Sunday, September 8, 2013
KISAH DARI NOVEL
KISAH DARI NOVEL
ZAINAOL RASHID SISWAZAH UNIVERSITI AL AZHAR
Dengkur dua gadis itu sama bunyinya.Bagai irama duka
lara. Dengkur dua manusia kecundang
dalam cinta dapat diterjemahkan kepada madah:
Jika ’dah bercinta,
Berkurban apa saja,
Tubuh dan jiwa.
Yang kecewa kita,
beranak haram kita.
Dua gadis itu lena hingga dikejutkan bunyi azan
dari masjid di kampung itu.
***
Pada hari yang ketiga Zainal Rashid
di perantauan - di bumi Melayu, Selatan Thailand, nekatnya kukuh amat.
Kepada Allah dipohon keampunan. Dosanya yang dilakukannya sendiri akan
dibersihkan, jika Allah mengizinkan.Penyakit yang membaham tubnuhnya akan
diubatnya dengan segala ikhtiar yang terdaya.
Zainal Rashid membulatkan
nekatnya; gaya dirinya dan corak hidupnya mesti diubah.Indentitinya akan
dibentuk menjadi seorang lelaki yang warak. Zuhud. Menolak nikmat kemewahan
hidup di dunia.Sementara menanti mati menarik dirinya ke liang kubur dia akan
beribadat macam orang bertapa.
Di bandar kecil, Songkhla,
Zainal Rashid telah membeli beberapa pakaian yang biasa di pakai oleh ahli-ahli
sufi, lebai dan para ulama di bumi
Melayu; ketayap putih, serban putih, baju kurung ’al falah’ – , peladang
warna putih, seluar panjang dan sepasang
selipar bertutup tumit.
Zainal telah menyewa sebuah
bilik hotel dalam bandar yang terkenal dengan pasar pelacuran itu.Bilik-bilik
di sebelah menyebelah biliknya menjadi sarang perepuan-perempuan lacur yang
masih remaja. Ada yang masih perinkat anak dara sunti.
Pada hari yang kedua Zainal
Rashid menumpang di hotel itu, dia telah duduk-duduk atas sofa dalam ruang
tamu, sambil membaca surat khabar berbahasa Inggeris. Perempuan muda kerani hotel
itu telah datang kepadanya dengan senyum manis. Dia telah menyherahkan sebuah
albam kecil kepada Zainal Rashid. Albam itu berisi gambar-gambar perempuan
cantik yang berdagang tubuh masing-masing dalam hotel tersebut. Zainal Rashid
merenung wajah-wajah dalam albam itu. Pandangannya tertumpu kepada seorang
perempuan cantik – berlesung pipit pada kedua belah pipinya yang licin gebu.
“...maaf Tuan, adakah Tuan perlukan teman wanita malam ini?” kerani itu
bertanya kepadanya dengan bahasa Inggeris.
“...ada, saya mahu buat teman
saja...,”jawab Zainal Rashid.
“...ia, ada..., tak kiralah, untuk teman saja atau ..., bayarannya
seratus bath,”kata perempuan itu.
“Seratus, ...berapa lama...?”Tanya Zainal
Rashid.
Perempuan itu senyum. Dahinya berkerut. ”...dari sekarang sampai pagi
esok,”jawabnya.
“...ada
penyakit?”Zainal bertanya.
“Tidak
ada, terjamin, ...tiap-tiap hari doktor periksa...,”jawab kerani itu.
“Saya
mau yang ini, ada?” Zainal Rashid bertanya.
“Ada,”jawab perempuan itu.
Zainala
Rashid merenung wajah perempuan itu.
“Baik, Encik tunggu dalam bilik, sebentar lagi, dia akan datang,”kerani
itu memberitahu Zainal Rsahid.
“Baik,”sahut
Zainal Rashid sambil bangun dari sofa.
“Tuan boleh bercakap Thai?”kerani itu
bertanya.
“Boleh,”jawan
Zainal Rashid.
Sambil berjalan ke biliknya,
Zainal rashid mengaku kepada Allah; dia tidak akan berzina dengan perempuan
lacur itu. Perempuan itu akan digunakan untuk mengetahui tempat yang baik untuk
dia menghabiskan baki usianya sebagai
pengidap AIDS.
Kira-kira lima minit Zainal Rashid menunggu dalam biliknya, perempuan
berlesung pipit, cantik manis, berusia kira-kira tujuh belas tahun, masuk ke
biliknya.
“Selamat
petang,”ucap perempuan itu dengan bahasa Siam.
“Selamat
petang,”sahut Zainal Rashid.
“...saya
Nai,”katanya.
“Saya
Jefri,”Zainal Rashid membohongi Nai.
Mereka berjabat tangan.
Perempuan itu senyum manja dan memegang lengan Zainal Rashid. Seperti kebanyakan
perepuan-perempuan lacur dengan
jantan-jantan pelacaur. Nai menyangka, setiap lelaki yang memanggilnya
memerlukan khidmat seksnya. Nai merenung Zainal Rashid dengan senyuman berbaur
nafsu berahi.
“Saya minta maaf, saya ambil kamu kerana saya hendak bercakap-cakap
dengan kamu saja, tidak untuk itu...,”kata Zainal Rashid.
“Mengapa, ...saya tahu semua lelaki panggil saya, hendakkan tubuh
saya..., tetapi kamu...?”Tanya perempuan itu.
“Tak, saya tidak, ...saya hendak berkawan dengan kamu..., hendak
bercakap-cakap dengan kamu saja,”jawab Zainal Rashid.
“Ooo, begitu..., bolehlah...,”sahut Nai
sambil senyum.
“Takkan tidak mahu, ...tidur saja sampai
pagi?”Nai bertanya.
“Ia, ...kita bercakap-cakap, tidur
cukup...,”jawab Zainal Rashid.
“... abang kena bayar juga..., rugilah...,”kata Nai.
“Tak apa, ...dengan Nai tak apa...,”kata Zainal Rashid.
Nai senyum.
Nai dari sebuah kampung di Nakhon Sri Thammarat,
dalam kawasan Selatan Thailand juga.Ibu
daana bapasanya berasa dari satu kawasan, Tak Kek, dekat sempadan Thailan
dengan Laos.
“...bapa, emak saya orang Siam, kerja
kampung,...orang susah,”kata perempuan.
“Macam mana Nai sampai ke sini, buat kerja
ini?”Zainal Rashid bertanya.
“...bapa hendak beli tanah, tak ada duit, taukeh beri duit 5000 bath
kepada bapa,”kata Nai.
Zainal Rashid merenung wajah
Nai dalam cahaya lampu yang suram. Nai memegang lengan kanan Zainal Rashid.
Manja.
”Taukeh ambil Nai buat kerja ni, pada masa
tu umor Nai 15 tahun, sekarang umur Nai 18 tahun lima bulan, dua tahun lagi Nai
boleh balik ke kampung Nai...,”jelas Nai.
Nai bercerita, gadis-gadis
yang menjadi pelacur di bandar-bandar di Thailand adalah anak-anak kepada
keluarga-keluarga petani di kampung-kampung pendalaman, di sempadan Thailand
-Kambodia, Thailand-Laos dan Thailand-Mnyanmar atau Burma. Mereka itu telah
disewa atau dipajak dari ibu bapa mereka, untuk diperdagangkan dalam industri
seks di negara itu.
Tiap-tiap seorang gadis disewa
atau dipajak kepada ibu bapa mereka dengan bayaran antara 5000 dengan 7000 bath. Mereka terpaksa menjadi
pekerja dalam industri seks dari empat belas tahun hingga pada masa yang
ditentukan. Ramai di antara perempuan-perempuan hampas idustriseks itu tidak
pulang kepangkuan ibu bapa mereka. Ada yang mati kerana penyakit perempuan
seperti Vietnam ross, ghonoria dan busung. Dibunuh oleh kumpulan-kumpulan
tertentu.Dan ada yang menjadi janda-janda tanpa suami yang sah dalam
masyarakat.
Setelah Nai mendengar cerita
dari Zainal Rashid yang dia hendak mencari tempat tinggal, Nai telah memberi
nama bapa bapanya dan alamat mereka
kepadanya. Nai berharap Zainal Rashid akan pergi ke sana. Di sana dia akan
tinggal orang tuanya. Di kampung itu ramai orang Islam.
Kira-kira jam 7.00 Nai telah
meninggalkan Zainal Rashid di bilik hotel itu. Terasa sedih dalam hati Nai pada
waktu akan berpisah dengan lelaki yang baik hati itu. Zainal Rashid rasa
kasihan kepada gadis secantik itu menjadi hamba seks. Itulah kali pertama Nai
mendapat pengalaman; seorang lelaki tidak mahukan tubuhnya untuk memuaskan hawa
nafsunya. *
* Dari manuskrip novel, Bunga Padma di Lembah Nil, oleh : Mokhtar Petah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment