Friday, June 26, 2009

RENUNGAN SEPANJANG HARI JUMAAT


1.Assalamualaikum... Menurut kata seorang ustaz, bapa saya di bomoh (bomoh siam dan bomoh jawa) oleh seorang janda sehingga bapa saya sanggup mendirikan rumahtangga dengannya. Menurutnya lagi, janda teBagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh saudara ini, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh saudara ialah berbincang dengan cara yang baik dengan bapa melalui perantaraan keluarga yang terdekat. Sekiranya tidak berjaya,bolehlah ibu saudara membuat aduan di Jabatan Agama Islam yang berdekatan mengenai ketidakadilan yang dilakukan oleh bapa saudara kepada ibu dan anak-anaknya. Ini kerana bapa saudara telah berpoligami.Di samping itu berusahalah dengan memperbanyakkan sembahyang hajat dan berdoa agar bapa saudara insaf dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
2.Assalamualaikum, Kebelakangan ini banyak dilihat dan didengar perubatan secara Tenaga Dalaman seperti Aura, Reiki , Chakra dan berbagai2 lagi. Mereka mendakwa sesiap yang mengamalkan Tenaga Dalaman iIslam membenarkan mengambil mana-mana ajaran atau amalan dengan syarat tidak bercanggah dengan syara'. Sekiranya ada ajaran-ajaran yang diragukan kesahihan syara'nya, sila buat aduan ke Bahgian Penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.

3.Mengenai cara perubatan alternatif melaui bomoh yang meminta untuk melakukan pembakaran kemenyan selepas waktu maghrib selama satu mingguAmalan perubatan dan perbomohan seperti itu adalah termasuk dalam khurufat dan perlu dijauhi
4.asslamualaikum. saya ada satu soalan. apakah gambaran yang diberikan alquran mengenai sihir.Wa'alaikumussalam... Sihir termasuk dalam ketagori melakukan dosa besar. Melakukan sihir merupakan salah satu perkara yang diharamkan oleh Islam.Al-Quran telah menggambarkan sihir dalam banyak surah antaranya ialah surah al-Maidah ayat 113, surah al-Qasas ayat 36, surah Toha ayat 58, surah al-Baqarah ayat 102, surah Saad ayat 4, surah Yunus ayat 77.

5.assalamualaikum.. boleh tak ketengahkan dalil-dalil dari alquran yang menjelaskan tentang sihir ataupun menceritakan mengenai perkara sihir. terima kasihWa'alaikumussalam... Sihir termasuk dalam ketagori melakukan dosa besar. Melakukan sihir merupakan salah satu perkara yang diharamkan oleh Islam.Al-Quran telah menggambarkan sihir dalam banyak surah antaranya ialah surah al-Maidah ayat 113, surah al-Qasas ayat 36, surah Toha ayat 58, surah al-Baqarah ayat 102, surah Saad ayat 4, surah Yunus ayat 77. .
6.Assalamualaikum....apakah hukum mengunakan tanah untuk membuang santau dari individu yang terkena santau dan apakah cara terbaik untuk membuangnya?Harus menggunakan tanah dengan syarat memohon izin terlebih dahulu kepada tuan tanah tersebut.Untuk membuang santau tersebut bolehlah saudari merujuk/bertanya kepada pakar santau yang terdiri daripada guru-guru agama yang mahir mengenai perkara tersebut.

7.Bagaimanakah caranya untuk mengubati orang yang terkena sihir seperti ditutupkan jodoh mereka iaitu mereka suka kepada orang tetapi orang tidak suka kepada mereka.saudari perlu segera berubat dengan pakar dalam bidang perubatan sihir.Sebaik-baiknya saudara pergi berubat di Darul Syifa' Bandar Baru Bangi.
8.salam.saya ingin bertanya jika seseorang itu dikena dengan sihir ,untuk berubat boleh kita guna khidmat bomoh,saya pernah melihat cara perubatan bila dilihat dengan mata nampak bukan macam pekara syiWa'alaikumussalm... Perbomohan yang menggunakan jin,hantu dan ilmu hitam adalah haram. Sebaliknya perubatan secara Islam seperti berjampi dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran adalah harus.Oleh itu saudara hendaklah mencari pakar-pakar perubatan Islam untuk mengubati penyakit yang dialami. .

9.salam, saya baru sahaja berkahwin. saya musykil dengan amalan dan kepercayaan suami saya dan keluarganya. Mereka sekeluarga menuntut dengan seorang ustaz di sabah berkenaan dengan kaedah perubatan seAmalan perbomohan yang menggunakan jin atau roh seseorang adalah bertentangan dengan syariat Islam.Oleh itu saudari hendaklah menasihati suami supaya tidak mengamalkan perubatan sedemikian.
10.saya ingin mengemukakan persoalan tntg sihir.apakah balasan Allah swt terhadap orang yg bertindak mensyihirkan org lain sehingga si mangsa berada dalam keadaan sihir sehingga akhir hayatnya?adakah amPerbuatan orang yang menyihirkan orang lain adalah berdosa besar.Di akhirat orang tersebut akan dibalas oleh Allah S.W.T. dengan balasan yang kita tidak ketahui kecuali Allah S.W.T. sahaja.Sementara amalan orang yang teraniaya akan diterima Allah S.W.T.Orang yang mentertawakan orang laim adalah berdosa dan wajib meminta maaf kepada orang yang ditertawakan tersebut.Walau bagaimanapun sebaik-baiknya berusahalah mengubati penyakit yang dihidapi oleh mangsa tersebut dengan kadar segera.Janganlah berputus asa daripada berusaha mengubati pesakit disamping berdoa kepada Allah S.W.T. agar penyakit tersebut sembuh.

11.Saya ada menerima email ini. Setakat mana kah kesahihannya utk dipercayai. Emailnya: " Latest news from my niece fren kat bangi...so take note ok... assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, diSihir adalah salah ilmu yang boleh memberikan bermacam-macam risiko kepada manusia.Oleh itu kita sebagai ummat Islam hendaklah mengamalkan membaca al-Quran setiap hari di rumah dan amalkan membaca ayat al-Kursi serta tiga Qul(surah al-Ikhlas,surah al-Falaq dan surah al-Nas) pada setiap kali selepas sembahyang dan ketika hendak masuk ke rumah.
12.sy ada mendengar dari ustaz yang mengatakan bahawa holywater ini boleh menyebabkan seorang muslim tidak dpat mengucap apabila meminumnye?adakh holy water ini juga boleh merosakkan akidah seseorg muslHolywater sebenarnya ada kaitan dengan satu upacara keagamaan keristian. Justeru elakkanlah diri anda daripada meminum holywater atau terlibat dengan lain-lain aktiviti agama lain yang boleh merosakkan akidah dan menjejaskan keimanan.

13.aslmkm...soalan in berdasarkan pengalaman seseorang..apa hukumnya orang yg melakukan penganiayaan kepada sepasang suami isteri supaya mereka bergaduh & berpisah, kerana keluarga si suami tidak suka pBerdosa melakukan penganiayaan kepada sepasang suami isteri supaya berpisah.Oleh itu bertaubatlah segera daripada perbuatan sedemikian rupa kera ia akan memberikan kesan yang negatif kepada pasangan tersebut dan anak-anaknya.
14.apakah ciri-ciri seorang bomoh perubatan yang mengamalkan sihir?Semua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat: 1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali 2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya 3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk. 4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an 5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit. 6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan 7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang 8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing. 9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti se

15.Assalamualaikum w.b.t, Saya ada satu pertanyaan...Baru baru ini kawan saya cerita ada makhluk masuk ke dalam tubuh saudaranya. Kawan saya ckp yang pabila sahaja benda itu berlaku, seorang kenalan sauAnda tidak perlu mempercayai kata-kata pawang tersebut, kerana ia mungkin menggunakan jin atau sihir ketika berubat.Yakin dan percayalah kepada kekuasaan Allah S.W.T. sahaja.Tidak ada orang yang mempunyai kelebihan yang boleh mengatasi kekuasaan Allah S.W.T.
16.kaedah perubatan dengan bantuan alam ghaib apakah hukumnya?Perbomohan yang menggunakan jin,hantu dan ilmu hitam adalah haram. Sebaliknya perubatan secara Islam seperti berjampi dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran adalah harus. Semua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat -syarat seperti berikut: 1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali 2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya 3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk. 4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an 5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit. 6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan 7. Ti

17.pa hukumnya kalau seseorang itu menerima saka daripada warisnya dengan niat untuk mempertahankan diri sekiranya saka itu tidak menyesatkan akidahnya??Islam melarang ummatnya menerima apa-apa saka daripada waris walaupun untuk tujuan kebaikan, kerana ia boleh membawa seseorang itu kepada penyelewengan akidah iaitu syirik kepada Allah S.W.T.Oleh itu elakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah yang boleh membawa kepada kemurkaanNya.
18.Tuan, adakah mengucapkan ungkapan salam kepada dan menyebut nama dalam salasilah Nabi Muhamad SAW, nama asal Nabi Khidir a.s dan salasilahnya, nama tujuh pemuda kisah dalam al-kahfi. itu bercanggah dTidak terdapat nas yang menjelaskan tentang mengucapkan ungkapan salam kepada dan menyebut nama dalam salasilah Nabi Muhamad SAW, nama asal Nabi Khidir a.s dan salasilahnya, nama tujuh pemuda kisah dalam al-kahfi.

19.salam..saya ada seorang kakak yg sakit pelik,orang kata dia terkena buatan orang.jadi kami adik bradik da tak than dgan sakit yg dia alami sehinggakan kami cam da putus asa.kami slalu ckp biarla AllaSaudari perlu segera membawa kakak berubat dengan pakar dalam bidang perubatan sihir.Sebaik-baiknya saudari membawa beliau berubat di Darul Syifa' Bandar Baru Bangi.Mudah-mudahan kakak saudari beransur pulih
20.Isteri saya seringkali di datangi oleh mimpi yang buruk seperti berhadapan dengan ular serta anjing berwarna hitam.sebelum ini ada ustaz yang merawat dengan ayat alquran dan mengatakan ianya sihir.isSaudara hendaklah segera membawa isteri berjumpa dengan orang yang boleh menghalang sihir tersebut yang terdiri daripada pakar perubatan Islam. Perbuatan mengenakan sihir kepada orang lain adalah berdosa dan pengamalnya hendaklah segera bertaubat kepada Allah S.W.T. kerana telah banyak melakukan kezaliman pada orang lain. .

21.Assalamualaikum. Saya baru sahaja bernikah 2 minggu yang lalu. Saya dimaklumkan oleh isteri saya bahawa dia dan keluarganya disihir oleh orang yang mempunyai hasad dengki kepada keluarga mereka. IsteWaalaikumussalam, Semua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat: 1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali 2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya 3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk. 4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an 5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit. 6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan 7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang 8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing. 9. Tidak boleh meninggalkan ibada
22.Assalamualaikum w.r.t Ustz/ Ustzh : Di sini saya ingin bertanyakan beberapa kemusykilan dan apakah cara terbaik yang boleh diambil dari permasalahan yang saya hadapi. 1.) Saya berkawan dengan seorangPanel tidak menafikan kewujudan ilmu sihir walau bagaimanapun dosa zina yang telah dilakukan oleh berdua wajib bertaubat nasuha, iaitu menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Banyakkan solat hajat dan lain-lain seprti berpuasa, Insyallah Allah Maha pengampun dan penyayang. Jangan salahkan orang lain jika kita melakukan sesutau perkara yang salah. Muhasabah diri adalah penting, teruskan berubat di darul syifa' dan Insyallah jika kita hendak kebaikan Allah akan tunaikan, tetapi anda perlu bersabar dan berdoa.

23.Asalamualaikum WBT. Saya telah berkahwin selama 9 tahun dan kerap bertengkar dengan suami. Sepanjang perkahwinan kami, suami saya pernah memukul saya (lebih kurang 4 kali)semasa di dalam keadaan yangApabila berkahwin seorang isteri wajib mentaati suami selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Sebagai seorang isteri puan boleh mengeratkan hubungan dengan suami dengan cara yang tidak lari dari hukum syarak seperti melembutkan hatinya dengan membaca surah Yusuff ayat 4, surah Taha ayat 1-6 dan sebagainya.
24.Assalamualaikum w.b.r..... Baru-baru ini saya telah memutuskan hubungan dengan seorang lelaki kerana saya beranggapan kami tidak serasi bersama.Hal ini kerana kami sering kali bergaduh @ berperang muWaalaikumussalam Saya harap saudari bersabar dengan dugaan tersebut. Ingatlah bahwa dugaan adalah ujian buat manusia bagi meningkatkan iman. Dan percayalah , yakin pada diri sendiri bahawa saudari mampu menghadapinya kerana Allah swt tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Dan ingatlah segala kebaikan dan kemudharatan hanyalah berlaku dengan izin-Nya. Oleh itu, saudari dinasihatkan bersiap sedia setiap hari meningkatkan pertahanan diri sendiri samada pertahan fizikal, mental dan rohani. Fizikal umpamanya, menjaga makan minum, sumber yang halal, baik dan berzat, berhati-hati dengan penyediaannya, siapa yang memberinya dan sebagainya. Kerana akal yang sihat adalah dari tubuh badan yang sihat. Maksudnya dengan tubuh badan yang baik dan tidak sakit atau lemah kita dapat mengawal mental kita agar tidak berasa lesu, malas dari berfikir positif, berzikir dan bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama pertingkatkan kekuatan rohani dengan banyakkan solat sunat, hajat

25.saya cuma tahu satu ayat tapi tidak tahu maknanya. fasayappi kamullah wahuwal aliyul azim. sila nyatakan makna dan apa kebaikan kita menzikirkannyaMaksudnya ialah,oleh itu janganlah engkau khuatir wahai Muhamad kerana Allah akan memeliharamu dan umatmu dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi maha mengetahui.Semua ayat-ayat Al-Quran adalah penawar dan rahmat kepada manusia.
26.Asalammualaikum Tuan, bagi mengelakan diri daripada ganguan syaitan yang merupakan dengan bermacam rupa apakah ayat-ayat alquran bagi melindungi diri kitaWa'laiakumussalam wrt. Bagi mengelakkan diri daripada gangguan syaitan bacalah surah al-Fatihah, ayat kursi, surah al-kafirun, al-ikhlas dan al-Nas.

27.suami saya seorang yang taat dalam agama. Amat bersyukur diberi seorang suami yang beriman sepertinya. Dipendekkan cerita, suami saya telah terkena sihir oleh seorang wanita lalu berkahwin hanya mengSekiranya puan meyakini bahawa puan dan keluarga terkena sihir maka lebih baik dapatkan rawatan di pusat rawatan Islam untuk menyelesaikan masalah sihir tersebut.
28.Assalamualaikum w.r.t Ustaz/Ustazah Saya ada sedikit kemusykilan. Apa yang ingin saya ajukan permasalahan ini adalah untuk mengelakkan dari akidah saya terpesong atau terus dalam kemusykilan atau terWaalaikumussalam Apa yang berlaku ke atas saudara adalah kuasa Allah s.w.t. Mudah-mudahan ianya mendatangkan kebaikan dan rahmat buat saudara.

29.adakah seseorang boleh melihat ruhnya sendiri dan juga melihat ruh orang lain?adakah seseorang boleh mencapat makrifat tertinggi seperti wali?Setiap orang Islam wajib mempercayai perkara-perkara ghaib melalui ayat al-Quran dan hadis dan tidak perlu mempertikaikan kesahihannya. Sekiranya anda masih mempunyai keraguan disebabkan kefahaman yang tidak jelas, anda dinasihatkan agar mendapat penjelasan secara bersemuka dengan ahli-ahli agama yang bertauliah.
30.saya ingin mendapat kepastiaan tentang SAKA. adakah ianya elok disimpan atau mesti dibuang.apakah hukum membela saka atau mewarisi saka. adakah saka yang datangnya dari keturunan tidak boleh dibuang.Islam melarang ummatnya menerima apa-apa saka daripada waris walaupun untuk tujuan kebaikan, kerana ia boleh membawa seseorang itu kepada penyelewengan akidah iaitu syirik kepada Allah S.W.T. Justeru itu bagi mengelakkan daripada berlaku syiri terhadap Allah, adalah disarankan agar saka yang dibela atau diwarisi itu dibuang. Insya' Allah pengamal perubatan Islam boleh membuang saka yang terdapat di dalam badan seseorang.

31.Assalamualaikum.. Saya berkawan dengan kekasih saya selama 8 tahun. Biarpun ibu saya menghalang dan kami puus hubungan beberapa kali, akhirnya kami tetap bersama. Saya amat mengenalinya dan amat yakiWa'alaikumussalam wrt. Menuduh seseorang tanpa bukti adalah perbuatan yang dilarang. Mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional yang diberikan oleh bomoh diharuskan selagi mana bomoh tersebut tidak beramal atau menggunakan cara dan kaedah rawatan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti di bawah : 1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali 2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya 3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk. 4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an 5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit. 6. Tidak menggunakan k
32.adakah pembedahan secara ghaib yang dilakukan oleh setengah-setengah pengamal perubatan islam itu dibenarkan dalam islamPembedahan secara ghaib yang dilakukan oleh sesetengah Pengamal Perubatan Islam adalah harus.

33.bagaimanakan cara ntuk mengetahui bahawa seseorang itu memakai susuk dan bagaimana caranya untuk membuangnya.Tidak ada cara- tertentu untuk mengetahui bahawa seseorang itu memakai susuk atau tidak. Sekiranya seseorang itu telah memakainya , hendaklah dia membuangnya dengan orang yang mengetahui tentang perkara tersebut.
34.ASM. Bolehkah kita berbicara dengan ahli kubur? Saya pernah lihat ada orang yang boleh berbuat demikian. Katanya, berbicara di alam hakikat. Tarikat mana yang belajar alam hakikat ini?Tiada nas yang sohih yang menunjukkan tentang kita boleh berbicara denga ahli kubur.

35.Saya ada terbaca dalam internet tentang Bomoh Artis Malaysia yang menyediakan pelbagai rawatan termasuk Susuk. Susuk ayat Al-Quran untuk umat islam & susuk berlian,emas untuk bukan islam. Susuk ayat Memakai susuk adalah perbuatan khurafat yang boleh membawa kepada syirik. Oleh itu perbuatan tersebut dilarang oleg Islam . Walau bagaimanapun Islam tidak melarang umatnya untuk mempelajari pelbagai ilmu yang boleh mendatang faedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Begitu juga ilmu untuk memajukan perniagaan. Manakala perhiasan yang paling baik ialah iman, amal dan akhlak. Itulah resepi kecantikan seseorang individu. Sekiranya seseorang telah memakai susuk hendaklah dia membuangnya kerana perbuatan bertentangan dengan akidah Islam. ..
36.ADAKAH KUASA MINDA INI SIHIR?Terdapat pertikaian tentang subjek yang diperkatakan ini. Dari dahulu, terdapat sesetengah khalayak yang suka membuat “terjahan” dan kesimpulan tanpa melihat dan memahami teknologi hebat ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini. Untuk mengetahui sesuatu pekara itu betul atau salah, kita perlu memahami dan mengetahui ilmu tersebut. Bukan hanya membaca dan membuat takrifan berdasarkan kefahaman kita yang bukan dari bidang tersebut. Sikap suka membuat “label” banyak membuatkan bangsa dan agama kita terus tertinggal dan diperkecilkan oleh orang luar.

37.Assalammualaikum. saya ingin menanyakan satu soalan kepada ustaz. Apakah doa, zikir dan amalan (surah-surah ) yang khusus bagi menghidari seseorang itu terkena sihir, saka dan sebagainya. sekian teribanyak doa dan zikir yang dapat menghindari diri terkena kecelakaan atau sihir. Banyak disebut di dalam kitab doa-doa yang ma'thur. Apa yang lazim bacalah doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa naik kenderaan, melazimi membaca alFatihah, surah2 tiga Qul, Membaca ayat Qursi dan biasakan berzikir samada di bibir atau di hati. Sekiranya dilazimi perkara tersebut sudah mencukupi untuk meghindari sihir, iaitu menyediakan payung sebelum hujan.
38.assalammualaikum.... saya ingin bertanya kepada pihak ustaz/ustazah tentang masalah saya ini. keluarga saya ada mempercayai seorang pengamal tradisional yang mereka memanggil nya dengan gelaran "atukSemua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat: 1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali 2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya 3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk. 4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an 5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit. 6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan 7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang 8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing. 9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti se

39.Assalamualaikum Ustaz/Ustazah..saya ingin bertanya, apakah perkara yang sebenarnya dimaksudkan dengan "istidraj" ?..Mohon penjelasan. Syukran..Wa'alikumussalam.. Untuk pengetahuan saudara, istidraj adalah bermaksud kemurkaan Allah terhadap makhluk. Lalu diberikan kepada hambanya itu sesuatu agar dia lagi engkar kepada perintah Allah. Sebagai contoh kekayaan, diberinya lagi kekayaan agar dia terus jauh dari menjalani perintah tuhannya.
40.Asalamualaikum Ustad. Saya ingin bertanya, adakah segala bisikan yang datang dari dalaman saya memburukan ALLAH ini datangnyadari syaitan atau nafsu jahat sendiri, kerana saya sendiri tidak mahu teriWaalaikumussalam. Segala bisikan yang datang samada dari luar dan dalam diri manusia itu sebenarnya berpunca daripada gangguan syaitan. Justeru panel menasihatkan supaya anda memperbanyakan membaca al-quran, berzikir, berselawat, bertasbih mengingati Allah dan jangan lupa senantiasa memohon keampunan daripada Allah SWT. Dengan mengamalkannya maka ia akan menjadi pendinding atau penghalang diri anda daripada gangguan syaitan. Jadikanlah al-quran sebagai sahabat setia kerana Al-Quran adalah sebaik-baik penawar untuk diri sendiri dan keluarga.

41.sya sll merasa seperti ada bayangan yg mengekori sya.pernah dibawa berubat kg dan jelas menurut si pengubat ada yg mengikut sya.skg rumahtangga hampir hancur kerana org ke 3Anda dinasihatkan menggunakan perubatan ISlam sekiranya pasti perkara ini mengganggu saudara
42.Asalamualaikum, sy seorang ahli Persatuan Seni Silat Gayong Makrifat Malaysia dan ingin bertanya mgnai seni silat gayong makrifat, adakah seni silat ini dbnarkan oleh pihak berkuasa jakim untuk diajaAnda boleh menyertai mana-mana seni silat atau seni mempertahankan diri asalkan seni silat tersebut tidak bercanggah dengan Islam. Untuk mengetahui secara terperinci berkaitan seni silat manakah yang bercanggah atau tidak anda bolehlah merujuk buku " Garis Panduan Silat Menurut Pandangan Islam " keluaran Jabatan Kemajuan islam Malaysia yang diedarkan secara percuma . . Sekiranya inginkan penjelasan lanjut anda boleh menghubungi Cawangan Akidah Bahagian penyelidikan di talian 03-88864291/92

43.assalamualaikum... Saya individu yg berasal dr pantai timur & berumur 31 thn serta sudah berumahtangga & mempunyai 3 org anak. Sejak dr bulan 6 thn lepas saya telah mendpt gangguan berupa manusia tetAnda telah diganggu oleh makhlik halus.Oleh sentiasalah amalkan membaca ayat al-Kursi dan 3 Qul( surah al-Ikhlas, surah al-Falak dan surah al-Nas).Amalkan juga membaca al-Quran pada setiap malam dan pada masa-masa lapang dan terluang serta lazimkan diri untuk solat berjemaah di masjid /surau yang berhampiran.
44.Apakah yang perlu saya lakukan bagi mengelakkan keretakkan rumahtangga saya daripada perbuatan sihir dari orang luar ataupun aniaya orang luar?Anda disarankan supaya banyakkan baca al-Quran, berdoa, solat hajat memohon supaya Allah melindungi daripada perkara-perkara tersebut. Selain daripada itu anda juga digalakkan supaya bergaul dengan masyarakat secara baik dan bersangka baik dengan orang lain.

45.BOLEHKAH ORANG YANG TERKENA SIHIR SEMBUH SEPERTI SEDIAKALASetiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Berusahalah mengubatinya dan mohonlah pertolongan daripada Allah, mudah-mudahan ianya dapat sembuh kembali.

(Di angkat dari halaman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM. Editor, Petah Sharir Aidid)








No comments: