SULTAN PERAK YANG IHSAN
Orang Melayu Bantu Gerila Komunis
Fakta dalam sejarah negara kita, Tanah Melayu - Malaysia - , tidak pernah diajar di sekolah rendah dan menengah, bahawa Negeri Perak adalah paling ramai orang Melayu menentang penjajah Inggeris dan Jepun dan terpaksa bekerjasama dengan Parti Komunis Malaysia (PKM).
Semua orang Melayu yang berjuang menentang penjajah, dituduh oleh penjajah dan para ulama yang makan gaji dalam kerajaan penajajah, sebagai manusia, yang tidak percayaka - tidak beriman kepada Allah.
Di antara sebilangan orang Melayu Negeri Perak yang menjdi anggota atau ahli pertubuhan menentang penjajah Inggeris - Rejemen Ke - 10 - dan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya, ialah:1 Rashid Maidin (Gopeng), Abdullah CD (Bota), Ustaz Musa Ahmad (Sungai Pari, Ipoh), Mokhtar Ahmad (Simpang Lawin, Kuala Kangsar, Ustaz Fakeh Ghazali (Chemor, Kinta) dan Ustaz Topi Mengkuang (kampoung Cheh, Kuala Kangsar).
Seorang ahli perniagaan di Chemor, yang tidak menyertai Rejimen ke - 10 dan tidak menhyertai Parti Komunis Malayai, tetapi membantu gerila komunis, ialah Allah yarham Haji Abdul Mutalib bin Abdul Hamid (Chemor, Kinta).
ADIL DAN IHSAN
Haji Abdul Mutalib ada seorang adik, bernama Haji Pandak, pemilik kilang kayu balak dan saudagar balak, pada zaman Menteri Besar Negeri Perak, Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Mat Isa.
Dalam catatan ‘terkenang’ ini, saya menceritakan tentang Allahyarham Haji Abdul Mutallib bin Abdul Hamid. Dia seperti kebanyakan saudagar - saudagar Cina di Lembah Kitan, taukeh lombonbg bijih timah, ladang getah ladang tembakau dan halia, adalah penyokong kuat Parti Komunis Malaysia.
Sultan Perak, al marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, saya menyanjungnya sebagai sultan yang adil dan ihsan. Kerana al marhum mengampun ke salahan dan hukuman gantung atas Haji Abdul Mutallib bin Abdul Hamid, maka, dia telah dapat menyambung kehidupannya hingga tahun 1980 - an.
Pada zaman darurat, bemula pada 1948, Dua beradik ‘kahwin seperdu’ abang kahwin dengan kakak dan adik kahwin dengan adik ipar abangnya, Haji Abdul Mutalib bersam adiknya tinggal di kampung Chemor, Kita.
Di samping membantu adiknya, Haji Pandang berusaha kolam ikan dan udang samai serta menjual nasi lemak berlauk udang samai, saban hari Haji Abdul Mutalib berniaga di bandar Ipoh dan masuk ke kampung - kampung baru, Tanah Hitam, Rimba Panjang, Jalong, Lasah dan beberapa tempat lagi di gigi rimba di daerah Kinta.
MAHKAMAH TINGGI
Haji Anbdul Mutalib menerima nasihat dari Uztaz Fakeh Ghazali, iaitu, berdasarkan Hadis Rasul Allah, Muhammad s.a.w., iaitu ‘belajarlah walaupun hingga kenegeri Cina’. Haji Abdul Mutallib ‘berniagalah walaupun dengan orang China. Dia berniaga dengan orang Cina.
Pada satu petang, Haji Abdul Mutalib telah ditangkap oleh anggota - anggota pasukan keselamatan, dalam kawasan Chemor. Dia didapati membantu pengganas komunis dengan membekal makanan dan ubat - ubatan.
Haji Abdul Mutalib telah jatuhkan hukuman oleh hakim bangsa Inggeris dalam Mahkamah Tinggi Ipoh, dengan hukuman ‘gantung sampai mati’.
Maksud firman Allah dalam al Quran: ’Apabila tiba ajal, tidak boleh ditangguhkan atau dihulukan’. Allahyarham Haji Tali tidak mati mengikut jadual manusia, dia dibawah kuasa Allah; tidak mati sebelum Allah tibakan ke atasanya kematian.
Pada hari Haji Abdul Mutalib di bawah atas keretapi dari Ipoh menuju ke Taiping, untuk digantung hingga mati dalam penjara Kelian Pauh, Taiping, semua anggota keluarga, kaum keraba dan raka menangis sedih.Bagaaikan Bandar Ipoh tenggelam dalam banjir air mata mereka.
ANGGOTA POLIS
Sultan Perak, Sultan Yusuf Izzuddin Shah dengan dibantu oleh Menteri Besar, Dato’ Pamnglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab, telah mengampunkan kesalahan dan hukuman Haji Abdul Mutallib, menurut undang - undang tubuh atau Perlembagaan Negeri Perak, pada hari itu juga.
Al marhum mahu warkah pengamnpunan Baginda itu diserahkan kepada Haji Abdul Mutallib, sebaik - baik keretapi singgah di stesyen Kuala Kangsar. Surat itu tidk boleh dibawa oleh pegawai mahkamah, pegawai polis dan pegawai lain, kecuali orang harapan al marhum sendiri.
Sebaik - baik sahaja keretapi yang haji Abdul Mutalib dengan dua tangannya bergari dan mukanya lebam - lebam kerana dipukul dan ditumbuk oleh anggota anggota polis yang terdiri dari orang Melayu, ada di dalamnya, berneti di stesyen Kuala Kangsar, maka, warkah pengampunan dari Sultan itu dismapaikan kepadanya.
Dengan bantuan para pegawai istana sultan Perak dan anggota a-anggota polis, maka, Haji Abdul Mutallib telah dibawa turun darfi keretapi tersebut, sebagai manusia yang suci dari kesalahan membantu pengganas komunis.
Pada 1970 - an, di rumahnya di tepi sungai, Jalan ke kampung Mkanjoi, Allahyarham Haji Abdul Mutalib memberitahu kepada saya: “ Saya berniaga, nakkan untung, kepada siapa pun saya jual barang saya, saya bukan orang komunis ...”
Allahyahram Haji Abdul Mutalib dan adiknya Haji Pandak, selain menajdi hartawan terkemuka di Perak, mereka juga ‘orang kuat’ UMNO negeri tersebut. *
- mokhtar petah.
* Pada ketika membaca tulisan ini, hendaklah jadi orang berfikiran
terbuka, bijaksana, tidak fanatik tetapi setia kepada Perlembagaan
Negara dan undang - undang.
No comments:
Post a Comment