Sunday, June 12, 2011

KISAH DARI NOVEL


MADU LEBAH


Kira-kira jam 11.00 pagi, Azmi sedang bekerja dalam kebunnya. Cikgu Zainab dan suaminya datang menziarahinya. Perempuan itu datang menggonggong hati yang terselit tujuan seperti peribahasa Melayu, ’ ada udang di sebalik batu’ atau ’kalau tidak ada berada masakan tempua bersarang rendah’.

Haji Adnan dan Azmi bersalaman. Pada ketika berjabat tangan, Haji Adnan mencuit hujung telunjuknya kepada tapak tangan Azmi. Tujuan Haji Adan melakukan demikian supaya Azmi ’cakap siang tengok-tengok’ dengan isterinya. Sebelum itu telah menerima beberapa perkara sulit dari Azmi.

Cikgu Zainab melabuhkan punggungnya atas pangkin yang tersedia di bawah pokok dekat bangsal dalam kebun itu. Dua biji matanya berputar ke seluruh kebun itu memerhatikan pokok-pokok herba yang menghijau dan peti-peti sarang lebah.

”...cikgu tak tau pula, Azmi ni lepasan universiti...,”kata Cikgu Zainab menunjukkan dan merenung wajah Azmi.

”Eh, mana pula, Cikgu, ...saya sekolah rendah saja…, mana pula saya lepasan universiti,”sahut Azmi selamba.

IKUT TELUNJUK

Wajah Haji Adnan kelat. Perasaan malunya kepada Azmi menebal. Tetapi apa hendak dikatakan, telah nasibnya; dia terpaksa bernaung di bawah bendera kain batik. Ikut telunjuk bini. Takutkan bini. Dia seorang suami yang dayus.

”Cikgu ialah, ...bekas guru, saya ni apalah Cikgu, ...menumpang tanah orang, rumah orang...,”kata Azmi merendah diri.

”...eee ngapa Azmi kata begitu, ...sedih Cikgu,”kata Cikgu Zainab.

”Tak apa Cikgu,”sahut Azmi.

”...Yun yang beritahu kami, ...Azmi lepasan universiti...,”kata Haji Adnan.

Azmi senyum.

”Dia melawak, kut,”kata Azmi.

”Melawak apanya..., tanya Pak Adnan ni ha,”kata Cikgu Zainab.

Pada ketika itu, Cikgu Zainab sedar dirinya telah bersalah. Perkataannya kepada Azmi tempoh hari berpulas-pulas dalam otaknya. Perasaan dan sikapnya terhadap pemuda itu pada masa lalu telah mengejeknya pula.

Ceku Zainab bangun dari pangkin dan merenung suaminya, kemudian renungannya singgah pada wajah Azmi. Senyumnya lebar menjadikan bedak kering pada pipinya kelihatan mereka kerana warna bedak dengan kulitnya jauh bezanya.

”Azmi...,” seru Cikgu Zainab.

”Apa Cikgu?”Azmi bertanya.

”...macam ni, ...kami ada lagi tanah di darat sana tu, lima ekar, ...hutan, ...tak berjaga...,” kata Cikgu Zainab.

”Mengapa Cikgu?”Azmi bertanya lagi.

”...kami beri Azmi guna tanah tu, buat kebun..., tak payah sewa...,”kata Cikgu Zainab.

”Ia, Azmi, ...gunalah tanah tu, ...tak jauh dari sini...,”kata Haji Adnan pula.

Azmi merenung wajah Cikgu Zainab dan wajah suaminya.

”Terima kasih sajalah , Cikgu,...Pak aji, ....tetapi,”kata Azim.

”Apa tapi, tapi pula...,”kata Cikgu Zainya.

Azim senyum memanjang.

“Bagus tanah ta…,”kata Azmi.

“Apa tak bagusnya, macam tanah nila…,”sambut Cikgu Zainab.

”…saya minta maaf Cikgu, saya ni tak lama di sini,”kata Azmi.

“Ha, nak ke mana pula…?” suara Cikgu Zainab dan isterinya menjadi satu.

“Saya nak pindah…,”kata Azmi.

“Pindah ke manaaa…?” suara mereka padu lagi.

“....ke Ulu Yam, Cikgu,”jawab Azmi.

“Ulu Yaaam?”Tanya Cikgu Zainab.

“Ia, Cikgu, saya dah beli tanah di sana,”jawab Azmi.

”Eh, ...dah beli tanah, luas ke? Tanya Cikgu Zainab lagi.

”Ia, tak luas, Cikgu, lima ekar saja,”jawab Azmi.

“…di mana Ulu Am tu, abang?” Cikgu Zainab bertanya kepada suaminya.

“ …di Selangor…, dekat jalan nak ke Genting Highland…”jawab Haji Adnan.

LUBANG PEKAKA

Wajah Cikgu Zainab seperti kulit ayam togel kesejukan. Dua biji matanya terbeliak, banyak putih dari hitam .Mulut Haji Adnan melopong seperti lubang pekaka layaknya.

”Dah tu, tak berkebun di sini lagi ke...?’Tanya Haji Adnan.

”…begitulah, pak aji, ....di sini sementara saja, ...saya buat kebun di sini kerana nak dapatkan baka lebah saja,”jawab Azmi.

”Di sana tu nak buat kebun lebah jugake?”Tanya Cikgu Zainab.

”Ia, Cikgu, ...kebun madu lebah, herba macam kebun nilah, …kalau ada rezeki saya nak adakan kilang kecil untuk proses herba di sana…,”jawab Azmi.

Cikgu Zainab tunduk. Degup jantungnya kencang.Hatinya seperti hati pendatang asing yang akan di hantar pula ke negaranya

”Banyak duit tu , kebun..., kilang..,” kata Haji Adnan..

”Taklah banyak sangat, ...perusahaan kecil, Pak Aji,”sahut Azmi.

“…nampaknya, terbiar lagilah tanah kita ni, abang,”kata Cekgu Zainab kepada suaminya.

“Ialah…,”sahut suaminya.

Cekgu Zainab merenung wajah Azmi. Hajatnya memanjat hatinya seperti ulat bulu memanjat batang bayam; alangkah baiknya kalau Mahyun menjadi isteri pemuda itu.Kalau Azmi menjadi suami anaknya, lega dan cerahlah masa depan anaknya.

”Ni, lepas Zohor datang makan ke rumah kami...,”Cekgu Zainab menjemput Azmi..

”Ai, khendurike?”Azmi bertanya.

”Taaak, ...makan-makan anak beranak aje, ...ajak Long sekali, ya,” kata Cegu Zainab.

”Insya Allah,”sahut Azmi.

Long sedang memangku seberkas bayam merah dan berjalan bangsal. Sambil senyum kepada sepasang suami isteri itu, Long meletakkan bayam itu atas pelantar di hadapan Haji Adnan dan Cekgu Zainab.

”...ni bayam, Encik, ...saya ambil, boleh buat sayur..., ambillah,”kata Long.

”Aaa, terima kasiiih,”ucap Cekgu Zainab.

”sama-sama,”jawab Long.

”...lepas Zohor datang dengan Azmi ke rumah kami, ada makan-makan...,” Cekgu Zainab mengajak Long.

”Ialah,”sahut Long.

Cekgu Zainab merenung lengan Long yang sasa.Hatinya membanding lengan Long dengan lengan suaminya.Lengan Haji Adnan lembut. Isinya tidak sepejal isi lengan Long.

”Sedapnya rebus bayam…,”kata Cekgu Zainab.

Dua biji mata Cekgu Zainab masih tersangkut pada tubuh Long. Lelaki duda itu tunduk. Malu. Hatinya memohon perlindungan dari Allah ‘dari syaitan yang kerna rejam’.

Cekgu Zainab mengambil bayam seikat itu.Batang-batang bayam merah itu segar dan subur.Belum.

”...eee, gemoknya, bayam ni,”kata Cekgu Zainab.

”Ia, Cekgu, ...saya guna baja tanah bakar,Cekgu,”sahut Azmi.

”...begitu,”kata Cekgu Zainab sambil merenung daun-daun bayam itu.

TEA TARIK

Azmi merenung wajah suami Haji Adnan.Wajah lelaki pencen itu dibaca dengan firasyatnya. Dengan hatinya. Pesara itu sedang mengalami tekanan jiwa. Wajahnya lebih tua dari usianya. Macam penagih tea tarik kedai mamak.Pucat dan ada cahaya kuning. Tidak bermaya, seperti wajah orang Islam tidak pernah sembahyang.

”...orang tua ni, ...biar aku brain wash dia, ....takut binilah ni,”hati Azmi bersuara.

”Biasanya, kalau suami atau mandul, atau isteri mandul, ... macam nilah, jiwa tertekan, hidup tak gembira, …macam semalu tepi jalan…,”hati Azmi bersuara lagi.

”Pak Long, ambil sebotol madu tu, ...nak beri kepada Pak cek ni,”Azmi meminta kepada Long.

”Ia, Encik,”sahut Long seraya masuk ke dalam bilik bangsal itu.

Long keluar membawa sebotol madu lebah. Sebagai kebanyakan Orang Asli, hormatkan tetamu, Long membongkok sedikit tubuhnya dan menyerahkan botol madu itu kepada Haji Adnan..

”Terima kasih, Long,”ucap Haji Adnan.

”Sama –sama,”sahut Long lalu pergi.

”...madu yang Azmi beri dulu tu pun ada lagi, ...baru ni Long beri lagi,”kata Haji Adnan.

”...ia, tapi madu lebah ni dah saya adunkan dengan herba,” kata Azmi.

”Ia, bagus tu...,”sahut Cekgu Zainab sambi memegang botol madu di tangan suaminya.

”Ia, bagus,”sahut Azmi.

”Elok abang minum...,”sambut Cekgu Zainab.

”...saya tak pernah minum madu lebah campur herba,”kata Haj Adnan..

”Madu campur herba ni lebih khasiatnya, Pakcek,”kata Azmi.

”Iake, ...eh, bagus tu...,” kata Haji Adnan..

”Ia..., insya Allah...,”sahut Azmi.

” ... kalau saya minum, elok tak? ” Tanya Cekgu Zainab..

”Ia, ...elok, ...buang angin, elokkan kulit muka, ...macam-macam,”sahut Azmi.

”Macam mana minumnya?”Tanya Haji Adnan.

”…minum macam madu biasa, ...ada rasa pahit siki,”jawab Azmi.

”Jangan-jangan makan madu campur ni…,”kata Haji Adnan.Ketawa.

Azmi merenung puntung-puntung gigi Haji Adnan yang kuning berkarat.

”Eh, ...apa abang kata tadi?”Tanya Cekgu Zainab.

”Tak apa, ...minum madu campur ni panas…,”jawab Haji Adnan.

“Ingat kot abang nak kawin lagi...,”kata Cekgu Zainab.Dua biji matanya terbelia macam perempuan cemburu disaaru iblis.

Azmi menahan tawanya.

Keinginan Haji Adnan untuk berkahwin lagi cambah dan tumbuh seperti biji-biji durian dan jering dalam semak.Keinginan seperti keinginan lelaki yang soleh.

Azmi mencoba untuk menyuntik fikirannya kepada hati lelaki yang terkekang di luar penjara itu.Kalau dia amalkan minum madu campur herba, dia akan menjadi lelaki cerdas otak. Tenaga zahir batinnya kuat.Azmi berpendapat, lelaki yang cerdas otak tidak akan ikut telunjuk isteri.

”…saya pun nak minum juga, badan ni selalu sengal-sengal,”kata Cekgu Zainab.

”…bagus tu,Cekgu,”sambutAzmi.

“Tak payah, awak minum madu saja cukuplah…,”kata Haji Adnan.

“…ngapa, abang takut saya cari laki lain…?,” kata Cekgu Zainab. Biadab.

“Astaghafirullah, Allah kutuk perempuan menduakan suami,” suara Azmi tersangkut pada anak lidahnya.

“Awak ni, mulut macam gillette…,”kata Haji Adnan kepada isterinya.

“…taak, saya usik aje ...,”kata Cekgu Zainab.

Azmi senyum sambil merenung wajah mereka.

Pada ketika itu, Azmi berkeadaan seperti penjual ubat. Kegunaan dan khasiat beberapa jenis herba diterangkan kepada pasangan suami isteri itu. Amat besar harapannya, agar Haji Adnan tidak moyok macam ayam dimakan tungau dan isterinya tidak panas baran dan stress lagi.

“Ya Allah, Ampuni dosaku, Mudah-mudahan dengan kuasa dan kehendak-Mu, yang Allah, perempuan tua ini akan mendapat anak…,”hati Azmi berdoa kepada Tuhan.

“… dengan kuasa-Mu, ya Allah, Kautelah kurniakan kepada Siti Sara, isteri Nabi Ibrahim yang terlalu tua,” hati Azmi berdoa.

Hati Azmi lantas teringat akan jerkah Siti Hajar ‘…isterinya datang dan menampar muka, menjerkah, perempuan tua yang mandul.’

Pada ketika Haji Adnan dan isterinya berjalan keluar meninggalkan bangsar itu, Azmi yakin, suami isteri itu sedang mengalami krisis dalaman. Krisis itu akan pulih, jika si suami tegas dan berani mengubah sikap isterinya. (Disaring dari manoskrip novel, Madu Dan Cinta, oleh: Mokhtar Petah).




[1] Quran, Az Zariyat:29.

PAYUDARA

MENGUBAT KENSER PAYU DARA

Para wanita – tua dan muda – yang mengesyaki atau disahkan oleh doktor yang mereka telah diserang barah atau kanser payu dara, boleh mencuba mengubat sendiri dengan menggunakan ayat Quran.

Ayat Quran adalah kalam Allah dan mukjizat. Dengan Izin Allah jampi menggunakan ayat Quran, penyakit kanser itu akan sembuh.

Setiap orang yang hendak mengubat kanser dengan menggunakan ayat Quran, hendaklah tawakal dan yakin, kukuh iman kepada Allah dan kepada Quran, di samping kuat iman kepada para rasul, para malaikat dan hari akhirat.

Firman Allah:

Berdoa (minta)lah kepada Aku,nescaya Aku perkenankan.

(Al Mukmin: 60).

Bahan-bahan sampingan:

1- Madu lebah rimba atau batu.

2- Pucuk delima yang merah.

3- Pucuk akar seruntun atau patawali.

4- Madu lebah dibancuh dengan pucuk delima dan pucuk akar

5- Seruntun yang telah ditumbuk lumat.

Cara mengubat:

Sembahyang hajat pada waktu tengah malam, meminta kepada Tuhan agar menyembuhkan penyakit kanser. Pada tiap-tiap kali sujud minta dalam hati kepada Tuhan, kira-kira begini: “Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, sembuhkanlah sakit kanser saya ini. Kamulah Maha Penyembuh segala penyakit.”

Sebaik-baik sahaja lepas sembahyang hajat, baca lafaz tobat tiga kali. Baca seperti berikut:

1) Al Fatihah lima atau tiga kali, diikuti dengan,

2) Baca bismilah, diikuti dengan,

3) Baca ayat Quran: wa Iza maridhtu fa Hua Yasyfini – Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.(asyu Syu’ra:80), dikuti dengan,

4) Baca: La haula wala quwwata illa billhil Azim (tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatanku, melainkan dengan Allah Maha Tinggi dan Maha Agung, dikuti dengan

5) Selawat kepada Nabi Muhammad: Allahumma salli ala Muhamad.

Setiap kali lepas membaca hembuskan kepada ubat ramuan itu. Kemudian sapu pada ke seluruh payu dara sambil membaca lagi, no. 1 – 4. Tiap kali habis membaca, hembuskan kepada payu dara.

Amalkan selama tiga hingga tujuh malam. Insya Allah sembuh.

- mokhtar petah

MASAKAN HARINI

GULAI TERUNG TELUNJUK


Kira - kira satu kilo buah terung telunjuk dan ikan asin kering masak gulai rempah.
Cili besar merah 5 biji, belah empat, asam Jawa. Serbuk rempat kari ikan, daun karapulai atau daun limau purut. Santan kelapa masak. Sedaaap!

MAKSUD AYAT QURAN



PENYAIR

Aku akan wartakah kepada anda, kepada siapakan syaritan – syaitan itu turun?
Mereka turun kepada setiap pembohong yang berdusta.
Mereka meneleng (tidak peduli)kan telinga mereka, tetapi kebanyakan mereka itu adalah orang – orang yang dusta.
Dan parapenyair – para sasterawan – yang tidak percayakan Allah dan melahirkan syair – syair menentang Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. - , di ikuti oleh orang – orang jahat – mereka yang tidak mempunyai dasar keimanan kepada Allah dan rasul – Nya Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Tidkkah anda lihat, bahawa mereka – para penyair mengembar di setiap lembah dengan tidak tentu tujuan.
Sesungguhnya mereka mengatakan ssauatu yang mereka tidak perbuat. – Asy Syu’ra:221 - 226

Saturday, June 11, 2011

SAJAK




RUMAH RAKYAT

Semua rakyat miskin,
Tanpa rumah tempat hidup,
Harapkan suara Najib,
Pemimpin jujur.

Mereka mahu rumah,
Murah cuma,
Sekadar berteduh,
Tidak kering atau kuyup.

Sepetang di Gombak,
Najib jujur janjinya,
Seluruh negara diri rumah murah,
Untuk rakyat 1 Malaysia.

Air mata rakyat sebanyak air sungai Kelang,
MB Selangor, Muhammad Taib dan Khir Toyo,
Roboh rumah setinggan,
Rakyagt murba.

Kita tempat rakyat miskin,
Jadi bandar, Puchong dan di mana – mana,
Najib pembela rakyat murba,
Jika hatinya benar dan jujur.

Najib melihat rakyat miskin,
Hatinya rawan amat,
Tetapi para hartawan sekitarnya,
Setuju tidak hasratnya.

Bina rumah rakyat,
Para hartawan tidak untung,
Para politikus kejar harta,
Tidak setuju, berdengus.

Kini Najib mesti tegas,
Usah cakapnya laksana terbang agas,
Ribut datang agas hilang,
Rakyat miskin menyambung walang.

- Mokhtar Petah

MASAKAN HARINI


GULAI LEMAK BUAH JERING

Buah jering yang telah tuah gulai lemak dengan ikan kering salai atau ikan pekasam.

Jering kira – kira 20 biji, hiris agak nipis. Celur dengan air panas. Tunkan air. Masukkan bersama ikan kering salai atau ikan opekasam dalam periuk tanah (yang paling baik).Gaulkan dengan: Lengkuas, serai, kunyit, bawang merah, cili besar 5 biji dibelah empat, cabai Malaka,asam gelugur 4 keping dan santan kelapa yang agak pekat. Sedaaap!

MAKSUD AYAT QURAN




MAIN - MAIN AGAMA

Tinggalkan orang – orang yang mejadikan agama – Islam – sebagai main – main dan senda burau – iaitu dalam Islam ada peraturan bernegara atau mendirikan negara Islam sebagaimana yang telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dan sekitar bumi Arab – mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia, di antaranya menggunakan peraturan negara dari peraturan orang – orang kapitalis di Barat dan orang – orang Eropa dari Yahudi, Amerika, Inggeris dan lain – kerana mereka ditipu oleh kehidupan dunia – yang dipandang mewah -. Peringatkanlah mereka itu dengan al Quran agar mereka tidak terjerumus ke dalam neraka, kerana perbuatan mereka sendiri.Tidak ada bagi mereka pelindung dan tidak pula ada pemberi syafaat, selain dari Allah. Dan jika mereka menebus dengan segala macam tebusan necaya –Allah –tidak akan menerima daripada mereka. Mereka itu orang – orang yang dijerumuskan ke dalam ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka.
–Al An’aam: 70

Friday, June 10, 2011

MENGENANG MASA SILAM (Ulangan)





HATI – HATI CERCA ULAMA

Ustaz Haji Abdul Samad Nor, Mudir Ma’ahad Al Yahyawiyah, Padang Rengas dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Dia adalah salah seorang dari alim ulama di Negeri Perak yang tersohor. Seperti yang aku telah catatkan di atas, dia telah dilantik oleh Sultan Idris untuk menduduki kerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Perlantikan ke atas Ustaz Haji Abdul Samad oleh Sultan Perak, tidak dipersetujui oleh Wan Mohamed. Dia mahu seorang ulama dari UMNO dilantik menduduki kerusi majlis tersebut.
Sebelum itu aku telah menasihati Sultan Idris supaya melantik Ustaz Haji Abdul Samad Noh menduduki kerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak itu. Aku telah merafakkan nasihat kepada Baginda, bahawa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak milik umat Islam dan bukannya milik sesebuah parti politik tertentu.
”Majlis akan menjadi jambatan untuk menyatukan semula umat Islam yang sekian lama bercakaran kerana perbedaan fahaman politik, ...sampai bila orang Melayu atau umat Islam akan terus hidup dalam bergeseran..., permusuhan, sedangkan Allah dan Nabi Muhammad melarang permusuhan demikian” aku telah merafakkan kata-kata bersurat itu kepada Sultan Idris.
”Kalau Sir tidak dapat mencari penyelesai atau menyatukan semula umat Islam, Sir akan menerima beban dosa, kerana Sultan atau Raja Melayu ketua agama Islam di negeri masing-masing...,’sembhahku lagi.
”...Sir patut menjadi pelopor Raja-Raja Melayu untuk menyatukan umat Islam, ...ambil Ustaz Haji Abdul Samad Noh duduk dalam Majlis itu, ...itu satu contoh yang baik bagi perpaduan ummah,”tambahku.
”... aku dah lama duk fikir like that..., tapi kuasa kami, ...Raja-Raja Melayu terhad...,”titah Sultan Idartis.
”...hanya terhad dalam hal ehwal politik, ...tapi dalam perkara lain tidak, ...tapi I sendiri kesal...,”aku berkata.
”...ngapa?”Sultan Idris Shah bertanya.
”...apa tidaknya, ...ramai Raja-Raja Melayu macam renggang dengan rakyat deme dari umat Islam, ...mereka menengok rakyat melalui jendela istana saja, tak macam Sir turun padang menemui rakyat...,”aku memberanikan diri berkata demikian.
”...aku dah kena pikul amanah, ...aku tak boleh jauh dari rakyat..., aku kena ambil tahu hal deme..., agama Islam...,”titah Sultan Idris Shah.
MENCAPAI KEJAYAAN
Sultan Idris Shah telah memanggil Ustaz Haji Abhdul Samad Nor ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Baginda telah menitahkan kepada ulama itu yang Baginda berkenan melantiknya duduk dalam Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.
Kehendak manusia tidak selalu mencapai kejayaan, tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Pada hari Jumaat dalam bulan Februari 1980, satu perjumpaan Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan adat Istidat Melayu Perak dengan alim ulama dari seluruh negeri itu, telah diadakan di dewan Bangunan Pejabat majlis tersebut, di Ipoh.
Perjumpaan itu telah dihadiri oleh Menteri Besar, Wan Mohamed. Aku telah hadir dalam perjumpaan itu. Wan Mohamed telah berucap di luar teks ucapan yang telah disediakan. Dia telah berucap dengan dipengaruhi oleh sentimen politiknya; dia telah menyelar dan menyindir ulama yang disifatkan ’berangan-angan Mat Janin’ hendak menubuhkan negara Islam di Malaysia.
NEGARA ISLAM
Di antara kata-kata Wan Mohamed yang kesat,” ...pergi ke Mekah belajar agama tak sebanyak mana, balik nak tubuh negara Islam, ...ulama, (minta maaf, aku tak dapat terangkan kata-kata itu) orang Melayu tak akan menerima negara Islam, ...karut,...rakyat negara ini tak akan balik ke zaman kuno...,”katanya.
Setelah Wan Mohamed selesai berucap, pada waktu jamuan tea, Haji Mat Saman Kati (guru agama Istana), Ustaz Haji Abdul Samad Noh dan ystaz Ismail Mu’in telah menemui aku. Mereka telah meluahkan perasaan kesal mereka atas ucapan Wan Mohamed itu. Aku telah meminta mereka bersabar, ”....orang jahil, musuh Islam, ...orang kafir sahaja yang menentang negara Islam...,”aku telah berkata kepada mereka.
Aku telah mengingatkan mereka dengan sepotong ayat Quran yang bererti:
Mereka pekak, bisu dan buta, sebab itulah
mereka tidak dapat kembali kepda kebenaran.
Pada pagi esoknya (Sabtu), Persatuan Kadi Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat agung dalam dewan dan yang sama dengan tempat perjumpaan anggota-angota Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Perak semalam. Wan Mohamed telah dijadualkan merasmikan mesyuarat agung tersebut.
DIKEJARKAN KE HOSPITAL
Wan Mohamed telah dijemput untuk memberi ucapan. Belum sempat ucapannya masuk kepada tujuan merasmaikan ucapannya itu, tiba-tiba tubuhnya luruh atas pentas tempat dia berucap. Semua yang hadir terkejut dan bangun lalu menolong mengangkat tubuh Wan Mohamed. Kemudian dia dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh. Keadaan sakitnya sukar dipulihkan. Pihak hospital tidak mendapat sebarang kesan yang beliau telah diserang darah tinggi.
Pada satu petang, beberapa bulan kemudian aku telah bertemu dengan Wan Mohamed, di Ipoh Club. Dia berkeadaan kurang sihat. Pada waktu itulah aku terasa hiba. Betapa persahabatanku dengannya dulu telah menjadi renggang disebabkan oleh faktor peranan dan perjuangan yang berbeda.
Pada 1 Mac 1983, dengan persetujuan Presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad, Sultan Idris Shah telah melantik Ramli Ngah Talib (Tan Sri) untuk menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang telah dikosongkan oleh Wan Mohamed. Ramli adalah orang yang pertama berkelulusan undang-undang menerajui Kerajaan Negeri Perak. Pada zaman terakhir penjajahan Inggeris, seorang peguam, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Perak.

’Tan Sri Dato’ Seri Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja, Ramli Ngah Talib telah dilahirkan di Pasir Salak, di rumah datuknya Penghulu Alang Talib tereletak 30 meter daripada tempat J.W.W.Birch, Residen British Perak yang pertama dibunuh. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Pasir Salak, St. Anthony School Teluk Anson dan seterusnya di Malay College Kuala Kangsar, Queen’s University dan Lincoln’s Inn. London. Kariernya telah membawa beliau dari pensyarah undang-undang ITM ke jawatan Pegawai Undang-undang Lembaga Letrik Negara, firma undang-undang sendiri.
Sesungguhnya tidak sama orang yang berpengatahuan dengan yang tidak berpengetahuan. Gerak kerja orang yang berpelajaran tinggi tidak sama dengan gerak kerja orang yang rendah pelajarannya. Begitulah aku membandingkan Ramli Ngah Talib dengan para Menteri Besar yang sebelumnya.
RAKYAT JELATA
Menteri Besar pilihan Sultan Idris Shah itu mempunyai sikap berhati-hati mengatur dan melaksanakan rancangan-rancangan untuk kerajaan dan rakyat. Sultan Idris sentiasa memerhatikannya dan rakyat jelata sentiasa merenungnya.
’Dato’ Sri Ramli adalah anak kampung yang jauh dari bandar. Pengalaman hidupnya dalam kampung cukup untuk mengajarnya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai perasaan ’mementingkan orang ramai atau rakyat lebih dari segala-galanya’ – lalu beliau menguatkan azam; selagi pucuk pimpinan parti menaruh kepercayaan kepadanya mengetuai Kerajaan Negeri Perak dan memimpin rakyatnya, beliau akan terus memperjuangkan nasib rakyat dengan daya tenaga, daya fikiran dan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang ada padanya.’
Semenjak Ramli Ngah Talib meminpin kerajaan dan rakyat negeri Perak, maka negeri itu telah masuk ke dalam ’Era Baru’ dan pembangunannya dijalankan Seiringan dengan Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan Tan Sri Muhammad Mohd.Taib.
Pada tahun 1992 Ramli Ngah Talib dan Muhammad Mohd.Taib telah menandatangani perjanjian ’Kerjasama Pembangunan’ dalam kawasan sempadan negeri Perak dengan negeri Selangor.
Antara pambangunan sempadan yang berjaya, ialah pembinaan Bandar Proton, di Behrang, Tanjung Malim, menaik taraf Maktab Perguran Sultan Idris Tanjung Malim kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim juga.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,oleh: Mokhtar Petah).

POLITIK




SUARA DARI ORANG KECEWA

Beberapa orang pesara dalam bidang politik; Ustaz Hamid Othman dan Ustaz Nakaie Haji Ahmad di antara orang – orang yang digunakan oleh sebuah stesyen tv di negara ini, pada malam tadi, untuk meniru gerakan Yahudi dunia bagi melumpuhkan gerakan PAS untuk mnenegakkan Negara Islam di Malaysia.
Para penutur dalam tv tersebut, menampakkan mereka itu makan gaji. Kalau tidak melakukan demikian, mungkin mereka akan menerima nasib yang tidak baik. Maka, mereka mengikut telunjuk orang – orang atas mereka.
Suara para pesara politik dan orang – orang lain yang dalam tv tersebut, mengingatkan saya kepada beberapa pertubuhan Yahudi dunia sejak zaman Nabi Isaalaihissalam hingga pada zaman ini.
Mereka menyifatkan PAS menjalan kan angan – angan untuk menubuhkan Negara Islam di Malaysia. PAS menyerah maruah diri kepada DAP hingga tidak lagi berhasrat menegakkan Negara Islam dan seorang politikus setengah tiang menyeru orang – orang dalam PAS supaya keluar dari parti tersebut.
Patubuhan – pertubuhan Yahudi menjalankan tindakan untuk menghancurkan Islam, dengan berbagai cara, di antaranya:
1 – Serang dan perang.
2 - Beri pertolongan dengan ada udang di sebalik batu.
3 - Rosakkan para pemuda pemudi Islam dengan sekas, hidburan, arak, judi dan sebagainya.
4 - Sebarkan vfitnah, tohmahan dan keburuk umat Islam ke seluruh dunia dan mengguna media sebagai penimbang atau hakim.
PAS memulakan cita – citanya untuk menegakkan negara Islam sejak ditubuhkan pada tahun 1951. Parti itu berpegang kepada Quran dan Sunnah Nabi Muhammad atau menjunjung pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaat ( iaitu, Quran, Rasul Allah Muhammad s.a.w. dan sunnahnya dan pedapat para sahabat).
Pada masa ini, hingga pada muktamar yang baru ini, PAS tidak membuang cita- cita itu. PAS bersahabat atau bekerjasama denganb DAP dan PKR dengan tujuan menegakkan ‘negara kebajikan’, iaitgu negara yang dikehendaki oleh Allah.
PAS tetap berpegang kepada falsafahnya, untujk menegakkan negara Allah di Malaysia; negara bertguah – kebajikan – dan Allah Maha pengampun.
Saya melihat, bahawa stesyen tv tersebut telah tersilap sistem medianya, silap langkah dan silap memahami perjuangan PAS, maka percakapan mereka untujk mengelirukan orang ramai telah mengakibatkan nama UMNO menjadi berkarat.
Sejak malam tadi, saya melihat, stesyen tv tersebut telah menjadi seperti ‘orang suruhan’ orang atasan untuk melumpuhkan kerajasama PAS dengan parti – parti politik dalam PKR dan melumpuhkan PAS. Tetapi sebenarnya mereka gtidak sedar, bahaya pasa umumnya ahli – ahli PAS berjuang atas nama Allah dan PAS ada jalur perjuangan untuk menunaikan tguntutan Allah.
Mungkin, ramai orang menganggap pihak stesyen tv itu bijak, tetapi bagi orang yang berakal dengan berpegang kepada iman dan perjuangan pada jalan Allah menganggapnya sebagai ‘ ulat kohyak daun’ yang akan lumpuh setelah adanya racun serengga.
Saya suka mengingatkan, bercakaplah hingga ke langit, tetapi jangan mencerca, mengutuk, memfitnah dan menghina orang yang berjuang pada jalan Allah, kerana perbuatan itu buku akibatnya; akan dibalas oleh Allah dengan kehinaan dan penderitaan.
Ramai rakan – rakan saya, sama ada dalam peringkat tinggi Kerajaan Malaysia dan negeri – negeri yang mengambil bahagian mengutuk, menfitnah dan menhina orang – orang berjuang pada jalan Allah, pada hujung kehidupan mereka berada dalam keadaan derita, sedih dan berpenyakit sukar diubatg oleh para doktor.
Suara dari orang kecewa sentiasa dipandang ada 'tidak bijak' oleh orang ramai. Mereka berasa mendang dan dijanjung, tetapi mereka itu adalah menjadi musuh umat Islam yang berjuang pasa jalan Allah – mokhtar petah.

Monday, June 6, 2011

MENGENANG MASA SILAM




PARA PENULIS PADA ZAMAN PENJAJAH

Pada tahun 1950-an, mana-mana penulis yang menulis mengenai hal ehwal politik, masyarakat dan agama Islam, mengasah kesedaran dan fikiran orang-orang Melayu untuk memerdekakan bangsa dan tanah air, telah dianggap oleh orang-orang yang memihak kepda penjajah Inggeris, sebagai orang yang tidak diingini. Mereka menganggap penulis-penulis itu seperti ’duri dalam daging’ kepada kerajaan Inggeris dan anggota-anggota masyarakat yang sayangkan penajajah tersebut.
Oleh yang demikian ramai penulis-penulis yang menulis rencana, cerpen dan sebagainya yang mengandungi idea atau semangat perjauangan menuntut kemerdekaan atau politik menentang penjajah Inggeris telah menggunakan nama samaran masing-masing. Ishak Haji Muhammad menggunakan nama samaran: Anuar, Hantu Raya dan beberapa nama lagi, Abdullah Hussain: Adiwajaya, Iskandar Muda dana beberapa nama lagi, Abdul Samad Ismail: Asmal, Mohha dan Nasha, Kamaluddin Muhammad:Kris Mas, Abdullah Thani: Ahmad Boestamam dan Ruhi Hayat, Usman bin Awang: Tongkat Waran dan ramai penulis-penulis yang mengunakan nama samaran. Aku telah menggunakan beberapa nama samaran, di antaranya, M.Pathy, Shabab Asmara, Akhdiat, Noor Iskandar dan lain .
PENAGIH PENULIS
Aku dianggap oleh kebanyakan politikus Melayu seorang penulis kontroversi atau daring writer. Ramai yang suka membaca tulisanku dan ramai pula yang tidak suka membacanya kerana takut tulisanku itu memjadi ’sabun’ membasuh otak atau ’brain wash’ mereka.
Setelah sekolah aku di Teluk Anson tutup, kira-kira dua bulan aku tinggal di kampungku. Tiap-tiap hari aku telah bekerja menoreh getah di kebun getah ibuku, di Paya Pak Banon. Pada sebelah petang aku telah menolong ibuku bekerja sawah dan pada sebelah malam aku menjadi nelayan di Tasik Chenderoh. Ikan-ikan yang telah aku tangkap itu sekadar untuk lauk kami sahaja.
Di samping itu aku mengambil kesempatan dari waktu-waktu lapang untuk menulis artikel, cerpen dan buku cerita atau romen. Ada kalanya aku telah dikacau oleh pertanyaan; mengapa ku menjadi penagih menulis, sedangkan dari moyang, datuk dan bapaku, sama ada di sebelah bapaku mahaupun di sebelah ibuku tidak ada yang telah menjadi penulis?
DIANUGERAHKAN ILHAM
Akhirnya aku menjawab sendiri, iaitu Allah telah menjadikan rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-nya. Maka tidak hairanlah Allah telah menjadikan orang-orang yang dikehendakinya itu sebgai penulis. Kepada rasul-rasul-Nya dikurniakan wahyu. Kepada penulis-penulis dianugerahkan ilham-Nya seperti Allah memberi wahyu dan ilham kepada lebah.
’Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebah supaya membuah tempat diam (sarang) di bukit, di pohon kayu dan apa sahaja pun yang dapat mereka dirikan.
Kemudian (dan) makanlah buah-buahan dan laluilah jalan Tuhan dengan patuh.Dari perutnya keluar minuman yang bermacam warnanya, di dalamnya ada ubat bagi manusia; sesungguhnya hal itu menjadi keterangan bagi kamu yang memikirkan.
Pada satu hari, aku bersama bapaku telah pergi ke sekolah agama, Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan menemui mudirnya, Ustaz Haji Zubir bin Haji Ahmad. Bapaku telah memohon mudir itu agar dia dapat menerima aku melanjutkan pelajaran di sekolahnya. Dengan pertolongan Allahyarham Haji Ohman bin Ahmad, bilal Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan, maka aku telah diterima untuk menduduki peperiksaan khas pada hari itu juga, bagi melayakkan aku menyambung pelajaran dalam Qismuth thalith’ (tingkatan tiga).
SURAT KHABAR
Walaupun aku telah berjaya dalam peperiksaan khas itu, tetapi malang, kerana tiga orang dari ahli jawatankuasa sekolah itu telah tidak mahu menerimaku. Mereka telah memberi alasan, kerana sekolah itu di bawah naungan Sultan Negeri Perak, maka aku tidak boleh diterima belajar di sekolah itu, kerana aku telah benyak menulis artikel-artikel yang berbau politik dalam surat-surat khabar dan majalah-majalah. Jika aku diterima belajar di sekolah itu, maka aku akan merosakkan nama baik sekolah itu. Mereka juga tidak menolak kemungkinan, jika aku belajar di sekolah itu, ramai daripada penuntut-penuntut sekolah tersebut akan terpengaruh dengan fikiran dan tulisanku.
Aku terpaksa menganggur di kampungku selama sebulan setengah lagi. Ada hari-harinya aku pergi ke Kuala Kangsar. Di sana aku telah berkenalan dengan pemilik toko buku, di Jalan Kangsar, dalam bandar diraja itu, iaitu Allahyarham Yahya Arif. Dia ialah menantu kepada Sheikh Tahir Jalaluddin dan adik ipar kepada Tun Hamdan Sheikh Tahir. Yahaya Arif juga menjadi pengeluar ubat bersalin cop ’kambing gurun’ dan ’burung layang-layang’.
Setelah Yahya Arif mengetahui masalahku, maka dia telah mengesyorkan kepadaku supaya aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama Islam, di Padang atau Bukit Tinggi, Indonesia. Sekolah itu telah dikendalikan oleh beberapa orang ulama di sana, termasuk pujangga Haji Abdul Karim Amarullah - HAMKA.
TOKO BUKU
Yahaya Arif telah memberi jaminan kepadaku, bahawa dia akan mengaturkan perjalananku ke sana dan segala perbelanjaanku di sana termasuk yuran sekolah dan buku-buku akan ditanggung oleh pihaknya.
Syeikh Tahir Jalaluddin adalah rakan karib kepada HAMKA. Yahya Arif juga menjadi rakan rapat pujangga itu. Di toko bukunya ada menjual banyak buku-buku karya HAMKA dan buku-buku karya penulis-penulis lain dari Indonesia.
Yahya Arif telah berharap kepadaku, apabila aku telah belajar di Bukit Tinggi, aku akan dapat membantu beberapa buah majalah Islam di sana, iaitu dengan menulis artikel-artikel untuk majalah-majalah itu. Aku akan diberi honorarium bagi setiap artikel karyaku itu.
GADIS MINANGKABAU
Apabila usul atau rancangan Yahya Arif itu aku telah kemukakan kepada ibu dan bapaku, mereka telah tidak setuju. Mereka tidak mahu aku belajar di sana dan menurut mereka, kalau aku belajar di sana tentu aku tidak akan pulang ke tanah air lagi. Mereka khuatir aku akan berkahwin dengan gadis Minangkabau, di sana.
Ibu dan bapaku telah mendengar cerita-cerita dari orang-orang Minangkabau dari keluarga Malim Deman – kedai songkok-, di Jalan Datok, dalam bandar Kuala Kangsar, bahawa orang-orang Minangkabau pandai memikat pemuda-pemuda Melayu untuk menjadikan menantu mereka.
Kebetulan pula pada masa itu, ada seorang peniaga dari Minangkabau, Fakeh Hassan sering datang ke rumah kami. Dia telah memberitahu hasratnya kepada ibu dan bapaku, dia bercadang hendak mengambil aku menjadi menantunya, iaitu menjodohkan aku dengan anak gadisnya yang sedang menuntut di sekolah agama, di Bukit Tinggi, Indonesia.
AGAMA ISLAM
Ibu dan bapaku telah mencapai keputusan, bahawa aku mesti menuntut di mana-mana sekolah agama Islam di tanah air. Kalau mereka membenarkan aku menuntut di Bukit Tinggi, sama seperti mencampakkan seketul batu ke dalam tasik. Mereka mengusulkan supaya aku melanjutkan pelajaran ke sekolah agama, Madrasah al Yahyawiayah, Padang Rengas. Pengetua sekolah itu, ialah Allahyarham Ustaz Haji Abdul Samad Noh, seorang ulama muda lepasan sekolah Darul Ulum, Mekah.
Sebelum aku datang ke Madrasah Al Yahyawiyah, telah terbayang dalam mindaku yang sekolah itu beratap genting, dinding simen atau papan, lantainya marmar, banyak bilik darjahnya serta ramai muridnya. Tetapi apabila aku tiba di sekolah itu, apa yang telah terbayang dalam mindaku sebelumnya, langsung tidak wujud.
Madrasah itu hanya sebuah surau lama bertiang kayu-kayu empat segi, berdinding papan, lantai papan dan beratap zink. Surau itu terletak dekat sebuah telaga tempat penduduk-penduduk kampung Bawah Gunung mandi manda dan berhampiran dengan sebuah paya.
DALAM SURAU
Bahagian atas surau itu tempat sembahyang dan kami belajar di bahagian bawahnya. Tidak ada bilik darjah. Kira-kira dua puluh orang penuntut sahaja yang belajar dalam tingkatan tiga (qismuth thalith. Semua penuntut terpaksa belajar dalam surau itu dengan bersila seperti penuntut-penuntut institusi pondok.
Di antara penuntut-peniuntut sekolah itu, ialah Ahmad bin Sheikh Juni Tala (adik ipar kepada Mohamad Asri bin Muda Menteri Besar Kelantan, kemudian dia menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak– PAS - , kawasan Lubuk Merbau.
Kerana madrasah itu tiada asrama atau rumah tumpangan bagi penuntut-penuntutnya yang datang dari luar Padang Rengas, maka aku bersama penuntut-penuntut lain terpaksa menumpang di sebuah rumah milik seorang anggota Angkatan Pemuda Insaf (API), Ustaz Abdul Kadir. Dia telah ditahan dalam khemah tahanan politik, di bawah perintah Menteri Dalam Negeri, Dato’ Onn Jaafar pada tahun 1948.
TAHANAN POLITIK
Ustaz Abdul Kadir bersama berpuluh-puluh orang anggota-anggota Parti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) di Padang Rengas dan beberapa tempat di Negeri Perak telah ditangkap dan ditahan dalam beberapa khemah tahanan politik di Malaya.
Rumah itu terletak di tepi sawah, di Kampung Lalang, sebuah kampung dipendalaman, kira-kira dua kilometer jaraknya dari sekolah tempat aku belajar. Aku telah tinggal besama tiga orang penuntut dari kampung Luat, Lenggong. Mereka itu, ialah Idris (kemudian menjadi guru agama pasukan Polis Hutan, di Ipoh), Abdul Muluk, Mohd. Azam dan Mohd. Adnan (kemudian bekerja kampung).
Aku dan rakan-rakanku terpaksa berulang alik ke sekolah dengan berjalan kaki mengikuti jalan tanah dan aspal – bila hari panas berdebu dan bila hari hujan berlumpur. Kami terpaksa memasak makanan sendiri kerana hendak berjimat.
PARTI KEBANGSAAN
Oleh kerana aku banyak menumpukan kepada pelajaran dan menulis rencana dan sebagainya, maka aku jarang mengambil bahagian memasak. Kawan-kawan serumah dengannku menganggapkan aku ’orang yang paling malas memasak’.
Pada masa itu jalan dari pekan Padang Rengas ke Kampung Lalang dan Kampung Laneh masih tanah merah dan pasir. Di kawasan bawah Gunung Pondok dan dekat stesen keretapi terdapat lebih lima belas rumah kedai setingkat.
Kira-kira dua bulan aku belajar di Madrasah al Yahyawiyah, aku telah bergaul dengan beberapa orang pemuda Melayu ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) di Padang Rengas. Mereka itu terdiri dari orang-orang yang belum ditangkap oleh pihak Kerajaan Inggeris. Di antara mereka itu, ialah Rashid Karim, Rashid Ali, Ismail Punjab dan Zainuddin Andika (seorang tukang kayu yang pandai membuat senjata api).
TIDAK BERLANTAI
Mereka itu sering membaca artikel-artikel yang aku tulis dalam akhbar dan majalah-majalah. Kerana artikel-artikel yang aku tulis itu ada unsur-unsur politik, mereka menganggap aku mempunyai semangat dan jiwa perjuangan yang sama dengan mereka juga.
Mereka tidak mahu aku tinggal jauh dari sekolahku, maka mereka telah mengajak aku tinggal di sebuah rumah atau bangsal setingkat, beratap rumbia, dinding papan, tidak berlantai, hanya tanah berdebu. Bangsal itu milik seorang ahli Angkatan Pemuda Insaf (API) yang terletak dalam kebun ubi kayu, dekat landasan keretapi dan kira-kira suku kelometer jaraknya dari sekolahku.
Kira-kira sepuluh hari aku telah tinggal di bangsal itu, pada satu malam satu gerakan besaran-bersaran menangkap saki baki ahli-ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah dilancarkan oleh anggota-anggota pasukan Polis Hutan (jungle scout) di seluruh kawasan Kuala Kangsar, terutama di sekitar Padang Rengas .
MINYAK TANAH
Dalam gerakan pada malam pertama itu, beruluh-puluh orang Melayu ahli-ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Hizbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf(API) dan Angkatan wanita Sedar(AWAS) telah ditangkap dan dibawa dan ke Ibu pejabat Balai Polis, di Kuala Kangsar. Di antara rakan-rakanku di Padang Rengas yang telah ditangkap pada malam pertama, ialah Zainuddin Andika dan Ismail Punjap.
Pada malam yang kedua gerakan itu, aku sedang membaca buku dalam cahaya pelita minyak tanah, dalam bangsal itu, tiba-tiba aku terdengar beberapa orang berjalan di luar bangsal, kemudian pintu bangsal itu telah diketuk beberapa kali dari luar. Aku telah membuka pintu itu. Lebih sepuluh orang anggota-anggota Polis Hutan berpakaian seragam sedang berdiri di muka pintu bangsal itu.
Ketua mereka, seorang Melayu telah memberi salam kepaku. Kemudian dia telah masuk ke dalam bangsal dengan diikuti oleh anggota-anggotanya. Mereka telah menggelidah rak buku, almari dan apa sahaja dalam bangsal itu.
Aku telah memberitahu mereka yang aku masih belajar dan baru tinggal menumpang dalam bangsal itu.
BERBAHASA ARAB
Seorang pegawai polis – mungkin pegawai Polis Cawangan Khas, boleh berbahasa Arab dan lepasan sekolah agama – Madrasah Al Junid, Singapura, telah menggeledah di bawah pangkin dan telah mengetuk-mengetuk atas tanah di situ dengan bat senapangnya. Tempat itu bergaung. Setelah dibuka penutup lubang gaung itu, mereka telah menemui lebih dua ratus laras senapang -rifle - , yang siap dibuat dan semua rifle belum dipasang picu (trigger)nya. Mereka telah mengangkat keluar semua senapang itu dan kemudian membawa keluar dari bangsal itu.
Mungkin pada waktu anggota-angota polis hutan itu menggeledah bangsal aku itu, pegawai yang pandai berbahasa Arab itu telah membaca tulisan(Jawi)ku yang telah siap ku tulis dan buku-buku karangan Syed Qutb, Hassan Al Banna (anggota-anggota parti Ikhwanul Muslimin Mesir) serta buku-buku karangan Ir Soekarno, Dr Mohd.Hatta, Hamka dan Dr Burhanuddin Helmi yang terletak atas pankin dalam bangsal itu. Pada pagi esoknya, kira-kira jam 7.00 satu pasukan polis hutan telah datang menangkapku dan mereka telah membawaku ke Balai Polis Padang Rengas. Kira-kira dua jam kemudian mereka telah membawa aku ke Ibu Pejabat Balai Polis daerah Kuala Kangsar.
Aku adalah di antara berpuluh-puluh orang Melayu pejuang kemerdekaan yang telah ditahan di Ibu Pejabat Balai Polis itu. Aku ditahan sebagai tahanan politik hingga jam 4.30 petang.
PEGAWAI POLIS
Aku telah dibebaskan adalah dengan pertolongan seorang pegawai rendah mata-mata gelap, Sarjan Buang yang datang melihatku dan tahanan-tahanan lain dalam perut balai itu. Sarjan Buang sahabat bapakku. Beberapa bulan yang lalu, dia telah sering datang ke rumahku. Dia pernah menasihati aku supaya rajin belajar. Setelah Sarjan Buang berunding dengan pegawai-pegawai polis di balai itu, maka aku telah dibebaskan. Kemudian aku telah dihantar dengan sebuah lori polis ke pekan Padang Rengas.
Kerana aku masih muda – berdarah muda - , walaupun aku bukan pejuang kemerdekaan, tetapi setelah aku ditangkap oleh anggota-anggota Polis Hutan, aku berasa bangga, kerana aku telah ditangkap sebagai seorang pejuang atau patriotik kemerdekaan tanah air.
Aku telah merahsiakan kejadian aku telah ditangkap dan ditahan di Balai Polis Kuala Kangsar. Aku tidak mahu diketahui oleh guru-guru dan kawan-kawanku, lebih-lebih lagi oleh ibu dan bapaku. Kalau mereka telah mengetahui, tentulah mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk datang ke Padang Rengas kerana melihatku. Pada masa itu wang sukar didapati oleh orang-orang yang berada dalam rahang kemiskinan.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

MAKSUD AYAT QURAN



BEREBUT HARTA

Jangan kalian makan (atau mengambil harta) di antara kalian dengan cara yang salah – walaupun sah di segi undang – undang negara kapitalis atau undang – undang ciptaan orang kafir - , dan jangan pula kalian menghulurkan harta kalian (memberi rasauah) kepada para hakim kerana hendak memakan harta manusia dengan – perbuatan – dosa, pada hal kalian mengetahui – salahnya - .

– Al Baqarah: 188.

Nota.

Firman Allah Taala ini diturunkan kepada RasulNya, Mujhammad s.a.w. setelah berlaku kejadian antara dua lelaki, Imril Qais bin Abis dan Abdan bin Asyma’ al Hadhrami kerana berebut sebidang tanah dan mereka bersumpah di hadapan hakim.

Di negara kita ini sering berlaku keajadian berebut harta, iaitu tanah, terutama tanah pusaka. Ada abang membolot harta adik – adinya dan ada abang yang menggunakan pihak pejabat tanah menukar milik tanah pusaka bapa atau itu kepada miliknya sedangkan adi – adiknya ada dua tiga orang.

Orang – orang yang berebut harta pusaka dan membolotnya dengan tidak sah di sisi agama Islam, maka, sebelum dia meninggal dunia, Allah membalasa dosanya dengan berbagai cara yang azab. - mp

Sunday, June 5, 2011

KISAH DARI NOVEL

PROFESOR, TINGGAL ISTERI, KEKASIH

Dr.Nur Azura telah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.50 pagi, pada hari yang kedua suaminya dirawat di hospital Putrajaya. Dengan menggonggong hatinya yang sedih dan risau, dia telah menumpang sebuah teksi menuju ke hospital tersebut.
“Ya, Allah, selamatkanlah suamiku ..., sembuhkanlah sakitnya ...,” Dr. Nur Azura telah berdoa sepanjang lebuh dari lapangan terbang ke hospital Putrajaya.
“ ...dia banyak fikir ..., banyak menulis ..., tak rehat ...,” sungut Dr. Nur Azura.
“Orang macam saya, mana ada rehat, sayang..., kami sentiasa ditolak oleh otak kami sendiri ..., fikiran kami tidak benarkan kami rehat ...,” suara Profesor Hamidi lembut dalam fikiran Dr. Azura.
Kata-kata itu telah diucapkan oleh Profesor Hamidi kepada Dr. Nur Azura, pada satu malam, kira-kira tiga tahun yang lalu.
“Nabi Muhammad sampai ke usianya yang dihitung tua , terus menerima wahyu dari Allah ...,Junjungan bekerja, berjuang sampai akhir hayatnya ...,” kata Profesor Hamidi.
“Junjungan telah terima wahyu dari Allah ..., orang macam saya,ialah pengarang, terima ilham ,pengetahun, dari Allah ..., kami rela bekerja, berjuang hingga ke akhir hayat ...,” kata Profesor Hamidi lagi.
“Saya setuju dengan tulisan seorang penulis pada kulit bukunya, saya terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu atas kain kapan saya ...,” katanya lagi.
Dr. Nur Azura senyum. Dia bangga akan kegigihan suaminya.
BERANSUR REDA
Sebaik-baik sahaja teksi berhenti di hadapan pintu bersar hospital Putrajaya, Dr. Nur Azura membimbit beknya dan berjalan masuk ke kauanter hospital tersebut. Pada ketika dia tiba dalam bilik suaminya, perasaan sedihnya beransur reda kerana suaminya telah sihat.
“As salamu alaikum, abang,” ucap Dr. Azura lalu memeluk tubuh suaminya.
“...alaikunnas salam, Haaa, sayang dah balik ...,” sahut Profesor Hamidi.
“ ... ia, yang, Zura sedih, yang ...,” sambut Dr. Nur Azura.
“Mana Zura dapat tau ni ...?” Profesor Hamid bertanya dalam pelukan isterinya.
Dr. Nur Azura menciumi kedua-dua belah pipi suaminya.
“Ia, Zura sedih dapat tau abang sakit ..., mak Wan beritau ...,” jawab Dr. Nur Azura.
“ ... sakit sikit aja ...,” sahut Profesor Hamidi.
Dr. Nur Azura melepaskan suaminya dari pelukannya. Hatinya masih sedih.Ada gerak hatinya yang tidak mengenakkannya.Dia berfikira perkara yang tidak mustahil akan menimpa keluarganya.Imannya tegar; rezeki, jodoh, ajal, tanah kubur dan segala-galanya di tangan Tuhan.
“Sungguh pun abang kata sikit, tapi Zura sedih, abang ...,” kata Dr. Nur Azura.
Profesor Hamidi senyum. Dua puntung tangannya memegang dua tangan isterinya.Diramas-ramas-ramas mesra akan kedua-dua tangan isterinya.
“Abang dah boleh balik ..., doktor dah beritahu tadi ...,” kata Profesor Hamidi.
“Ia, baguslah,abang,” kata Dr. Nur Azura.
“Ia, kita balik ...,” sahut Profesor Hamidi.
“Macam mana ..., Hani dah tauke abang sakit ...?” Tanya Dr. Nur Azura.
“ ...tak, dia tak tau ...,” jawab Profesor Hamidi.
“Tak apa, biar Zura beritahu dia ..., di mana dia agaknya,” Dr. Nur Azura beretanya.
“ ...tak payah beritau dia ..., dia ada beritahu, dua hari lalu ..., dia nak balik ke Pulau Langkawi ...,” jawab Profesor Hamidi.
“Kalau dia tau, tentu dia sedih ..., ia, abang,” kata Dr. Nur Azura.
Profesor Hamidi diam.
“Dia tu sayang sangat kepada abang ...,” kata Dr. Nur Azura lagi.
Profesor Hamidi diam lagi.
GADING BERTUAH
Profesor Hamidi berharap, pada waktu-waktu Julia Hani akan dilamar oleh Profesor Rafie Amri, biarlah gadis itu tidak ingatkannya lagi Diharapkan Julia Hani memandang dirinya seperti tanduk hitam.Berkarat. Tidak berguna lagi. Tidak sama dengan gading bertuah yang telah didapatinya.
“Kita balik , sayang...,” Profesor Hamidi mengajak isterinya.
“Ia, kita balik, abang boloeh berihat di rumah ...,” sahut Dr. Nur Azura.
Sebaik-baik sahaja Profesor Hamidi selesai bersalin pakaian, isterinya mengiringnya berjalan ke kaunter untuk menyelesaikan segala urusan sebelum keluar dari hospital itu.
“abang tunggu atas bangku tu ..., Zura panggil teksi ...,” kata Dr. Nur Azura sambil meminpin suaminya kepada bangku di ruang depan hospital itu.
“Ialah ...,” sahut Profesor Hamidi.
Sebentar kemudian, Dr. Nur Azura masuk mendapatkan suaminya.Dia memimpin suaminya berjalan kepada teksi yang sedang menunggu.
“Lama dah kita tak berjalan begini, sayang,” kata Profesor Hamidi.
UMAT MANUSIA
Dr. Nur Azura diam. Pada ketika itu hatinya dimamah gundah. Pilu. Percakapan suaminya menambahkan risau hatinya. Dia takut menghadapi masa hadapannya. Mungkin dia akan ditinggalkan oleh orang yang paling dikasihinya. Lelaki yang menjadi pelindungnya.
Dua tiga malam yang lalu Dr. Nur Azura telah bermimpi. Dalam mimpi itu, suaminya berpakaian putih memimpinya mendaki Jabal Saadiah, di Padang Arafah, Mekah. Di atas bukit itu, suaminya telah memeluk tubuhnya erat-erat.
“ ... sayang, di sinilah nenek kita, Hawa bertemu dengan datuk kita, Adam ...,” kata suaminya.
“Ia, abang, di sinilah bermulanya sejarah dunia, ia, abang ...,” kata Dr. Nur Azura.
“Di sini juga mula berkembang umat manusia ...,” sahut suaminya.
“Ia, abang,” kata Dr. Nur Azura.
“Ia, sayang, percayalah, sayang, inilah kali yang terakhir abang datang bersama sayang ke sini ..., “ kata suaminya.
“Eh, ngapa abang cakap macam tu, sedih Zura,” kata Dr. Nur Azura.
“Abang akan pergi jauh ..., tak balik lagi ..., tak jumpa Zura lagi ...,”kata suaminya.
Dr. Nur Azura diam.
Dia terjaga dari tidurnya. Mimpinya telah menjadikan dia berada dalam keadaan risau. Takut. Sayu. Sedih.
“ ... ya, Allah ..., Kaulah yang menentukan baik atau buruk mimpiku ...,” bisik Dr. Nur Azura.
Dalam teksi yang membawa mereka ke Pingkiran Putrajaya, Profesor Hamidi berkata kepada isterinya, “ ... yang, kalau ditakdirkan abang pergi dulu ..., pulang ke rahmatullah ..., Zura tolong sampaikan salam abang kepada Hani ...”.
“Eh, abang ni, apa kata macam tu..., sedih Zura, bang ...,” kata Dr. Nur Azura sambil meramas-ramas tangan kanan suaminya.
SUARANYA LEMBUT
Profesor Hamidi diam. Kemudian terluah dari mulutnya ucapan dua kalimah syahadah. Suaranya lelmbut, selembut suara dia berbisik dengan keksihnya dulu. Dua biji matanya yang teduh direnung isterinya.
“Yang, anak-anak kita ...,” kata Profesor Hamidi.
“Dia orang tu sihat ..., ada telefon Zura ..., bulan depan dia orang nak datang ke Amman ...,” sahut Dr. Nur Azura.
“Baguslah ..., dah lama dia orang tu tak kontek abang ..., agaknya sibuk ...,” sungut Profesor Hamidi.
Dr. Nur Azura menelan air liurnya sendiri. Sedih mengopak hatinya kerana kata-kata suaminya.Dari wajah suaminya, dia mencampakkan renungannya ke luar jendela teksi. Semua bangunan, pepohon menghijau, tasik dan semua yang dilihatnya menajadi tidak indah lagi. Sedih sedang menderanya.
Sebaik-baik sahaja teksi berhenti di halaman rumah, mak Wam meluru keluar ke muka pintu dan menyambut mereka. Hamidi berjabat tangan dengan ibu saudaranya. Pada ketika dia berjalan masuk ke dalam biliknya, dia memberritahu kepada isterinya dan mak Wan yang dia hendak mengambil air sembahyang.
“Dia nak sembahyang kut ...,” kata mak Wan.
“Ia, biar Zura bentangkan sejajadah dalam bilik,” sahut Dr. Nur Azura.
PERASAAN RISAU
Dr. Nur Azura menghampar sejadah di tempat salat dalam bilik itu. Hatinya sedang didera oleh perasaan risau.Gundah.Sayu.
“Allahu Akbar, ngapa perasaan aku begini?” Dr. Nur Azura bertanya kepada Tuhan.
Profesor Hamidi keluar dari bilik air. Setelah memakai ketayap putih dan melilitkan serban pada batang lehirnya, dia berdiri atas sejadah yang terhampar itu.
Sebaik-baik sahaja Profesor Hamidi mengangkat takbir ihram, Dr. Nur Azura meninggalkannya dan berjalan ke ruang tengah. Tiba-tiba telefon dalam bilik kerja suaminya berdering beberapa kali. Mak Wan berkejar ke dalam bilik itu lalu mengangkat telefon itui ke telinganya..
“...mak Wan, Hani ni ..., Hani dah tiba di KLIA ..., Hani nak pergi terus ke hospital ...,” kata Julia Hani.
“Oh Cik Hani ...., eh, tak usah pergi ke hospital ..., mari terus ke rumah ..., Hamidi dah balik ...,” mak Wan memberitahu Julia Hani.
“Siapa cakap tu, mak Wan?” Dr. Nur Azura bertanya.
“ ...anu, Hani, dia baru tiba di KLIA ...,”jawab mak Wan.
“Biar Zura cakap, mak Wan,” kata Dr Nur Azura seraya masuk ke dalam bilik itu.
“ ...assalamu alaikunna, Cik Hani,” Dr. Nur Azura memberi salam.
“ alaikunnas salam ..., Hani di KILA ni,” sambut Julia Hani.
“Ia, Profesor dah balik ..., dia tengah sembayang tu ..., Cik Hani datang terus ke rumah ...,” Dr. Nur Azura memberitahu Julia Hani.
“Baik, Hani akan datang ke sana, kak ...,” sahut Julia Hani.
HAMPIR MENJERIT
Sementra Dr. Nur Azura sedang bercakap dengan Julia Hani, Mak Wan telah masuk ke dalam bilik anak saudaranya yang sendang sembahyang. Sebaik-baik sahaja dia masuk ke bilik itu, tiba dia menjerit.
“ Allaaah, anak aku ..., Zuraaa ..., Zuraaa ..., Allaaah ..., tolong!, tolong Zura ..., ya Allaaah ...”
Dr. Nur Azura tercengan. Telefon diletakkan ke gagangnya. Dia meluru masuk ke dalam bilik suaminya sedang sembahyang. Sebaik-baik sahaja dia tiba ke dalam bilik itu, dia terpegun. Bagaikan terpukau. Hampir menjerit. Melolong. Suaminya sedang terbaring di atas sejadah.
“Abaaang ...,” suara Dr. Nur Azura memanggil suaminya.
“Abaaang ...,” suaranya putus.
“Abang ..., Allah, abang ...,” suaranya tersangkut pada pangkal lidahnya.
Dia duduk terjelepok di sisi suaminya. Jantungnya berdegup kencang. Sedih. Air matanya luruh atas kedua belah pipinya. Dengan dibantu oleh mak Wan, dia mengankat. mengangkat tubuh suaminya ke atas ribanya.
“Zura ...,” suara Profesor Hamidi lemah.
“Ia, abang ...,”sahut Dr. Nur Azura sambil tangan kanannya mengusap-usap kepala suaminya.
“ ...abang baru lepas sembayang ..., abang rasa sakit dalam dada ni ...,” kata Profesor Hamidi sambil tangan kananya diletakkan atas dadanya.
“Ia, abang ..., Zura bawa abang ke hospital ...,” kata Dr. Nur Azura.
“Tak usah, sayang ..., tak usah, abang ... ” sahut suaminya.
“Abang sakit ....,”kata Dr. Nur Azura.
“...ia, biar abang di sini ..., kalau abang ..., abang nak di sini ...,”sahut suaminya.
KELIHATAN KECUT
Profesre Hamidi merenung legat pada wajah isterinya. Senyuman. Senyuman seperti tanjung sedang dalam kabus. Sepasang biji matanya tidak bersinar seperti dulu lagi. Bunga hidungnya tidak berseri lagi. Kelihatan kecut.Pucat.
“Abang ...,” Dr. Nur Azura memanggil suaminya.
Mak Wan mengambil air sejuk dalam batil. Dia menjelum kepala anak saudaranya.Hatinya sedih amat. Sebagi orang tua yang banyak makan asam garam hidup, dia tahu anak saudaranya akan meninggalkannya.
“ ...aku jaga dia sejak umur dua tahun, macam anak kandung aku sendiri ..., ya, Allah, dia nak tinggalkan aku ..., aku reda, ya Allah ..., masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu ..., ya Allah,” suara hati mak Wan berdoa.
“Zura ..., abang ..., abang ..., nak pergi ..., sayang, abang ..., abang ..., ajal abang dah tiba, saayang ...,” suara Profesor Hamidi lemah.
“Abaaang ...,” Suara Dr. Nur Azura putus.
“ ... anak, anak kita, yang ...,” suara Profesor Hamidi terlalu lemah.
“ Zura ..., Zura ...,” suara Dr. Nur Azura tersangkut pada anak lidahnya.
“ ...mak Wan, Syukri minta maaf, minta ampun ...,” kata Profesor Hamidi kepada ibu saudaranya.
“Ia, Hamidi ..., mak Wan ..., mak Wan pun, minta maaf juga ...,” sambut mak Wan dan membiarkan air matanya melimpah ata kedua-dua belah pipinya..
“Ma Wan, ...bungkusan tu ..., tolong beri kepada Hani ...,” kata Profesor Syukri.
“Ialah, Hamidi ..., mak Wan akan berikan ...,” sahut mak Wan.
“ ... sayang ..., berikan bungkusan tu kepda Hani ..., abang ..., kirim salam ... kepada Hani ..., ...sayang ... minta dia maafkan ..., maafkan ... abang ...,” suara Profesor Hamidi terputus-putus.
“Ia, abang ...,” sahut Dr. Nur Azur.
Dia menyembamkan mukanya ke atas dada suaminya. Air matanya tumpah atas dada suaminya. Pada detik-detik itu, dia yakin. Suaminya akan meninggalkannya. Mereeka akan berpisah selama-lamanya.
“Sabar, sayang ...,” suara Profesor Hamidi memujuk isterinya.

TERTUTUP RAPAT
Wajah Dr. Nur Azura masih atas dada suaminya lagi.Degup jantungnya kencang. Tubuhnya menggigil.
Mak Wan duduk di sisi anak saudaranya. Direnung wajah Dr. Nur Azura. Kemudian renungannya turun ke wajah anak saudaranya pula.
“Allahu Akbar ...,lailaha illallah ....,” suara mak Wan tersangkut pada halkumnya.
Dr.Nur Azura mengangkat kepalanya dari atas dada suaminya.Tangan kanannya terlepas dari tangan suaminya.
Dua ulas bibir Profesor Hamidi bergerak-gerak lemah. Suaranya terluah dari celah dua bibirnya, “Asyhadu anla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah ....”
“Abaaang,” Dr. Nur Azura meraung.
“Sabar, Zura, sabar ...,” mak Wanmemujuk Dr. Nur Azura.
“Allahu Akbar, Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ...,” Dr. Nur Azura melafazkan firman Tuhan dengan suara yang amat hiba.
MENGANGKATG TUBUH
Dua pelupuk mata Profesor Hamidi layu. Sesaat kemudian dua biji matanya yang pudar tertutup rapat. Dua ulas bibirnya bertangkup. Pucat. Tubuhnya tidak bernafas lagi.Ruhnya telah berpisah dari tubuhnya.
Dr. Nur Azura memeluk tubuh suaminya yang telah kaku itu. Sekuat tenaga yang ada padanya, dia mengangkat tubuh suaminya ke atas ribanya. Air matanya menitik. Setitik. Setitik. Beberapa titik atas muka dan dada suaminya.
“Abaaang ...,” suara Dr. Nur Azura putus.
“ ...abaaang ..., suaranya putus lagi.
“Inna lillahi wa inna ilahi rajiun ...,” Dr. Nur Azura mencucapkan ayat Quran lagi.
“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...,”suara mak Wan lembut dalam keluhannya.
Mak Wan membiarkan air matanya luruh. Kesedihan mengonyah hatinya. Kesabaran menjadikan dia tabah.
“Sabar, Zura, ...dia dah pergi ..., Allah sayangkan dia ..., kita akan ke sana juga ...,” mak Wan memujuk Dr. Nur Azura.
Mak Wan bangun dari duduknya. Dia membentangkan tilam bujang dalam bilik itu. Tilam itu dialaskan dengan kain putih. Diletakkan bantal bersampul putih atas bahagian kepala tilam tersebut.
Dr. Nur Azura bersama mak Wan mengangkat tubuh suaminya dan meletaknya atas tilam itu. Tubuh Profesor Hamidi kaku. Wajahnya kelihatan tenang seperti wajah jenazah orang beriman. Mereka menutup seluruh tubuh Profesor Hamidi yang terbujur itu dengan kain putih.
Pada detik-detik itu, Allah melihat hati duka seorang isteri yang setia.Sedih seorang isteri yang ditinggalkan suaminya.
(Disunting dari manuskrip novel. Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN





SYAITAN MENGHASUT

Sesiapa yang tidak mengambil berat - atau perhatian dan mengamalkan – pengajaran (Quran) yang diturunkan Allah yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan – iblis atau hantu dan orang jahat yang menghasut dan menyesatkan - , lalu jadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
– Az Zukhruf: 36
Nota.
Cerita dalam sejarah Islam, wahyu Allah di atas diturunkan kerana kaum telah melantik orang mereka, iaitu Thalhah untuk menemui sahabat Nabi Muhammad, Abu Bakar As Siddiq dengan tujuan memujuk atau mempengaruhinya supaya mnengikut agama yang mereka anut.
Thalhah telah menemuji Abu Bakar As Siddiq yang sedang berada bersama orang ramai Islam. Thalhah berkata kepada Abu Bakar As Siddiq - seperti orang pujuk para pengundi pada masa pilihan raya - .
Abu Bakar As Siddiq: Kepasda ajaran manakah yang anda mengajar saya?
Thalhah: Saya mengajak tuan untuk menyembah Lata dan Uzza – dua berhala – .
Abu Bakar As Siddiq bertanya: Siapakah Lata dan Uzza itu?
Thalhah menjawab: Lata adalah tuhan dan Uzza anak puteri tuhan.
Abu Bakar As Siddiq bertanaya: Siapa ibunya?
Thalha: Diam. Tidak dapat menajwab. Dia menyuruh rakan – rakannya menjawab.Tetapi tidak ada seorang pun yang sanggup menjawab.
Thalhah berkata: Tuan, saksikanlah saya, saya beriman, bahawa sesaungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah.Sesungguhnya Muhammad adsalah utusan Allah.
Pengertian dari ayat di atas, bahawa orang yang berpaling dari Allah, dari RasulNya dan petunjukatau ajaran dalam Quran untuk kehidupan manusia, maka, selama – lamanya dibimbing oleh syaitan.
Pada masa ini, ramai orang Islam yang memujuk, hatta berkempen mengajak manusia belakangkan perjuangan mempertahankan agama Allah dan menegakkan Negara Islam dan mereka memomok – momokkan dengan berbagai cara.
Mereka itu ada sahabat dan penasihat, iaitu syaitan dan orang – orang yang menjadi musuh Islam. mp

Saturday, June 4, 2011

SAJAK




PILIHAN RAYA


Pilihan raya ke 13,
Beransur tiba,
Macam dara cari suami,
Macam isteri tuntut cerai,
Para pengundi raba meraba.

Pilihan raya ke 13,
Para politikus berdikir,
Zikir, fikir, bergilir,
Laung janji jaja budi,
Para pengundi jahil jua.

Pilihan raya ke 13,
Janji; awan turun bawah duit,
Bukit runtu beri emas,
Beras nak di makan,
Minya murah tanpa cukai.


Pilihan raya ke 13
Rakyat baca dan fikir,
Duit merosot emas tiada,
Beras minyak melambung tinggi,
Rakyat menangis tanpa air mat.

Pilihan raya ke 13
Ada angan pada si kudung,
Pakai cinti mermata berlian,
Tabur emas dalam sawah,
Rumah rakyat tiang permata.

Pilihan raya ke 13
Yang di kerusi sayangkan kerusi,
Yang berangan morosah hati,
Pensel kotot di tangan pengundi,
Harganya wang berpeti.

Pilihan raya ke 13,
Ujian hebat Perdana Menteri,
Cabar kejujuran semua parti,
Ke mana rakyat hendak di bawa,
Bebas merdeka atau jadi hamba.

Pilihan raya ke 13,
Ada pemimpin jatuh ke lembah,
Ada tokoh naik menongkah,
Pengundi menanti berhati resa,
Entahkan tinggal gigi dan lidah.

Mokhtar Petah

MASAKAN HARI INI



GULAI LEMAH SIPUT

Satu kilo siput sedut; siput laut atau siput sungai. Dipotong bahagian buntutnya. Bahan - bahan: Bawang merah, bawang putih dan halia hiris halus - halus. Tumis dengan minyak kelapa sawi dan sedikit minyak zaitun. Setelah agak karing masukkan cabai besar hijau yang dibelah empat, lima biji, kicap tiram dan kicap kacang soya. Masukkan air sekadar cukup (Garam boleh diamsuakkan kalau tidak masin). Sedaaaap!

MAKSUD AYAT QURAN





MANUSIA DENGAN KEINGINAN

Di jadikan (Allah) indah pada (pandangan dan perasaan) manusia, kecintaan apa yang diingini,iaitu, wanita – wanita,anak – anak, harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan – kenderaan – haiwan – haiwan ternakan – unta, lembu, kerbau, kambing dan lain - dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia ini. Dan di sisi Allah juga tempat kembali yang baik – syurga - .
Katakan (Muhammad s.a.w.): “Inginkah kalian, saya memberi berita kepada kalian akan apa yang lebih baik daripada semua itu?” Untuk mereka yang bertakwa - kepada Allah - , pada sisi Allah, mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka tinggal kekal di dalamnya – syurga - . Dan - mereka dikurniakan – isteri –n isteri yang dicucikan – cantik jelita dan tidak ada haid - serta keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba – hambaNya.
– Ali Imran: 14 ,15.