Tuesday, August 7, 2012


 



 JIHAD BELA UMAT ISLAM

Sejarah: 4 wilayah Selantan Thailand milik bangsa Melayu dan umat Islam. Pada masa Inggeris menjajah Siam (Thailand) dan Siam menjajah Kelantan dan Terengganu. Pada masa Inggeris menjajah Semanjung Tanah Melayu, berlakulah perjanjian 'tukar - tukar 'negeri atau bumi yang mereka jajah. Siam serahkan Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris dan Inggeris serahkan Selantan Thailan kepada Siam.
Perjanjian mereka tidak sah, kerana mereka berjanji sama sendiri atas bumi milik orang lain.
Maka bangsa Melayu dan umat Islam di Selantan Thailand meneruskan jihad mereka untuk membebaskan 4 wilayah tersebut.
Malaysia sebuah negara yang dipimpin oleh orang Islam - Najib Razak - dan mementingkan keadilan dan kemenusiaan alangkah baiknya negara kita menjadi perundin dan orang tengah untuk membebaskan 4 wilayah tersebut.
Pada masa ini, pihak kita hanya menganggap pejuang kemerdekaan dalam 4 wilayah itu sebagaimana Kerajaan Siam menganggap, iaitu pengganas orang Islam.
Selagi kerajaan kita tidak menjadi perunding atau orang tengah, selagi itulah umatg Islam seluruh dunia menganggap negara kita tidak ambil bratg akan jiranya yang beragama Islam dan lebih mengutamakan negara - negara lain yang jauh.
Apa pendapat rakan - rakan saya dalam blog ini?



No comments: