Sunday, June 28, 2009

ABE UJI TURUN PADANG

TEMUI PELAJAR KE IPT

Mohd Nor Yahya

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Selepas diisytiharkan sebagai calon PAS malam tadi, hari ini Haji Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji turun padang menemui masyarakat

Beliau bersama isteri, Aminah Mahmood dan kakak sulung, Mariam menziarahi keluarga Allahyarham Ismail Yaakob di Kampung Manek Urai Lama.

Selepas itu beliau menemui pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu sambil menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar.

Ketika berucap ringkas pada majlis itu beliau berkata, biar pun baru dipilih sebagai calon PAS Dun Manek Urai namun hubungannya dengan penduduk Manek Urai sudah lama terjalin keran sering mengikuti program dihadiri Paksu Wil.

"Kalau dulu saya mengikuti arwah dalam majlis sebegini dan sekarang saya meneruskan usaha-usaha yang telah beliau lakukan sebelum ini. Image

"Majlis penyampaian sumbangan seperti ini merupakan program biasa yang diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya ke universiti," ujar beliau.

Sementara itu seorang pelajar, Nur Atikah Che Razali, 20 yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Darul Iman melahirkan rasa bangga kerana menjadi anak Dun Manek Urai yang pertama menerima sumbangan disampaikan Calon PAS.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Abe Uji kerana sudi menyampaikan sumbangan tersebut walaupun sibuk dengan aktiviti kempen sempena pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Rakannya Nur Fatiha Mohd Safardi,20 yang berjaya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap Abe Uji dipilih rakyat mewakili Dun Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Sumbangan yang diterima hari ini adalah sebagai perangsang untuk meneruskan pengajian di bidang pendidikan," katanya.

Mohd Khairul Fahmi Zulkifli, 18 berkata, walaupun belum layak mengundi, namun yakin Abe Uji akan menjadi pilihan utama penduduk di Dun Manek Urai.

"Abe Uji mudah mesra dengan golongan belia biar pun baru pertama kali bersua muka," katanya.

(Berita aini dari Harakah Daily, 28 Jun 2009)



No comments: