Wednesday, October 8, 2008

MENGENANG GHAFAR BABA

PEJUANG JUJUR DAN YAKIN DIRI

[Pada masa para warga UMNO yang berkebolehan dan
berwibawa atau tidak berhasrat untuk bertanding untuk
untuk merebut jawatan tinggi dalam UMNO Malaysia, elok
setiap individu yang berjuang dalam parti politik Melayu
itu meneliti, memepelajari dan mengikuti jejak perjuangan
Allahyarham Tun Ghafar Baba. Kerana mengenangkan beliau
kami menyiarkan komen penulis dan rakan rapat Allahyarham,
iaitu Mokhtar Petah dan tulisannya dalam bukunya 'Kerajaan
Mansuh Kekebalan Raja Melayu' ISBN983-9835-00-9 - 1993 -
Editor, Petah Shahrir Aidid.]

"Saya mula berkenalan dengan Allahyarhan Ghafar Baba pada masa tahun 1953, iaitu pada masa saya menjadi ahli Pemuda UMNO Kepala Batas. Sejak itu saya rapat dengan beliau hinggalah di akhir hayatnya.
Saya tidak dapat melupakan, Allahyarham telah menyuap sedikit lemang ke mulut saya pada jamuan hari raya Qurban, di sebuah kampung, di Bahau Negeri Sembilan, pada tahun 1954. Dan saya menyertai beliau dalam satu majlis tazkirah Al Arqam di kediamannya, di Bukit Bangsar, pada tahun 1980-an. Pada hari Allahyarham terbaring di atas katil, di hospital swasta, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, saya bersama isteri saya, Sitti Haishah Abdul Rahman telah melawat kali terakhir dengan allahyarham. Saya sempat berkata-kata dengan Allahyarham. Tetapi percakapan saya itu disambut dengan senyum patah dan kelipan dua biji matanya yang layu sahaja. Sesungguhnya, saya akui Allahyarham seorang pejuang nasionalis yang berani, gigih, bertanggungjawab, percayakan diri sendiri dan cintakan bangsanya."- Mokhtar Petah

NOTA

Guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim 1946 - 1948.
Setiausaha UMNO Melaka 1951. Pengerusi UMNO Melaka 1955.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO 1957.
Ketua Penerangan UMNO 1958.
Ketua Menteri Melaka 1959 - 1963.
Pengerusi MARA dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Naib Ketua UMNO 1962 - 1987.
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO 1986-93.
Meninggal dunia pada April 2006.


BERTONGKATKAN PARUH

Seorang budak di kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, telah membuktikan bahawa kepercayaan kepda dirinya sendiri dan keyakinannya kepada Allah, sesungguhnya, walaupun terpaksa 'bertongkatkan paruh' (laksana burung), namun cicta-cita dan perjuangannya tetap diteruskan hingga berjaya.
Budak kampung dan pernah menjadi budak kedi bola golf itu, kini menjadi negarawan terbilang dan orang paling lama berjuang dalam UMNO - (Tun) Dr. Ghafar Baba,Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pada satu malam, dalam bulan puasa tahun 1990, di kediamannya, di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Ghaafar Baba menjawab pertanyaan saya, " ...tak ada apa-apa pada saya, hanya percaya kepada diri sendiri, kerja kuat dan tidak susah hati."
Pada malam itu saya telah bertanya kepadanya, iaitu apakah yang beliau amal dan makan menjadikan beliau sentiasa sihat dan kuat.
Pada tahun 1959, pada ketika saya menjdi pemberita Warta Negara, beberapa minggu setelah beliau dilantik oleh Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra (dengan perkenan Yang Dipertuang Agong) menjadi Ketua Menteri Melaka, beliau memberitahu saya, "... seseorang itu kalau dikehendaki oleh Allah untuk naik ke atas, tidak ada manusia yang boleh menyekatnya."
Beliau naik ke atas pada tahun itu setelah menempuh tekanan dan kejian daripada sebilangan ahli MCA Melaka dan beberapa orang ahli UMNO yang berpendidikan barat.
Sekali lagi beliau berfalsafah, iaitu pada tahun 1973, saya masih menjadi wartawan sebuah akhbar, di Kuala Lumpur, pada hari beliau melawat Negeri Perak dengan kedudukan sebagai Pemangku Perdana Menteri, beliau berkata kepada saya, " ... usaha dan ikhtiar ada pada manusia, Allah dengan kudrat dan iradat-Nya."
Sebagai seorang pejuang nasionalis yang mempelajari banyak titik koma atau susur galur perjuangan para pemimpin nasionalis tanah air dan Nusantara seperti Allahyarham Ibrahim Haji Yaakob(KMM), Dr.Burhanuddin Helmi, Dato Ishak Haji Muhammad (PKMM), Presiden Soekarno, Indonesia dan Jose Rizal, Filipina, maka beliau telah membuktikan kemampuannya memimpin rakyat Negeri Melaka dan rakyat Malaysia.
Ilmu pengetahauan yang tinggi belum menjamin kepada seseorang itu menjadi pemimpin bangsa, tetapi seketul otak dengan ilmu pengetahuan yang rendah, kalau mempunyai visi yang tersendiri, yakin kepada kekuasaan Allah dan tidak mengharapkan pujian manusia dan tidak pula berduka cita dengan caci dan keji, dapat menjanjikan seseorang itu dapat melonjak ke atas.
Contohnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kalau tidak dengan takdir Allah dan rahmat Allah, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan sebilangan orang UMNO Kedah menentang dan menyingkirnya dari UMNO, tentulah beliau tidak berada di atas seperti hari ini.
Tetapi, kalau seseorang itu mempunyai nafsu besar untuk naiki ke atas lalu menjadi anau dalam belukar atau ikan limbat dalam redang dan paya sentiasa menindih dn menyeksa kawan-kawan (seperjuangan) dia tidak akan berjaya naiki ke atas atau sebelum melangkah urat ketingnya dicantas oleh orang lain.
Dalam tulisan saya ini, saya tidak akan menulis perkara-perkara yang besar mengenai Dr. Ghafar Baba, kerana semua orang kampung sudah tahu, semua orang politik telah tahu dan kanak-kanak sekolah pun tahu.
Saya akan kemukakan sini, akan apa yang saya tahu dan saya fikir akan Dr. Abdul Ghafar Baba yang menjadi negarawan nombor dua dalam kerajaan dan pemimpin nombor dua dalam UMNO.
Anak kampung Negeri Sembilan, dengsn visi anak kampung yang dimilikinya, beliau berjaya mengubah corak hidup rakyat di luar bandar di seluruh negara pada zaman Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak dan menukarkan wajah luar bandar kepada wajah bandar dengan melahirkan genarasi muda yang berpelajaran tinggi dan ramai daripada mereka itu menjadi orang-orang penting dalam UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO serta Pergerakan Wanita UMNO hari ini
Sebutir bola golf, diletakkan atas rumput di padang, lalu dengan tongkat besi waja, dipukul bola itu dengan tidak ada belas kasihan dan bola itu pun terlontar entah ke mana - hilang terus atau terpungut kembali. Bola itu jugalah yang menentukan pemain golf itu menang atau kalah di tengah padang yang berudara nyaman itu.
Agaknya, dari bola golf itulah Dr.Abdul Ghafar Baba menjadikan pelajaran dalam perjuangannya. Walaupun dia dicerca, dikeji dan tidak diingini oleh ramai kalangan UMNO pada tahun 1959- 1975 dan sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun beliau terbang entah ke mana, kembali dan dipungut semula menjadikan beliau seorang yang berkedudukan tinggi, dihormati dan disegani oleh rakan dan lawannya.
Sesiapa juga yang menjadi murid dan guru Sekolah Melayu pada zaman sebelum perang dunia kedua, mulai darjah satu lagi diajar dengan falsafah 'ayam jantan berkokok, ayam betina berketuk, kambing mengembik, lembu menanduk dan ulat mematuk',maka falsafah inilah diterima oleh Dr. Abdul Ghafar Baba dalam perjalanannya yang panjang unjtuk meneruskan perjuangannya.
Falsafah tersebut, mengajar manusia menjalankan kerja menurut kemampuan, iaitu sesuai derngan sebuah hadis yagn bermaksud, bahawa sesuatu pekerjaan itu kalau diberi kepada orang yang bukan ahlinya, tunggulah kebinasaannya.
Maka untuk melayakkan diri menjadi manusia yang serba boleh telah terlalu lama ditempuh oleh Dr. Abdul Ghafar Baba - dari seorang ahli Dewan Undangan Negeri menjadi Ketua Menteri Negeri Melaka, berpindah ke Pusat (Kuala Lumpur) menjadi Pengerusi MARA dan menjadi menteri kabinet, memanjat kehendak takdir menjadi Pemangku Perdana Menteri dan diketepikan oleh rakan-rakan seperjuangannya selama beberapa tahun dan akhirnya memanjat kehendak takdir lagi dengan jawatan yang penting, iaitu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kanak-kanak sekolah pada zaman lampau, sama ada dalam sekolah mahupun di padang permainan, mereka menyanyikan 'injit-injit semut, siapa takut naik atas' dan ini pun satu falsafah juga kalau digtelitikan dengan mata hati dan akal.
Orang-orang yang sakit, iaitu terhimpit, tertindas atau dihina selalunya mendapat pertolongan dari Allah dan dengan pertolongan itu ada yang naik ke atas dan memegang kekuasaan ke atas mereka yang menghimpit, menindas dan menghinanya.
Dr.Abdul Ghafar Baba tidak akan menafikan, bahawa beliau telah melalui dan menempuhi semua itu. Maka sebagai hamba Allah dan dengan segala rendah diri, beliau duduk di bawah kudrat dan iradat Allah, maka akhirnya beliau menjadi seorang negarawan yang banyak membuat jasa.
Mungkin Dr. Abdul Ghafar Baba dapat menerima pujian saya ini, iaitu sebagai orang lama dalam UMNO dan terus berjuang dalam UMNO hari ini, setahu saya beliau tidak pernah memikul tiang atau batu bata untuk membina gengnya sendiri seperti beberapa orang tokoh UMNO yang lain.
Sebagai seorang guru Melayu yang mendalami falsafah, bahawa tidak semua pagar boleh menyelamatkan padi dan ada pagar yang makan padi, maka beliau tidak membina gengnya sendiri.
Pada tahun-tahun sebelum Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Timbalan Pertdana Menteri, iaitu setelah Datuk Musa Hitam mengundurkan dari jawatan itu, pada tahun 1986, saya telah menulis sebuah rencana dalam surat khabar Mingguan Famili mengenai Dr. Abdul Ghafar Baba.
Pada masa itu, kalangan UMNO meramalkan beberapa orang tokoh UMNO akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada yang meramalkan tokoh dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang.
Dalam rencana saya itu, saya telah menulis, bahawa Dr. Mahathir Mohamad tentulah mengharapkan orang-orang golongan tua atau veteran UMNO yang menyisihkan pada masa ini akan bekerjsama dengan beliau dalam UMNO, kerana mereka itu sedih dengan sikap dan tindak tanduk seorang berdua tokoh muda dalam UMNO dalam UMNO pada masa itu.
Beberapa orang tokoh muda dalam UMNO dan penulis dari akhbar besar yang telah membaca tulisan saya itu, secara terus terang berkata kepada saya," ...you tak ada pengetahuan politik, you ketinggalan zaman ..., mana boleh Dr. Abdul Ghafar Baba yang dah teruk tu akan jadi Perdana Menteri."
Tulisan saya itu, antara lain, bahawa kalau Dr. Mahathir Mohamad mahu golongan tua dan veteran UMNO kembali ke dalam UMNO dan bekerjasama dengan beliau, maka beliau patut patut melantik Dr. Abdul Ghafar Baba sebagai Timbalannya.
Antara tokoh-tokoh dalam golongan tua dan veteran yang menyisihkan diri itu, ialah bekas Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari (Tan Sri) dan bekas Menteri Penerangan, Dato Senu Abdul Rahman.
Encik Khir Johari dan Dato Senu memberitahu saya, bahawa mereka berasa jauh hati kerana ada pihak hendak menjadikan UMNO sebuah parti Islam dan lebih mengutamakan orang-orang baru dan orang-orang lama diketepikan.
Allah telah mentakdirkan saya menulis rencana begitu, tidak beberapa hari kemudian Dr. Mahathir Mohamad telah melantik Dr. Abdul Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sebaik-baik sahaja Dr. Abdul Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka golongan lama dan veteranUMNO telah memberi sokongan kepada Dr. Mahathir Mohamad dan ada yang telah bergiat dalam UMNO.
Sama ada Dr. Abdul Ghafar Baba masih ingat atau tidak, saya tidak pasti; pertama kali saya bertemu dengan beliau ialah pada tahun 1953, di Seberang Perai - pada masa itu saya menajdi ahli Pemuda UMNO Malaya di bawah pimpinan Allahyarham Saadon Jubir dan Haji Ahmad Badawi (bin Sheikh Abdullah Fahim) di samping menjadi pemberita sambilan beberapa buah akhbar.
Sungguhpun pada masa itu Dr. Abdul Ghafar Baba masih muda, tetapi beliau payah senyum. Kalau beliau senyum pun hanya pada hal-hal yang tertentu atau yang terlalu menggelikan hatinya sahaja.
Pada masa itu kami memanggilnya 'Cikgu Ghafar' . Pada masa itu juga telalu ramai guru Melayu dalam UMNO dan sedikit benar orang-orang lepasan universiti dan orang-orang Melayu yang agak kekok berhadapan dengan orang-orang Melayu kampung kerana mereka menerima didikan budaya dari barat.
Pada masa Saadon Jubir memimpin Pemuda UMNO dan pembantunya, Haji Ahmad Badawi, peranan meniupkan semangat nsionalisme kepada pemuda-pemuda UMNO adalah bergantung kepda Dr. Abdul Ghafar Baba kerana beliau adalah seorang nasionalis tulin yang sekali gus murid tua Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim dan menerima pengaruh perjuangan nasionalis Melayu dari Ibrahim Haji Yaacob.
Selama menjadi ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Dr. Abdul Ghafar Baba telah memberi banyak buah fikirannya kepada rakan-rakannya dalam parti politik Melayu itu, iaitu sama-sama mengkaji masa depan Tanah Melayu, sama ada hendak menjadikan Raja melayu sebagai ketua negara atau sebuah pemerintah bercorak republik.
Fikiran beliau telah diterima oleh orang-orang penting dalam parti politik tersebut. Di antara mereka itu, Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Dahari Ali dan Tengku Abdullah Sani atau Ahmad Boestamam.
Kemudian, dalam mesyuarat agung UMNO kali yang kedua di Ipoh, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah mengemukakan cadangannya supaya bendera Tanah Melayu Merdeka menggunakan warna merah putih sahaja dan tidak seperti cadangan UMNO yang mahukan warna merah putih dan bulat kuning dan keris.
Parti politik itu (PKMM) mempunyai dasar negara yang berlawanan dengan UMNO. Parti politik tersebut mahukan:
Satu negara; Negara Melayu.
Satu bangsa; Bangsa Nelayu.
Satu bahasa; Bahasa Melayu.
Agama Islam; agama Negara.

Dr. Burhanuddin Helmi telah mengakui Dr. Abdul Ghafar Baba bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah banyak memberi banyak sumbangan fikiran kepada parti politik tertsebut.
Setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan olkeh penjajah Inggeris dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih jawatan Yang dipertua UMNO setelah Dato Onn Jaafar meninggalkan parti politik(kanan) itu pada tahun 1951, maka Dr. Abdul Ghafar Baba dengan azam yang kuat - walau terpaksa 'bertongkatkan parut', perjuangan tetap diteruskan hingga berjaya.
Beliau telah masuk ke dalam UMNO tanpa keris di pinggang, tanpa tanjak sebagai hulu balang dan tanpa ijazah nan panjang, hanya sebagai seorang guru Melayu, nasionalis yang akan mengabdikan dirinya kepada Allah, berkhidmat dan berkorban untuk negara dan bangsa tercinta.
Dalam cerita orang Melayu, Hang Tuah membela rakyat dan Raja Melaka dengan bersenjatakan keris dan kecekapan seorang pendekar, walaupun dia telah hilang (tanpa pusara), namun namanya tetap dijulang.
Dalam sejarah Melayu baru tercatat cerita yang menjadi lagenda bangsa:
Budak kampung dari Negeri Sembilan,
dengan ilmu setampuk pinang,
dengan semangat dan visi,
seorang nasionalis muda,
menempa nama di Melaka,
sampai di dataran merdeka.

Dia seorang pemimpin ternama,
Seorang sahabat yang setia,
Seorang bapa mrncintai semua.

Perjuangan Dr. Abdul Ghafar Baba sepanjang zaman amat berfaedah dan menjadi panduan dan teladan bagi genarasi muda dalam UMNO dan dalam negara hari ini, kerana kerana beliau seorang nasionalis tulin yang dedikasi dan visinya yang bermula dari zaman kanak-kanak menjadi kenyataan pada masa muda dan dewasanya.
Dalam pengembaraan ke hujung usianya, Dr. Abdul Ghafar Baba telah menabur jasanya yang telalu banyak kepada orang Melayu di luar bandar, para cendakiawan Melayu, para politikus Melayu dan bahkan kepada semua rakyat Malaysi.
Saya masih ingat detik-detik perhimpunan raksasa di Kota Melaka, pada 20 Januari 1956, kerana meraikan rombongan merdeka ke London, Dr. Abdul Ghafar Baba kelihatan paling sibuk memimpin ahli-ahli Pemuda UMNO Melaka. Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah bercakap dengan saya dan wartawan Abdul Rahman Rahim, " ...hampa tau, Ghafar Baba tu Hang Tuah yang muncul kembali ke Melaka ni."
Pada hari itu, Dr. Abdul Ghafar Baba adalah orang yang paling penting penting dan sibuk dalam perhimpunan bersejarah itu.
Bagi saya, pada hari ini dan pada waktu ini, Dr. Abdul Ghafar Baba, adalah The right man in the right time.(mp)


QURAN
PERHIASAN

Hai anak-anak Adam, Pakailah perhiasan setiap waktu
sembahyang dan makan dan minumlah dan (tetapi)
jangan melampaui batasan; sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batasan.
Katakan: Siapakah yang melarang (memakai) perhiasan
Allah dan (memakan) rezeki yang baik yang diadakan-
Nya untuk hamba-hamba-Nya? Katakanlah: Semua
(rezeki) itu untuk orang-orang yang beriman dalam
kehidupan duhia ini, khusus untuk mereka sahaja pada
hari kiamat. Begitulah Kamai jelaskan untuk kaum
yang mengetahui. Al A'araf:31,32.

HADIS
JIRAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah bersabda:Barang
siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka,
hendaklah berbuat baik kepada tetangga (jiran)nya.
Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

DILAKNAT ALLAH

Orang yang memberi rasuah kepada seseorang atau orang
ramai supaya mengangkat dirinya menjadi pemimapin,
dia adalah pengkhianat dialaknatkan oleh Allah seperti
Fraun dan Qarun. Kalau dia menajdi pemimpin negara
dan rakyatnya turut dilaknat oleh Allah.


PERDANA MENTERI KECEWA

TINDAKAN HINDRAF DIKUTUK UMAT ISLAM

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi kecewa terhadap sekumpulan anggota pertubuhan haram, Hidraf yang melakukan perbuatan biadab dalam majlis jamuan hari raya fitraf Pedana Menteri dan para menteri kabinet, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 1 Oktoberi lalu.
Pada hari itu sekumpulan lelaki dan perempuan beragama Hindu yang menjadi ahli Hindraf berpakaian seragam dengan simbol pertubuhan tersebut telah menceroboh masuk ke dalam majlis hari raya itu dan melakukan kebiadaban dengan melaung dan mengemukan tuntutan terhadap Perdana Menteri.
Kekecewaan Perdana Menteri itu telah disambut dan disokong oleh umat Islam di negara ini dan mereka mengutuk perbuatan para anggota Hindraf itu.
Mereka khuatir kalau tidak dikawal rapi, pada masa akan datang ada kemungkinan mereka yang beragama Hindu akan membubuh pemimpin kita dalam majlis-majlis yang dihadiri oleh orang ramai.
Menteri Penerangan, Dato Ahmnad Shabery Cheek disampin ikut kecewa bersama Perdana Menteri, mahu perayaan-perayaan agama pada pasa akan datang dikaji semula dan diketatkan dengan kewalan keselamatan.
Pada umumnya ahli-ahli Hindraf mempunyai semangat ekstrim Hindu seperti pemeluk-pemeluk agama Hindu yang menentang agama Islam dan umat Islam di India.
Seorang ulama yang tidak mahu namanya disiarkan, mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar, jika berlaku sebarang kelemahan anggota-anggota agensi di bawah kementeriannya seperti berlaku di Pusat Dagangan dunia Putra pada 1 Oktober lalu, tidak mustahil pada satu hari nanti pemimpin Islamm di negara ini akan dibunuh.
"Saya percaya ahli-ahli Hindraf itu orang-orang fanatik agama Hindu dan penyokong umat beragamna Hindu di India yang sentiasa menunggu masa untuk membinasakan umat Islam dan rumah ibadat mereka,"katanya.
"Orang-orang Hindu itu tidak menghormati perayaan agama Islam, mereka bukan sahaja musuh agama Islam dan umat Islam, bahkan mungkin musuh kepada orang Melayu kerana orang Mekayu beragana Islam," katanya lagi.
"Semua agama mengajar pemeluknya beradab sopan, tetapi mengapa ahli-ahli pertubuhan haram Hindu itu tidak mengikut agama, berlaku biadap dalam majlis hari raya umat Islam,"tambahnya.
Seorang pengarang Melayu mengingatkan, jika kerajaan tidak berwaspada, pada satu masa nanti orang-orang Hindu seperti anggota Hindraf mungkin akan membunuh pemimpin kita seperti orang-orang Hindu di India membunu pemimpin India, Mohandas Karamchand Gandi pada tahun 1948.
"Kami takut kesempatan masuk ke majlis-majlis perayaan orang Islam, orang-orang Hindu yang fanatik seperti anggota-anggota Hidraf akan mengambil peluang membunuh pemimpin umat Islam.
Pemimpin Gerakan Melayu, Ustaz Osmab Bakar, menuduh ahli-ahli Hidrap adalah pelampaau agama Hindu yang dalangnya dari orang-orang hindu yang berkedudukan tinggi, seperti ahli politiki dan ahli ekonomi di negara ini.
"Tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan, kerana akan mengundang huruhara antara rakyat seperti trgedi 13 Mei 1969,"katanya.
"Ahli-ahli Hindraf mesti ingat, jangan sampai umat Islam di negara ini bangun memusuhi orang-orang Hindu, kalau berlaku demikian Malaysia akan menjadi sebuah dunia kecil yang huruhara akibat permusuhan para pemeluk agama Hindu dengan umat Islam," katanya lagi.
Beberapa orang dari badan NGO telah menyalahkan para pengawal keselamatan di dewan tempat jamuan hari raya tersebut kerana mereka membenarkan ahli-ahli Hindraf yang berpakaian seragam mempunyai simbul Hindraf masuk ke dalam majlis tersebut.
Mereka menyuru syed Hamid Albar sebaga menteri yang bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas para pendukung dan ahli Hindraf yang bersifat pertubuhan haram itu.




Tuesday, October 7, 2008

AL QURAN

ADA KEMUNGKINAN MEMBUNUH?

Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa terhadap tindakan biadab berpuluh rakyat negara ini yang beragama Hindu, anggota pertubuhan haram, Hindraf dalam majlis jamuan hari raya firah Pertdana Menteri dan menteri-meneri kabinet di Pusat Dagangan dunia Putra pada 1 Oktober lalu.
Kekecewaan Petdana Menteri itu disambut dengan penuh sedar oleh umat Islam terutama mereka yang berjuang mempertahankan agama Islam di negara ini.
Beberapa orang pemuda Islam memberi amaran, 'sarangtebuan jangandijolok' dan " jangan membawa minyak kepada pemimpin kami, kerana kimi ada api boleh membakar".
Tindakan biadab itu dipandang oleh kalangan ulama dan pejuang Islam bukan sahaja tidak menghormati perayaan umat Islam, bahkan dipandang sebagai satu tindakan awal golongan tersebut menentang agama Islam dan umat Islam, di negara ini seperti yang dilakukan oleh golongan beragama Hindu di India terhadap umat Islam di sana.
"Semua agama mengajar pemeluknya beradap sopan dan menghormati sesama manusia, tetapi golongan pemeluk agama Hindu Hindraf telah berlaku biadab terhadap ajaran agama dan sanggup menghina pemimpin dan umat Islam di negara ini," kata seorang ulama yang enggan namanya disiarkan.
"Perbuatan mereka itu macam membawa minyak golongan pemeluk agama Hindu ke tengah gelanggan dan menanti golongan agama Islam mencetus apinya, ... kalau berlaku, mungkin negara kita menjadi huruhara,"katanya lagi.
"Saya harap, pada masa akan datang sebrang perayaan yang ada hubung kait dengan agama Islam, hendaklah dikawal ketat dan jangan membiarkan golongan agama Hindu demikian masuk, kerana saya khuatir mereka akan melakukan pembunuhan pula,"ktambahnya.
Menurutnya, di India, orang beragama Hindu sendiri membunuh pemimpin mereka, Mahatma Gandi, maka tidak mustahil orang Hindu juga akan membunuh pemimpin kita.
Menteri Penerangan, Dato Ahmad Shabery Cheek telah menyuarakan, agar semua majlis perayaan dikawal dengan rapi kerana beliau khuatir perkara buruk (pembunuhan) akan berlaku seperti yang telah berloku ke atas negarawan-negarawan di luar negara.
Seorang penulis berkata, India dan Pakistan menjadi contoh rakyat membunuh pemimpin mereka sendiri, maka dikhuatirkan kalangan dari orang-orang keturunan orang India b

eragama Hinddu di negara ini akan melakukan pembunuhan ke atas pemimpin kita pula.
Sebilangan orang ramai menyatakan kesal atas kelemahan kawalan pada pintu masuk ke dewan di adakan majils hari raya tersebut sehingga berpuluh-puluh anggota Handraf dapat masuk melakukan kebiadaban terhadap Pertdana Menteri dan mereka yang hadir.
Menurut mereka, sepatutnya pihak keselamatan menegah masuk kumpulan yang memakai pakaian seragam bertanda Hindraf di baju mereka. Jika pihak keselamatan cekap, bertanggungjawab dan jujur kepada Perdana Menteri kejadian demikian tidak berlaku.
Seorang penerbit buku menyeru Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hami Albar mengambil tindakan terhadap para pemimpin dan pengikut Hindraf kerana pertubhuhan mereka itu haram; tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Monday, October 6, 2008

PEMIMPIN

PEMIMPIN

Pada hari berkat aidul fitri,
aku, keluarga ke masjid Putra,
Putrajaya.

Polis lalu lintas berwajah manis,
halang keretaku depan Perbendaharaan negara,
kereta tersadai di situ,
kami berjalan kaki ke baitullah.

Allah ampunkan sang polis itu,
kerana dia aku bermandi peluh ke rumah ibadat.

Manusia berbagai bangsa satu agama,
melimpah ruah dalam masjid agung,
aku dan keluarga ketinggalan rakat awal,
rukuk sujud atas jalan batu,
depan gerbang masjid syuhada.

Allah ampukanlah sang polis itu,
kerana dia aku ditinggal imam,
diketawa para malaikat dan wali.

Selesai khutbah aku duduk tanpa wirid,
dari pintu masjid Dr. Mahathir Mohamad,
melangkah lemah laksana wali,
wajahnya senyum seorang mukmin,
Doaku, "Allah, ampunilah pemimpin kami."

Ketika tangan kanannya kujabat,
jari jemarinya bertulang waja meskin isi,
sinar fikirnya memancar maya,
namun wajahnya dapatku baca,
laksana jejaka ditinggalkan kekasihnya.

Hari raya ketiga, Jumaat mulia,
kusembahyang di masjid sama,
di saf pertama bersama para manusia takwa,
diri masing-masing hakis dosa,
laksana bayi beru menjenguk dunia.

Sekumpulan muslimin mengerumuni pemimpin,
Abdullah Badawi Menteri Perdana,
Senyumannya manis bermadah mesra,
pada ketika kami bersalaman,
jari jemarinya padat isi segarnya.

"Mari kita balik ke Kepala Batas, esok,
kita beraya di kampung kita,"katanya kepadaku.
"Ana tak dapat ke sana,
perut senak makan lemang banyak...,"kataku.
"Apa ni, tak nak balik kampung sendighi ...,"katanya.
Madah pemimpin dan kata saya dalam gurau,
kami ketawa sama, sewarna.

Para jemaah sekitar kami kehairanan,
melihat kami bergurau begitu,
macam saudara kandung seibu,
laksana nelayan seperahu,
gurau kami membendung rasa,
gembira duka menanti Mac tiba.

Apabila Abdullah Badawi meninggalkann kami,
serumpun pertanyaan dari rakan dan taulan,
"Tuan abang Pak Lah ke?"
Saya senyum menatap mereka,
"Al maunah ..., kampung saya,
kampung Pak Lah,
tempat penentu tarikh merdeka,"jawab saya.

"Rupa encik dengan Pak Lah sama," kata mereka.
"Kami keturunan Pattani,
serumpun bangsa,
sama brjihad bangsa, agama dannegara," sahut saya.

"Benarkah dia dipaksa,
akui peralihan rugikan bangsa?"Tanya politikus tua,
"Dengan rela, mungkin paksa,
tak ada dua sahabat berpolitik,
menghilir hingga ke muara ...,
dua musuh sampai ke hujung batas desa,"jawab saya.

Politikus tua mengeluh,
wajahnya kering di bawah bayang,
menara menara masjid mulia,
"Allahu akbar!" laung sang politikus,
"Sayang, Melayu jatuhkan Melayu," suaranya lemah.

Masjid Putera Mokhtar Petah



TAKHTA

TAKHTA PINDAH KEMUZIUM

[Artikel ini adalah titah Sultan Perak, Sultan Azlah Shah,
pada masa Baginda masih berjawatan Ketua Hakim Negara.
Kami memindahkan dari buku 'Kerajaan Mansuh Kekebalan
Raja Melayu', oleh: Mokhtar Petah yang terbitpada Januari
1993. Artikel ini mungkin boleh menjadi pengetahuan bagi
mereka yang sedang berjuang untuk mempertahanan kedaulatan
Raja dan bangsa Melayu - Editor.]
Sesungguhnya, takhta merupakan satu institusi yang dicipta dan diwujudkan oleh Perlembagaan. Sebelum Perlembagaan wujud, maka Raja yang bertakhtalah yang mewujudkan Perklembagaan dan undang-undang. Undang-undang Melaka dan Undang-undang 99 di Perak telah digubal oleh Raja yang bertakhta satu abad sebelumn kedatangan penjajah Portugis.
Pada zaman silam, takhta merupakan suatu institusi satu dalam semua. Raja memerintah memainkan peranan sebagai pencipta dan pembuat undang-undang. Dengan perkataan lain, Raja yang bertakhta adalah sebuah 'Parlimen' yang membuat dan meminda undang-undang itu akan diwujudkan tanpa memikirkan sama ada suatu perkara itu baik atau buruk.Umpamanya, Fasal yang pertama Undang-undang melaka mengenakan hukuman bunuh ke atas sesiapa yang memakai pakaian warna kuning.
Fasal itu berbunyi: 'Fasal yang pertama ada menyatakan adat majlis segala Raja-raja dan larangan Raja-raja itu jika dipakai oleh segala rakyat itu.'
Ketahui olehmu bahawa tiada harus dipakai oleh rakyat itu seperti kekuningan dan kepada segala orang besar-besar sekalipun, jikalau tiada dengan kurnia Raja-raja maka dibunuh hukumnya. Demikian lagi tiada dapat memakai kain yang nipis berbayanhg-bayang seperti kasa dan sebagainya pada balai Raja-Raja atau negeri Raja-raja itu, melainkan dengan titah Raja dan kurnia, atau di luar boleh dipakai. Jikalau lain daripada itu nescaya dicarikan atau ditolakkan keluar hukumannya.
Takhta juga menjadikan pemerintah atas kerajaan. Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara. Baginda kadang kala mewakilkan kuasa itu kepada Mamanda Menteri atau Bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh Baginda sendiri. Di sinilah timbulnya istilah kerajaan yang berasal dari konsep 'Raja yang bekerja'.
Takhta juga menjalankan peranan sebagai badan pengadilan, tempat tiap-tiap kes itu dijalankan di hdapan Raja di dalam istana, danRajalah yang menjdi hakim dan memberi kata putus.
Sejaarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat Baginda sebagai hakim. Kemudian Baginda menyesal di atas hukuman itu. Tetapi, nasib baik Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara.
Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan oleh seorang Raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya.
Dalam kontek moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan pembuat undang-undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan.
Di negara kita, takhta masih kekal sebagai suatu simbol lambang perpaduan, sebagai puncak dan tunggak keadilan, sebagai tempat memohon kasih belas dan pengampunan, dan sebgai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih dari 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu - kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini - pada dekat kelapan abad dua puluh - hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.
Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaandan taat setia kepda takhta, kononnya takhta Merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertangggungjawab kepada rakyat.Sebenarnya, penasihat-penasihat ini terdiri dripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau seberapa banyak ekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendaka dan aspirasi rakyat jelata. Walau berapa banya peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dikambulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
Sejarah juga telah menunjukkan, bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama takhta. Mereka ini adalah tertdiri dsripada orang-orang yang cuba mengambil kesempatan untuk berteduh di bawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal.Malah bukan sahaja mereka menyalahgunakan kuasa, tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil atau besar.
Ada sesetengah golongan manusia pula yang lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah. Golongan-golongan ini adalah tertdiri daripada alim ulama yang tugasnya wajib memberi nasihat kepda takhta atau pensihat istana mengenai penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah.Mereka mengetahui yang seseutu perkara tidak baik telah berlaku dalam istana, tetapi sengaja membisu batu (tutup pulu -mp), takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau dimurka. Mereka ini lebih mementingkan jawatan dan gaji lumaian daripada menegakkan jalan (hukum) Allah.
Orang yang bertanggungjawab kepada Allah di Yaumil Mahsyar nanti ialah alim ulama yang tugasnya memberi nsihat kepada takhta dan istana, tetapi gagal menjalankan tugasnya dan gagal menjalankan tanggungjawabnya, semata-mata kerana gaji dan kedudukan.
Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal yang tidak boleh didakwa dalam apa jua kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah.Yang lainnya, daripada Pertdana Menteri hinggalah kepada rakyat biasa - tiada seorang pun yang kebal.Taraf mereka adalah sama, dan mereka diberi perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan dihadapan ke mahkamah tanpa memilih bulu dan roma, tanpa memilih darah jenis apakah yang mengalir di dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.
Tetapi, walau bagaimanapun , walaupunh seberapa kebal sekalipun takhta, namun taskhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengiras Raja atau rakyat.
Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan sebagai Perlembagaan tidak pinda. Dan Perlembagaan tidk akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada Raja-raja selagi mereka dapat berteduh di bawah payung takhta.
Kalau takhta dapat memainkan peranan mengikut lunas-lunas Pelembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar Perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.
Dalam Islam, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini.Di Malaysia, tiap-tiap buah takhta adalah menjadi ketua agasma Islam, dan dalam khutbah Jumaat ditiap-tiap masjid di seluruh negara, berjuta-juta para jemaah membuka dua tapak tangan menadah ke langit, membaca doa memohon kepada Ilahi supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin negara ke jalan yang diredai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih dianggap sebagai khalifah.Baca doa kepada Ilahi ini akan dihentikan apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.
Nabi Besar Muhammad s.a.w. sendiri, walaupun Baginda adalah seorang Nabi, seorang Rasul,seorang khalaifah Allah di muka bumi ini, seorang Raja dan seorang Pemerintah, namun Baginda tidak pernah menyeleweng daripada hukum Islam dan Baginda pernah bersabda, bahawa, sekiranya, Fatimah anakandanya yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai balasan dari Allah. Begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah dan seorang Pemerintah.Sebagai hamba Allah,Baginda tidak pernah mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh tuhan, iaitu Al Quran.
Untuk menjadikan Malaysia sebsgai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, aman dan makmur, bahagia dan sentosa, maka tiap-tiap satu komponen di dalamnya mestilah memainkan peranannya masing-masing sejajar dengan kehendak negara, samalah seperti sebuah jentera yang berkehendakkan sinkroni antara stu sama lain. Jika sebuah skru yang kecil tidak berfungsi dalam sebuah jentera, maka jentera itu akan menjadi rosak.
Bagi Malaysia, apa yang diperluakan ialah peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu komponen itu mestilah seiring sejalan dengan kehendak dan kepentingan negara. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan tugas membuat membuat dan meminda undang-undang, pemerintah melaksanakannya dan badan kehakiman dengan tugas pengadilan.
Di atas kemuncak ketiga-tiga badan iatulah terletaknya takhta yang menjadi simbol kebenaran, kecekapan dan keadilan. Apabila kukuh asas itu, maka terletaklah bangunan itu, bangunan yang dikenal sebagai Malaysia merdeka dan berdaulat. Di bawahnya pula terletaklah suatu asas, iaitu, masyarakat seluruhnya. Apabila kukuh asas itu, maka tegaklah bangunan itu, bangunan yang dikenali sebagai Malaysia merdeka dan berdaulat.
(habis)

TADAHAN AIR ULU KLANG

BERIBU PENDUDUK KHUATIR DILANDA BANJIR

Ulu Klang - Beribu-ribu penduduk sekitar Ulu Klang dan sebahagian dari Bandaraya Kuala
Lumpur khuatir akan dilanda banjir besar jika benteng tadahan air di Ulu Klang roboh
disebab sekitar pinggirannya diteroka syarikat pemaju perumahan untuk membina banglo
dan aparment.
Penduduk-penduduk sekitar Taman Melawati, Taman Permata, Klang Gate,
Keramat dan kampung Kemesah.
Pada masa lalu kawasan sekitar tadahan air itu adalah tempat tinggal Orang Asli, tetapi
setelah kawasan itu diteroka untuk dibina rumah-ruman dan aparment, beberapa keluarga
Oran g Aslai itu telah meninggalkan kawasan itu dan berpindah ke dalam riumbha.
Sumber syarikat pemaju, bahawa kawasan sekitar tadahan air itu telah dilulus oleh Kerajaan Selangir di bawah Menteri Besar, Dato' Mohd.Khir Toyo pada dua tahu lalu.
Pada nasa menteri-benterai besar yang lalu, kawasan tersebut tidak dibenarkan dimajukan kerana khuatir tebing tahan air akan romboh dan menyebabhkan banjir besar.
Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddidin Abdul Aziz telah melarang sekitar kawasa air itu dimajukan.
Pada waktu berita ini ditulis, buykit bukau dan pokok-pokok besar dis ekitar kawasan air itu telah drata dan dorobohkan olkeh syarikat pemaju.
Penduduk-penduduk meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahin melawat ke kawasan itu dan mengambil tindakan perlu untuk mengelak benteng itu roboh dan banjir besar yang akan meragut nyawa para penduduk dam membinasakan harta benda mereka.
Sumber Jabatan Orang Asli memberitahu, mengikut peraturan yang ada Kerajaan Selangor tidak boleh meluluskan tanah Orang Asli kepda mana-mana syarikat selagi belum mendapat kebenranan penduduk dan Jabatan Orang Asli.

Sunday, October 5, 2008

Raja Melayu

RAJA-RAJA MELAYU DALAM BAHAYA

Oleh: Mokhtar Petah


Peralihan kuasa antara Perdana Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalan beliau, Dato’ Seri Najib Tun Razak, pada Mac tahun depan dan disambut meriah oleh sebahagian dari ahli-ahli UMNO, akan menjuruskan kedudukan Raja-raja Melayu ke dalam bahaya.

Bahaya yang akan menimpa Raja-raja Melayu nanti akan mengakibatkan bangsa Melayu kehilangan nama dan daulat di negara ini kerana ‘ada Raja ada rakyat dan rakyat bernaung di bawah Raja’.

Raja-Raja Melayu sedang menghadapi bahaya yang memungkin mereka – Yang Dipertuan Agong kehilangan daulat di negara ini dan Raja-Raja termasuk Yamtuan Negeri Sembilan terlucut daulat dari negeri masing masing akibat dari rakyat tidak memerlukan mereka lagi.

Kata-kata ‘rakyat tidak perlu’, ialah rakyat yang duduk dalam sebuah atau beberapa buah parti politik yang menjunjung dasar sosio-demokrasi akan memerintah negara ini selepas pilihan raya umum ke–13 (jika UMNO dan Barisan Nasional lumpuh) meminda, mengubah atau memansuhkan Perlembagaan Negara yang ada sekarang ini.

Dalam Perlembagaan Negara yang ada sekarang, wujud tiga perkara penting yang tidak boleh dianjak-anjak selagi Perlembagaan itu tidak dipinda, diubah atau dimansuhkan, iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan Raja Melayu.

Parti–parti politik yang menggunakan dasar sosio-demokrasi – bersimbolkan keadilan rakyat, ialah Parti Tindakan Democracy (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berideologikan Islam telah merelakan diri bersekongkong dengan parti-parti tersebut.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada masa berjawatan Ketua Hakim Negara telah bertitah, bahawa jika rakyat tidak memerlukan Raja, maka semua mahkota Raja akan disimpan dalam muzium budaya.

Konsep atau dasar sosio-demokrasi sama dengan konsep komunis, iaitu menolak ketuan satu bangsa termasuk bangsa yang asli dan mewujudkan satu bangsa baru, agama termasuk agama Islam dan kedaulatan Raja berdaulat atas sesebuah pemerintah.

Dalam political sceince ( ilmu sains politik), sosio adalah sama dengan sosial (masyarakat) – masyarakat yang tidak berpegang kepada sebarang agama dan pendeknya menolak kewujudan Allah dan keimanan kepada Allah, tetapi dengan rela membenarkan rakyat menganut berbagai agama.

Sebarang agama termasuk agama Islam tidak dibenarkan menjadi dasar negara. Pemerintahan sosialisme mengutamaan kebendaan. Pendeknya sosialisme dinisbahkan adik kepada komunisme.


‘Socialism is the least specific of all the isme used in political discourse, partly because may subsume anarchism, syndicalism, anda komunism and may even shade across the ideological continuumof include neolebralism. This genial ambilgulty of the sosialist label also help to account for its political prominence throughout recorded history; most societies and most ideologies have had a socialist bias.’ –

Totto James Anderson, Introduction To Political science, 1957,

Tokyo – Sydney, McGraw Hill Kogakusha, Ltd, hlm. 95.


Singapura adalah negara di rantau ini yang memerintah mengikut dasar partinya, Petir atau PAP, iaitu sosio-demokrasi. Bangsa Melayu di Singapura terpinggir dan sedang menghadapi kepupusan termasuk kepercayaan beragama Islam.

Dato Seri Anwar Ibrahim lepasan MCKK dan Universiti Malaya, pada masa remaja dan awal dewasanya memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) adalah seorang tokoh penting dalam perjuangan umat Islam untuk menegakkan Negara Islam, tetapi setelah menjalani brain wash dalam kem tahanan politik, setelah keluar meneruskan perjuangannya untuk merebut kuasa, beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpegang keepada dasar sosio-demokrasi.

PAS yang telah berjuang sejak tahun 1951 untuk menegakkan Negara Islam – Baldatun tayyibah wa Rabbun Ghafur dan mahu mengamalkan hudud perundangan Islam, tetapi kini, kerana mahukan kuasa, telah memaksakan dirinya bersekongkol dengan parti-parti politik yang memegang pada dasar sosio-demokrasi dan laungan Negara Islam dan Hudud tidak kedengaran lagi.

DAP yang membawa obor sosio-demokrasi bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat telah berjaya menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional yang kapitalis amalan mereka di Pulau Pinang dan berjaya memerintah negeri tersebut,

Demikian juga dengan pengaruh Pakatan Rakyat, Negeri Selangor, Perak dan Kedah telah diperintah oleh pakatan tersebut – MB Selangor, orang Melayu dari PKR dan Perak dan Kedah MB masing-masing terdiri dari orang Melayu dari PAS.

Mungkin silap, tetapi kalangan PAS benar, iaitu pada masa ini kita ketagih atau kempunan mendengar suara laungan atau ratib ‘Negara Islam’ dan ‘hudud’ dari Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Perak dan Menteri Besar Kedah. Hatta Mat Sabu yang pada masa lalu suaranya ibarat guruh melaungkan Negara Islam dan hudud telah tidak kedengaran lagi.

Akibat akan menimpa UMNO, jika UMNO masih berpegang kepada kapitalis dan menentang kehendak umat Islam untuk menegakkan Negara Islam, pada pilihan raya ke – parti politik Melayu itu akan pupus dan tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan peringkat pusat dan negeri-negeri.

Apabila UMNO lumpuh, PAS telah bertukar menjadi parti Abdullah ibnu Ubai dan parti-parti yang sosio-demokrasi sifatnya memerintah, Raja-raja Melayu terpaksa meninggalkan istana masing-masing, semua mahkota akan dipindahkan ke muzium dan mereka akan menjadi rakyat biasa,

Pada masa itu ketuanan Melayu akan tidak ada lagi. Mungkin beberapa orang dari para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terpaksa wirid menyesal tidak berkesudahan dalam tahanan politik atau penjara.

Saya melihat, kalau UMNO mahu selamat, bangsa Melayu tidak menghadapi kepupusan dan Raja-raja Melayu tidak terpaksa menarik terompah kayu di kaki lima, maka UMNO mestilah melangir atau membersihkan dirinya dan mengubah corak dalam Perhimpunan Agungnya yang mendatang ini.


Di antara yang perlu diubah dan diwujudkan, ialah:

UMNO meminda perlembagaan, iaitu menjadikan sebuah parti politik Melayu dan berdasarkan Islam.

Membuka pintu kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menjadi ahlinya, sesuai dengan Perlembagaan ‘rakyat Malaysia yang beragama Islam adalah Melayu’.

Memilih pemimpin dari tokoh-tokoh yang ada pengetahuan akademik dan tinggi pengetahuan agama Islam.


Manakala Majlis Raja-raja Melayu perlu melakukan pembedahan dan mengubah corak dari yang ada sekarang kepada cara baru, di antaranya:

Majlis Raja-raja Melayu tidak hanya menjadi dead table, sekadar menganugerahkan bintang kebesaran, mengikut nasihat Perdana Menteri dan berkekedudukan ‘the kings is kings’, tetapi mesitilah menjadi badan yang menerima nasihat dan Perdana Menteri dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri.

Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh berpolitik, tetapi berhak melihat, mengawas dan sebagaikan akan politik dan corak politik negara ini. Misalnya amalan politik negara ini sama ada berlawanan atau tidak dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi negara dan mengambil langkah menghalang sebarang amalan politik yang boleh memporak perandakan agama Islam dan umat Islam sesuai dengan taraf dan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing dan Yang Dipertuan Agong bagi agama Islam di negara.

Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan satu sistem, iaitu Raja-Raja Melayu tidak menjadi simbolik kerajaan satu pemerintah, tetapi mereka mestilah turun padang, mendekati rakyat jelata dan mengambil tahu akan kehidupan rakyat jelata.

Majlis Raja–raja menggunakan Quran sebagai dasar dan petunjuk dalam sebarang urusan kerajaan. Menentang segala fahaman politik yang berlawanan dengan Islam.


Mungkin tulisan saya ini dipandang ringan oleh setiap individu politik yang masih leka dengan kedudukan, tetapi jika direnung kebelakang, iaitu kepada sejarah kejatuhan raja-raja di negara-negara dunia, kelumpuhan kerajaan-kerajaan Islam di mana adalah disebabkan rakyat bangun dengan simbol ‘keadilan’ – keadilan sosial yang berpandukan komunisme dan sosialisme hasil dari kreatif otak Karl Marx.

Pada masa ini ramai dari orang Melayu (termasuk) ahli UMNO dan PAS) yang menerima apa sahaja fahaman dan janji asalkan mereka boleh mendapat nikmat, walaupun nikmat itu memungkin mereka menjadi seperti semut dengan gula dan mereka teralpa yang ‘semut mati kerana gula’.

Mungkin ramai orang politik yang sedar yakin, bahawa setelah peralihan kuasa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun depan, parti politik Melayu itu akan menghadapi kehakisan ahli-ahlinya yang Islamik yang selama ini menjadi pengikut tegar Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka itu tidak akan berdiri di belakang Najib Tun Razak, Mereka akan meninggalkan UMNO dan berdiri dalam PAS atau berkopromi dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang masih ada cita-cita untuk menjadi pemimpin UMNO.

Tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kembali ke dalam UMNO semula, kerana beliau sedar kedudukan beliau dalam PKR tidak akan selamanya. Beliau akan menerima nasib seperti wartawan A.Samad Ismail dan beberapa orang Melayu pengasas Parti Tindakan Rakyat Singapura (PETIR) yang kemudiannya tenggelam atau tersingkir.

Sebagai mana Tengku Razaleigh Hamzah, Dato Seri Dr. Rais Yatim dan beberapa orang lagi dalam yang keluar dari UMNO dan bertapak dalam Parti Semangat 46 yang kemudiannya kembali kepada UMNO, maka begitulah tidak mustahil Anwar Ibrahim akan kembali ke dalam UMNO.

Percayalah, dalam arena politik tidak ada kawan yang kekal sepanjang jalan dan tidak ada musuh yang kekal sepanjang zaman.

BARISAN BERTINDAK SOKONG ZAHID HAMIDI

Oleh: Penulis Politik


Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menyambut dan menyokong kesediaan Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO, pada Mac, tahun depan.

Presiden barisan itu Haji Osman Bakar memberitahu, bahawa barisan tersebut dan semua badan NGO yang bersamanya menyokong penuh akan rancangan Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kerana rancangan satu ‘jihad’ untuk membela UMNO dan bangsa Melayu.


“Kami mengalu-alukan kesediaan Dato’ Dr. Zahid, kami menyokong penuh semua perpaduan Melayu pada masa akan datang,” katanya.

“Kami harap Dato’ Dr. Zahid Hamidi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akan dapat membantu Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak pada masa akan datang,” katanya lagi.

“Dato Dr. Zahid Hamidi seorang tokoh penting setelah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasanya kepada Najib pada Mac nanti kerana beliau tokoh yang berwibawa untuk menyelamatkan parti politik Melayu itu dan sekali gus menyelamatkan bangsa Melayu,” tambahnya.


Menurut Osman Bakar, Najib Tun Razak tidak akan terdaya menentang gelombang yang akan menghapuskan UMNO sepeninggalan Abdullah Ahmad Badawi.

Najib Tun Razak perlukan seorang tokoh yang Islamik untuk membantu beliau dan dalam UMNO tidak ada tokoh yang islamik selain dari Zahid Hamidi, jelasnya.

Beliau khuatir, setelah peralihan kuasa nanti, ahli-ahli UMNO yang islamik yang berdiri di belakang Abdullah Ahmad Badawi akan meninggalkan parti politik itu dan menyertai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu itu menduga, ahli-ahli UMNO yang islamik tidak akan mengikuti Najib Tun Razak kerana beliau tidak termasuk golongan ahli UMNO yang islamik.

Othman Bakar menyeru semua pemimpin Melayu dalam UMNO, PAS, PKR dan badan-badan tidak berpolitik bekerjasama untuk mencari jalan bagi menyelamatkan bangsa Melayu.

Sementara itu beberapa Badan Perhubungan UMNO Perlis turut mengalu-alukan Dr. Zahid Hamidi dan menyifatkan langkah beliau sebagai memenuhi hasrat UMNO memerlukan pemimpin muda untuk memperkasakan parti politik Melayu itu.

Friday, October 3, 2008

ZAHID HAMIDI


BAKAL PERDANA MENTERI

Oleh: Mokhtar Petah


Langkah Dato’ Dr. Zahid Hamidi akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, patut dihormati oleh semua bahagian parti poltik itu di seluruh negara, kerana langkah itu untuk menyelamatkan organisasi politik Melayu tersebut dari berkubur.

Dr. Zahid Hamidi telah mengumumkan hasratnya, di Masjid Tanah, Melaka. Pengumuman satu keberanian politikus tetapi menempah ramai penentang yang terdiri dari mereka yang tidak nampak masa depan UMNO.

Pada Jun lalu sebuah tulisan mengenai ‘Zahid Hamidi bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia’ telah disiarkan dalam blog ini, iaitu beliau akan menggantikan tempat Dato Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Menurut tradisi UMNO, setiap individu yang hendak menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, dia mestilah terlebih dahulu menduduki kerusi Timbalan Presiden parti politik tersebut.

Sebaik-baik sahaja tersiar tulisan itu, Dr. Zahid Hamidi telah mengirim SMS kepada saya dengan mencatatkan kalimat-kalimat, “Pak Mokhtar, bagi tahu dia orang (penulis) jangan mengarutlah. Itu semua nak bunuh keriaya politik saya.”

Setelah saya memberi penjelasan kepada beliau melalui SMS mengenai akan baik buruknya beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, Dr.Zahid Hamidi telah mengirim SMS lagi kepada saya dengan kalimat seorang penganut sufisme:

“Pak Mokhtar, jawablah apa yang patut bagi pihak saya. Setakat ini saya bersyukur (kepada Allah) dengan apa yang diamanahkan. Saya tidak bercita-cita besar.”

Saya teringat akan kata-kata Hamka kepada saya, “Manusia tak ada cita, dia manusia tidak sempurna, pemimpin tak ada cita-cita besar tidak selaras dengan perjuangan Rasulullah.”

Saya berpendapat, untuk menyelamatkan UMNO yang telah menjunjung falsafah Islam Hadhari, hanya Dr. Zahid Hamidi yang paling layak dalam UMNO untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kalau beliau tidak memegang jawatan itu, Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri akan tidak selamat duduk atas kerusi itu. Kerusi itu telah menjadi kerusi keramat Islam, kerana Abdullah Ahmad Badawi seorang intelektual Islam dalam golongan ulama Islam.

Najib Tun Razak ada kekurangan di segi itu. Najib seorang sekular yang bepegang kepada agama Islam. Cendekiawan Islam dengan sekular yang berpegang kepada Islam ada perbezaan yang jauh.

UMNO dalam masa Abdullah Badawi telah menjadi sebuah parti politik yang hampir sama perjuangannya dengan perjuangan PAS, iaitu menjunjung Islam dan mahu mengislamisasikan semua bidang kehidupan di dunia ini. Pendeknya beliau meletakkan Islam sebagai addin.

Kalau Perdana Menteri, Najib Tun Razak mahu mengekalkan Islam Hadhari dalam UMNO dan kerajaan, maka Dr. Zahid Hamidi adalah individu yang membantunya. Orang lain tidak ada dalam UMNO.

Najib tidak boleh menolak Islam Hadhari dari dalam UMNO dan kerajaan. Kalau beliau melakukannya juga, bererti beliau menempah kejatuhan nilai dirinya sebagai pemimpin orang Melayu.

Sekali lagi saya tekankan; kalau UMNO tidak mahu menolak Islam Hadhari, maka Dr. Zahid Hamidi sahajalah yang mempunyai kemampuan membantu Najib Tun Razak dalam hal tersebut.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri memerlukan seorang tokoh ahli agama. Tan Sri Muhyiddin Yasin mempunyai pengetahuan agama Islam, tetapi beliau tidak sesuai menduduki kerusi tersebut kerana beliau berkedudukan dan berpengaruh melebihi Najib Tun Razak.

Ertinya, kalau Najib Tun Razak tidak berdiri di hadapan menjadi Perdana Menteri, maka Muhyiddin Yassinlah satu-satunya individu yang paling layak memegang jawatan tersebut.

Semua bahagian UMNO perlu melihat Dr. Zahid Hamidi sebagai penyelamat UMNO pada masa akan datang. Ahli-ahli UMNO yang ‘Islamik’ memerlukan seorang pemimpin yang Islamik seperti Abdullah Ahmad Badawi. UMNO boleh kukuh di bawah pimpinan Abdullah Badawi kerana beliau seorang ‘Islamik’, iaitu mahukan semua bidang kehidupan mengikut ajaran Islam.

Pada masa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin nombor dua UMNO, saya telah melihat, kira-kira 46 peratus dari semua ahli UMNO terdiri dari individu yang Islamik. Mereka itu menjadi pengikut tegar Anwar Ibrahim.

Apabila Anwar Ibrahim tersingkir, para individu dalam UMNO telah beralih menjadi pengikut tegar Abdullah Ahmad Badawi. Kira-kira berapa peratus sahaja yang keluar dari UMNO dan mengikut ‘Pak Sheikh’ tersebut.

Saya percaya, setelah Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri mengikut jadual peralihan kuasa dan Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri, maka mereka yang Islamik itu akan meninggalkan UMNO dan menyertai Anwar Ibrahim.

Pada pilihan raya ke–13, Najib Tun Razak akan berkeadaan ‘penjual air batu pada hari hujan’, UMNO akan kehilangan banyak kerusi dan Barisan Nasional tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan.

Pada masa akan datang, sebahagian besar orang Melayu tidak akan menyertai parti politik nasionalis dan kapitalisme sifatnya. Mereka akan menyertai parti politik yang berideologikan Islam atau sosialisme yang memakai simbol sosio-demokrasi.

Keberanian Dr. Zahid Hamidi mengumumkan hasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO adalah satu keberanian dan kejujuran. Beliau perlu disokong oleh akar umbi.

Mungkin Dr. Zahid Hamidi akan ada musuhnya dalam UMNO, iaitu dari mereka yang tidak Islamik. Tetapi tidak membahayakan beliau. Kerana penentangan itu sekadar ‘suara riang-riang di rimba’ sahaja.

Sesiapa boleh menjawab; UMNO 1946 bersambung dengan UMNO baru telah terlalu dewasa memimpin negara ini, tetapi mengapa ia gagal beralih kepada ideologi Islam dan menegakkan negara Islam, sedangkan semua orang Melayu beragama Islam.

Ada orang bijak berkata, bahawa pada umumnya para pemimpin dan ahli UMNO merdeka pada kulit sahaja, tetapi jiwa masih belum mereka; masih dijajah oleh kepelbagaian perlembaagaan dan perundangan serta budaya dari barat.


Mulut melaung, jerkah merdeka,

Belum tentu jiwa mereka,

Kibar bendera merdeka,

Tidak pasti jiwa rakyat merdeka,

Merdeka sebanar; jiwa merdeka’

Islam jadi asas dan petunjuk merdeka.

Allah dan rasul-Nya jadi ikutan kita.

Benarkah kita telah merdeka?

TERCEKIK DAGING UNTA

Oleh: Mokhtar Petah


Datin Seri Farajatul Hayat; terkenal dengan nama manjanya Farajah. Orang-orang kenamaan memanggilnya, Datin Seri Faraj sahaja. Namanya bukan dari bahasa Arab. Entah dari bahasa apa pun tidak siapa yang tahu. Dia anak angkat kepada keluarga keturunan orang Kemboja yang memerintah Manjong, pada zaman silam.

Suami Datin Seri Faraj, Dato’ Seri Megat Kilau. Menurut cerita, dia keturunan orang-orang Melayu menentang Inggeris, di Pasir Salak, Perak pada tahun 1970-an. Mungkin Dato Sagor atau mungkin Sultan Abdullah.

Dato Seri Megat Kilau ahli perniagaan terkenal. Namanya terkenal seluruh Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya. Wajah dan tubuhnya sering di tayang di kaca tv. Dia sering memberi derma dan sedekah. Setiap kali dia berderma dan bersedekah, dia mahu wajah dan tubuhnya ditayangkankan di kaca televisyen.

Wajah Datin Seri Faraj jarang-jarang di tayang di kaca tv. Tetapi namanya sentiasa meniti di atas bibir pengemar karaoke, mahjong dan ahli-ahli kelab membela kaum Hawa.

Hartawan suami isteri itu tidak pernah menjejakkan kakinya ke tanah suci. Tetapi negara-negara lain telah menjadi tempat mereka berulang mandi. Kadang-kadang Dato’ Seri Megat Kilau rasa amat ingin hendak mengerjakan ibadat Haji atau umrah di Tanah Suci. Mahu menenangkan diri di kaki Kabah. Sujud dalam Masjdil Haram.

Sebagai orang kaya dan pengaruh, Dato’ Seri Megat Kilau tidak takut dan segan kepada siapa. Dia tidak takut dan segan dengan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan siapa sahaja. Tetapi dia takut menjejak Tanah Suci Mekah dan Madinah.

“Teman takut, takut nak ke Mekah ..., heee, takut teman ...,” Dato’ Seri Megat Kilau berkata kepada temannya, lelaki tua, penulis buku sejarah Pasir Salak.

“Ngapa, Dato’ ... takut apa ..., Dato?” Penulis tua itu bertanya.

“...macam nila, Man, mike pergi ke Mekah ..., teman bagi duit, teman upah mike buat umghah, buat haji ..., “jawab Dato’ Seri Kilau.

“...boleh, Dato’ ..., tapi, Dato’ takut apa?” Othman bertanya.

“Mike pegi minggu depan ..., bulan puasa ni elok..., semingu lagi dekat ghaya, mike balik ...,” Dato’ Seri Megat Kilau memotong pertanyaan Othman.

“Baik, Dato’, sahut Othman.

“Elok, elok bebenor ..., teman nak mike beli daging unte ..., nak buat jamu haghi ghaya.

“Ia, baik, Dato’,”sambut Othman.

“Mike beli daging, dua tiga kakinya ..., boleh buat ubat kuat ...,”kata Dato’ Seri Megat Kilau.

“Ngapa Dato’ takut nak ke Mekah?” Othman mengulangkan pertanyaannya.

Dato’ Seri Megat Kilau tunduk. Separuh tubuhnya macam menggigil. Dua biji matanya merenung kepada penulis buku sejarah itu. Hatinya memaksa dia memberitahu kepada manusia sejarawan di hadapannya itu.

“Teman ni ...,” Dato’ Seri Megat Kilau menjawab payah.

“Agaknye oghang tua ni bukan oghang Islam, astghafirullah ...” buruk sangka tumbuh dalam hati Othman.

“Teman ni, Man, asal usul teman ketughunan oghang bermukah ...,” jawab Dato’ Seri Megat Kilau.

“ Haa, bermukah, ... anak zina, anak haram ..., ia, anak haram ..., Dato? Tanya Othman. Selamba.

Memang telah lama Othman mengetahui asal usul Dato’ Seri Megat Kilau. Pada lima lapis ke atas asal usul Dato’ Seri Megat Kilau, isteri muda Sang Dato’, iaitu pia (datok, moyang, piut, piai, pia) kepadanya telah bermukah (berzina) dengan Maha Sultan. Perbuatan itu dengan kerelaan sang Dato’, kerana dia mahukan pangkah dan kekayaan dari Sang Sultan.

Pemergian Othman di hantar oleh Dato’ Seri Megat Kilau ke KLIA. Othman telah pergi ke Tanah suci dengan biaya Dato’ Seri Megat Kilau. Di Mekah nanti, Othman akan mengerjakan ibadat umrah untuk Sang Dato dan dirinya sendiri. Dia akan membawa kembali daging dan beberapa puntung kaki unta.

“Daging unta buat jamu hari raya,” petak fikiran Othman tersumbat dengan daging unta pada ketika kapal terbang SAL mendarat di lapangan terbang Jeddah.

“Kaki unta ubata kuat tenaga batin Dato ...,” fikirannya tersumbat lagi.

“Di Jabal Uhud , aku nak beli bunga kacip Fatimah untuk Datin Seri Faraj ...,”sungut Othman.

“Lantah, bior deme tu sama kuat ...,”ruang otak Othman tersumbat lagi.

Seminggu sebelum hari raya, Othman telah kembali ke tanah air bersama daging dan empat puntung kaki unta dan tujuk kuntum bunga kacip Fatimah.

Othman amat tahu akan perangai Datin Faraj. Wanita itu berasal dari sebuah kampung di Port Weld, Perak. Bapa dan ibunya berniaga belacan buatan sendiri. Nasibnya baik, dia telah berkahwin dengan Dato’ Seri Megat Kilau pada usianya 27 tahun. Pada masa itu suaminya berusia 44 tahun.

Datin Seri Faraj tidak sombong. Lemah lembut. Tetapi suka menunjuk-menunjuk akan kekayaannya. Setiap hari dia memakai barang kemas seperi Qarun. Setiap kali membuat amal kebajikan mahu orang ramai tahu. Dia rasa bangga kerana suaminya mengikut telunjuknya.

Datin Seri Faraj menggua-batukan rahsianya. Suaminya tidak tahu. Polis tidak tahu. Tida ada siapa yang tahu. Lima tahun yang lalu dia telah meracun kekasih suaminya, Intan Naimah. Gadis lepasan universiti itu telah mati di kampungnya, pada malam awal Ramadan. Ibu bapanya tidak mengetahui kematiannya kerana diracun. Mereka yakin, anak gadis mati kerana demam panas.

Pada malam raya, Datin Seri Faraj dengan dibantu oleh orang gajinya, dia telah memasak rendang tok daging unta. Sepotong tulang kaki unta yang telah dipotong kecil-kecil dan dimasak bersama daging haiwan padang pasir itu. Sepuntung kaki unta dibuat sop.

Dato’ Seri Megat Kilau masih menyimpan duka kerana kekasihnya telah mati. Khabar kematian kekssihnya itu telah tiba ke telinganya seminggu kemudian. Khabar itu menjadikan dia dimamah duka. Derita. Lara.

Pada malam raya itu, Dato’ Seri Megat Kilau seperti menarik membawa hatinya yang lara seperti menarik pangkal merbau dalam rimba untuk memakan lemang besama rendang tok daging unta. Lubang halkumnya seperti terowong menelan sop tulang haiwan jenis kenderaan para nabi dan rasul Allah itu.unta. Menghirup kuah sup tulang haiwan tersebut.

Datin Seri Faraj yang tidak pernah makan daging unta – dia sering makan daging ayam yang dibeli di pasar raya yang tak tentu haram halalnya - , sambil merenung suaminya dia mengunyah daging unta yang bertulang.

Pada ketika itu, Datin Seri Faraj teringatkan kekasih suaminya, Intan Naimah. Pada saat itu juga dia tertelan seketul daging unta. Terowong lehernya tersumbat. Daging unta itu tidak turun ke bawah dan tidak naik ke atas. Tersangkut dalam halkumnya.

Dua biji mata Datin Seri Faraj terbeliak. Terbelalak. Banyak putih dari hitamnya. Mulutnya ternganga dengan dua bibirnya menebal. Belum sempat Dato’ Seri Megat Kilau menolongnya, dia terjelepok atas hidangan. Pengsan.

Dato’ Seri Megat Kilau menekan-nekan dan memukul-mukul dengan tapak tangannya kepada belakang isterinya. Perempuan itu masih pengsan. Tubuh Datin Seri Faraj yang gedempol itu dirimpung oleh suaminya dan diletakkan atas permaidani di tengah rumah.

Pada saat begitu Datin Seri Faraj telah mengembara ke alam ghaib. Beberapa makhluk ganjil datang menemuinya. Ada yang jerkah. Ada yang pekik kepadanya, suara mereka laksana bunyi guruh.

“Kamu manusia, binatang, kamu beri suami kamu makan nasi tangas, nasi kangkang, kotor, kotor,kamu isi neraka...,” jerkah makhluk itu.

“Kamu racun, kamu bunuh gadis tak berdosa, Intan Naimah. Kekasih suami kamu. Mereka akan kahwin ..., kamu berdosa, kamu akan masuk neraka,”jerkah makhluk itu lagi.

“hei, perempuan, kamu jahat, kamu bunuh orang, kamu derhaka kepada suami ...,kamu isi neraka, kamu akan bakar dalam api menyala,”laung satu makhluk bernyawa lagi.

Datin Seri Faraj menjerit. Dia mengaku membunuh bakal madunya. Dia telah memberi makan berbagai jenis kotoran kepada suaminya. Kerana dia mahu suaminya mengikut telunjuknya.l

Doktor peribadi yang dipanggil datang segera. Kira-kira setengah jam kemudian. Daging unta yang tersangkut pada lubang leher Datin Seri Faraj telah turun ke dalam ususnya. Dia telah sedar semula. Tubuhnya masih lemah.

“Minta maaf, Dato,” kata Dr. Jamaluddin kepada Dato’ Seri Megat Kilau.

“Ngapa?” Dato’ Seri Megat Kilau bertanya.

“ ...dua kaki Datin lumpuh ...,” jawab Dr. Jamaluddin.

“ Ia, lumpuh?” Tanya Dato’ Megat Kilau.

“Ia, Dato’,” sahut Dr. Jamaluddin.

“Bagus, mampus lagi baik,” sambut Dato’ Seri Megat Kilau.

“Dato,” Dr. Jamaluddin berkata. Hairan.

“Bior dia mampus ...masuk neraka,”pekik Dato’ Megat Kilau.

Datin Seri Faraj menangis. Menyesal. Dua puntung tangannya meraba-raba dua pada kakinya.Dengan dua biji mata yang lemah, dia melihat suaminya berjalah ke ruang depan rumahnya.

“ ... yang, yang ...,”Datin Seri Faraj memanggil suaminya.

Thursday, October 2, 2008

BERITA

Putrajaya - Para penduduk Persint 8, Putrajaya, sedang dalam delime - sama ada suarau
yang akan dibina atas kawasan tanah lapang berhampir dengan sekolah rendah akan berjaya
didirikan atau terbengkalai begitu sahaja.
Sebelum pilihan raya ke-12 sebuah papan tanda telah dipasang di padang itu, memberitahu
yang suarau yang akan boleh mengisi kira-kira 600 orang itu akan dibina, tetapi hingga kini
pembinaannya belum berjalan.
Kini warga di sana sembahyang jemaah di suaru sementara, iaitu sebuah rumah teres.
Mereka berharap, ahli Parlimen, Tengku Adnam Mansor akan mengambil langkah
mengetasi masalah surau tersebut.

PESANAN

KITA SESAMA KITA

Haji Hadi bangga,
Nik Azik suka,
semua ahli PAS tepuk ria,
kerana Abdullah Ahmad Badawi,
berundur dengan paksa atau rela.

Anwar Ibrahim menggonggong azam,
Malaysia di bawah pimpinannya,
dia bergelar Perdana Menteri mulia,
suaranya bergema ke langit zaman.

Lim Kit Siang,
Karpal Singh dan Lim Eng Guan,
berhati curiga,
PAS junjung negara Islam.

Najib dalam delima,
Tengku Razaleigh Hamzah suara lantang,
suara naga,
rakan-rakannya berjalan semut.

Muhyiddin Yassin bakal Perdana Menteri,
Rakannya, Tengku Razaleigh Hamzah,
Penasihat mulia, Dr Mahathir Mohamad.

Orang kampung macam buluh lemang,
daun palas dan kelapa,
pulut dan nasi dihidang,
dedaun ke tepi jua.

Nasionalisma UMNO mulai pudar,
Islamisma PAS telah samar-samar,
Sosio-demokrasi memancar megah,
disanjung Melayu melebihi Islam.

Tanah Semenanjung,
oh, Tanah Semenanjung,
akan jadi Singapura?
bawah sosialisme,
kita tanpa bangsa tanpa raja.

"Melayu", lari kata Jawa,
Merempatkah cucu cicit Melayu,
di bumi sendiri,
Hilangkah Melayu dari dunia?
Ia, hilang Melayu dari dunia?

Mahathir, Abdullah, Najib, Muhyiddin,
Tengku Razaleigh Hamzah,
Anwar Ibrahim,
Haji Hadi dan Nik Aziz,
Kembalilah kepada petunjuk Tuhan.

Bersatu semua baka,
Hapus segala sengketa,
Kikis jiwa hamba,
Bersatu; Melayu kuat semula.

Kalian akan berdosa,
jadi penderita neraka,
kerana jahil diri sendiri,
Melayu hilang di dunia.

Mokhtar Petah
Pulau Sabang, Acheh