JERNIH DAN KEROH DI AMBANG KEMERDEKAAN
Pada masa itu gerila-gerila Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak terdiri dari orang-orang China yang kebanyakan dari mereka penanam-penanam sayur dan tembakau, halia, sayur-sayuran secara haram di dalam kawasan-kwasan Hutan Simpan, di sepanjang kaki banjaran Gunung Bintang Hijau dari daerah Kuala Kangsar hingga ke daerah Grik atau Hulu Perak.
Selain dari mereka itu, terdapat juga guru-guru sekolah cina, peniaga-peniaga kecil seperti tukang basikal, bengkel kenderaan, tukang kayu dan buruh ladang getah dan lombong bijih timah.
Manakala dalam kawasan Sungai Siput Utara, Kinta hingga ke Perak Selatan, Tanjung Maling anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) terdiri dari pemuda dan pemudi China yang bekerja sebagai buruh ladang getah dan buruh lombong bijih Timah. Dan sedikit dari mereka itu terdiri dari guru-guru China, peniga dan mereka yang bekerja dengan kerajaan Inggeris.
BINTANG TIGA
Kebanyakan orang-orang China suku Hainam, suku Kong Sai yang bekerja di Rumah Rehat, hotel dan restoran menjadi ahli Parti Komunis Malaya (PKM). ’Parti Komunis Malaya telah mengambil peluang menggunakan perasaan anti-Jepun khususnya di kalangan penduduk-penduduk China. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Tentera Anti – Jepun Penduduk Tanah Melayu. Keanggotaannya terbuka kepada semua penduduk Tanah Melayu.
Topi yang dipakai oleh Tentera Anti – Jepun ini mempunyai tiga bintang yang dianggap mewakili orang Melayu, China dan India. Tentera ini juga lebih dikenali sebagai askar Bintang Tiga. Oleh kerana semasa pendudukan Jepun, pertubuhan yang teratur dan kuat untuk menentang Jepun ialah Bintang Tiga yang dikendalikan oleh Parti Komunis, maka ramai orang China, yang tidak pun bersimpati dengan fahaman komunis, telah menganggotai Bintang Tiga kerana mereka bencikan Jepun. Jadi, satu lagi kesan pendudukan Jepun yang penting ialah menguatkan Parti Komunis Malaya.
ORANG MELAYU
Usaha Jepun hendak menentang Bintang Tiga membawa kesan yang buruk. Kebanyakan anggota polis Jepun ialah orang Melayu. Apabila Jepun hendak menghapuskan Bintang Tiga, orang Melayu yang menjadi polis Jepun diarah melakukannya.
Jadi, sebenarnys pertentangan Jepun dengan Bintang Tiga, telah merupakan pertikaian orang Melayu dengan orang China kerana dalam pasukan polis Jepun ramai orang Melayu dan dalam Bintang Tiga kebanyakan-nya orang China. Dengan itu hubungan orang Melayu dengan orang China menjadi renggang.’
Sementara hartawan-hartawan China menjadi golok mata gua; mereka membantu Jepun dan membantu Inggeris. Kata datukku, bahawa orang-orang China seperti punai dengan pokok jerai, di mana ada buah jerai masak , di situlah banyak burung punai.
PENJAJAH INGGERIS
Kerana bapakku ketua kampung, maka semua orang China suku Kong Sai yang hidup sebagai setinggan atas tanah Hutan Simpan kerajaan telah ’bergantung harap’ kepadanya, terutama untuk menolong mereka supaya tidak diganggu gugat oleh askar Jepun. Sama ada terpaksa atau secara sukarela, mereka itu adalah penyokong-penyokong Parti Komunis Malaya (PKM).
Mereka sering membawa kepada ayah dan ibuku ayam Tongsan dan sayur-sayuran. Aku telah belajar menggatih basikal dengan menggunakan basikal orang-orang China kebun sayur yang sering datang ke rumahku.
Semenjak pada zaman penjajah Inggeris hingga pada masa ini, ada di antara orang-orang pendatang di Tanah Melayu atau Malaysia mempunyai perasaan jujur bergaul dengan orang-orang Melayu, ada yang perpura-pura bergaul tetapi hati di dalam bermusuhan dan ada pula yang berbaik- baik dengan orang-orang Melayu dengan berazimatkan ’ anti perkauman’ tetapi mereka mempunyai tujuan yang tertentu atau ’ada udang di sebalik batu’.
Sekumpulan orang-orang Cina yang kaya raya di Ipoh telah pergi ke London membuat tuntutan kepada Kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang-orang Melayu. Sementara itu sebilangan besar orang-orang Cina di Johor dan Singapura yang menunggu-nunggu masa untuk menjadikan Singapura sebuah Negara Cina Seberang laut. Mereka telah berhasrat demikian setelah terbitnya sebuah buku geografi di Negara Cina yang memaparkan peta Kepulauan Melayu sebahagian dari Negara China.
Amalan-amalan tidak sihat itu masih berlaku dalam pergaulan hari-hari, politik, sosial, pendidikan dan pernigaaan dan perdagangan pada masa kini. Maka sama ada pemimpin-pemimpin Melayu nampak atau tidak, bahawa falsafah ’telunjuk lurus kelingking berkait’ terus wujud dalam masyarakat ’majmuk dan muhibbah’ di negara ini.
Pada masa aku menulis buku ini, aku khuatir negara kita ini akan berlaku seperti pantun Melayu yang telah ditulis oleh seorang ahli parti Islam, Hizbul Muslimin pada tahun 1945, penulis dan guru agama, Yahaya Nasim:
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padai,
Sini Cina sana Cina,
Malaya jadi pajak judi.*
* Dari manuskrip buku, Memoir Penulis, oleh: MOkhtar Petah.
No comments:
Post a Comment