Saturday, August 11, 2012


FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS


                BERSATU DAN MATI DALAM IMAN

Hai  orang - orang yang beriman, bertaqa - takwa - lah kalian kepada Allah, sebenar - benarnya, dan  janganlah kalian mati, melainkan ketika - waktu - kalian dalam Islam.
Dan berpegang eratlah kalian pada tali Allah (al Quran yang dipokokkan pada agama Allah, agama Islam, yang dimulakan sejak Nabi Adam alaihis salam hingga Nabi Muhammad s.a.w.), dan jangan kalian berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kalian pada ketika kalian dahulu bermusuh - musuhan, lalau dipersatukanNya  hati kalian (dalam agama Allah), sehingga dengan kurniaan Allah itu, kalian menjadi bersaudara. Dahulu kalian berada di tepi lubang neraka (kerana masih memuja berhala dan percaya kepada undang - undang Kerajaan Rom dan lain), maka dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan - keteranganNya kepada kalian , agar kalian mengikut jalan yang benar. *
- Ali Imran: 102, 103.

*  Maksud firman Allah di atas ini wajib diikut dan ditaati serta dilaksanakan oleh semua orang Islam lelaki dan peempuan, di mana - mana negara mereka berada, termasuk Malaysia.
Malang! Dan kita bangsa Melayu beragama Islam, tidak patuh kepada perintah Allah, iaitu tidak bersatu padu atau masauh berpoecah belah sesama orang Melayu dan umat Islam di negara kita ini.
Sebab bangsa Melayu tidak bersatu padu, adalah kerana ujud parti - parti politik, seperti UMNO dan PAS.
UMNO (1946) bersama parti - parti lain terikat untuk sama - sama memimpin dan mengendalikan kerajaan negara ini. Mereka berkuasa demikian melalui pilihan raya umum yang mrenasabah mengikut Perlembagaan negara.
PAS (1951) ditubuhkan dan berjuang pada jalan Allah, iaitu untuk menyatukan umat Islam di negara ini dan menubuh sebuah negara Islam seperti negara yang dibentuk dan dijalankan oleh Rasul Allah Muhammad sa.a.w. di bumi Arab. Negara tersebut terkenal dengan Baldatun tayyuibah wa Rabbun Ghafur - Negara bertuah dan Allah Maha Pengampun.
PAS tidak dapat memimpin negara ni, hanaya dapat menjalankan tanggungjawab keislamannya di Negeri Kelantan dan Negeri Kedah.
Pada zaman Tanah Melayu (ikut sejarah), bangsa Melayu bersatu padu, kalau ada perpecahan pun sekadar kerana perkara kecil atau di sekitar dua tigta buah rumah sahaja. Tetapi setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangsa Melayu telah berpecah belah. Mengapa?
Menjabanya, ialah kerana UMNO dan parti - parti politik rakannya menentang perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Tanah Melay - Malaysia - ini . Pas bertegak dengan iman dan pendirikan mengikut yang dimaksudkan dalam firman Allah yang masud di atas, iaitu:
1 - Bertaqwa  kalian kepada Allah, sebenar - benarnya,
2 -  Janganlah kalian mati, melainkan ketika - waktu kalian dalam Islam,
3 - perpegang eratlah kalian pada tali Allah,
4 - Begitulah Allah menjelaskan keterangan - keteranganNya
     kepada kalian , agar kalian mengikut jalan yang benar.
Yang Dipertuan Agong dan Raja- Raja Melayu (teremasuk Yam Tuan Besar negeri Sembilan) adalah ’Ketua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu’, di negara ini dan negeri - negeri di bawahnya.
Perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Malaysia, bukan kerana umat Islam yang kuat iman di luar parti - parti politik dan dalam PAS. Mereka mengikut dan mentaati printah Allah di atas ini. Mereka menjadi manusia - manusia yang kuat dan tegar iman.
Saya tidak menyalahkan Kerajaan Malaysia (di bawa Yang Dipertuan Agong dan Ketua Setiausaha dan para pegawai kerajaan), kerana Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan mengikut hala tuju UMNO dan parti - parti politik lain yang menjadi rakannya.
Maka dalam perkara ini,  UMNO yang memikul beban tanggungjawab besar yang tidak ditunaikan, kerana  mengamalkan Islam sekadar dalam bidang ibadat dan mal sahaja, seperti orang - orang Islam mengamalkan patuhkan agama mereka. UMNO tidsak mengamalkan perintah Allah adalam bidang politik, hukum - kumun mengenai jenayah dan UMNO tidak berminat, tidak berjuang dan bahkan menentang usaha PAS untuk menegakkan Negara Islam.
UMNO mengadakan berabagai cara termasuk kempen mengajak orang Melayu menyertainya untuk berpadu dan mengukuhkan  perpaduan bersamanya, tetapi orang - orang Islam yang meneliti perjalanan UMNO dari pangkal lenbuh raya hingga ke hujung lebuh raya, tetapi tidak mahu mengikut atau menyertai UMNO, kerana iman mereka kukuh dan mereka berpegang kepada perintah Allah seperti dalam maksud firman Allah di atas.
Tugu atau gununa keyakian, sampai bila pun PAS tetap dengan prjuangannya. Mati pemimpin dan ganti peminpin, perjuangan dan hajat itulah diteruskan. Walah bersahabat (tidak mengikat dan terikat dengan parti - parti politik lain, tetapi perjuangannyha mengikut perintah Allah tetap diteruskan.
Maka, di sinilah wujud semangat tauhid, ahli ahli- ahli PAS tidak takut dan tidak tunduk kepada sesiapa, Karpal Singh dan orang - orang bukan Islam lain yang menentang hukum hudud dan negara Islam. Pendeknya mereka berani apa sahaja, hatta seperti 70 syuhat di Uhud.
Pada bulan baik ini, kita berharap, perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini akan kembali baik, erat dan teguh, sekiranya UMNO mengubah dasarnya, kepada perjuang untujk menegakkan Negara Islam.
Apabila wujud negara Islam, UMNO dan PAS sepadu dan undang - undang hudud dijalankan. Siapa sahaja dari orang - orang bukan Islam, tidak boleh menentangnya. Dalam negara Islam, hanya ada dua jenis bagi rakyatnya yang tidak beragama Islam, iaitu 1 - Zimmi (iaitu berbaik, setia dan mengikut pemerintah Islam), 2 - Harbi (iaitu mereka yang menentang dan mereka ini boleh lakukan tindakan, termasuk buang ke negara lain).


         PERANG DI JALAN ALLAH

Penulis - pencatat - macam wartawan - , Abu Musa radhiallahu ’an, memberitahu, bahawa seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah, Muhammad s.a.w. dan dia bertanya: ”Adakan orang yang berperang kerana mempertahankan kehormatan, yang berpegang kerana keberanian dan ada orang berperang kerana ingin dilihat orang (cari nama dan  kemegahan), yang manakah perang yang perang di jalan Allah?”
Rasul Allah,  menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikkan kalimat agama) Allah - agama Islam - , itulah yang berperang dijalan Allah.
 - Perawi: Iman Bukhari (Hadis sahih).






No comments: