Monday, February 21, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN



PARA ISTERI NABI


Wahai Nabi (Muhammad sallalahu alaihi wa sallam) , katakan kepada isteri – isteri anda: “ Sekiranya sayang (isteri saya) semua mahukan kehidupan dunia (kemewahan) dan perhiasan (hingga lupa daratan dan meringgankan iman kepada Allah), maka marilah agar saya berikan kepada sayang mut’ah (sagu hati) dan saya lepaskan sayang dengan cara yang sebaik – baiknya.”
“Dan sekiranya sayang semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmati kemewahan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang – orang yang berbuat baik di antara kalian.”
Wahai isteri - isteri Nabi , sesiapa di antara kalian yang melakukan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab bagi kalia dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Dan sesiapa di antara kalian semua tetap taatkan Allah dan RasulNya serta mengerjakan amalan yang salih, Kami (Allah) akan kurniakan kepadanya pahala amalannya itu duakali ganda dan Kami sediakan baginya lipah kuniaan yang mulia.
Wahai isteri – isteri Nabi, kalian semua bukanlah seperti mana – mana permepuan yang lain kalau kalian tetap bertakwa (kepada Allah). Oleh itu jangan kalian berkata – kata dengan lembut manja (pada waktu bercakap dengan lelaki lain) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (bertujuan jahat) dan sebaliknya bercakaplah dengan perkataan yang baik (sesuai dan sopan).
- Al Ahzab: 28 – 32.
NOTA.
Sungguhpun (maksud) firman Allah di atas ini dikhususkan kepada para ister Nabi Muhammad s.a.w., tetapi firman itu meliputi semua wanita Islam dan mukmin. Firman ini juga mengajar para suami Islam dan mukmin sentiasa mengutamakan keimanan, ketakwaan dan tawakal kepada Allah dari terpengaruh dengan kehendak para isteri yang mementingkan kemewahan daripada takwa kepada Allah.


HADIS

ORANG MESRA

Radul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Orang mukmin (Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya) itu mesra (baik hati dan manis muka). Tidak ada kebaikan (hanya sial) pada orang yang tidak mesra dan tyidak boleh diajak bermesra ( muhibbah dan silatu rahim).

NOTA.
Orang yang mesra digemari oleh orang – orang yang pandai dan bijaksana serta beriman. Orang yang tidak mesra dibenci oleh orang pandi dan bijak sana serta beriman.
Orang Melayu menyifatkan wajah orang yang tidak mesra, muka teran tahi.



------------------------------------

MENTERI BESAR DAN MENTERI KEBINET

Sejak awal bulan ini saya sedang menulis buku ' Saya Dan Enam Perdana Menteri Malaysia' untuk kira - kira 400 halaman. Dalam buku ini saya mencatit hubungan dan percakapan merek dengan saya atau buku - buiu mengenai mereka yang saya tulis.
Saya rapat dan bercakap dengan mereka dan mereka bercakap dengan saya, ialah Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Buku - buku yang saya tulis, ialah: 1 - Tun Dr Mahathir Mohamad , 3 buah, 2 - Tun Abdullah Ahmad Badawi, 3 buah dan Dato' Seri Najib Tun Razak, 1 buah dan sebuah lagi ' Falsafah Gagasan 1 Malaysia'.
Untuk menulis buku baru tersebut, saya telah bertanya banyak kepada para politikus yang bijaksana dan para pegawai kerajaan yang dedikasia, pandang tembus dan jujur mengenai Menteri - Menteri Besar dan Menteri - Menteri Kabinet.
Mereka berpendapat, Menteri Besar yang boleh diangkat dan dipuji kerana gigih,jujur, amanah dan ambil berat kepada rakyat jelata, ialah: 1 - Menteri Besar Kelantan, 2 - Menteri Besar Kedah, 3 - Menteri Besar Selangor, 4 - Menteri Besar Pahang.
Ketua Menteri: 1 - Malaka, 2 - Pulau Pinang.
Menteri - Menteri Kabinet: 1 - Dato' Noh Omar, 2 - Dato Nazri Aziz, 3 - Dato Jamil Khir, 4 - Tan Sri Mahyuddin Yassin.
Mereka menyifatkan Menteri - Menteri Besar dan Menteri - Menteri Kabinet yang lain berkeadaan macam orang makan pulut pada waktu pagi atau orang gemar makan ikan patin gulai tempoyak, iaitu lemah dan banhyak bercakap.
Sekarang, pada hari - hari menghadapi pilihan raya umum ini, kalangan UMNO dan BN eloklah berjaga - jaga dan membentul diri, kerana pilihan raya nanti menentukan 'jatuh' atau ' kekal' UMNO - BN.
Baru sahaja Allah menunjukkan kepada hamba - hamabanya, iaitu kejatuhan Presiden Mesir, Husni Mubarrak. Pemimpin kita tidak dijatuhkan rakyat dengan cara rakyat mesir, tetapi melalui piolihan raya.

Sunday, February 20, 2011

KISAH DARI NOVEL



  1. MENYAKSIKAN DARAH MERAH

  2. Karbala. Buminya telah menjadi medan darah umat Islam. Sejak zaman berzaman bumi Karbala bermandi darah. Pada zaman sahabat, zaman khalifah, zaman raja-raja hingga pada zaman Presiden Sadama Hussein bumi Karbala telah menjadi bumi berdarah.
  3. Sadam Hussein telah ditawan oleh askar-askar kuffar. Bumi Karbala masih menyaksikan darah merah. Darah manusia -manusia mukminin dan mukminah. Manusia-manusia Munafikin dan kafirin.
  4. Karbalah bagaikan firman Tuhan dalam surah at Taubah; ‘tawa sedikit, tangis banyak’.Dara dan teruna menangis kerana kehilangan kekasih. Isteri menangis kerana kematian suami. Suami menangis kerana kehilangan isteri. Ibu menangis kerana kehilangan anak. Anak-anak menangis kerana kehilangan bapa. Semua menangis kerana kehilangan sahabat handai dan jiran tetangga.
  5. Pada malam tadi seorang perempuan telah membunuh tiga askar Amerika. Lima orang cedera parah. Perempuan itu berhati batu. Berani. Berani membunuh musuh. Berani mati. Perempuan itu, Ramlah Sayakir.
  6. TERPAKSA MEMBUNUH MANUSIA
  7. Pada petang sebelum kejadian itu berlaku,cahaya matahari berwarna jingga berhembus sepoi-sepoi bahasa. Satu pasukan askar Amerika dan British berdiri dekat sebuah komboi di tepi jalan Bandaraya Karbala. Mereka bagaikan sekumpulan syaitan akan menghirup darah orang-orang Islam bermazhab Sunni dan Syiah di bandar raya itu.
  8. “Aku tak tau apa-apa, kerana aku askar, aku ikut perintah,”kata seorang askar British.
  9. “Kita terpaksa membunuh manusia yang tidak berdosa,…di universiti aku telah mengkaji kemanusiaan sejagat, perikemanusiaan, macam-macam mengenai manusia,tetapi sekarang aku dihantar ke sini untuk menjadi pembunuh manusia,” Seorang askar yang berpangkat lebih tinggi dari askar-askar lain mengomel.
  10. “Kemanusiaan tidak ada erti apa-apa kalau pemimpin zalim, tidak ada perikemanusiaan, mementingkan politik,…nama,” dia mengomel lagi.
  11. “…entah macam mana kekasihku di Dover,…Lucy, …aku rindukan kamu,” suaranya dalam keluhan..
  12. “Aku menyesal jadi askar,…aku beragama Islam, mereka memaksa aku membunuh saudara-saudara aku, …. Orang-orang Islam,”suara hati seorang askar Beritish yang beragama Islam.
  13. “Lepas perang aku tidak mahu jadi askar lagi, aku mau jadi wartawan, …jadi penulis, ..aku mahu beritahu dunia, Blair, Bush dan kawan-kawannya zalim, bapak- bapak penjajah, minum darah manusia, darah orang-orang Islam,”hatinya bersuara lagi.
  14. Askar itu melangkah meninggal rakan-rakannya lalu masuk ke sebuah kedai menjual minuman ringan, kira-kira 30 meter dari tempat mereka berkumpul.
  15. “Kita ikut perintah Bush, ketua kita,…mereka suruh bunuh kita bunuh,…bantah perintahnya, kita juga yang susah,”kata seorang tentera Amerika.
  16. “Ia, kita kena ikut Bush, dia jaguh demokrasi dunia,…dia mahu hapuskan Islam, …kita hapuskan Islam,…Islam ajar orang-orangnya jadi pengganas,”kata seorang askar Amerika berpangkat kopral. Anak haram Kristian.
  17. “…ia, kita bukan pengganas, mereka yang jadi pengganas, …macam di Palestin, Afghanistan, Libya., Sudan…,”kata seorang askar peranakan Yahudi.
  18. “kita peduli apa, bunuh sajalah, kala dapat peluang rogol gadis-gadis Islam, biar mereka melahirkan anak-anak kita,”katanya lalu ketawa tekekeh-kekeh.
  19. Pada ketika itu Ramlah Syakir berada dalam sebuah kereta jenis mewah, buatan British. Kereta itu bermuat lebih dua puluh biji labu tanah. Dari jarak kira-kira 2,000 meter dia merenung ke arah askar-askar muda itu. Injin kereta di hidupkan.
  20. Dia menghantar mesej menerusi telefon bimbitnya kepada Syamila:
  21. ‘Kakak, saya minta ampun, halalkan makanan dan minum kakak yang saya telah makan.Kita tidak akan berjumpa lagi. Mati sedang menanti saya sebentar lagi. Insya Allah saya akan mati. Saya cintakan Allah.Jihad.Jihad. Allahu Akbar. Ramlah Syakir.’
  22. Ramlah Syakir menghantar satu mesej lagi kepada ‘Alimin dan Tengku Intan:
  23. ‘Tuan adib ‘Alimin dan Sayyidah Intan yang saya kasihi. Saya meminta maaf. Permohonan maaf yang terakhir dari saya. Saya sedang menghadapi kematian. Dalam kereta saya ini sarat dengan labu tanah. Saya akan membunuh sepasukan tentera penjajah. Insya Allah saya akan mati. Tolong jangan tutup telefon…. boleh dengar labu tanah tuan dan puan meletup, meledak…, kalau dapat, dengar bagaimana nafas saya terpisah dari tubuh saya. Saya sayangkan kamu berdua. Ramlah Syakir.’
  24. PASUKAN ASKAR KUFFAR
  25. Kaki kanan Ramlah Sayakir menekan pedal minyak. Kereta bergerak perlahan ke hadapan. Kereta kian laju. Gear kereta menurun, kereta perlahan dan menghampiri pasukan askar kuffar Amerika, British dan Zionis itu. Kereta di berhentikan seperti ada kerosakan. Ramlah Syakir mengangkat tangan dan senyum kepada askar-askar tengah biang itu. Perempuan cantik sedang memanggil. Beberapa orang askar mencampakkan tin-tin minuman keras ke dalam longkang. Masing menggatal. Nafsu berahi membakar naluri mereka. Mereka menghampiri kereta Ramlah Syakir.
  26. “Allahu Akbar,” ucap Ramlah Syakir. Tangan kanannya menekan punat induk semua bom labu tanah itu. Kereta yang penuh sarat dengan berpuluh biji bom labu tanah itu meletup.Menggegarkan sekitar kawasan itu. Unggas-unggas berterbangan di udara Serpihan besi- besi menerpa dan membenam ke setiap tubuh askar-askar tersebut. Beribu-ribu serpihan besi berterbangan ke udara. Api menjulang tinggi dan membakar mereka. Asap berkepul hitam bergulung-gulung naik ke udara bagaikan asap bom atom di Heroshima.
  27. Mayat-mayat askar Bush dan Blair bergelimpangan atas jalan raya. Seorang askar British yang beragama Islam keluar dari kedai miuman. Di tangannya terpegang satu tin kecil minumkan ringan. Dia berdiri sejenak di tengah orang-orang yang berpusu-pusu di kaki lima kedai itu. Mereka terkejut dan merenung ke arah kereta sedang terbakar dan askar-akar bergelimpangan.
  28. Askar British itu berhati puas. Gembira. Sebagai seorang pemuda Islam, dia telah melakukan sedikit jihad. Banyak bom, pistol dan peluru telah diberikan kepada gadis Arab yang mati dalam kereta itu. Askar British tersebut lepasan sebuah sekolah menengah Islam, di Bandaraya London.
  29. Api telah reda. Beberapa orang askar yang cedera menjerit-jerit. Melolong-lolong kesakitan. Kereta Ramlah Syakir hilang warna asalnya. Bertukar hitam seperti arang. Menakutkan. Masih panas membara dalam asap tebal. Bau lemak dan daging terbakar, semacam dengan bau dalam sebuah restoran makanan Orang Arab. Bau Kebab. Bau harum daging kambing bakar.Mayat Ramlah Syakir laksana ketul- ketul arang kayu bakau.Rentung. Hitam. Berkecai dalam keretanya yang tinggal kerangka di situ.
  30. PERGERAKAN ISLAMM IRAQ
  31. Syamila bergegas bangun sambil mendukung anaknya.Hatinya dalam rahang sedih.Telefon bimbitnya diletakkan atas meja.Baru sahaja dia kehilangan ibu dan ayahnya, sekarang dia kehilangan rakan seperjuangnnya pula.Ramlah Syakir telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
  32. “Kamu pergi Ramlah Syakir dalam keadaan Iraq bergolak, …kakak kehilaganmu Ramlah…,” suara Syamila dalam keluhan.
  33. “Kamu mendapat syurga, Ramlah Syakir,” suara Syamila sayu.
  34. Syamila terkenang kepada jasa teman karibnya itu. Ramlah Syakir telah berjasa besar dalam MAFI. Pergerakan Islam Iraq telah menerima banyak sumbangan dari Ramlah Syakir.Dia boleh dianggap ‘Irion lady’ dalam perjuangan wanita Iraq.
  35. Telefon bimbit Syamila memancarkan isyarat. Telefon itu diangkat dan ditekapkan pada telinga kanannya.’Alimin sedang bercakap.
  36. “Kakak, kawan kita, … Ramlah Syakir telah tidak ada lagi,”kata ‘Alimin.
  37. “Ia, ‘Alimin, kakak telah tahu, Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,”sahut Syamila. Menangis.
  38. “Dia telah meletupkan keretanya”Kata ‘Alimin.
  39. “Ia, adikku,”sahut Syamila dalam tangisnya.
  40. “Dia telah menelefon saya beberapa saat sebelum dia meletupkan keretanya,” jelas ‘Alimin.
  41. “Ia, adikku,”sahut Syamila dalam gelombang duka.
  42. “…dia minta saya supaya tidak menutup telefon saya, ….saya dapat mendengar bom itu meletup, kakak…,” jelas ‘Alimin lagi.
  43. “Allahu Akbar,”suara Syamila dalam keluhan.
  44. “Insya Allah, …jihad sucinya diterima oleh Allah,”kata ‘Alimin.
  45. “…dia telah pergi, seorang syahidah,…dia membawa kasihnya kepada kamu,adik,”kata Syamila dalam tangisan.
  46. “Ia, kakak, Allah lebih sayangkan dia,”sahut ‘Alimin.
  47. “ Ia,…kita entah bila pula,”kata Syamila.
  48. “Dalam keadaan sekarang, kakak, pada bila-bila masa boleh berlaku…,”sahut ‘Alimin.
  49. “Allah berkuasa atas segala-gala, … inna lillah wa inna ilahi raji’un,”suara Syamila lembut. Lemah.
  50. “Apa khabar Umar Safwan, kakak?”Tanya ‘Alimin.
  51. “…baik, ini…, dia sedang tidur atas riba kakak,”kata Syamila.
  52. Syamila mencium pipi kanan anaknya.Hatinya lantas teringatkan Abbas Marwan. Pada wajah anaknya ada cahaya wajah suaminya.
  53. “Kakak, baiklah, kami hendak ke markas.., orang-orang kita akan mengambil mayat Ramlah Syakir…, akan dikebumikan di sana,”kata ‘Alimin.
  54. “Baik, …tapi, bolehkah dapat ambil?”Tanya Syamila.
  55. “Insya Allah,..kakak,…Lukman dan Mahmud cari jalan, …penjaga rumah mayat di sana senang berunding,”jawab ‘Alimin.
  56. Syamila melatakkan anaknya atas sofa.Wajah anaknya direnung penuh mesra.Wajah aruah suaminya, Abbas Marwan terbayang lagi pada wajah bayi itu. Sambil mencium pipi anaknya, dia melagukan kalimat-kalimat Quran dalam rentak march – tentera jihad:
  57. “…hai anakku,
  58. Jangan puteraku,
  59. Jangan menyengutukan Allah,
  60. Sesunguhnya Umar Safwan,
  61. Mempersekutukan Allah,
  62. Benar-benar zalim yang besar.
  63. Al maqla minal maqli, ya, haram!
  64. Allah telah perintahkan manusia;
  65. Berbuat baik kepada ibu bapa.
  66. Al maqla minal maqli, ya, haram!
  67. Ibu telah hamil dalam keadaan,
  68. lemah, yang bertambah-tambah,
  69. dan menyusukannya dua tahun.
  70. Al maqla minal maqli ya, haram!
  71. Firman Allah;
  72. bersyukurlah kepada-Ku,
  73. Dan dua ibu bapamu,
  74. Hanyalah kepada-Ku,
  75. Tempat kembali.
  76. Ya, Rabbul alamin! Ya, Rasul!
  77. (Di sunting dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah

QURAN, HADIS DAN LAIN




MENOLAK KITAB ALLAH


Apabila mereka diseru (diajak) kepada kitab Allah dan sunnah RasulNya (mengunakan Quran dan Sunnah sebagai peraturan atau undang – undang kehidupan bekerluarga, bermasyarakat dan bernegara) agar menjadi hakim memutuskan sesuatu antara mereka, maka dengan serta merta sebilangan dari mereka berpaling (menolak ajakan tersebut) jika tidak menuntungkan mereka.
Sebaliknya, jika ada keuntungan bagi mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat.
- An Nur: 48, 49.

NOTA.
Sejak berkembang agama Islam hingga pada masa ini kebanyakan umat manusia di negara – negara mereka menolak Quran dan Sunnah dari dijadikan panduan atau ikutan bagi undang – undang negara, kerana mereka melihat, jika undang – undang negara mereka menggunakan Qurwan dan Sunnan, mereka tidak mendapat keuntungan, seperti amalan rasuah, amalan riba dalam bank dan perdagangan, perjudian, persundalan (pelacuran dan segala amalan yang hampir dengan pelacuran) dan segala amalan yang kenguntungkan tetapi salah di sisi Quran dan Sunnah, iaitu Islam.
Negara – negara demikian, walau macam mana kaya dan makmur, tetapi tidak mendapat keredaan dan keampunan Allah. Akibatnya rakyat hiup alam keadaan miskin atau menjadi mangsa golongan pemerintah dan kapaitalis.


HADIS

TIDAH MENCURI

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Seseorang itu tidak mencuri selagi dia berada dalam keadaan beriman (kepada Allah dan RasulNya) .
– Perawi: Termizi, An Nasaai, Imam Ahmad dan Ad Darimi.

TIDAK POTONG TANGAN

Rasul Allah s.a.w. menjelaskan: Tangan orang mencuri tidak dikenakan hukum potong, kecuali (dia men curi) berniolai satu perempat dinar ke atas.
–Perawi: Imam Muslim.



---------------------

KERAJAAN MESTI BERIKHTIAR

Malaysia sebuah negara yang makmur. Nwegara - negara di dunia mengakui dan menyanjunginya.
Di negara Arab, contohnya Arab Saudi - negara beraja. Negara tersebut tidak mempunyia bidng perushaan dan hasil mahsul seperti Malaysia, hanya ada hasil minyak dan sedikit hasil - hasil lain.
Semua rakyat negara tersebut tidak dipaksa membayar cukai pendapat, cukai barang - barang yang meteka beli termasuk kenderaan dan lain.
Tetapi negara kita yang mempunyai berbagai sumber pendapatan, di udara, daratan dan lautan, semua rakyatnya tidak seperti rakyat - rakyat di negara tersebut.
Kita berharap kerajaan berikhtiar terus berikhtiar - tidak memboroskan wang dan cari keredaan Allah - agara semua rakyat tidak resah.
Sebenarnya kita telal lama mendengar laungan ' makmur, makmur, makmur ', tetapi semua rakyat terasa mereka mengalami keadaan tidak sama dengan rakyat Arab Saudi. Ertinya, RINGANKAN BEBAN RAKYAT.

Saturday, February 19, 2011

SAJAK


KOSONG


Dalam masjid tua,

Lelaki tua rukuk sujud,

Berdiri duduk,

Kosong,

Tiada Allah di mana – mana.


Lelaki tua,

Sembahyang jauh khusuk,

Kosong hatinya,

Jahilnya murakkab.

‘Aku hampir,

Aku kuasa atas sesuatu,

Tidak berana, tidak diperanakkan’

Lelaki sembahyang jahil, kosong.


Lelaki kosong,

Allah jauh, jauh, jauuuuh,

Sejarak pantai,

Jauh Pusah Tasik Pauh Janggi,

Lelahi tinggalkan sembahyang,

Malam ke sarang lacur,

Siang penjarah kota,

Allah jauh darinya.

Subuk dingin tika orang sembyang,

Lori balah menderu syaitanh,

Gilas lelaki tinggal sembhyang,

Tulang hancur darah mengalair merah.

Dia diusung ke pusara mengang,

Cacing – cing menanti,

Para malai sedia,

Hanta dia ke neraka.

Air Keroh, Malaka ………Mokhtar Petah

QURAN, HADIS DAN LAIN


MENUDUH BERZINA


Orang – orang yang menuduh atau tohmah (zina atau bermukah) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat (4) orang saksi (untuk membukti benar akan tuduhan itu), maka (hukumlah mereka) sebat delapan puluh (80) kali sebatan; dan jangan kalian menerima persaksian mereka itu selama – lama; kerana mereka adalah orang – orang yang fasik.
– An Nur: 4.


NOTA
Orang – orang yang menduduh atau mentohmah seseorang lelakim melakukan liwa atau homoseksual atau menuduh perempuan melakukan perbuatan memauaskan nafsi seka sesama mereka atau lesbian, maka, jika tidak dapat mengadakan empat (4) saksi untuk membukti tuduhan mereka itu benar, maka, hukuman mengukut Islam dan berpendukan Quran, adalah sama dengan menuduh orang berzina. Orang –orang itu kalau pemimpin tidak boleh dikut dan tidak boleh diambil untuk di jadikan saksi kerana mereka itu orang – orang fasik – jahat dan zalim.


HADIS

BINA ATAS KUBUR

Dari Jabir radhiallahu ‘anh, katanya: “Rasulullah Muhammad s.a.w. melarang membina atas kubur (iaitu membina dengan simen seperti yang dilakukan sekarang) dan melarang duduk di atas kubur kalau didirikan bangunan di atasnya.
– Perawi: Imam Muslim



---------------------------------



SIJIL HALAL DAN JAKIM

Ramai warga Malaysia bersungut mengenai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM -, kerana ada yang senang dapat dan ada yang susah mendapatkannya.
Ada cerita yang belum sah, tetapi JAKIM boleh siasat, ada seorang ustaz bekas pegawai JAKIM telah dan sedang menjual sijil halal kepada mereka yang memerlukan.
SIJIL HALAL
Adakah sijil halal benar - benar menjamin makanan di restoran, pasar raya dan sebagainya halal.
Punca dari sebuah organisasi orang Islam (orang India Muslim) memberitahu saya, kebanyakan restoran mamam - nasi kandar atau lain, membeli ayam dari sebuah syarikat pemborong orang Insia beragama Hindu. Mereka terpaksa membeli dari syarikat tetrsebut kerana mereka ada sebab tertentu yang tidak dapat dielak.
TIDAK SEMBELIH
Ada coffee house hotel dan restoran bertaraf antarabangsa yang ada sijil halal, sama ada disedari atau tidak, pihak mereka membeli ayam yang tidak sembelih dari syarikat bukan Islam, kerana menyelamatkan kos. Harga ayam sembeliih halal lebih mahal dari harga ayam potong tidak halal. Orang berniaga mengejar untung.
BANGKAI AYAM
Ada cerita yang boleh dipercayai, ada syarikat makanan segera menjual daging ayam dari ayam - ayam yang telah mati sebelum sembelih.
Ayam - ayam yang akan disebelih itu dilalikan lebih dahulu dengan elektri (tidak ikut Islam), kemudian digantung ayam - ayamj itu pada besi mengeliling dengan kaki ke ata kepala ke bawah. Pemotong ayam memotong kira - kira tujuah ekor ayam, tetapi ayam - ayam berikut telah mati, kerana tidak mahu kerugian, mereka sembelih juga abangkai ayam itu.
DAGING BABI
Ada kisah, kedai - kedai besar, pada tiap malam menyimpan ayam telah disembelih, daging lembu dan kambing dalam sebuah bilik sejuk. Daging babi metah juga dismpan dalam bilik sejuk yang sama.

Friday, February 18, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

PERANGI ORANG KAFIR

Hai orang – orang yang beriman (kepad Allah), Perangilah orang – orang kafir yang disekeliling kalian ( yang mengkhianati dan memusuhi umat Islam dan memusnahkan agama Islam dan apa – apa yang berhubungan dengan agama Islam), supaya mereka itu rasa ( sedar dan insaf) akan kekuatan yang ada pada kalian. Danketahuilah, bahawa Allah bersama orang – orang yang takwa ( yang memelihara dirinya dari kejahatan),
- At Taubah: 123

DITIMPA KEHINAAN
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali merekas yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan umat manusia. Dan sudah sepatunya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan ( dari segala jurusan). Yang demikian itu diebabkan mereka kufur ingkar akan ayat – ayat (perintah – perintah) Allah dan mereka membunuh Nabi tanpa alasan yang benar. Semua itu disebabkan mereka derhaka dan sentiasan menceroboh (meninggal, menolak dan menentang hukum – hukum Allah).
– Ali Imran: 112

NOTA
Firman Allah dalam Quran, Ali Imaran: 112 membukti kebodohan para pemimpin dan bijak pandai dari agama – agama lain di seluruh dunia yang menuduh Islam sebuah agama menyeru kepada permusuhan sesama manusia dan umat Islam itu pengganas.
Allah memerintah uamt Islam berbaik dengan semua umat manusia. Allah juga memerintakan umat Islam memerangi manusia, sekiranya manusia mengkhianat, memushi dan menceroboh umat Islam dan mahu meruntuhkan agama Islam.


HADIS

MENGEMBARA

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Hendaklah kalian berpergian (mengembara) pada waktu malam, sebab, sesaunguhnya bumi ini dilipat (oleh Allah,iaitu dengan kesegaran, aman dan sebagainya) pada waktu malam.
– Perawi: Anas dan Imam Abu Daud.


----------------------------------

UMNO DAN PAS

Orang UMNO kata PAS tidak betul. Orang PAS kata UMNO tak betul. Semua itu orang Melayu beragama Islam. Kalau tidak betul, kemukakan cara agar jadi betul.
Pada masa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah bertukar - tukar fikiran dengan Mursyidulo 'am PAS, Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Niik Mat tentang 'baiknya PAS bekerjasama dan jv dengan UMNO'. Kemudian dua orang itu (termasuk Dato' Haji Abdul Hadi Awang) kembali memberi tahu kepada pihak parti politik masaing. Lusanya seorang tokoh penting UMNO mengeluarkan ucapan dan disiar mesia, menyeru ataumenyanggah Tun Abdullah Ahmad Badawi agar meletakkan jawatan Perdena Menteri dengan segera.
Sejak lama, dari tahun 1951 hmingga kini PAS menyelar UMNO kerana bekerjasama dengan parti - parti politik bukan Melayu. Setelah bertukar pemimpin, hingga ke pemimpin zaman serba maju ini, PAS telah menjalinkan kerjasama dengan parti politik yang dianggotai oleh orang - orang tidak beragama Islam dan dari keturunan Cina dan India.
Perkara trrsebut di atas, elok kita lupakan. Yang amat pentinga, orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak akan bersatu (seperti pada zaman negara diperintah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad), selagi UMNO dan PAS tidak bersatu dan bekerjasama.
Orang Melayu genarasi baru, elok sedar, bahawa PAS ibarat adik kandung UMNO. Mereka berpacah kerana UMNO tidak sukakan cara sebilangan ahli UMNO ( terutama para ulama) mahukan Tanah Melayu merdeka sebagai sebuah negara Islam dan bukan negara nasional - kapitlis.
Penentangan terhadap negara Islam sampai sekarang. Pada masa Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba ( bekas kedi padang golf dan guru Melayu), beliau menentang hukum hudud . Sama ada dengan cala berjenaka atau cara benar dan sungguh, Allahyarham berkata: "Kalau hukum huduh diamalkan, akan bergelimpanganlah tangan manusia yang kena potong."

Thursday, February 17, 2011

FIKIR SETAPAK




KERAJAAN KITA


Pilihan raya umum kian dekat. Bagaimana, di takdirkan UMNO - BN kalah. Kerajaan Malaysia bertukar kepada parti politik lain. Katakanlah, Pakatan Rakyat. Bila memerinta PAS lembut tengkuk kepada golongan DAP, Parti Keadillan Rakyat dikuasai oleh golongan orang India yang riuh - riuh. Lalu DAP jadi kuat dan berlakulah perubahan, iaitu dari negara bercorak nasional ( ada sedikit Islam) kapitalis (tidak sepenuhnya) kepada sosio demokrasi - ertinya sislalis demokrasi ala yang ditunjukan oleh Karl Mark.
Bila berlaku kerajaan bercorak sosialis demokrasi macam Singapura di bawah parti Politik PAP, maka DAP di Malaysia, pecahan dari PAP Singapura, bersuara: Malaysia kembali bersama Singapura.
Orang Melayu yang kuat berpegang kepada agama Islam bagaimana? Orang - orang PAS macam mana? Raja - Raja Melayu apa akan jadi.
Pinjam titah Sultan Perak, kira - kira: Kalau rakyat tidak mahu takhta, maka akan berpindahlah takhta kepada musium budaya.

QURAN DAN HADIS





MELANCONG

Muhammad s.a.w., katakan: Kalian melanconglah di atas muka bumi, maka lihat - perhati, kaji selidik dan insaf - bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk – makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula – pada hari akhirat - , dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap – tiap suatu.
– Al ‘Ankabut: 20

BUTA HURUF

Muhammad s.a.w., anda tidak pernah tahu membaca – buta huruf - sesebuah kitab pun sebelum turunnya al Quran ini, dan tidak pula – anda - tahu menulisnya dengan tangan kanan anda; - jika anda dahulu pandai membaca dan menulis - tentulah ada alasan bagi –rang – orang kafir yang menentang – anda - akan rasa ragu – ragu - tentang kebenaran anda- .
– Al ‘Ankabut: 48


HADIS

BELALANG EMAS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memberitahu: Pada ketika (Nabi ) Ayyub a.s.sedang mandi telanjang, - tiba – tiba - jatuh ke atasnya seekor belalang emas, lalu dimasukkannya ke dalam kainnya. Allah menyerunya: Hai Ayyub, bukankah Aku telah memberi kecukupan - kepada anda - sehingga anda tidak memelukan kepada apa – belalang – yang anda lihat itu? Nabi Ayyub a.s. menjawab: Ya Allah, tetapi saya tetap memerlukan keberkatan – kurniaan – anda.
– Perawi: Abu Hurairah dan Imam Bukhari.

NOTA:
Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang buta huruf. Junjungan tidak boleh menulis. Allah telah menurun da ajarkan ayat – ayat Quran kepadanya. Ertinya Junjungan tidak berguru kepada manusia. Junjungan berguru kepada Allah. Universiti awal Junjungan ialah Hira univeraty tidak begitu jauh dari pusat bandar Makkah atau Bakkah sekarang.
Bunkit dari banyak bukti Allah mengajar dan membeitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w., ialah Junjungan tahu Nabi Ayyub a.s. mandi telanjang dan belalang emas yang diambil oleh Nabi Allah tersebut.
Jika kita fikir dengan otak kita yang waras ini, bahawa kita yang tidak buta huruf tidak nampak ajaran Allah dalam Quran yang memerintakan kita menjadi manusia yang taat, takwa dan tawakkal kepadaNya. Kita jahil akan ajaran Allah dalam Quran agar kita hidup dalam sebuah negara yang menggunakan undang – undang berdasarkan al Quran dan mencontohi Nabi Muhammad al amin. Kita jadi buta huruf dan buta hati; kita masih mengikut mengikut banyak ajaran dan petunjuk orang Yahudi dan Kristian dalam peraturan hidup kita sen diri, rumah tangga, jiran tetgangga, masyarakat dan negara.
Sesungguhnya, kita adalah dalam golongan jahiliyah moden. Maka, kita semua eloklah hayati dengan penuh iman akan firman Allah: Ingatlah kalian kepada Aku – dengan mematuhihi hukum – hukum atau undang – undang – dan kalian bersyukurlah kepada Aku dan jangan kalian kufurkan (akan peringtah dan nikmat Allah). – al Baqarah: 152

Wednesday, February 16, 2011

MENGENANG MASA SILAM




TAKDIR ALLAH DAN CINTA SEMENTARA


Semenjak zaman berzaman, telah menjadi kebiasaan di kalangan orang -orang Melayu di kampung - kampung, apabila anak lelaki telah meningkat teruna dan anak perempuan telah bergelar dara, maka mereka segera mencari pasangan bagi anak-anak mereka itu.
Orang tua-tua Melayu berpendapat, pasangan hidup anak-anak mereka mestilah ditentukan oleh ibu bapa. Anak-anak mesti menerima pasangan hidup mereka yang telah dipilih oleh ibu bapa mereka. Perkahwinan anak-anak mereka dengan ’cinta-cintaan’ tidak boleh dilakukan dan bahkan mesti ditolak, kerana mereka berpendapat, ’manusia mengadun cinta dan memusnahkan cinta’.
Adik beradik dan rakan-rakan ibu dan bapaku yang ada anak gadis, telah merisik kepada mereka, kalau-kalau ibu dan bapaku sudi berbesan dengan mereka, iaitu dijodohkan aku dengan anak gadis mereka. Ada beberapa orang pula telah bertandang atau menziarah ke rumah ibu dan bapaku bersama anak gadis masing-masing untuk ’suai kenal’ dengan bakal mertua.

BERANI BERHADAPAN
Ada pula di antara mereka itu yang memperkenalkan anak-anak gadis mereka kepadaku. Maksud mereka baik; menghubung atau memdekatkan keluarga dengan keluarga.
Aku telah menolak semua maksud mereka yang disampaikan oleh ibuku kepadaku dengan baik dan beralasan yang menasabah, itu, ”...sabarlah emak, saya berhajat nak belajar lagi.”, ”...takkan emak nak cepat bernantu kut, saya belum bersedia...” dan ” ....tak apalah emak, ...kalau ada jodoh saya tak ke mana.”
Pada masa itu, walaupun aku berani berhadapan dengan siapa sahaja, tetapi aku takut berhadapan dengan ibu-ibu yang ada anak gadis, kerana aku ’berjiwa kecil’. Di antara sebab-sebab aku ’berjiwa kecil’, ialah kerana aku telah membandingkan rumah ibu bapaku dengan rumah ibu bapa gadis -gadis itu. Rumah kami ibarat ran atau sangkar di rimba, manakala rumah mereka, rumah gedang tiang seribu. Selimut mereka kain sekayu sedangkan selimut kami kain panjang lima; tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terbuka. Pendeknya aku dan ibu bapaku terkepung dalam penjara kemiskinan.
Seorang gadis anak saudara bapaku, sering datang ke rumah kami. Aku menyayangi dia seperti menyayangi adik kandungku sendiri. Kadang-kadang hanya kami berdua dalam rumahku. Pada waktu aku menulis atau membaca, dia duduk dekatku dan ikut membaca. Makan dan minumku disediakan. Pendeknya dia benar-benar seperti adik kandungku sendiri. Ibu dan bapaku pula tidak menaruh sebarang sangkaan buruk terhadap kami.
KELUARGA BERADA
Setiap bunga mekar diziarah kumbang, begitulah adik saudaraku itu. Dia dilamar dan dipinang oleh seorang pemuda dari keluarga berada. Ibunya setuju menerima lamaran dan pinangan pemuda itu.
Kira-kira dua minggu lagi perkahwinan adik saudaraku dengan pemuda itu akan berlangsung, aku telah datang ke rumahnya. Pada waktu itu ramai tetamu yang terdiri saudara mara dan sahabat handai dalam rumah ibu saudaraku itu. Pada ketika kami bercakap-cakap, tiba-tiba kami dikejutkan dengan perbuatan adik saudaraku itu, sambil menangis dan meraung seperti diserang histeria(letusan emosi yang sukar dikawal). Dia telah menojah atau menikam beberapa biji periuk tanah dan periuk aluminium dengan golok tumpul di dapurnya.
Apabila aku menghampiri adik saudaraku itu dan meminta dia bertenang dan bersabar, dia telah menghalau aku dan meluahkan kata-kata, ”...gi balik, ...dah tak suka..., tak sudi buat apa maghi...”. Pada saat itu, barukah aku mengetahui akan tujuan dia telah bertindak begitu.
Ibu saudaraku telah berkata kepadaku pada ketika aku akan meninggalkan rumahnya, ”...sedih mak long, ...kasian dia, ...mu laa, tak kesian dia...”
SURAT CIKGU
Seminggu kemudian pertunangan adik saudaraku itu dengan pemuda tersebut telah dibatalkan. Kira setahun kemudian, adik saudaraku telah berkahwin dengan seorang pemuda dari sebuah kampung, di Hulu Perak.
Kira-kira sebulan kemudian, seorang kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolah telah memberi satu sampul surat kepadaku sambil berkata, ”...surat cikgu.” Setelah aku membaca surat itu, aku telah terkejut dan tubuhku menggigil, kerana surat itu mengandungi perasaan ’kasih’ penulisnya kepada diriku. Dia seorang gadis bekerja guru, anak kepada seorang dari kaum kerabat bapaku.
Walaupun selepas menerima surat guru itu, aku sering bertemu dengannya di rumah ibunya, tetapi aku tidak menjawab suratnya. Aku telah berpura-pura tidak mengetahui akan perasaan hatinya kepadaku. Sesungguhnya, walaupun guru itu cantik, tetapi dalam diriku, tidak ada perasaan cinta terhadap dirinya. Aku telah menganggap dia seperti adikku sendiri.
Kira-kira tiga bulan kemudian guru itu telah ditunangkan dengan seorang pemuda tempatan yang bekerja polis. Pertunangannya dengan persetujuan antara ibunya dengan ibu pemuda itu. Pada satu hari aku telah bertanndang ke rumahnya. Pada waktu itu dia bersama ibunya serta empat lima orang perempuan sedang membuat bunga-bunga kertas dalam rumah itu. Tiga biji tudung saji bersulam benang emas terleka dekat gadis tersebut. Sebaik-baik sahaja aku mengucapkan ’selamat pengantin baru’ kepadanya, tiba-tiba dia bertindak menikam-nikam semua tudung saji itu dengan hujung gunting besar di tangannya sambil menangis dan meraung.
GADIS PILIHANKU
Melihat keadaan gadis itu seperti orang diserang histeria, timbul perasaan ’bersalah dan kasihan’ kepadanya. Aku segera meninggalkannya. Ibunya berwajah muram, telah mengikuti aku hingga ke kaki tangga rumahnya.
Allah dengan takdirNya dan aku lemah di bawah takdirNya. Aku telah menikah dengan gadis pilihanku sendiri. Kami sama – sama cinta. Hasil hidup kami suami isteri, Allah mengurniakan kepda kami empat anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak perempuan kami telah meninggal dunia pada masa bayi.
Bukan kerana tidak ikut kehendak ibu bapa dan bukan kerana cinta pilihan sendiri, tetapi dengan takdir Allah juga, aku dan isteriku berpisah dengan tiak kehendakku.
Nota tambah: Baru beberapa hari lalu, pada ketika aku
dan isteriku menghantar cucuku, Muzammil bin Khairul Anuar
di KLIA, akan bertolak ke Australia kerana melanjut
pelajaran dalam bidang Hal Ehawal Antara Bangsa,
di sebuah universiti di Australia, aku bertemu denga
Kami tidak bercakap dan kami merenung dari jauh sahaja.

(Dikutip dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,oleh: Mokhtar Petah.

FIKIR SETAPAK

BENARKAH KITA IKUT NABI MUHAMMAD?

Semalam, riuh rendah di seluruh negara orang Melayu - umat Islam - menyambut hari lahir - malid - Rasul Allah Muhammad s.a.w. dan saya bangga dan memuji akan usaha mewujudkan perayaan tersebut. Saya berharap, pada tahujn - tahun akan datang perayaan seperti itu diteruskan dengan semua umat Islam berhati jujur mengikut Nabi Muhammad dan tidak berpura - pura atau tidak munafik.
Saya tertanya - tanya dalam diri saya sendiri kerana saya juga tidak dapat mengikut Nabi Muhammad s.a.w. dengan sempurna.
Kerana saya berpegang kukuh pada ayat Quran: Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriiman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan - pesan - nasihat menasihat - dengan kebenaran serta berpesan - pesan - nasihat menasihat - dengan sabar.
- surah al 'Assr: 3,3.
Maka saya kemukan pandangan ini kepada Yang Dipertuan Agong, Raja - Raja Melayu dan Perdana Menteri serta para menteri yang bergama Islam, iaitu mulai perayaan hari kelahiran Nabi Muhammad pada hari Salasa 15 Februari 2011, maka kita hendaklah berubah dari cara lama dan mengikut Nabi Muhammad s.a.w. dengan jujur dan jauh dari munafik.
Perubahan itu.
ialah:
1 - Adakan ikhtiar atau jihad jadikan negara Malaysia ini sebuah Negara Islam, iaitu sepertinegara Junjungan hingga
akhir hayatnya. Kita wajib berubah dari sebuah negara nasional kapitalis kepada sebuah negara Islam yang
mengikut petunjuk - petunjuk allah dalam Qurandan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Hadis atau Sunnah Junjungan.
2 - Allah melarang Nabi Muhammad memandang dan mendekati rumah berhala, maka, pada masa akan datang, Perdana Menteri, para menteri dan orang Islam lainnya tidak lagi melawat atau menziarah rumah - rumah berhala seperti rumah berhala Hindu dan sebagainya.
3 - Nabi Muhammad s.a.w. melarang adakan gambar (gambar timbul seperti patung dan patung), maka Kerajaan
Malaysia hendaklah menghapuskan semua patung - batu - wajah pemimpin dan haiwan di hadapan bangunan
Parlimen dan di mana - mana sahaja.
4 - Allah memerintahkan wanita isteri - isteri Nabi Muhammad - wanita - wanita Islam - agar mengadakan peraturan wajib, iaitu semua wanita Melayu - Islam, sama ada bebekerja di pejabat dan tempat - tempat lain hendaklah menutup aurat.
Berikut dengan itu Kementerian Dalam Negeri hendaklah mengadakan peraturean tetap melarang gambar wanita Islam dedah aurat tidak boleh disiarkan dalam media - tv, surat khabar, majalah dan buku dan sebagainya.
AdAkah hukuman - undang - undang baru - , iaitu, sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang menghina agama Islam, Quran,Nabi Muhammad dan lain, dihukum dengan stempal dan mereka dianggap musuh umat Islam di negara ini.
Saya berpendapat, selagi kita tidak melaksanakan lima perkara di atas ini, maka, kita terdiri dari orang - orang Islam yang tidak bersungguh - sungguh mengikut Nabi Muhamma sallallahu alaihi wa sallam.
Ampun Tuankua semua, perdana menteri, para menteri dan para mufti, saya hanya memberi pendapat sesuai dengan yang ditunjukan oleh Quran. - Mokhtar Peta

QURAN DAN HADIS




BELANJAKAN HARTA


Berimalah kalian kepada Allah dan RasulNya – Muhammad s.a.w. – dan belanjakanlah - pada jalan Allah dan kebajikan - sebahagian dari harta benda – kurniaaan Allah – yang dijadikan kalian mengusainya sebagai wakil. Maka orang – orang yang beriman di antara kalian serta mereka membelanjakan – sebahagian dari harta itu pada jalan Allah - , mereka tetap beroleh pahala yang besar.
– Al Hadid: 7


LUPA PERINTAH ALLAH

... jangan kalian menjadi seperti orang – orang yang telah melupakan – nasihat dan perintah) Allah, lalu allah menjadikan mereka melupakan – amalan – amalan yang baik untuk menyelamatkan – diri mereka. Mereka itulah orang – orang yang fasik – derhaka.
– Al Hasyr: 19



HADIS

GAMBAR

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menasihat dan memberi ingatan: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau ada gambar apa – apa yang mempunyai ruh – nyawa - .
- Perawi: Para perawi Hadis sama sepakat.

NOTA
Para malikat adalah wakil Allah memasuki rumah – rumah manusia yang beriman kepadaNya.
Rumah – rumah, termasuklah pada masa ini kenderaan di daratan, lautan dan udara.
Maka para malikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing dan gambar makhluk yang ada nyawa. Gambar yang disebut Nabi Muhammad s.a.w., bukanalah gambar yang diambil dengan kamera dan dilukis secara tidak timbul pada kertas dan lain. Gambar, di maksudkan semua lukisan atau ukiran yang timbul pada kertas, kulit kayu, kayu, tananah atau saramit dan sebgainya.
Contohnya, Tugu Negara, gambar Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan Parlimen, gajah dan sebagainya di atas pagar depan Zoo Negara dan di tempat – tempat lain.
Gambar timbul Yang Dipertuan Agong pada duit syiling di negara kita ini, termasuk yang di nasihat dan diberi ingat oleh Nabi Muhammad sallalhu alaihi wa sallam.