Sunday, June 21, 2009

CERITA DARI NOVEL


AYAH


Dewan tamu apartment Namlatun Sa’adiah sepi.Dingin.

Namlatun Sa’adiah, Mustafa, Johan, Anisah Johan dan Anita Caddy duduk atas sofa. Baru sebentar mereka bersalaman.Degup jantung Anisah Johan seperti mengopak-ngopak dinding dadanya. Johan tidak dapat mengetahui akan sebab-sebab dia hadir di situ bersama mereka. Dia menyangka, kehadirannya hanya menjadi tetamu Namlatun Sa’adiah sahaja.

Abang, cakaplah,”kata Namlatun Sa’adiah kepada Mustafa.

Eh, cakaplah,”sahut Mustafa dan memandang kekasihnya.

Abang mula dulu…,”kata Namlatun Sa’adiah.

“…baiklah,”kata Mustafa.

Mustafa bangun dari sofa. Dua bola matanya merenung wajah Johan. Senyum. Matanya meniti pula atas wajah dua orang gadis, di hadapannya.

Assalamu alaikum, …begini, kita bertemu malam ini, hendak pertemukan antara dua manusia yang tidak pernah bertemu…,sebelumnya, …ia, kita hendak temukan Encik Johan dengan Cik Anisah Johan…,”kata Mustafa seraya duduk semula atas sofa..

Johan terasa tubuhnya menggigil. Dia merenung wajah Anisah Johan. Gadis itu tunduk. Wajahnya dibungai senyuman.

“…ia, Cik Anisah ada bapanya bernama Johan, tetapi sejak lahir dia tidak pernah bertemu bapanya.,”kata Mustafa. Senyum.

Bersama kita ini ada Encik Johan yang pernah berniaga kayu balak di Hutan Belum, Temengor…, di Malaysia,”tambah Mustafa.

Namlatu Sa’adiah menyambung percakapan Mustafa, “…Encik Johan telah berkahwin dengan seorang gadis Orang Asli di sana…, Zainab binti Abdullah…,”kata Namlatun Sa’adiah.

“…kerana Lembah Temengor di tenggelami tasik setelah empangan hydro elektrik Temengor di bina oleh Lembaga Litrtik Negara Malaysia di sana, mereka terpisah…,”kata Namlatun Sa’adiah lagi.

Dada Johan terasa sebak. Amat sedih hatinya mengingati isterinya, Zainab. Wajah Anisah Johan direnugnnya. Pada wajah gadis itu ada iras-iras wajahnya.

“ …sekarang kita hendak temukan bapa dengan anak, saya minta Cik Anisah Johan bercakap,”kata Namlatun Sa’adian dan merenung wajah gadis itu.

“…dengan nama Allah, saya Anisah binti Johan hin Mat Wali, …ibu saya, Zainab binti Abdullah, seorang perempuan Orang Asli, kaum Temiar, dalam rimba Banding, Lembah Temengor,Malaysia,” Anisah Johan bercakap sambil mengesat air matanya yang mengalir atas kedua belah pipinya.

Johan merenung wajah Anisah Johan. Dadanya sebak. Kalau tidak kerana di hadapannya ada gadis-gadis berpelajaran tinggi, tentulah dia meraung dan melolong di situ.

“…ibu saya telah bercinta dengan Encik Johan, seorang saudagar kayu balak yang menjalankan perusahaan membalak di Lembah Temengor, …ibu saya telah memeluk agama Islam, kemudian dia telah berkahwin dengan Encik Johan…,”jelas Anisah Johan.

Johan tunduk dan dua biji matanya bagaikan bergolek di hujung kakinya. Anisah Johan memandangnya. Sedih sambil menahan air mata dari membenak dalam dua telaga matanya.

“…kita manusia dengan segala karenah…, takdir di tangan Allah, …setelah ibu saya melahirkan saya, dia tidak pernah bertemu dengan suaminya…,”ujar Anisah Johan.

Semenjak saya dilahirkan ke dunia ini, saya tidak pernah bertemu dengan bapa saya,…saya tidak tahu, adakah bapa saya masih hidup atau telah…,” ujar Anisah Johan lagi.

Johan bangun terpacak. Dengan telaga matanya digenangi air, dia merenung kepada anaknya, Mustafa dan gadis-gadis di hadapannya, “…sayalah Johan, sayalah Johan bin Mat Wali yang telah berkahwin dengan Zainab binti Abdullah…, saya bersalah, …ayah salah,anak…”

Pada detik-detik begitu Johan tidak dapat menahan tangisannya. Dadanya sebak. Degup jantungnya bergegar bagaikan bergegarnya tube melungsur dalam perut bumi Bandaraya London.

“ …demi Allah, saya yakin, Anisah ini anak saya, dia ada iras-iras saya…,”kata Johan lagi.

Anisah telah bangun dari tempat duduknya dan duduk bersimpuh di hadapan Johan. Air matanya membasahi pipinya. Dari tas tangannya telah dikeluarkan sebuah Quran kecil. Quran itu diletakkan atas paha Johan. Johan memegang Quran itu bersama tangan kanan anaknya.

Ayah, ini Quran yang emak tinggal, kenang-kenangan emak kahwin dengan ayah,”kata Anisah Johan.

“…Anisah, anak ayah, maafkan ayah,”rayu Johan.

Ayaaah, …Anisah anak ayah,”kata Anisah Johan lalu memeluk tubuh bapanya.

Anisah Johan mencium kedua belah pipi bapanya.Dia berkeadaan anak kecil, memeluk dan menciumi bapanya sambil menganis.Sesekali Johan mengucup dan mencium ubun-ubun anaknya yang berbungkus dalam seledang putih.

Johan masih memegang Quran kecil yang telah diterima dari anaknya. Kalimat-kalimat ‘Kenangan pernikahan kita – Johan bin Mat Wali dan Zainab binti Abdullah’ tertulis atas muka dalam kitab suci itu, direnung oleh Johan dengan dua biji matanya yang digenangi air jernih.

Johan menangis lagi. Anisah Johan menangis lagi.

Anita Caddy yang sejak tadi merakamkan peristiwa sedih itu dengan kameranya, telah mengesat air matanya yang mengalir atas kedua belah pipinya.Tangan kananya mengurut dadanya. Sedih dan pilu telah membungkus hatinya yang muda.Pada saat-saat pilu begitu, dia teringatkan aruah bapanya, yang telah dibunuh oleh sekumpulan orang-orang Yahudi, di Palestin, pada tahun 1991.

Bapanya berasal dari Scotland. Dia menjadi imam masjid, di sebuah kampung di Palestin. Pada waktu dia dan dua orang mualim, seorang Arab dan seorang British sedang berjalan pulang dari sembahyang fardu Isyak, di masjid itu, mereka telah dikepung oleh orang-orang Yahudi. Di situ juga orang-orang Yahudi itu telah dibunuh mereka dengan menggunakan batang-batang besi baip dan beberapa batang besi tajam.

Ayah…,”bisik Anita Caddy dalam keluhan.

Ibunya telah meninggal dunia dalam khemah pelarian di Palestin setahun kemudian dari kematian bapanya..

Sebaik-baik sahaja tangisan orang dua beranak itu reda, Namlatun Sa’adiah berkata, “…kita bersyukur kepada Allah, kerana pada hari ini, kita telah dapat menemukan seorang anak dengan bapanya yang tidak pernah bertemu sebelumnya.”

Saya berterima kasih kepada Anita Caddy yang telah berusaha sehingga Cik Anisah bertemu dengan bapanya, Encik Johan,”kata Namlatun Sa’adiah.

Ia, saya mengucapkan terima kasih kepada Cik Anita…,”kata Johan dan merenung wajah Anita Caddy.

Anita Caddy bertanya kepada dirinya sendiri; mengapa setiap kali dia menatap wajah Johan, hatinya rasa tenang, mesra dan ada keinginan yang mengghairahkannya. Dia teringat akan pribahasa Melayu yang pernah dibacanya, ‘tak kenal maka tak cinta’. Pada saat itu juga dia lantas teringat akan sebuah pantun cinta:

Dari mana datangnya lintah,

Dari sawah turun ke padi,

Dari mana datangnya cinta,

Dari mata turun ke hati.

Hari ini saya akan kenduri, kita makan masakan orang Arab,” Kata Mustafa dalam bahasa Inggeris, sambil berdiri.

“…jangan, saya yang akan kenduri, …kenduri syukur kepada Allah kerana saya telah bertemu dengan anak perempuan saya, Anisah…,”kata Johan dalam bahasa Inggeris juga..

Johan berdiri dan Anisah berdiri di sampingnya. Tangan Anisah masih membelit pinggang bapanya. Johan telah menjunjung Quran kecil itu dan kemudian telah menciumnya. Sementara Anita Caddy telah merakam setiap gerak geri dalam peristiwa itu.

Namlatun Sa’adiah telah menghidangkan kepada mereka minuman ringan.

Pada tengah hari itu mereka telah makan makanan yang di masak cara masakan Arab, di sebuah restoran Arab, di Adgware Road. Makanan tersebut, seekor kambing, seekor ayam Belanda, burung merpati,sayur-sayuran segar dan nasi minyak.

Dalam kawasan ini ramai orang Arab berniaga, Encik Johan,”Namalatun Sa’adiah memberitahu Johan.

Ia, di kedai-kedai di sana tu, nampak bertimbun-timbun surat khabar Arab…,”sambut Johan.

Di London, …di England ramai orang Arab, India, Pakistan berniaga,”kata Anita Caddy.

Orang Inggeris tidak kacau mereka itukah?”Johan bertanya.

Tidak, di Britain ini orang-orang Kristian dan orang –orang Islam bersahabat baik, macam satu keluarga,”jawa Anita Caddy.

Baguslah, kalau macam itu, saya pun hendak tinggal di sini…,”kata Johan.

Ia, bagus, Encik Johan dan Anisah boleh berniaga di sini, …misalnya tubuhkan kolej Islam, bawa pelajar-pelajar Islam Malaysia belajar di sini…,”anjur Anita Caddy.

Ia, bagus, …apa macam Anisah,”Johan bertanya kepada anaknya.

“…elok, …boleh,”sahut Anisah Johan.

Kita namakan ‘Johan Islamic College’…,”sahut Mustafa.

Bagus, saya akan sokong,”sambut Anita Caddy.

Johan senyum.Tulang kambing yang masih bersisa isinya, di tangannya, diletakkan dalam pinggannya.

Anita Caddy sedang merenungnya.

(Disedut dari manuskrip novel Kelip - Kelip Di kota London, oleh: Mokhtar Petah)




No comments: