julai 1981, dan telah berkhimat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara; Menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan bakti Ahli Parlimen Kubang Pasu yang amat murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;menyedari serta menginsafi konsistensi, kesungguhan dan keperhatinan Ahli Parliman bagi Kubang Pasu di dalam perjuangannya memartabatkan Islam dan umat Islam di seluruh jagat, khususnya di negara Malaysia yang majmuk, menerusi penguasaan dan kecemelangan ilmu di semua bidang kehidupan mutakhir; Menghayati serta menyokong penuh kebijaksanaan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu dalam menangani krisis ekonomi negara akibat kedurjanaan pengganas kewangan antarabangsa menerusi strategi ekonomi, kewangan dan pengurusan yang unik, efektif dan diiktiraf dunia;

Mengiktiraf bahawa wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu adalah satu doktrin perdana bagi perjuangan membina negara Malaysia yang terus berdaulat dan merdeka serta lebih bersatu padu, sejahtera, aman, makmur, maju, cemerlang, bermaruah dan berwibawa di era globalisasi dan non-kolonialisme; Mengakui bahawa perjuangan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu memajukan ICT menerusi penubuhan Koriddor Raya Multimedia, serta memajukan bioteknologi menerusi Lembah Bio akan memberi manfaat kepada bangsa dan negara Malaysia di hari muka;

Menkagumi kewibawaan, kebijaksanaan serta keberanian Ahli Parlimen Kubang Pasu yang telah memperkasakan martabat bangsa dan negara Malaysia serta umat manusia di negara-negara membangun secara amnya, di arena antarabangsa, menrusi multilatral sewilayah, di antara benua dan di seluruh jagat, serta menerusi pandangan, gagasan serta pemikirannya yang universal di bidang kema- nusiaan, kesaksamaan, kesamarataan, perdaga Bengan, saians, teknologti,siasah dan keluhuran undang-undang antarabangsa, khususnya diperingkat ASEAN, Kerjaama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ,Pergerakan negaraa-Negara berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), maka Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini 3 November 2003, bersamaan 9 Ramadan 1424, mengambil kertetapan untuk;

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih dari seluruh rakyat jelata Malaysia kepada Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu;Berikrar akan terus berjuang mempertahanka n kedaulatan, kemerdekaan da nkesejahteraan tanah air menerusi dasar, strategi dan program yang telahdiperkenalkan serta diperjuangkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu.’

Abdullah Badawi telah melanjutkan ucapannya menuji dan menyanjkung Dr Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat. Ucapan itu menjadi bahan sejarah tanah air kita yang akan di jadikan pelajaran, bahasan sejarah dan seumpamanya selagi Malaysia masih wujud.

Menilai sebahagian dari ucapan Abdullah Badawi mengangkat mertabat, menyanjung dan berterima kasih kepada Dr, Mahathir Mohamad, maka nyatalah Abdullah Badawai bukan jenis manusia seperti ‘kacang lupakan kulit’

Gugatan dan provokasi yang timbul dari pembatalan

jambatan bengkok menyambung Negeri Johor dengan Pulau

Singapura itu, menurut sumber keamanan boleh menggugat

keselamatan dan keamanan negara dan rakyat.

Banyak dari kalangan keamanan, institusi politik, masyarakat dan orang ramai yang saya tinjau, mempunyai pandangan yang sama, iaitu Dr. Mahathir Mohamad dan orang-orang yang menyokongnya lebih kurang sama dengan orang-orang dalam kumpulan menentang Presiden Iraq, Saddam Hussein dulu.

Kumpulan itu melaung kepada dunia dan mengadu kepada Amerika Syarikat supaya kononnya Saddan melakukan berbgai-bagai jenayah termasuk membina projek senjata merbaha.Presiden Amerika Syarikat yang memang menunggu masa untuk menjadi ‘tukang sembelih manusia’ telah menyerang Iraq. Akibatnya kerajaan Irak tumbang. Saddam Hussein diguling dengan cara yang paling hina.Ramai rakya terkorban dan cacat termasuklah orang-orang yang mengadu kepda Amerika Sharikat dan keluarga mereka.

“…mengapa beria-ia benar Dr Mahathir Mohamad mahukan pembinaan jambatan itu diteriskan?” Seorang pesara pegawai Kerajaan Persekutuan telah bertanya kepada saya.

Saya tidak menjawab pertanyaannya. Dia sendiri berkata, “…tak tahulah saya, mungkin di sebalik pembinaan jambatan itu ada perkara-perkara yang boleh disifatkan tidak sihat, misalnya rasuah…,”katanya.

Saya geleng-geleng kepala. “Saya harap pihak berwajib menyelidik dan menyiasatnya,”katanya.

“Pada zaman Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dain Zainuddin banyak projek raksasa kerajaan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat secara runding tgerus ada top-up 40% dari harga projek,”katanya.

“Itu saya tak tahu…,”kata saya.

“Ada komisyen pula tu,”katanya lagi.

“Itu pun saya tak tau,”kata saya.

You ni semu tak tau, apa yang you tau?”Dia bertanya.

“Saya tak tahu hal projek dan hal top-up, tapi saya tahu saya tak sanggup meraba hati perut orang atau buruk orang,”jawab saya.

Dia diam. Dia macam baung dalam gaung, bersungut, “…susah nak hapus rasuah, banyak yang tak jelas walau pun ada.”

Provokasi Dr Mahathir Mohamad dan para penokongnya nyata telah tidak menggentarkan Abdullah Badawi dan menteri-menteri Kabinet. Mereka tetap bertahan. Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada setiap menteri menjawab provokasi itu dan kritik yang bukan kritik, tetapi menyelar.

Pada minggu kedu bulan Oktober 2006, Abdullah Badawi bersama keluarganya menjalankan ibadah Umah di Mekah. Wawangcara beliau bersama pengacara Talk Asia , Anjali Rao telah disiarkan CNN pada 14 Oktobert 2006. Berikut ini saya merakamkan cabutan dari wawangcara tersebut yang disiarkan Berita Minggu pada 15 Oktober 2006:

Satu lagi hubungan yang mendapat liputan akhbar ketika ini dalah hubungan anda dengan pemimpin terdahulu (Tun) Dr. Mahathir Mohamad. Keadaan nampak agak rumit ketika ini.Apakah halnya semua ini?

Apakah halnya semua ini? Beliau tidak dan tidak pernah bersetuju beberapa perkara yang saya lakukan. Antaranya mengenai beberapa projek yang beliau putuskan yang patut kami lakisanakan. Itu saja, tiada perkara lain. Di situlah ia bermula.

Namun beliau Perdana Menteri negara ini selama 22 tahun dan msiah dihormati ramai orang dan dipandang tinggi.(PM:Ya, benar) Apakah anda bimbang bahawa berhadapan dengan beliau seperti ini anda mungkin membunuh karier politik anda?

Tidak, tidak,tidak, saya tidak fikir ia membunuh karier politik saya. Beliau memperkatakan banyak perkara dan saya memutuskan untuk berdiam diri dan meneruskan apa yang inign saya lakukan. Rakyat mahu saya melakukan apa yang saya ingin lakukan dan saya masih mendapat sokongan majoriti hari ini.

Apakah anda tidak mempedulikan apa yang beliau nyatakan atau kritikan beliau?

Sudah tentu saya boleh mendengar. Jika beliau bercakap kepda akhbar, saya baca. Jika ada sesuatu yang ingin saya lakukan, saya teruskan. Wsebahagian kritikannya yang releven, saya akan buat perubahan yang perlu, dan sebahagian daripada kritikan itu, saya tidak boleh terima.

Salah satu perkara yang beliau katakan kepada anda ialah anda menukarkan Malaysia menjuadi negara yang penakut. Ini termasuk anda membatalkan rancangan membina jambatan menghubungan Malaysia dengan Singapura.Apakah anada berasa beliau mempunyai sebab yang wajar kerana beliau mingkin melihat anda menghentikan apa yang beeliau letakkan?

Bukan semua yang beliau letakkan(dihentikan) Tidak! Wawasan 2020, pencapaian terbesar beliau, juga matlamat saya. Itu kami kongsi bersama, saya kongsi waasan itu. Saya sudah merangka apa yang dipangil Misi Nasional. Misi itu amat besar bagi mencapai wawasan itu. Perancangan saya bukan hanya Rancangan Malaysia ke sepuluh, Racangan Malaysia ke sebelas.

Tetapi projek pembinaan besar seperti juambatan itu, anda tahu adalah salah satu projek emasnya...ia sesuatu yang beliau usahakan selama beberapa tahun. Sekarang beliau melihat anda membuang- nya?

Saya sudah membuat keputusan bahawa saya tidak akan meneruskan pembinaan jambatan itu. Kami berbincang dalam Kabinet, kami rasa tidak, kami tidak akan membinanya. Kami amat praktikal dalam penekatan kami, dan jambatan itu tidak kena mengena dengan soal hidup atau mati Malaysia. Ia tidaki ada kaitan langsungh dengan isu integriti, ia isu opraktikal, dan atas sebab itu kami kami rasa kami tidak akan bina jambatan itu. Kami boleh lakukan perkara lain untuk memajukan Malaysia.

Jika beliau tidak pernah memagang kuasa, jika berliau tidak pernah memerintah negara ini seperti mana yang beliau lakukan, apakah anda terimja Malaysia mungkin kurang berjaya hari ini?

Kita tidak akan tahu, kita tidak akan tahu, macam mana kita nak tahu. Dulu beliau adalah Perdana Menteri kami, pemimpin kami. Beliau sudah melaksanakan dan mencapai banyak kiejayaan untuk Malaysia.Kami amat berbangga dengan pencapaian beliau. Itu adalah hakikat. Tetapi hari ini apabila beliau mula mengkritik, tidak semua menghargainya, tidak semua menghargainya, tidak semua.

Najib Tun Razak yang sebelumnya telah disebut oleh kalangan ahli-ahli politik dalam UMNO dan di luar UMNO sebagai seorang yang condong kepada Dr. Mahathir Mohamad telah memperlihatkan keikhlasannya menyebelahi Perdana Menteri, Abdullah Badawi. Beliau telah menyanggah Dr. Mahathir Mohamad.

Demikian juga ahli Dewan Rakyat (Cenderoh) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd.Nazri Abdul Aziz. Dulu, iaitu sebelum Dr. Mahathir melantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak menyebelahi Abdullah Badawi dan berada dalam kem Najib Tun Razak.

Saya telah mengikuti majlis ucapan Dr. Mahathir Mohamad di beberapa tempat, di antarnya di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi.Majlis itu dihadhiri oleh orang-orang dari golongan elit dan golongan korporat serta penuntut-penuntut universiti. Tidak terdapat orang Melayu yang bermati-matian yang menyokong perjuangannya semenjak tahun 1981.

Saya mendapati ucapan-ucapan Dr. Mahathir Mohamad itu selain dari menyindiri, provokasi dan sebagainya kepada Abdullah Badawi dan para menterinya, terselit kata-kata yang boleh dianggap sebagai seorang yang masuk dalam bakul dan mengangkat diri sendiri.

Pada waktu saya menulis buku ini, saya teringat akan tulisan Dr. Mahathir Mohamad dalam sebuah bukunya. Sekarang, pada waktu-waktu beliau melakukan provokasi terhdap Abdullah Badawi, agaknya beliau telah lupa akan tulisannya itu, iaitu:

‘Masyarakat yang sihat tidak boleh wujud dan kekal tanpa undang-undang dan tatatertib. Undang-undang dan tatatertib bermakna sekatan terhadap kebebasan individu. Kebebasan dihadkan kerfana kebebasan seseorang mungkin menyentuh hak orang lain atau ketenangan dan keselamatan masyarakat itu sendiri.

Umpananya seseorang patut bebas menyuarakan pendapatnya tetapi kalau pendapatnya merupakan pencelaan terhadap pihak yang lain maka masyarakat tidak boleh membenarkan kebebasan ini.”[4]

Beberapa ucapan Dr. Mahathir Mohamad di beberapa tempat di negara ini di luar negara, terdapat ada kerlainan dari tulisnnya.Semua ucapannya mengandungi banyak provokasi dan ‘menyentuh hak orang lain atau ketenangan dan keselamatan masyarakat’.

Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, seperti yang disiakan dalam Utusan Malaysia 18 September 2006, telah berkata, bahawa tindakan Dr Mahathir Mohamad mengkritik kepimpinan Perdana Negeri di luar negara boleh menjejaskan imej Malaysia dan perpwektif antarabangsa, terutama di kalangan aonggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Ahmad Zahid telah bercakap kepada para wartawan setelah mersmikan Seminar Mertabatkan Jati Diri Melayu anjuran UMNO Bahagian Pucong, Serdan pada 17 September.

Seminar itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Malaysia.

Menurut Ahmad Zahid, di Kazakhstan, Dr. Mahathir Mohamad menggunakan media untuk melepas geram dan di Jedah, media di sana menyiarkan Dr. Mahathir Mohamad telah menuduk Perdana Menteri, Abdullah Badawi sebagai penipu berikut kerajaan membatalkan pembinaan jambatan bengkok di Johor.

Beliau memberitahu, walau bagaimanapun setelah beliau membuat penjelasan, Arab Saudi, Turki dan Iran tetap yakin Abdullah Bdawi seorang yang bermanah, jujur dan kepimpinan beliau tetap utuk.

Kesimpulan yang saya boleh buat, bahawa nasib yang sedang ditanggung oleh Dr. Mahathir Mohamad sama dengan nasib Allahyarham Dato’ Onn Jaafar setelah meninggalkan UMNO pada tahun 1951. Apa sahaja yang Tunku Abdul Rahman baut dan perjuangkan tidak betul baginya.

Akhirnya sebiklangan besar ahli UMNO – sama ada yang menyokongnya atau tidak telah menyifatkannya seperti ‘Quran buruk’, itu hendak dibaca tidak boleh, hendak dibawa juga tidak boleh, maka tempatnya atas kayu haling atau para-para.

Mungkin adil saya utarakan di sini, bahawa Dr. Mahathir Mohamad patut bersyukur kepada Allah kerana beliau telah terlalu lama memimpin negara ini.Sepanjang kepimpinannya negara kita berkeadaan sebuah kebun nangka. Ada di dalamnya buah nangka yang baik isinya dan boleh dipasarkan ke dalam Bandara. Ada pula buah nangka bubur, kambing pun tak sanggup memakannya.

Setelah Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan kerusi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya Abdullah Badawi telah merombak dasar dan system kerajaan dengan doktrinnya dalam sajaknya ‘Mencari Damai Abadi’:

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

untuk hidup kaya.

Aku cari bukan wang berjuta-juta,

untuk hidup bergaya.

Aku cari bukan kawan-kawan,

untuk hidup sekadar berfoya-foya.

Aku cari mana dia Al Ghazali.

Aku cari mana dia Asy Syafie.

Kita bongkar Rahsia Kitab suci,

cari panduan.

Kitra bongkar rahsia Sunnah Nabi,

cari pedoman.

Kita hidup kerana Dia Rabbi.

Dialah teman.

Dalam ucapan Abdullah Badawi ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2004, beliau telah mengejutkan kawan dan lawan politiknya dengan kata-katanya, “ saya akan ikut cara saya” dan “Mari bekerja bersama saya, bukan untuk saya”.

Dengan falsafah dalam sajak dan kata-kata Abdullah Badawi itu, maka ramai cendekiawan Melayu, termasuk beberapa orang professor dari universiti-universiti berkata kepada saya, bahawa Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin Negara nampak berjaya dalam bidang ekonomi Negara, tetapi kemudiannya banyak syarikat dan orang-orang korporan yang terpaksa mengalami zaman sedih.

“Dia gagal menyatupadukan Orang Melayu dan Umat Islam seperti Kemal Ataturk yang gagal menyatu-padukan umat Islam dan rakyat Turki,” kata seorang profesor kepada saya.

“Saya ahli PAS, saya tidak menyebelahi Pak Lah, tetapi tindak tanduk Dr. Mahathir Mohamad itu patut dibendung kerana membahayakan Negara dan rakyat,”kata seorang tokoh PAS yang enggan disebut namanya kepada saya.

Kekalahan Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi wakil UMNO bahagian Kubang Pasu, Kedah ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia (awal November 2006) dalam mesyuarat Agung UMNO bahagian tersebut pada 9 September 2006 lalu, menjadi petanda, bahawa tindak tanduk beliau tidak digemari oleh ahli-ahli UMNO dalam bahagian beliau sendiri. Kekalahan itu bererti wujudnya perpaduan yang kuat di kalangan ahli-ahli UMNO bahagian itu dan sekali gus untuk menyelamatkan nama beliau sebgai bekas pemimpin Negara di samping mereka menaruh keyakinan kepada era politik dan kepimpinan Abdullah Badawi dan Nanjib Tun Razak.

Ketua UMNO bahagianKubang Pasu, Datuk Mohd.Johari Baharum dalam ucapannya dalam Mesyuarat Agung yang dirasmi Ketua Perhubuangan UMNO negari merangkap Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mahadzir Khalid itu, telah berkata, “Pergisiran tidak menguntungkan UMNO…, ia boleh menjejaskan kekuatan dan keharmonian parti”.

“Saya tidak fakir kita sanggup mnenjahanamkan parti kerana pertentangan pendapat, kita mesti kembali kepada asas kehidupan berparti dan kembali kepada falsafah pemimpin terdahulu supaya mengutamakan parti dan perjuangan,”katanya lagi.

Beliau menyeru ahli-ahli UMNO dalam semua cawangan bawah bahagian itu supaya setia kepada pemimpin masa kini (Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak) yang sedang melaksanakan dasar negara dan pembangunan.

Kerana UMNO bahagian Kubang Pasu adalah bahagian UMNO yang paling dekat dengan Dr. Mahathir Mohamad, maka kekalahan beliau untuk menjadi wakil bahagian itu ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, membuktikan polisi beliau telah tidak diterima lagi.

Kekalahan Dr Mahathir Mohamad itu bukan sahaja dapat melumpuhkan ‘semangat’ penyokong-penyokong beliau, bahkan serkali gus menguatkan kedudukan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak.

Berita dari BERNAMA yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 9 Jun 2006, Ketua UMNO bahagian Kubang Pasu dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah menyeru ‘hentikan kemelut antara Dr.Mahathir – Abdullah’, seperti berikut:

Kuala Lumpur 8 Jun –Kritikan peribadi Tun Dr.Mahathir Mohamad terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak harus diperbesar dan diperpanjangkan demi kebaiakan rakyat dan negara, kata Bekas Setiasuaha Politik kedud-dua tokoh pemimpin itu, Datuk Johari Baharum hari ini.

Katanya, isu itu tidak elok diperbahaskan secara terbuka keran aia bersifat peribadi dan tidak molek jika pihak lain seperti rakyat terseret sama dalam perkara ini.

Bliau juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri bimbang jika polemik ini tidak ditangani secara halus dan betul, kemnungkinan besar ia akan diambil kesempatan oleh orang lain pula yang bekepentingan.

Johari adalah bekas Setiausaha Politik kepada kedua-dua pemimpin Abdullah danDr.Mahathir semeasa mereka menjadi Perdana Menteri sebelum beliau memegang jawatan sekarang selepas pilihan raya umum 2004.

Johari memberitahu BERNAMA ketika dihubungi di pejabatnya di Putrajaya,beliau amat kesal perkara ini diperbesar-besarkan oleh media kerana kritikan yang dibuat oleh Dr. Mahathir bukan perkara baru dan pernah diperbetulkan lama sebelum ini serta ditangani oleh kerajaan dengan cara yang terbaik.

Beliau difahamkan perkara ini timbul apabila media asing mula bertnayakan soalan-soalan peribadi semasa sidang akhbar yang diadakan oleh Dr Mahathir semalam untuk mengehabahkan forum keamanan yang akan dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana di pejabatnya di Putrajaya.

“Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam membawa kemajuan kepada rakyat dan membangunan negara sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri,” katanya merujuk kepdea kenyataan Dr.Mahathir bahawa beliau “ditikam dari belakang” oleh sesetengah pemimpin.

Menurutnya, Abdullah amat menyokong kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri itu kerana beliau turut berada dalam kebinetnya dan secara peribadi beliau menghormati Dr.Mahathir sebagai seorang negarawan dan tokoh pemimpin negara.

Katanya lagi, Abdullah tidak pernah lupa budi dan jasa Dr.Mahathir selama ini serta tidak pernah mengkritik beliau mengenai sebarang isu walaupunh Abdullah sendiri dikritik tajam.

Jalsa beliau, caraa Abdullah mentadbir negara memang berbeza jika dibandingkan dengan cara Dr. Mahathir dahulu tetapi ia tidak bermakna tidak ada kesisnambungan dalam memerintahan negara.

“Semua dasar kerajaan yang dibuat sebelum ini masih diteruskan oleh Abdullah dan tidak berubah.

Kita masih berusaha untuk mencapai matlamat negara menuju menjuelang tahun 2020 dan kini kita sedang giat hendak melaksanakan rancangan Malaysia kesembilan demi kemajauan rakyat,” katanya.

Beliau berpendapat, bahawa keputusankeputusan yang telah dibuat semasa pentadbiran Dr.Mahathir dahulu amat sesuai pada ketika itu.

“Bagaimanapun, dengan adanya perkembangan dan isu-isu terbaru, pendekatasnnya haruslah diubah mengikut keadaan semasa tetapi ini tidaklah bermakna ia menidakkan dasar-dasar yang dibuat dahulu.

“Inilah yang mungkin kurang disenangi oleh Tun Dr.Mahathir,”kata beliau yang mengaku amat kenal hati budi kedua-dua pemimpin itu.’[5]

Abdullah Badawi yang mendapat sokongan bulat dan padu dari Najib Tun Razak telah mendapat sokongan menyeluruh dari pemimpin-pemimpin UMNO di negeri-negeri berhubungan dengan pembatalan projek jambatan bengkok Johor- Singapura antara mereka seperi yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 9 dan 10 Jun 2006.Mereka menyifatkan sesetengah dari isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebagai tidak wajar.

Tokoh penting UMNO Johor yang pada zaman Dr. Mahathir Mohamad telah disebut-sebut sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bahawa kenyataan Dr.Mahathir Mohamad itu cenderung untuk menghakis kredibiliti dan integriti, bukan sahaja Perdana Menteri tetapi juga kerajaan.

Naib Presiden UMNO Malaysia dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, walaupun kenyataan itu merupakan pancangan peribadi namun akibatnya dan kesannya agak kritikal. Bekas orang kuat Anwar Ibrahim dalam kelumpuk ‘Melayu baru’, bekas Menteri Besar Selangor dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib mengakui, bahawa segala tindakan Perdana Menteri, Abdullah Badawi adalah demi kepentingan negara dan bangsa.

“Abdullah banyak memperkenalkan pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa, tindakan itu membuktikan beliau ikhlas dan sentiasa mahukan bangsanya, rakyat serta negara berada dalam sejahtera.” Katanya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang melihat pendekatan dan pelaksaan setiap Perdana Menteri adalah berbeza. Katanya, Dr. Mahathir dengan cara beliau, kualiti Abdullah pula sering berbincang dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengemukakan pandangan.

“Beliau bertindak mengikut keadaan semasa. Oleh itu, tidak timbul soal beliau soal beliau tidak menunaikan janji,”katanya.

Menteri Besar Perak yang sebelum Abdullah Badawi dilantik ke kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau bersama Mohd. Nazri Aziz adalah ‘orang kuat’ Najib Tun Razak dan mahukan beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri itu, berkata, beliau tidak pernah membenci atau melupakan jasa bekas Perdana Menteri itu tetapi memang prinsipnya akan menumpahkan taat setia kepada Perdana Menteri yang sedang memerintah sekarang.

“Anda fikir salahkah (setia kepada Abdullah) itu?

Sebelum ini, saya juga pernah memberitahu orang ramai bahawa saya pengikut Dr. Dr Mahathir dan setia kepadanya kerana beliau merupakan Perdana Menteri pada masa itu.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang sanggup menjadi ‘orang tengah’ bagi menyelesaikan ‘perkara’ Dr. Mahathir Mohamad dengan Abdullah Badawi berkata, sepanjang Abdullah nemimpin negara ini, beliau tidak pernah mendengar Perdana Menteri membatalkan mana-mana projek mega yang telah diluluskan pada zaman Dr. Mahathir kecuali projek jambatan di Tambak Johor, itu pun setelah mengadakan perbincangan secara terbuka.

Pemimpin MIC dan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Vellu berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu adalah bukti pendekataan dan kepimpinan Abdullah telah berjaya meletakkan Malaysia di landasan yang betul dan memenuhi anspirasi rakyat.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Encik Karpal Singh mahu

Dr. Mahathir Mohamad berhenti daripada terus mencampuri

urusan kerajaan.

Sementara itu, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di rumahnya, di Bukit Damansara, pada 29 Julai 2006, menyeru semua pihak supaya kemelut antara Dr.Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi tidak mengheret rakyat umum.

‘Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kemelut di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merubah senario politik ketika ini tidak diheret ke pangkuan rakyat.

Katanya, perbalahan sebalah pihak yang berlaku di antara Mahathir dengan Abdullah adalah masalah peribadi yang tidak perlu diberi tumpuan, kerana ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang diperjuangkan selama ini.’[6]

Sesungguhnya ahli-ahli UMNO di bawah pimpinan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak lebih mementingkan perpaduan dan kepentingan Negara daripada memberi sokongan yang remeh temeh yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan rakyat.



[1] Chamil Wariya, Najib Razak 30 Tahun Dalam Politiki, 2006, Kuala Lumpur, Matrix, hln.129, 130.

[2] Gerald Kaufman, How To Be A Minister, London, Sidgwick and Jackson Limited,1980, hln.3.

[3] Allahyarham Tun Hussein Onn sendiri telah menjelaskan kepada saya. Tan Sri Ghazali Shafie juga telah

mengakuinya kepada saya.

[4] [4] Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Menghadapi Cabaran, Kuala Lumpur, Pustakan Antara

Sdn.Bhd.1980, hln.152.

[5] [5] BERNAMA 8 Jun 2006; Utusan Malaysia 9 Jun 2006.

[6] [6] Siasah, 7 – 20 Julai 2006.



(Dari manuskrip, Catatan Sejarah, oleh: Mokhtar Petah – Editor, Petah Shahrir Aidid).







No comments: