Thursday, August 9, 2012


 POLITIK



ORANG PAS MESTI BERFIKIR LOGIK


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.

"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.

"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia  merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini. *

* Dari Sinar Harian, pada hari ini.

-------------------------

Setiaussaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan orang - orang mujahidin PAS semua, eloklah tidak mengheboh - hebohkan tentang hukum hudud. Kerana penghebohan itu lahir dari fuikiran tidak logi.
Logiknya, hebohkan dan banyakkan perangan tentang perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam - negara diredai Allah. Jangan heboh - hebohkan hendak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan yang dikuasai oleh bersama orang Islam dan orang kafir. Akan celaru jadinya.

Benar, undang - undang hudud tidak boleh dilaksanakan dalam negara nesionalis dan sekuler, kerana perlembagaan dan undang - undang berpadukan kepada perlembagaan dan undang - undang orang Barat, iaitu Inggeris dan Yahudi.

Yang penting, PAS tubuhkan negara Islam lebih dahulu. Ada negara Islam bolehlah dikuatkuasa dan dilaksanakan hukum hudud.

Sekarang ini, saya mendapati, sebilangan dari orang - orang PAS, mrenjadi salah kena, lepas cakap  dan lebih cakap dari pucuk pimpinan dan alim ulama PAS.

Saya tidak berdiri sebagai ahli PAS, tetapi saya setuju dengan mana - mana parti  politik yang berjuang menegakkan negara Islam. Tetapi dalam perjuangan mesti ada akhlak, semangat, kejujuran dan berfikir sebelum bercakap. 


No comments: