SAYA CAKAP LAIN MEREKA TULIS LAIN -TG NIK AZIZ
Aslani M,
KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.
“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.
Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.
Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.
Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.
“Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.
“Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.
“Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja,” ujarnya.
Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah.*
* Dari Harakah Daily.
NOTA: Dato', pada umumnya media di seluruh dunia, di bawah tapak tangan Yahudi termasuk Yahudi Amerika, Yahudi - Arab dan Yahudi lain. Semua wartawan atau penulis media mereka di bawah arahan atau paksaan pihak atasan, terutama untuk menghancurkan pergerakan umat Islam.- TERKENANG
BASIKAL TIDAK BERLAMPU
BAHASA INGGERIS - KENA MAKI.
ALLAH TIDAK JADIKAN AKU QARUN
Aku telah mengirim surat kepada bapa dan ibuku,supaya mereka mengirimkan kepadaku basikal sportku yang telah tua dan terletak di bawah rumah kami. Basikal itu buatan England yang aku telah gunakan pada masa belajar di di Teluk Anson dulu.
Seminggu kemudian aku telah menerima surat dari bapaku bersama sepucuk surat dari keretapi Tanah Melayu. Bapaku telah menyuruh aku mengambil basikal yang telah dikirimkannya kepadaku di stesyen keretapi Bukit Mertajam. Bapaku telah mengirimkan basikal itu dari stesen keretapi Kuala Kangsar.
Apabila aku tiba di bahagian store, di stesyen keretapi Bukit Mertajam, aku jadi seperti terpukau kerana melihat mesikal aku itu tidak ada lampu. Sedangkan dinamo (dynamo)nya ada pada spit udang depannya. Macam mana aku akan menggunakan basikal itu pada waktu malam? Besoknya aku terpaksa membeli sebuah lampu basikal terpakai dari seorang kawanku.
BULAN PUASA
Beberapa bulan kemudian, iaitu pada masa aku pulang ke kampungku kerana bercuti bulan puasa, barulah aku mendapat tahu dari ibuku. Lampu basikal itu telah ditanggalkan oleh bapaku dengan tujuan supaya aku tidak ’joli’ ke Pulau Pinag pada waktu malam.
Bapaku telah menanggalkan lampu basikalku itu, setelah mendengar cerita bohong dari seorang lelaki penduduk kampungku, kononnya dia telah terjumpa aku sedang berjoli di Bandar Pulau Pinang. Kononnya lagi, aku telah berjoli ke sana pada tiap-tiap malam.
Kira-kira seminggu sebelum aku mengirim surat meminta bapaku mengirimkan basikal kepadaku, aku telah terjumpa dengan seorang lelaki dari kampungku, di atas feri yang sedang berlayar dari jeti Pulau Pinang ke jeti Butterworth. Pada hari itu aku dalam perjalanan pulang dari pejabat Warta Negara, di Argyll Road, di pulau tersebut.
HUJAN LEBAT
Aku berulang alik dari Kepala Batas ke sekolah malam, di Butterworth tiga hari dalam seminggu dengan menggatih basikal. Lampu basikalku sering meragam. Sebentar menyala dan sebentar padam. Nasib baiklah selama aku berulang alik itu aku tidak pernah tertembung dengan polis lalu lintas.
Pada satu malam hujan lebat, tatkala aku tiba di hadapan Khemah Tentera Udara Australia, di Matang Kucing, aku telah terlanggar seorang anggota tentera yang sedang berjalan dalam hujan lebat itu. Aku tersilap menyebut kata-kata Ingeris; aku hendak mengucapkan ”sorry” kepadanya, tetapi aku telah terucapkan ”thank you”. Askar orang putih itu telah memaki aku dengan suaranya seperti orang mabuk tuak.
Pada satu malam yang lain, aku telah terbabas ke dalam parit yang gelap. Seluarku telah carik bersama kulit dan daging peha kiriku. Kemalangan itu aku kira satu dugaan dari Allah. Kerana dengan dugaan begitu, dalam keadaan jahil, aku telah bertanya kepada-Nya dalam bahasa Quran, ”...ya Allah, ngapa Kau lahirkan aku dalam keadaan miskin?”.
TAHAN DERITA
Sekadar sekelip mata, Allah telah mengurniakan ilham-Nya kepadaku, ”...kalau kamu tahan derita dan sabar, kamu akan mencapai apa yang kamu cita-citakan itu, ....kalau kamu lahir dalam keadaan kaya, mungkin kamu akan tidak mencapai apa-apa dalam hidupmu, ...kamu akan menjadi seperti Qarun.”
Sesungguhnya aku manusia yang bodoh atau jahil berhapan dengan Allah.Aku telah beristigfar beberapa kali. Pada ketika itu juga lalu aku teringatkan firman Allah, ’Sesungguhnya bersama kesusahan (datang) kesenangan. Sebab itu apabila kamu ada waktu, bekerja keraslah. Dan kepda Tuhan kamu hadapkanlah pengharapan’ .
Aku telah menguatkan azamku; kalau patah sayap, dengan bertongkatkan paruh akan aku teruskan juga menuntut ilmu pengetahuan dan menulis berbagai jenis artikel, cerpen dan sajak. Berkali-kali aku mengucapkan, ”...sesungguhnya Allah bersama orang-rang yang sabar.” Sambil mengayuh basikal membelah malam hitam, aku menyanyikan pantun mengikut irama lagu ’Sri Serawak’. Suaraku sekadar untuk menghibur hatiku sendiri. Tidak untuk orang lain.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-saki dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Pada satu malam, aku telah membaca ayat-ayat Quran untuk menyedarkan diriku sendiri. Aku telah bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan aku dalam keluarga miskin. Kerana miskinlah aku telah mempunyai cita-cita yang tinggi dan bekerja dengan gigih.
MEMBAHAM PASIR
’Dan kalau tidaklah akan membawa manusia itu menjadi satu - corak – umat sahaja (semua gilakan kekayaan) nescaya Kami ciptakan untuk mereka yang tidak percayakan Allah yang Pemurah itu, atap rumah dan tangga tempat naik mereka, semuanya dari perak. Dan pintu-pintu rumah dan sofa tempat mereka bersandar (dari perak juga) Dan juga dibuat perhiasan keemasan. Bahawa semua itu hanyakah kesukaan hidup di dunia. Hari kemudian itu (adalah) di sisi Tuhan kamu untuk orang-orang yang mengawal dirinya dari kejahatan. Siapa yang tidak mengendahkan pengajaran Ar Rahman (Allah) itu, Kami akan adakan baginya syaitan-syaitan (orang-orang jahat), dan itulah menjadi temannya.’
Semenjak pada malam itu, aku telah melakukan reformasi dalam diriku sendiri; biar apa jua pun ujian atau dugaan dari Allah – kalau terterap terpaksa membaham pasir dan terlentang terpaksa meneguk embun - , aku tetap tabah, tawakal dan reda.
Aku tetap berpegang kepada firman Allah dalam Quran, iaitu:
’Dan siapa yang taqwa kepada Allah, Dia mewujudkan bagi orang itu jalan keluar (dari kesulitan). Dan mengurniakan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tidak pernah difikirkannya. Dan siapa yang percayakan dirinya kepada Allah, Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah itu melaksanakan kehendaknya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ukuran bagi setiap sesuatu’
Aku telah menjadi manusia yang percaya kepada diriku sendiri. Selagi nyawa masih bersama badanku; aku akan terus menjadi perantau jagat, Walau pun patah sayap, namun dengan bertongkatkan paruh, aku teruskan jua perjuanganku untuk menimba ilmu pengethuan dan menulis dengan falsafahku sendiri, ‘aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku’.*
* Dari manuskrip buku, Memoir Penulis, oleh: Mokhtar Petah.
(Mungkin para poenuntut pada masa ini dan masa akan datang tidak mengalami atau tidak akan mengalami kesusahan seperti saya pada zaman yang saya ceritakan ini - mp). - ORANG 'ALIM
Pada tahun 1952, seorang alim (cara lama). dia gemar korek ilmu orang lain. Siapa juga orang Melayu yang ditemui, dia bertanya tentang Allah, ilmu tasawwuf dan lain.
Pada satu petang dia telah bertemu dengan saya di rumah oranbg tua saya. Dia telah bertanya kepada saya, tentang wujud Allah dan sifat Allah.
Saya jawab: " Mana ada Allah, ramai kawan saya pergi Makkah, dia orang tua rabadalam masjid haram, cari Allah, tak jumpa ..., balik kosong"
Orang Alim:" Mu, jadi kafir, mu kata Allah tak ada."
Bapa saya:(KETAWA) Kalau jumpa Allah dalam masjid tu, bukanlah Allah.Kan Allaha tak serupa makhluknya.
Orang Alim: Diam.
Ini seperti kata orang tua - tua Melayu: Berguru kepoalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. - BENARKAH
Pada 1951, di Tekluk Anson (Teluk INtan) Seorang alim, telah berkata:"Oghang - oghan yang berghegi ke Makkah tu, buat ibadat macam oghang peghegi ke laut tangkap ikan, ada yang balik bawa banyak ikan, ada yang balik tangan kosong." - FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS
JANJI SYAITAN
Aesiaoa yang mengambi syaitan (sama ada syaitan ghaib mahupun syaitan bersifat - manusia) menjadi pelindungnya, tidak mengambil Allah, sesungguhnya mereka mendapat kerugian yang terang.
Syaitan memberikan janji - janji dan angan - angan kosong kepada mereka (umat manusia). Bahawa (sesaungguhnya) janji - janji syaitan itu hanyalah tipu daya belaka.*
- An Nisa':119,120.
Berpandu kepada keterangan dalam al Quranm, bahawa syaitan ada dua jenis, iaitu:1 - Jenis ghaib, 2 - Jenis bersifat, iaitu manusia jahat atau tidak beriman kepada Allah.
Negara - negara kapitalisa, sosialis, komunis dan lain yang tidak mengikut petunjuk (hukum - hukum Allah) adalah negara syaitan. Para pemerintah negara syaitan, adalah syaitan, maka mereka sentiasa memberi janji kosong dan angan - angan dengan berbagai cara. Tujuan mereka untuk terus berkuasa dan menguasai manusia, dan sepanjang haya manusia duduk di bawah kuasa mereika. Semua manusia, semua manusia pandai dan bodoh adalah abdi syaitan bersifat.
Tanya diri kita sendiri: "Adakaah aku dalam golongan manusia syaitan atau abdi syaitan?"? Mengucap dua kalimah syahadat. Teruskan berjuang di jalan Allah.
TIDAK BOLEH TAAT
Dari Abdullah radiallahu 'anh, Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: "Seseorang Muslim mesti mnendengar dan mematuhi perintah yang disukainya atau tidak disukainya,selama tidak disuruh (oleh pemerintah) mengerjakan kejahatan. Jika disuruh (dan dijalankan segala perbuatan yang dihukum haram oleh Allah, seperti judi, arak dan lain), maka tidak booleh didengar dan tidak boleh dataati."
- Perawi: Imam Bukhari - dari buku 'Sahihul Bukhari'.
Thursday, September 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment