Wednesday, August 28, 2013

CATATAN SEJARAH

PANTUN

Cendawan sebesar payung,
Habis sebelah dimakan api;
Sapulah awan sapulah gunung,
Sama merendam di dalam hati.*

Kalau selasih mana gulanya,
Gula Melaka dari Kedah;
Kalau kasih apa tandanya,
Saya merana awak pindah.

* Pantun Melayu lama.

 -------------------------------------------

CATATAN SEJARAH

SHEIKH ABDULLAH FAHIM:
 PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

[Hari ini, 28 Ogos 2013, kita terlalu jauh dari tarikh keramat, kita mencapai kemeredekaan negara, iaitu 31 Ogos 1957 dan terlalu hampir dengan hari ulangan tarikh tersebut, pada 31 Ogos 2013.
Mungkin, sebilangan dari rakyat negara ini, termasukpara belia, tidak mengetahui, bahawa dalam perjuangan menuntut kemedekaan secara evolusi oleh pemimpin UMNO - PERIKATAN, Tunku Abdul Rahman Putra al haj dengan sokongan Raja - raja Melayu, siapakah mualim dari ulama, di Tanah Melayu yang menentukan tarikh kemerdekaan negara kita, pada 31 Ogos 1957.
Denan perasaan gembira menghadapi perayaan menyambut hari kemerdekaan negara, pada 31 Ogos  2013 ini, maka, saya menyiarkan catatan sejarah mengenai mualim dari para ulama Tanah Melayu dan ahli ilmu falak terkenal, Sheikh Abdullah Fahim (Sheikh Abdullah bin Ibrahim), yang menentukan tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan diterima oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan mereka dalam parti - parti politik orang - orang baka dari para pendatang ke negara ini, pada zaman silam. - mp]                                               
Perjuangan atau jihad Bangsa Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah-penjajah yang beragama Kristian dan beragama Budha, adalah dipelopori oleh para mualim – guru agama lepasan institusi pengajian pondok, sekolah agama rakyat, guru agama dan pendakwah di kampung-kampung seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
                  Mereka menyebarkan ajaran untuk memerdekakan diri dari penjajah, tetapi tidak langsung merosakkan fikiran orang Melayu untuk bermusuh dengan orang-orang dari bangsa dan agama lain dari Islam yang berhijrah atau menjadi pendatang ke Semenanjung Tanah Melayu  ini.
                Ulama di Tanah Melayu dan Nusantara  berjuang untuk memerdekakan bangsa mereka atau ummah dari penjajahan. Tetapi mereka tidak mengajar orang Melayu atau ummah bermusuhan dengan orang-orang bukan Islam ‘ Cina, India dan bangsa-bangsa lain-, yang berhijrah ke Tanah Melayu dan Nusantara. Mereka itu berpegang kuat kepada ajaran Quran hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Iaitu:
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.[1]
 Perjuangan atau jihad yang dibimbing ulama Melayu menuntut kemerdekaan, boleh kita ambil kira pada fasa  ke dua, iaitu mulai tahun 18.00. Perjuangan orang Melayu Negeri Perak, Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Negeri Selangor dan negeri-negeri lain menentang penjajah Inggeris dan penjajah Siam.
FEODAL MELAYU
Seri perjuangan Orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Pasir Salak, Negeri Perak, hingga terbunuhnya Residen Inggeris J.W.W. Birch pada tahun 1875,[2] ([1]Mokhtar Petah, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, 1966, Kota Bharu, Penerbit Pustaka Aman Press.) walaupun sejarah menunjulkan pemimpin-pemimpin feodal Melayu, seperti Sultan Abdullah, Dato’ Sri Agar Diraja (Dato’ Sagor), Dato’ Maharaja Lela dan beberapa orang lagi, tetapi sebenarnya perjuangan itu dicetuskan oleh ulama Melayu Negeri Perak dan dari Aceh.
                Putum yang membunuh J.W.W. Birch adalah anggota pergerakan Islam di Perak. Oleh kerana Penghulu dan penduduk di sana khuatir isteri dan anak-anaknya akan diseksa atau dibunuh oleh askar Inggeris, maka mereka menamakannya Putum.  Kononnya dia Orang Asli.[3](Penulis mendapati cerita dari: Guru Agama Teluk Anson, Haji Selaiman Pagar,Dr  Burhanuddin Helmi,  Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Haji Ismail Hamzah, Mufti Kerajaan Perak, Panglima Bukit Gantang, Dato’ Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Sheikh Haji Nawawi bin Muhamad dan Raja Razman bin Raja Abdul Hamid, ahli lembaga  Muzium Singapura.) Selepas tragedi itu isteri dan anak-anak Putum telah bersembunyi di atas Gunung Panjang.
               Di segi publisiti dan propaganda, penjajah Inggeris mendapat untung. Inggeris melaung kepada dunia, bahawa yang menentang mereka itu Orang Asli. Bukannya Orang Melayu.
               Demikian dengan gerakan orang Melayu menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Penjajah Inggeris telah mengumumkan kepada dunia, bahawa yang menentang mereka itu adalah pengganas komunis. Bangsa Melayu masih sayang dan menyanjung mereka.               
PENJAJAH INGGERIS
Pada masa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO belum ditubuhkan, amat sedikit dari Orang Melayu yang berpendidikan Barat, iaitu dari universiti - universiti dan isntitusi - isntitusi pengajian tinggi di England dan negara-negara di bawah penjajah Inggeris yang berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka itu terbahagi kepada tiga kumpulan:
                          a. Kumpulan memandang penjajah Inggeris tidak boleh ditentang kerana
                              Inggerislah yang memberi ilmu pengetahuan dan kemakmuran kepada
                              mereka. Mereka itu  digelar ‘anak emas Inggeris’
Orang-orang tersebut sering mencaci Orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka berkata, “Orang Melayu tak layak mereka”, ‘ Macam Orang Melayu nak merdeka, hendak buat jarum pun tak boleh”, “Kalau orang putih tidak ada di Tanah Melayu, Orang Melayu akan mati kebuluran” dan beberapa perkataan buruk lagi.
                           b.Golongan yang mahu merdeka, tetapi terpengaruh dengan perjuangan
                              Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Turki (1932-38). Iaitu merdeka di
                              bawah pengaruh Inggeris. Rakyat boleh digunakan untuk kepentingan
                              golongan feodal, kapitalis dan Inggeris.
                           c. Golongan mahu kepada kemerdekaan. Tetapi kekuasaan di tangan
                               orang-orang yang berpendidikan Barat – di bawah pengaruh Kristian
                               dan Yahudi. Ulama dan agama Islam tidak boleh mencampuri politik
                               dan pentadbiran Negara.
                               Golongan ini tunduk di bawah tekanan Free Masson Yahudi. Banyak
                               menghabiskan masa di kelab-kelan di bawah pengaruh Free Masson, di
                               antaranya Lion Club dan Rotary Club.
                                Orang-orang dari golongan inilah yang membawa cerita-cerita yang
                                melemahkan orang Melayu dan umat Islam. Di antara cerita-cerita itu:
                                    a . Orang Melayu tak perlu takut kerana Kerajaan Turki akan
                                         datang membantu mereka. Sedang pada tahun-tahun itu Kerajaan
                                         Turki telah jatuh.
b.    Umat Islam di Tanah Melayu tak usah bimbang, apabila datang
                                           Imam Mahadi, semua orang Islam akan mendapat pembelaan.
c.     Umat Islam atau Orang Melayu yang menuntut kemerdekaan
       sama dengan menuntut dunia. Mereka menggunakan dalil hadis
       yang diterjemahkan secara lafzi, iaitu , addunia jifah man
       talabuha kilab (Dunia itu bangkai, siapa yang menuntutnya
       adalah anjing-anjing)[4] (Dunia (jifah), maksudnya segala keseronokan dan keburkan yang menyakahi syariat Islam.)
.Dan,  addunia sijnul mu’minin wa
       jannatul kafir (dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan
       syurga bagi orang kafir).
Pada zaman itu Inggeris telah menggunakan ulama upahan (alim tembolok) untuk menyebarkan erti hadis yang tidak dikupas atau dihuraikan erti kata-kata mempunyai banyak makna, seperti ‘dunia’ dan ‘jannah’.
NEGARA MELAYU
Dari tahun 1930-an sampai kepada tahun 1950-an.Ulama meneruskan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dari Inggeris. Mereka menuntut sebuah Negara Melayu dan Negara Islam.
                    Ulama yang muncul meniupkan semangat perjuangan Islam menuntut kemerdekaan, terdiri dari dua golongan, iaitu golongan keturunan Orang Arab dan Golongan keturunan Melayu Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Indonesia dan Selatan Siam (Pattani).
             Di antara ulama itu ialah Sheikh Abdullah Fahim(Seberang Perai), Sheikh Tahir Jalaluddin (Kuala  Kangsar) Sheikh Fadhulullah Shuhaimi (Singapura), Haji Abdul Malik Karim Amarullah (HAMKA),Haji Agus Salim (Indonesia), Haji Sulung (Pattani- Selatan Siam).
            Sheikh Abdullah Fahim membimbing umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu untuk memerdekakan diri mereka dengan cara ‘pertumpahan darah’. Bimbingannya ialah dengan menanamkan ilmu pengetahuan Islam yang berkisar pada kenalkan diri sendiri, kenal Allah, berbaik-baik sesama manusia, membebaskan diri dari hawa nafsu, membebaskan diri dari cengkaman manusia.
           Pada hari Tunku Abdul Rahman meminta Sheikh Abdullah Fahim menentukan Tarikh yang baik untuk kemerdekaan Persekutuan  Tanah Melayu, Allahyarham telah menasihatkan Tunku Abdul  Rahman supaya menentukannya pada 31  Ogos 1957.[5][1] Mokhtar Petan, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos  ‘57’, 1997, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.) 
 ILMU FALAK
        Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim juga telah menasihakan Ketua Pemuda UMNO, Sardon Haji Zubir supaya tidak melakukan pemberontakan atau revolusi, sekiranya Inggeris enggan membebaskan Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham lebih mementingkan perjuangan menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan jihad akal dan fikiran.
         Pada masa itu ramai ahli-ahli ilmu falak di Tanah Melayu, tetapi kerana menghargai jasa dan perjuangan Sheikh Abdullah Fahim sebagai  seorang mualim ulung yang meniup dan membimbing umat Islam Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, maka Tungku Abdul Rahman telah meminta Allahyarham melakukan ‘penentuan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu’ mengikul ilmu falak.
        Pada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan, ramai para mualim (ulama) yang terdiri dari murid Sheikh Abdullah Fahim yang menjadi juara dan menyertai harakah atau parti politik orang Melayu. Di antara mereka Ustaz Abu Bakar  Al Baqir, Ketuan parti Islam pertama di Tanah Melayu, iaitu Hizbul Muslimin, Haji Ahmad Fuad bin Hassan Ketua Jawatankuasa Khas UMNO dan pada tahun 1951 menjadi Yang Dipertua Parti Islam Se Malaya (PAS).
        Sheikh Abdullah Fahim memberitahu saya, bahawa beliau menyertai UMNO dan bersedia memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam dalam UMNO pimpinan Dato’ Onn Jaafar dengan harapan apabila telah mencapai kemerdekaan, UMNO dapat membentuk negara Islam dan mengamalkan perlembagaan Islam.
        Pada pandangan mata kasar saya, mungkin orang - orang lain -,  Allah telah memberkati Sheikh Abdullah Fahim, putera Allahyarham, Haji Ahmad Badawi menjadi pemimpin dan pernah menyandang jawatan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang.
         Dalam keadaan umat Islam di Malaysia gelisah di bawah suatu ‘ancaman’ memburuk - burukkan ulama dan meliberalkan fahaman umat Islam, maka Allah telah mentakdirkan cucu Allahyarham, iaitu Datuk Seri Abdullah bin Datuk Haji Ahmad Badawi  Abdullah  dinaikkan ke kerusi pemimpin untuk menerajui Negara dan rakyat – Perdana Menteri ke 5 bagi Malaysia. *
(Saya berharap, setiap individu muslim dan muslimah yang membaca tulisan ini, sudi menghadiahlan Al Fatihah kepada Allahyarham.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) patut mengadakan hari memperingati Sheikh Abdullah Fahim. Jika, tidak ada sentimen, masukkan sedikit dalam khutbah Jumaat, paa Jumaat ini).)
*  Dari manuskrip buku, Sheikh Abdullah Fahim Pelopor kemerdekaan umat Islam Nusantara’, oleh: Mokhtar Petah




[1]  Ali Imran: 112.
[2]  Mokhtar Petah, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, 1966, Kota Bharu, Penerbit Pustaka
    Aman Press.
  
[3]  Penulis mendapati cerita dari: Guru Agama Teluk Anson, Haji Selaiman Pagar,Dr 
   Burhanuddin Helmi,  Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Haji Ismail Hamzah, Mufti
   Kerajaan Perak, Panglima Bukit Gantang, Dato’ Haji Abdul Wahab bin Toh Muda
   Abdul Aziz, Sheikh Haji Nawawi bin Muhamad dan Raja Razman bin Raja Abdul
   Hamid, ahli lembaga  Muzium Singapura.
[4] Dunia (jifah), maksudnya segala keseronokan dan keburkan yang menyakahi syariat
  Islam.
[5] Mokhtar Petan, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos
  ‘57’, 1997, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.  

No comments: