Friday, August 17, 2012




AYAH, IBU DAN DATUK NENEK

Pada hari raya 'aidil fitri' ini, tentulah ramai anak yang telah dalam alam remaja dan telah berumah tangga, tidak pernah bertemu dengan bapa mereka semenjak mereka masih kecil - bayi dan kanak - kanak tadika dan sekolah rendah- , kerana bapa mereka berada jauh daripada mereka. Semua anak - anak itu menyalahkan bapa mereka dan menganggap bapa mereka ' manusia tidak bertanggungjawab'.
Jika berfikir secara waras dan bernas dan selidik dengan teliti, maka, kita akan ketahui, kebanyakan sebab berlaku demikian, di antara sebab - sebab itu, iailah, disebakkan ibu - ibu  mereka yang dulu bercinta dengan suami masing - masing dengan janji ' selagi ada bulan dan matahi cinta tidak lekang', telah benci kepada bekas suami mereka setelah mereka becerai.
Perceraian berlaku disebabkan:
 1 - Isteri - isteri tidak tahan hidupo susah dengan suami mansing lalu menyur, mendesak atau minta cerai ataupun minta fasah. Akibat cinta bertukar kepada 'benci'.
2 - Kerana bapa mertua, ibu mertua ataudatuk nenek tidak suka atau benci kepada lelaki yang menjadi suami anak atau cucu mereka, maka mereka mendesak anak atau cucu mereka supaya neuntut cerai.
Ibu dan datuk nenek melakukan 'angkara',iaitu menghasut anak - anak dan datuk nenek menghasut cucu -cucu, supaya bencia kepada bapa mereka.
Dikaji d pada hukum dalam Islam, perbuatan mengehasut itu adalah dosa. Anak - anak yang berpelajaran, yang boleh menimbang atau meneraca dengan fikiran sendiri, kalau terus membenci bapa mereka dan tidak mahu berjumpa, walaupun bapa mereka tidak jauh dari mereka, maka, mereka akan menjadi tetamu neraka di akhirat kelak.
Quran: 'Kami wasiat (perintah) kepada umat manusia, supaya berbuat baik kepada ibu bapa masing - masiang.' - Luqman:14.

No comments: